Sunday, May 30, 2010

memori megi plak dah

tadi lapar pergi dapur tengok atas meja ada ayam masak merah, ikan goreng, sayur dengan daging goreng. wah menu buleh tahan sedap tapi busan la especially tengok ayam masak merah tu. buleh di katakan almost hari-hari makan ayam. biasa la nak memenuhi selera makan adik aku tuh. dulu masa sekolah balik aja dari sekolah mesti tengok mak masak apa. kalau ayam masak merah ka masak kicap ka sure senyum suka. tapi sekarang ni hai tengok ayam pun dah tak berapa nak teringin.

so selongkar dapur tu nampak megi yang aku beli bulan lepas sebab teringin giler nak makan megi. sejak habis study, dah keja then duduk dengan mak ayah plak perkataan megi dah jarang-jarang dengar. nak makan lagi la jarang. kadang-kadang teringin nak makan megi pun rasa macam tak payah la bukan berkhasiat pun. mak punya la masak sedap-sedap yang gigih nak makan megi pehal kan. dalam setahun tak duduk hostel or rumah sewa ni buleh kira la berapa kali makan megi. jarang sangat-sangat la. nak jumpa megi kat rumah pun naseb la kan.

kontra gila dengan time study dulu. paling banyak stock makanan time tu mesti megi. dah jadik macam makanan asasi tuh. macam-macam jenama ni. maggi, cintan, mamee, ruski silap-silap cap tesco pun ada gak time tu. dah tu perisa lak pelbagai-bagai. tomyam, asam laksa, kari pedas, kari berapi, kari letop, ayam, kimci pun ada tau. tu yang kategori megi yang kategori bihun belum masuk carta lagi. kalau kata pergi outing tu kompom la bekelek megi masing-masing. mesti ada punya la megi tu dalam list barangan yang nak di beli. dah tu kat rumah or bilik lak bersusun ja megi masing-masing. rasanya buleh buat pertandingan membina KLCC mengunakan megi-megi tu kot. ya la kalau sorang dah dua jenis megi tak ka bertimbun jadiknya?:)



tapi megi ni penting dalam hidup sorang pelajar even setengah2 cakap tak elok untuk otak . tapi pedulik lak kan. ada kita kisah??haha. tak kisah la time berduet or sengkek. time sengkek lagi la tambah-tambah hujung sem. yang best kalau cita bab megi dan zaman study ni mesti la memori dengan kawan-kawan. sapa tak pernah makan megi kongsi ramai-ramai. buat bulatan bersila ramai-ramai then rotate megi semangkuk tu. selalunya tengah-tengah malam la buat keja ni. student ada reti nak tdo awal?tak dak maknanya. assignment ada reti nak buat awal-awal??selagi dateline tu bukan esoknya tak daknya nak pulun buat. nak tgu last minit gak. tu yang tak tdo sampai ke subuh. dah stay up sure la lapar so bila lapar megi ja la santapannya.

even megi tu mungkin dua bungkus tapi yang makannya adala lima enam orang, tak ada plak rasa tak kenyang pun. kenyang ja rasa dan sedap plak tu. yala makan berebut-rebut mau tak sedap. kalau kat rumah dengan sapa nak rebut??daya imaginasi dan tahap kreativiti kita lak time tu memang tinggi la. agak-agak dalam apa kita selalu masak megi kalau tak jumpa mangkuk??geng-geng aku paling sadis pun dalam jug air ja, then guna pen buat ganti sudu dan garpu. ni gara-gara suma sudu dan mangkuk dah simpan dalam kotak untuk clearance sebelum cuti sem. belasah ja janji sedap hohoho..

ishhh sentimental lak aku malam ni. sambil suap megi buleh lak teringat memori makan makan megi dengan kawan-kawan dulu hehe..baru ja nak luak separuh megi tu tetiba akak aku balik letak double cheese burger depan mata. haha tunggu lagi naseb hang la megi. aku belasah burger dulu lah :)


