Tuesday, February 23, 2010

bila??

On ym. Dpt msg offline dr jiha suh cepat2 online. So pehal tertnya2 dlm hati. Then buzz dia tny kenapa. Dia balas “ sabtu ni ada hal tak?” aku jwb “ keja. Awat?” hampir nk meraung makcik tu pas aku reply ayat tu. “ nk ajak hg teman aku p akad nikah sepupu aku”..buang tebiat ka pa jiha ni ajak aku p sepupu sendrik akad nikah. Nk malu menda aku pk mulanya. Then dia ckp “ at least hg ada kurang sket peluang makcik2 aku nk hentam aku”. La nk mengelak dari kena soalan2 killer dr mak sedara sendirik rupanya. mcm la klu aku ada kat situ makcik2 tu tak kan tnya huahua. silap2 ngn aku2 sekali kena sound bila nk kawen?? Tapi aku fhm perasaan dia tu. Sama ja sapa2 pun bila nk smpai umur2 cenggini mmg sure kena soalan maut tuh. Ala kdg2 diri sendirik tak kisah sgt pun. Bukan la tua sgt lg. Belum sampai tahap terlajak. Br pertengahan usia. Br nk nmpak dunia. Yg nk kena cepat2 kawen tu kenapa?? Tp normal la klu makcik2 tnya sbb dey all ni umur cenggini ank mungkin dh masuk sek rendah. Tp tak leh la compare ngn ngn zaman tu. Skrg hbs belajar pun umur dah 23. 24 br terhengeh2 nak dpt keja tu pun lum tentu lagi keja tetap kan. So nk kawen sure la pk byk kali. Bukan tak mau kawen tp belum lagi. Setuju tak??


Tp klu makcik2 yg soal soalan sensitip tu buleh di terima la. Makcik2 apa sgt dey all ni nk kecohkan selain benda yg satu tu. Akan tetapi klu rakan sebaya yg alhamdudillah jodoh sampai awal, dh hidup bahagia, dh ada life yg mcm crita2 kat tv tu lebih2 tnya or gesak2, mmg saja sgt2 la tu. Klu dia dh kawen, dh ada anak, dh ada suami baik, kami kwn2 ni tumpang hepi la untuk dia. Cuma bila dia buat perangai nk jadik matchmaker, nk jadik tukang nasihat, nk jdik mcm makcik2 mcm dia tu tua sgt la kan ini mmg nk bg org nyampah, meluat or naik hangen. Tak buleh ka buat2 rilek, cool or klu nk bg nasihat pun jgn over dan poyo?? Agak2 la kan. Klu motivated elok2 tak da la org nak hangen. Ni tak dlm apa jua keadaan sure akan ada perkataan bila nk kawen, bila nk mkn nasik minyak, bila mcm ni dan bila mcm tu. Or terlalu over nk tunjuk kemesraan dan kebahagian hidup berkeluarga dia tu kat suma org then it will nmpak amat menjengkilkan. Mula2 kwn2 mungkin akan rasa tak ada menda, tak kisah, tak peduli , suka hati la kan or layan ja la tp bila dh kerap2 sgt, tgu ja la kwn2 tu buat komplot nk hentam dia balik secara sadis atau halus.


Senang cita kita suma tau yg terbaik untuk diri sendirik. Tau bila dan masa nk langsung. Reti nk rancang or plan apa nk buat ngn hidup masing2 dan paling penting jodoh manusia ni tak sama.. ada yg awal ada yg lambat. Sampai seru dan sampai ms yg sesuai jadik la isteri or suami org. Cuma persoalan bila tu?? Jwpannya walallahulamm.. :))


Cik stickynote : aku mood serius and wrote about kawen??buang tebiat ke apa haha

Friday, February 19, 2010

Blind date mamat baju hitam

Tengah hari td aku, jijah ngn liza p mkn dekat tesco baru. Lepas mkn masuk popular. Lama jugak la duduk dlm popular tu. Jadik story nya mula kat dlm popular ni la. Kebetulan si jijah arini pakai baju kaler hitam. So apa kena mengenanya??? Nak jadik cita ada sorang mamat ni pun pakai baju kaler hitam jugak duk pandang2 sambil tersengih2 dah kat jijah. Jijah mula2 buat derk ja la dah tak kenal kan. Tp lama2 dia rasa pelik sbb mamat tu asyik pandang tak henti2 smbil tersengih2. jijah dah pelik rasa tak sedap dah. Aku masa ni mmg tak tau menda lagi. Tak tau pun mamat baju hitam ni wujud dlm popular tu. Mungkin status aku sbg pustakwan menyebabkan aku kusyuk membelek buku2 kat situ ;-p . Padahal liza ngn jijah dah rasa takut gila dah.

