Friday, February 19, 2010

Blind date mamat baju hitam

Tengah hari td aku, jijah ngn liza p mkn dekat tesco baru. Lepas mkn masuk popular. Lama jugak la duduk dlm popular tu. Jadik story nya mula kat dlm popular ni la. Kebetulan si jijah arini pakai baju kaler hitam. So apa kena mengenanya??? Nak jadik cita ada sorang mamat ni pun pakai baju kaler hitam jugak duk pandang2 sambil tersengih2 dah kat jijah. Jijah mula2 buat derk ja la dah tak kenal kan. Tp lama2 dia rasa pelik sbb mamat tu asyik pandang tak henti2 smbil tersengih2. jijah dah pelik rasa tak sedap dah. Aku masa ni mmg tak tau menda lagi. Tak tau pun mamat baju hitam ni wujud dlm popular tu. Mungkin status aku sbg pustakwan menyebabkan aku kusyuk membelek buku2 kat situ ;-p . Padahal liza ngn jijah dah rasa takut gila dah.

Ok kuar dr popular jijah ngn liza turun dari escalator gila laju. Selamba pintas pakcik yg tgh bwk troli kt ats escalator tu. Pehal depa ni aku pk. Then pk ooo agaknya bos call kot ada student nk jumpa depa. Aku still steady rilek jer biar escalator tu berjln. Buat apa nk bakar lemak berjln ats escalator. Kan escalator dicipta untuk hanya berdiri ats dia dan bukan berjln. (ayat dasar pemalas ahaks!). Sampai bwh depa dh sampai kt keta aku br tergedik2 nak jln ke sana. Baru ja kuar dr pintu besar tesco tu tetiba aku dgr ada satu suara. So aku pusing belakang. Pehal kan aku tny dlm hati ja la. Ada seorang mamat pakai baju hitam ni tanya aku “ kwn yg pakai baju hitam tu nama dira ka?” selamba aku jwb “ dak ah. Nama dia bukan dira” then aku berjln terus ke kereta kancil kaler pink milik jijah. Tak tgk dah dia. Tp dlm hati aku niat jahat dah nk kenakan jijah. Nak ckp ada org suka dia smbil gelak ala2 setan haha..

Smpai kat keta jijah ngn liza dh siap dlm keta dah. Get ready ja nk lari. Aku kan tak tau menda. Aku blur. Gaya ja aku nk tutup pintu keta aku perasan mamat baju hitam yg tegur aku td ada kt sebelah keta tu. Aku ingt betul la mamat ni kwn lama jijah. So aku ckp kat jijah “ hg kenai ka mamat ni?” sekali aku kena sound. “fizah cepat tutup pintu..kunci pintu!!” ooo ok aku pun tutup la pintu siap kunci. Tp mamat baju hitam ni still kat keta. Liza ngn jijah mmg muka takut time tu. Then depa ckp dia ikut kita dr dlm popular td la. Baru la aku tau mamat baju hitam ni dari td duk perati jijah semcm ngn ikut kami dr td. Aku ckp la “ aku ingt kwn hg. tp td dia ada la tny aku nama hg dira ka??” tanpa perasaan bersalah. masa ni mamat tu still tak gerak so liza yg rasa kesian suruh la jijah ckp kat mamat tu dia bukan dira. Jijah buat2 berani buka sket ja tingkap keta dia. Buka ja mamat tu terus tanya “ nama apa?.. nama bukan dira ka?.. bukan yg keja nurse tu ka” jijah ckp “ tak bukan dira..I'm not dira” then mamat tu blah ngn muka kesian sambil belek hp dia.

Dlm keta liza ngn jijah cita dr A to Z. Baru la aku rasa takut lepas dgr cita depa. Lepas 15 minit berlalu baru rasa takut. Gila ah hg fizah..bahaya tul. Buatnya dia nk ragut ka, mental ka kan huuuuu. Tp kemudian masing2 pakat kesian lak sbb entah2 mamat betul bendul ni ada blind date. entah2 pempuan tu janji nk pakai baju kaler hitam tp tak muncul2 sekali si jijah yg muncul ngn baju kaler hitam kt popular tu.. rasanya lepas tu mamat baju hitam ni duk tgu lagi si dira dia tu kot. sbb dari muka dia mmg muka mengharap giler2. kepada jijah dan liza, mintak maap sgt2 atas aksi berani mati aku td huuu.. and kepada dira yg sebenar muncul la kenalkan diri. Jgn biar mamat baju hitam ni tertunggu2 kat popular tu..

6 comments:

  1. cam na kawan ang kata seram??..aku baca dari awai smp abeh dok gelak ja...hee..i'm not Dira ok..muhaaaaa

    ReplyDelete
  2. hahahaa..bongek.ko memang..sengal kan?
    aku rasa takde la ko nak kena ragut pun,
    sebab dari awal lagi yg dia aim tu jijah dgn baju itam nya.:))

    tapi siyes sian ngan mamat tu..tak ptut dira wat camtu..sat nak tanya weh.mamat tu nsem ke tak?

    ReplyDelete
  3. - hijah -
    well standart ayat artis muhaaaa..
    dia seram ngn perangai xsedar diri aku tuh hikhik..


    - epal -
    xingt sgt tp bukan la huduh smpai dira tu xmo muncul..biasa2 ja..boleh la haha

    ReplyDelete
  4. aku pon nak tanya soklan yg sama cam hadra. dasar playgel! hahahh! sian la mamat tu. awat ang xngaku ang ja dira cam lam cita kasem selamat tu?? kot sangkut jodoh ang ;p

    ReplyDelete
  5. nak ngaku camner? dia bukan aim aku..dia aim jijah ler..aim baju hitam kihkih

    ReplyDelete
  6. If you are planning to Abercrombie and Fitch make a profit, Abercrombie then giving away promotional clothing Abercrombie Sale as a promotional gift will never Cheap Abercrombie let you lose your aspiration. Abercrombie outlet This is the best way to reap profits. The first step towards this is abercrombie Jeans by deciding your budget. A well Abercrombie Pants planned budget can get you the best promotional items at reasonable cost which will easily be Abercrombie Tees accepted by the masses. Regardless, Abercrombie Shorts selling branded promotional Abercrombie Sweaters clothing with your own brand is another way to gain instant popularity. The natural impulse for almost all retailers is to make a huge profit on the products already in the stockpile. But it would be wiser to purchase loads of unique promotionally priced clothing items, promote it at good deal basement price and then put it on the market of sale. This way the scope of attracting populace to the store increases. This merchandise actually pushes benefits with its attractive features. It not only provides name and popularity to your brand but also helps to reap noticeable profit also.

    ReplyDelete