Friday, May 28, 2010

jatuh cinta akhirnya

ya aku dah jatuh cinta tapi bukan pada sapa-sapa tapi aku jatuh cinta dengan novel-novel hlovate. untuk pertama kalinya dalam sejarah aku sanggup keluarkan duet beli novel. pertemuan tak di duga antara aku dan novel hlovate bermula bila aku yang kebusanan kuar rumah tengah ari terik pergi popular. dalam banyak-banyak rak tu tergerak la hati ni nak ke rak novel-novel melayu. belek satu-satu novel kat rak tu tapi suma buat aku cakap hmm bunganya ayat busannya sinopsis dan alahai tajuk jiwang sungguh.

then terpegang novel tajuk aA+bB. penulisnya nama hlovate. ingatkan novel omputih sekali baca kat belakang tu melayu. baca sinopsis belakang tu macam dah biasa la cerita dia tapi belek-belek balik suka plak ngn ayat kat belakang tu "siapa aku pada dia?a pal? a roomate? a brother? never a husband?..terus ambik pergi bayar. so sejarah pertama kali ini beli novel. then terus jatuh cinta.

sejak tu jadik macam nak beli ja suma novel-novel hlovate ni. even cita mungkin tak jauh beza sangat dengan crita-crita dalam novel lain or drama-drama melayu tapi dia punya style tu yang buat aku rasa best. bersahaja dan kurang bunga. kiranya selamba habis la. tak la macam setengah novel yang aiyooo bunganya meleret-leret.

so sekarang dah ada 4 novel hlovate. aA+aB yang memang sangat-sangat best, 5 tahun 5 bulan yang bila kita baca kita tau tu memang style hlovate, versus pergh hebat tul versus ni .terbaek la, memang betul-betul buat aku insap dan kagum dengan hlovate ni. terbaru aku baru beli tunas. tunas ni even kisahnya pasal zaman sekolah tapi aku yang tua ni still rasa best. rasa macam nak muda balik la haha..hlovate flashback balik zaman hero dan heroin aA+bB , benz dan addin waktu sekolah dengan perihal magnificient 7 yang nakal tapi bijak. suka ayat nakal A-cid, "I'm panah arjuna. I spread the love" kering tapi kelakar jadiknya :)

so aim aku pasni rooftop rant. sebelum ni aku teragak-agak nak beli. tiap kali asyik pegang tapi letak balik, kali ni rasanya aku nekad kot. dapat gaji aku nak serbu popular. buat kengkawan jangan pelik dengan cinta baru aku ni. aku pun macam tak sangka. tapi aku beli hlovate punya novel ja la. yang lain tu tak kot hehe..



ni yang dalam koleksi aku tapi gambr aku cilok dalam google sebab versus and 5 tahun 5 bulan kwn ngn cousin aku pinjam so tak leh nak snap pic sendirik

Saturday, May 22, 2010

Library dan kisah cinta

okeh cita merapu aku kali ni aku mulakan dengan satu soalan :

"kenapa kita suma masuk library ??"

cuba ingat balik sebab kita suma masuk library masa study dulu. agak-agak sebab apa ya. mesti ramai akan jawab masuk library mesti la sebab nak study, nak cari buku buat assignment, nk surf tenet cari maklumat, nak baca paper, lecturer bagi take home test or kalau geng-geng aku dulu masuk library sebab nak ambik aircond sejuk hakhak..

tu suma jawapan common or memang tertulis dalam skema jawapan. tak best tak best. aku nak dengar jawapan lain seperti bercinta, berdating dan juga nak mengorat hahaha. kasi gempak sket.gelak la gelak tapi serius benda ni terjadik ok. bukan dekat library aku sekarang ni ja tapi kat mana-mana library especially academic library kompom ada ja benda ni. bagus ya suma menggunakan kemudahan yang ada dengan sebaik mungkin :P..sapa langsung tak pernah nampak couple-couple sedang berdating sambil menelaah kat library tu tipu la kan. kalau betul study alhamdulillah tapi kalau tak pun haha suka hati la. asalkan bahagia sudah.