Ok kuar dr popular jijah ngn liza turun dari escalator gila laju. Selamba pintas pakcik yg tgh bwk troli kt ats escalator tu. Pehal depa ni aku pk. Then pk ooo agaknya bos call kot ada student nk jumpa depa. Aku still steady rilek jer biar escalator tu berjln. Buat apa nk bakar lemak berjln ats escalator. Kan escalator dicipta untuk hanya berdiri ats dia dan bukan berjln. (ayat dasar pemalas ahaks!). Sampai bwh depa dh sampai kt keta aku br tergedik2 nak jln ke sana. Baru ja kuar dr pintu besar tesco tu tetiba aku dgr ada satu suara. So aku pusing belakang. Pehal kan aku tny dlm hati ja la. Ada seorang mamat pakai baju hitam ni tanya aku “ kwn yg pakai baju hitam tu nama dira ka?” selamba aku jwb “ dak ah. Nama dia bukan dira” then aku berjln terus ke kereta kancil kaler pink milik jijah. Tak tgk dah dia. Tp dlm hati aku niat jahat dah nk kenakan jijah. Nak ckp ada org suka dia smbil gelak ala2 setan haha..

Smpai kat keta jijah ngn liza dh siap dlm keta dah. Get ready ja nk lari. Aku kan tak tau menda. Aku blur. Gaya ja aku nk tutup pintu keta aku perasan mamat baju hitam yg tegur aku td ada kt sebelah keta tu. Aku ingt betul la mamat ni kwn lama jijah. So aku ckp kat jijah “ hg kenai ka mamat ni?” sekali aku kena sound. “fizah cepat tutup pintu..kunci pintu!!” ooo ok aku pun tutup la pintu siap kunci. Tp mamat baju hitam ni still kat keta. Liza ngn jijah mmg muka takut time tu. Then depa ckp dia ikut kita dr dlm popular td la. Baru la aku tau mamat baju hitam ni dari td duk perati jijah semcm ngn ikut kami dr td. Aku ckp la “ aku ingt kwn hg. tp td dia ada la tny aku nama hg dira ka??” tanpa perasaan bersalah. masa ni mamat tu still tak gerak so liza yg rasa kesian suruh la jijah ckp kat mamat tu dia bukan dira. Jijah buat2 berani buka sket ja tingkap keta dia. Buka ja mamat tu terus tanya “ nama apa?.. nama bukan dira ka?.. bukan yg keja nurse tu ka” jijah ckp “ tak bukan dira..I'm not dira” then mamat tu blah ngn muka kesian sambil belek hp dia.

Dlm keta liza ngn jijah cita dr A to Z. Baru la aku rasa takut lepas dgr cita depa. Lepas 15 minit berlalu baru rasa takut. Gila ah hg fizah..bahaya tul. Buatnya dia nk ragut ka, mental ka kan huuuuu. Tp kemudian masing2 pakat kesian lak sbb entah2 mamat betul bendul ni ada blind date. entah2 pempuan tu janji nk pakai baju kaler hitam tp tak muncul2 sekali si jijah yg muncul ngn baju kaler hitam kt popular tu.. rasanya lepas tu mamat baju hitam ni duk tgu lagi si dira dia tu kot. sbb dari muka dia mmg muka mengharap giler2. kepada jijah dan liza, mintak maap sgt2 atas aksi berani mati aku td huuu.. and kepada dira yg sebenar muncul la kenalkan diri. Jgn biar mamat baju hitam ni tertunggu2 kat popular tu..

Tuesday, February 16, 2010

Bila terasa rindu

Dulu selalu dgr hot. dgr fafau ngn fbi bising2 waktu pagi. buleh la nk gelak sorang2 dlm keta. tp sejak ada rakyat pagi kat Xfm ni rasanya dh jarang dgr hot. suka lagi layan ray ngn hanif. dgr mamat dua org ni melalut. Paling syok time kelas bahasa inggeris. Comel ja dgr trademark segment tu “ selamat pagi cikgu”. tak tau ler ray ni buat2 tak reti or english dia mmg hancur. bgus la jugak teacher hanif ngajar student ray yg sengal ni. kita yg dgr ni pun dpt belajar pekataan br. ada pekataan yg sebelum ni aku tak tau tp buleh tau bila hanif suh ray buat ayat. Tiap kali ray buat ayat dgn tiga perkataan yg hanif bg mmg kelakar jadiknya. mmg hancur. tp biasa la nama pun belajar kan. Setiap kali tu gak la ray akan dpt habuan. habuan rotan. tp bila dtg ja part brother love terus tukar hot sbb nyampah dgr kisah cinta2 monyet bdk2 skol ni. ngada2 ja lebihnya. mcm nk penampar ja aku rasa. tabah ja brother love ni layan.

sejak layan rakyat pagi ni aku dh update pasal lagu2 indi. Byk band2 dan lagu2 indi yg aku tak penah dgr aku tau. baru la sedar kepala aku leh layan2 lagu2 camni rupanya. kecuali satu yg aku mmg tensen dgr. lagu ana rafali hujan bunga di kuala lumpur. amenda la lirik dia tu? tak bley blah. so aku pangkah terus. noli ckp aku dh berubah. aku dh update pasal lagu. klu dulu org dh nanah telinga dgr aku br nk perasan lagu tu sedap. sekrg dh maju ke depan sket. Mana tak nya, ari2 drive p keja so dgr la radio. Update la sikit2. Siap leh main2 kuiz teka lagu ngn dia. Takjub dia bila aku leh jwb suma soalan2 dia. Puzah lak tekejut bila aku leh sebut lirik nobody wonder girls dgn betul. Benda yg paling aku fail sebelum ni. Sampai aku tak dak dlm list sebagai pelampung la klu masuk rancangan jgn lupa lirik kt astro tu.