tapi dalam banyak-banyak drama couple study kat library ni satu ja la yang aku ingat. masa tu aku tengah buat praktikal kat libary matrik. budak-budak baru lepas spm bercinta biasa la. mula gaduh-gaduh mulut tapi dalam library mana buleh kuat-kuat so slow-slow ja. then si gf ni cubit tangan si bf. si bf dah malas nak layan. dia dah buat tak tau, tapi si gf ni tak habis-habis lagi. agaknya dah geram sangat sebab si bf buat dono ja terus si gf baling henpon kat mamat tu. agak-agak si bf tu nak tahan ka tak. terus si bf bangun angkat buku blah kuar dari library tinggal si gf yang kemudian nangis teresak-esak kat situ.

tu drama depan mata. kat tv pun pun buleh tahan gak la kan ekploitasi library buat drama cinta jatuh pandang pertama. macam iklan sunsilk ni. aku siap gigih download ni. aku bukan apa, aku kan librarian so bangga gak bila tempat keja aku ni orang pilih buat iklan kuikui

video

cuba tengok member hero..cute dari hero kan haha


then ada lagi satu yang guna library jadik tajuk filem korea. tajuk dia heart break library. cerita pasal cinta kat libary. kompom la love story kan. nampak sangat sangat la library ni memang pusat percintaan sebenarnya cuma berselindung di sebalik buku-buku dan istilah study. tapi tak suma camtu kan. ada yang betoi-betoi study cuma aku saja nak buat cita hehe..well standard aku la merapu :))



Wednesday, May 19, 2010

aku dan skype =)

gila skype plak sekarang member-member opis aku. malam-malam kompom buat conference sampai dua tiga pagi. siap layan online game dalam skype tu lagi. ala layan games bodoh-bodoh macam dam aji, boling, binggo or chess ja pun. haha dulu gelak kat aku. konon aku sorang ja la pakai skype sekarang ni ha tiap-tiap malam suma bertempek kat skype hohoho.. siap buat voice call lagi lak tu.

aku memang dari dulu suka skype even skype ni tak banyak function macam YM. tapi aku rasa skype ni cool. tu pasal aku suka. masa study dulu giler ramai kawan-kawan sekelas guna skype ni. kalau on ja time tu sure bederet-deret online kaler hijau. tapi bila dah habis study sunyi sepi. nak tengok online lebih dari lima orang pun susah. kalau ada pun sekarang ni had, ann, jiha yang kadang-kadang sesat or tahir. ya la dulu skype tu alat komunikasi paling glamer sebab kononnya cepat kalau nak antar file banding dengan YM.

sampai sekarang even kadang-kadang bila on tak ada yang online pun tapi aku tetap akan on jugak setiap kali online. nak jugak jenguk skype ni. teringat zaman study dulu masa duduk rumah sewa kat resak. gediks dan gatal ja buat conference sesama sendiri. PA kat bilik hujung, aku kat bilik tengah, Uda kat bilik depan, had dengan Pooh duk sebelah menyebelah kat depan tv. padahal buleh ja pun nak bersembang or bergosip depan-depan kan tapi sengaja gatal time tu hehe..

paling tak tahan bila kami suma perli had pasal suh dia diam sebab suka menyanyi yang agak sumbang (sori had aku terungkit suara ko sumbang haha). suma taip diam, diam, diam tapi dia tak sedar diri. dah la tu siap join sama cakap diam diam diam sebab ingat kami suma tengah tiru video peel budak kecik pempuan yang suruh bapak dia diam bila bapak dia repeat soalan burung apa berulang kali. kelakar gila time tu. suma pakat tahan gelak ja sebab dia tak sedar kami suma cakap dia sebenarnya.

benda-benda ni buat aku rasa skype ni dah jadik macam satu benda yang ada sentimental value gak la dalam hidup aku ni. dulu merapu dengan kawan-kawan study guna skype sekarang ni guna skype merapu dengan kawan opis lak haha..i like!!:)

Sunday, May 16, 2010

Arini ari guru eh??

arini ari guru eh?hikhik aku lupa terus kalau kawan-kawan tak bising dalam fesbuk. bila sebut pasal sekolah mesti kita suma ada subjek yang kita suka dan tak suka kan. aku pernah cakap aku suka sejarah. gila-gila suka sampai SPM macam tu aja la subjek aku. tanya ja apa pun time tu pasal sejarah gerenti aku buleh jawab. tapi tu dulu la. sekarang kalau orang tanya sorry sket aku nak ingat dah.

then aku suka english. sebut pasal english aku ingat lagi kenangan zaman sekolah bila cikgu english baru masuk. setelah beberapa bulan cikgu english tak ada tiba-tiba kecoh ada cikgu english baru masuk. yang kecoh tu mesti la sebab cikgu baru tu lelaki, muda, bujang dan HENSEM!!!sekolah aku sekolah pempuan okeh. sebab tu gatalnya lebih haha. tapi memang kecoh sat time tu sebab dia dah masuk semua kelas kecuali kelas aku. bila dia masuk masing-masing diam kohkoh.

tapi part paling aku tak sangka adalah kemasinan mulut aku. sebab aku pernah cakap "sir ni kalau buleh buat abang ipar aku nak ja". nah hambik hang dua tahun lepas tu sah kompom dia jadik abang ipar aku. giler malu bila dia datang rumah pas dia dah bertunang ngan akak aku. masa tu dah habis sekolah tengah buat diploma kat merbok. time raya pergi jalan umah kawan-kawan suma terhengeh-hengeh excited tanya kak hang nak kawen ngn sir ka??depa lak excited lebih dari aku yang aku ni malu gila baban dah nak menghadapi abang ipar nih..tapi naseb baik la english aku tak teruk sangat dalam kelas dia kalau tak lagi la malunya hehe...

cakap pasal subjek tak suka plak kan. aku memang anti subjek math. memang tak suka okeh. tak suka tengok langsung nombor-nombor ni. sampai sekarang aku cukup lembab bab mengira ni. tak pernah aku buat homework. tiru ja kerjanya. siap la kawan-kawan yang pandai math memang kompom-kompom la aku cilok buku dia pagi-pagi sebelum kelas haha..result spm jangan tnya la. memang tu ja la subjek yang cacatkan sijil spm aku yang tak berapa nak cantik tu haha..

so sempena hari guru ni aku nak ucapkan selamat hari guru kepada suma cekgu-cekgu sekolah rendah dan sek menengah, lecturers kat uitm especially kat puan fuziah sebabkan luluskan aku untuk paper computerized yang aku sipi-sipi nak fail haha.gila aku buat hal time part six naseb baik lepas kalau tak mau aku tak konvo sama-sama kawan aku. then buat kakak-kakak aku, kakak ipar, abang ipar yang sumanya cikgu (sebab tu mak aku nak aku jadik cikgu jugak tapi tak jadik-jadik lagi ni hikhik) dan kengkawan yang jadik cikgu sekarang ni macam puzah, had,yun dan meinn. selamat ari guru sumer :))

Friday, May 14, 2010

oh nasik lemak Pak Ad'

tak sangka plak kawan-kawan ramai yang tangkap syahdu dengan entry nostalgia lama sebelum ni. so aku pun dengan gaya ala-ala david teoh yg suka buat sequel filem buat la sambungan entry tu. mana tau kalau ada rezeki lebih buleh buat drama bersiri plak macam adamaya yang gila meletop sekarang ni hakhak. menda la aku merapu. sudah-sudah.

aritu aku dah bawak kawan-kawan suma flashback pekan SP tempat kita suma bersukaria di hari minggu so kali ni aku bawak kita suma kenang nostalgia kita masa jadik student uitm merbok dulu. kalau nak di kenang banyak la sangat nostalgia. tiga tahun tu study macam-macam jadik.

dalam banyak-banyak tu tetiba aku teringat perihal Pak Ad' dengan bisnes nasik lemaknya yang pergh jangan berani tanya la. gila kencang laku. aku tak ingat dalam pukul berapa kita suma mula tunggu kedatangan nasik lemak dan aneka kuih-muih dia tu. situasi depan ez-mart masa tu dah macam ibarat sekumpulan wartawan hiburan tengah tunggu nak intebiu artis kontroversi atau segerombolan peminat fanatik yang gigih tunggu nak ambik autograph.