Ckp pasal lagu, dulu aku mmg tak hambik tau pasal2 lagu terbaru di pasaran . sekali satu umh yg diketuai uda cop lagu dafi bila terasa rindu lagu tu lagu faveret aku. alasannya tiap kali bdk2 umh pasang lagu tu aku sure kuar bilik huuu.. kebetulan ja la kwn2!!. Bersungguh2 lak bdk2 ni sakat aku. smpai skrg pun ada lagi saki baki sakatan lagu dafi ni. Tp tu la yg jadik kenangn bila msg2 dh duk jauh pun. naseb baek la jugak ms lagu aril menatap mata mu kuar kami suma dh tak duduk sekali. klu tak free2 ja aku kena cop lagu tu lagu faveret aku plak fuhhhh…

Thursday, February 11, 2010

terima kasih!!

haha..akhirnya..blog aku berwajah blog..
terima kasih kepada had sbb sudi buang ms edit blog aku ni..
mmg kena ngn taste aku la had.simple mcm yg aku nak.
paling penting favourite kaler aku biru ngn putih maintain haha.
siap cari gmbr tuh.terpksa la aku ngaku aku sengal.
nk jadik blogger tp mls nk explore siap merayu kat ko suh edit hehe..
ada hikmah sakit arini.sanggup ja ko edit kan untuk aku..
mana nk cari kwn yg baik cam ko ni??(habis2an ni bodek haha)
ala dulu aku edit gmbr untk ko skrg ko edit plak blog utuk aku hehe…
Pasni ckp ja nk edit gmbr apa.sanggup ja aku buatkan..
Terima kasih ya had ;)

Sok broadband ni akn di kembalikan semula kepada tuannya..
Terima kasih en mad pinjam kan aku.nti aku belnja hg bihun sup eh.ka hg nk aku belnja kat kedai mkn sebelah kedai tayar??haha..konon nk test ja 3G tp kemudian dia suh pakai smpai sok apalagi beronggeng sakan la aku haha.berhati mulia gak mamat sorang ni..not bad la connection kat kwsn umh aku ni.siap dpt buat video conference ngn puzah ngn jiha lagi.tu suma kuatkan lagi alsan untuk beli broadband pasni ahaks…

Ok ms untuk tido..bwk2 la insap..sok keja..selamat mlm dunia!!..


p/s xmo mkn dh kat restoran mawar..trauma food poisoning huuuu

Sunday, February 7, 2010

:: February ::

Entry kali ni just nk wish sesuatu di hari dewasa mereka..

- 01 February 2010 –
Birthday opismate merangkap kwn sama2 xbetul..
Juga seorang peminat setia halimah jonggang..
Tak suka org wish and smbut birthday yer??
Nah besar punya kami tulis kat sini..
“HEPI BIRTHDAY LIZA”!!

- 06 February 2010 –
Birthday budak sengal sorang ni…
Tp sengal2 dia pun aku ambik kesah gak pasal dia..
Sbb dia sorang ja adik aku.
So jgn tny dr mana dia mewarisi gen sengal tu klu bukan dari aku huahua
Cukup dia 22 thn arini..dh buleh p mengudi pun..
Tak leh ingt ayat dia ms aku 1st time ngundi dulu..
”hg tau ka nk pangkah camna tu???”
sengalkan adik aku??so kurang2 kan la sengal yer budk kecik!!

- 07 February 2010 -
Birthday kawan sama universiti, sama kampus, sama course,
sama kelas,sama rumah dan sama company..
Jawatan??? Lagi mau tnya??
Kompom la sama jugak haha.. library executive!! bangga x uda???
Cuma yang tak samanya gaji dia lebih satu billion dari aku ja la haha.
Uda san..Otanjobi O medeto gozaimasu..
kata belajar jepun dulu kihkih…

- 10 February 2010 -
Birthday budak nama akihalu..
Tua dh si akihalu ni rupanya..
Buat la perangai seiring usia yer akihalu..
Smart tak angka tarikh birthday dia??
10.02.2010

- 11 February 2010 -
Birthday anak tuan habib..
Budak baik..gadis ayu..haha..kembang la tuh!!
selamat ari lahir yg ke 25..
Semoga semua impian jadik reality thn ni ya bebeh!!
Sarange!!

- 14 February 2010 -
Cuti Chinese new year yehaa!!!
Birthday abg syg cik jiha..
Ingt sbb dia lahir bulan February gak..
So bro hepi 25th birthday!!
Jgn tgu lama2 nti lama2 dia di ambil org!!!haha

Itu ja kot manusia2 yg rapat ngn aku yg birthday nya jatuh dlm bulan February…
Hepi birthday all…=)