sampai - sampai ja Pak Ad', suma pakat serbu seolah-olah Pak Ad' tu faizal tahir. bayangkan sambil kilik bakul nasik lemak kiri kanan budak-budak pempuan ni kerumun berebut nasik lemak dia. dia pun apa lagi jerit la "tepi..tepi..lalu..lalu"..giler hang tak nyempat-nyempat dia nak letak bakul tu atas meja kita suma dah serang dia. mengah pakcik tu sampai berbepeluh-peluh dengan badan gempal dia tu haha..ya la kalau lambat kang habis plak kempunan kena tunggu malam esoknya. tu pun kalau sempat kalau habis kempunan lagi la haha.

tapi yang aku pelik tu kan Pak Ad' ni kan garang. Kalau setiap kali nak outing nampak dia kat depan pagar tu sini dah get ready dah. ada la dia nak tegur apa-apa tu. kad matrik la, baju ketat la. tapi time dia bawak nasik lemak tu habis hilang suma muka garang dia tu. sorang pun tak heran. sorang pun tak takut. demi nasik lemak punya pasal la kan. padahal time tu sahsiah rupa diri sorang-sorang jangan cakap la. out gila-gila. seksi-meksi lagi setengah tu. tahan ja mata Pak Ad' tengok anak-anak dara ni pakai baju tak cukup kain.

setiap malam macam tu la kita. tunggu dengan sabarnya ketibaan Pak Ad' bersama nasik lemaknya. Tapi ada gak bila dah lama tunggu Pak Ad' tak muncul-muncul. gelisah dah masing-masing ni. lapaq la katakan. sekali kak ez-mart tu muncul cakap nasik lemak tak dak malam ni.masing-masing mengeluh hampa. suma pakat balik bilik masing-masing.tengok hebat tak hebat penangan nasik lemak pak guard sorang ni.

tu suma antara nostalgia lama yang payah nak cari la. susah dah kot nak di ulang. nampak simple ja pun tapi sebenarnya bila di kenang buleh nak senyum sorang-sorang. lawak bila ingat perangai berebut kan nasik lemak dia tu. tapi dah tak ingat berapa harga nasik lemak tu singgit ka lima kupang ja tah :)

Thursday, May 13, 2010

Aku yang bersemangat

aku pernah cakap aku ni buleh tahan gak patriotik bila masuk bab sukan. sebab tu bila malesia jadik tuan rumah thomas cup tahun ni aku terlebih excited mengalahkan player :P.. nervous ni tunggu 1st game even lawan nigeria ja pun. sekali nigeria tu buat lawak plak. flight lambat, sampai kena kansel game. bak kata ayah noli tetinggal reket kot haha.

so 2nd game lawan dengan jepun tu memang semangat la nak tengok. sekali kalah. kalah teruk plak tu. tak melawan langsung tiga player terakhir tu. rasa macam nak suruh ja chong wei debik hafiz tu. tah apa2 main. betul la aku baca blog rambut X kembang, hafiz ingat dia main ping pong kot malam tu. tak kisah kalah. normal la kalau kalah. memang dalam game mesti ada yang menang dan ada yang kalah tapi at least tunjuk la semangat melawan tu sket. baru la orang tak marah. ni serah diri bulat2 mana leh tahan beb. semangat tu tak nampak. dah la kalah dengan jepun plak tu.hukhuk malu. kat tempat sendirik lak. apa kes??

naseb baek next game lawan dengan denmark tu nampak player kita bersemangat main. gila fight sengit. kita yang tengok ni pun rasa semangat. sakit jantung tu jangan cakap la kan. baru la nampak standart thomas cup. terbaek dunia. kalau kata kalah pun malam tu tak ada la orang malesia nak marah sebab nampak player tu berusaha sepenuh hati. kalau kata kalah pun memang sebab tak dak luck ja malam tu.

esok game hidup dan mati. kalau menang masuk final. tapi lawan cina memang pergh susah la nak menang. kalau menang memang miracle la. tapi sembang-sembang dengan kawan-kawan opis tadi ramai rasa kalau main macam lawan dengan denmark malam tu rasanya maybe la ada peluang nak menang, di tambah dengan naseb gak la kan. tak kisah kalah atau menang tapi yang penting semangat nak melawan tuh. kalah tak apa asalkan nampak berpeluh berjuang bermati-matian melawan. kalau setakat berpeluh kutip bulu ayam tak payah la. sia-sia ja kami ni tumpang nervous lebih.

buat noli, tahir, bolkiah dan cheda (kekasih lama ku haha) jom bersemangat tengok even maybe tak sama macam kita tengok ramai-ramai masa kat uitm dulu tapi yang penting semangat tu tetap maintain :P

Tuesday, May 4, 2010

nostalgia lama

sabtu lepas keluar ngn fuzah pusing2 bandar sungai petani or org2 sini panggil SP jer. bandar la sangat kan haha.. masa berenti kat traffic light merah tu tertiba terpikir..SP ni banyak nostalgia sebenarnya especially kat budak2 uitm merbok. aku rasa la.

Cuba bayangkan yek tiga tahun study mana nak merayap time hujung minggu kalau tak bandar SP ni..kecik2 dia pun banyak la jugak jasanya kan..kecuali pada yang jenis panjang kaki kompom la lajak ke penang time hujung minggu tu..tp klu jenis yg pendek kaki mcm aku ngn kwn2 aku takat CS tu ja la pun. tu pun dah habis seronok sangat2 haha..CS tu nama penuh dia central square pada yang tak tau yek.

cuba ingat balik betapa tabah dan gigihnya kita suma menapak dari kolej mahsuri atau masria tengah panas terik semata2 nak outing pergi CS. then tunggu bas depan pondok pak guard or ambik teksi kt depan kedai mkn abg fizi ceh ingt lagi nama mamat tu hakhak. kalau ada duet lebih sewa ja keta standart kancil ja la time tu haha...

tp sebelum tu transit dulu kat library ambik aircond sebab panas berjalan tadi sebelum menapak lagi ke pondok pak guard. gila jauh tu tapi gediks dan gigih jer sebab seronok nak pergi cs haha..

so apa kata kalau kita imbas sikit nostalgia lama ngn gambar2 kat bawah ni..jgn buat2 lupa tempat2 ni dulu pernah penuh ngn tapak kaki kita ja tau hakhak



pondok pak guard yang klu nak sampai kena menapak jauh



ni yang terbaik aku dapat dr google image. stesen bus sungai petani tempat tunggu bus nak balik merbok pas sopink kat cs hakhak



stesen teksi. antra pengangkutan utama time tu



kereta2 untuk di sewa tiap kali nk keluar or nak pergi buat assignment kat luar. kongsi sorang rm10 naek bagi padat lima orang sebijik kancil :P



ni jangan duk buat-buat tak kenal lak.
lekuk kepala klu ckp tak kenal. tempat bermain2 ni haha



tesco tempat kedua lepas CS untuk shopin dan makan2



SP Plaza...ada ker yang tersesat pergi situ haha..
bangunan hidup segan mati tak mau hakhak



stesen bas ekpress bagi kawan2 yang duduk luar kedah

Pada yang dah lama tak datang kedah ataupun bandar SP ni, dah banyak yang dah berubah pun. kisahnya dah maju kedepan la sikit banding dulu. stesen bus ekpress pun tengah buat baru, tesco dah ada dua, dah giant, ada village mall, dah ada pangung wayang kat village mall dulu kat CS jer. bas kita naik dari uitm dulu pun dah cantik sekarang ni kaler merah. cuma tambang teksi makin mahal dan tambang bas naik jugak. kedai-kedai dalam CS tu pun dah bertukar ganti.. ok layan dulu yang ni sebab aku pun dah berapa ingat tempat apa lagi yang pernah penuh dengan tapak kaki kita suma :P

Monday, May 3, 2010

layannnn!!!

Busan giler malam ni tak tau nak buat apa..nak update blog tak ada menda nk story plak. tetiba teringat plak gambar aku ambik kat foodcourt tesco time hujan lebat baru2 ni.. nak tengok??tapi ni bukan gambar panas cam det. konon punya blog okeh. tapi gambar bumbung foodcourt tesco tu bocor sampai kena tadah baldi ngn besen jer pun..hikhik..buleh la kan..layannn!!!





Saturday, May 1, 2010

layan tag jom!!

Uih nama aku ada dalam senarai yg ditujukan oleh cik epalejau. semangat nak buat ni. meh tgk amenda la aku suka sebenarnya.

music :
simple. asal lagu tu best dan tak sakit telinga dengar aku ok. cuma skrg zaman indi kan.so lebih dengar lagu2 jenis ni..tp sebenarnya aku dengar lagu dalam keta ja pun lain2 waktu tak kot kecuali aku gila ngn satu2 lagu tu so aku akan dengar berulang kali sampai aku nak muntah hijau.

movie :
oh perlukan pengakuan jujur kat sini. ok.. aku kureng layan movie kecuali dari negara belah mata sepet..tau ker negara belah mana tu??leh agak kot kan..rasanya dalam banyak2 movie dari negara belah mata sepet ni klu tak kira drama la kan rasanya aku paling suka windstruck tak pun he was cool. heroin sama hempeh jer perangai tp hero cool habis. satu sad story satu lagi kelakar giler..standart cita korea la kalau tak tangkap leleh mesti lawak tak hengat.

food:
ni satu lagi masalah. bak kata my kakak, aku ni tak ada citarasa, suma sedap. sama gak opismate aku pun selalu ja cakap hang tu apa yang tak sedap, suma hg sedap..ceh ngutuk aku suka sangat. ni dengar ni aku nak pilih makanan yang paling aku suka makan. Memang byk makanan sedap nk pilih satu tu susah tp klu kena pilih aku akan pilih laksa kedah.

drinks:
senang jer. tak suka sangt air bersusu dan bercokelat tp tak leh tahan nafsu tengok air berperisa buah-buahan. tak kisah la jus ker, kordial ja pun asal ada ja rasa buah aku layan.

Favorite pas time:
tgk tv+layan online drama. setel. ;P

books:
sejarah tamadun dunia tingkatan empat haha..kisah 9 tahun dulu..aku ni mana suka baca sangat kecuali komik dan kadang2 datang rajin nk baca novel tu pun klu hlovate tulis.

majalah:
tak pernah beli kecuali baca member punya. nampak sangat tak suka la tu. pelik tapi tu la aku. Aku suka baca paper ja.

favourite lepaking place:
rumah. macam busan dengar tp home sweet home la kan hehe..

sports:
klu bab sports ni rasanya aku layan ja apa pun tambah2 klu Malaysia bertanding. Terus patriotik jadiknya. Cuma tolak golf la sory sket aku nak layan. Bola pun tak ada hal buleh ja layan siap di lantik jadik reminder jadual team bertanding untuk ayah aku lagi klu time world cup haha…

subject:
kompom sejarah. Jangan Tanya la sejarah PMR ngn SPM dapat apa kan haha. Gila minat sampai kak aku cakap “awat SPM hg ambik sejarah ja ka??” sbb dia tengok aku baca sejarah jer selalu hohoho…

idols:
my mom..oh baik sungguh..dari kecik sampai besar tua bangka camni buleh kira berapa kali mak aku marah or pukul aku..bukan sebab aku baik tp dia memang langsung tak garang hehe...nak membebel pun jarang sekali la haha.. tapi mana aku dapat gen garang eh??

colors:
fanatik sama putih dan biru..especially putih sebab nampak smart.

flowers:
masuk bab bunga aku pilih tulip sebab macam lawa jer tak pun lavender sebab pernah terbaca lavender ni bunga paling wangi antara semua2 bunga kat dunia ni. Lagi satu suka nama dia lavender sedap ja bunyi..

fruits:

oren, limau, epal hijau, mempelam, nenas. La suma buah2 yang masam patut la hafal tak ingat2 masa study lu haha…


cartoons:

anime..kartun jepun. Tp lama dah tak tengok sejak2 animax kena potong hehe.