Thursday, May 13, 2010

Aku yang bersemangat

aku pernah cakap aku ni buleh tahan gak patriotik bila masuk bab sukan. sebab tu bila malesia jadik tuan rumah thomas cup tahun ni aku terlebih excited mengalahkan player :P.. nervous ni tunggu 1st game even lawan nigeria ja pun. sekali nigeria tu buat lawak plak. flight lambat, sampai kena kansel game. bak kata ayah noli tetinggal reket kot haha.

so 2nd game lawan dengan jepun tu memang semangat la nak tengok. sekali kalah. kalah teruk plak tu. tak melawan langsung tiga player terakhir tu. rasa macam nak suruh ja chong wei debik hafiz tu. tah apa2 main. betul la aku baca blog rambut X kembang, hafiz ingat dia main ping pong kot malam tu. tak kisah kalah. normal la kalau kalah. memang dalam game mesti ada yang menang dan ada yang kalah tapi at least tunjuk la semangat melawan tu sket. baru la orang tak marah. ni serah diri bulat2 mana leh tahan beb. semangat tu tak nampak. dah la kalah dengan jepun plak tu.hukhuk malu. kat tempat sendirik lak. apa kes??

naseb baek next game lawan dengan denmark tu nampak player kita bersemangat main. gila fight sengit. kita yang tengok ni pun rasa semangat. sakit jantung tu jangan cakap la kan. baru la nampak standart thomas cup. terbaek dunia. kalau kata kalah pun malam tu tak ada la orang malesia nak marah sebab nampak player tu berusaha sepenuh hati. kalau kata kalah pun memang sebab tak dak luck ja malam tu.

esok game hidup dan mati. kalau menang masuk final. tapi lawan cina memang pergh susah la nak menang. kalau menang memang miracle la. tapi sembang-sembang dengan kawan-kawan opis tadi ramai rasa kalau main macam lawan dengan denmark malam tu rasanya maybe la ada peluang nak menang, di tambah dengan naseb gak la kan. tak kisah kalah atau menang tapi yang penting semangat nak melawan tuh. kalah tak apa asalkan nampak berpeluh berjuang bermati-matian melawan. kalau setakat berpeluh kutip bulu ayam tak payah la. sia-sia ja kami ni tumpang nervous lebih.

buat noli, tahir, bolkiah dan cheda (kekasih lama ku haha) jom bersemangat tengok even maybe tak sama macam kita tengok ramai-ramai masa kat uitm dulu tapi yang penting semangat tu tetap maintain :P

7 comments:

  1. err..aku dengar gak melesia main teruk lawan jepun tuh..patut ke aku rasa nak tumpang malu walaupun aku pun hampeh sport-sport ni?

    takpe. aku yakin melesia menang dan masuk final. malaysia boleh!

    ReplyDelete
  2. even ko hampeh bab2 sport2 ni tapi memang layak ko turut sama rasa malu hakhak..

    harap2 la kan even cina tu kuat byk dari msia. tp yg penting game kena fight la jgn kalah bodo2 cam tu ja.

    ReplyDelete
  3. rasa tak berbaloi kan? lepas tu dengar-dengar dia mengamok bila kena booo..haha :) sian gak sebenarnya. dia bukan saja-saja nak kalah. huhuuu..

    ReplyDelete
  4. hahaha sian gak ar..faham ja tekanan nak menang tapi malaysian expect fighting spirit ja. kalah is ok tp semangat la sikit huhuhu

    ReplyDelete
  5. cis komen aku pasal ttggal reket malam td xkua upanya. hampes!

    ReplyDelete
  6. hahaha hg komen apa uda pasal raket tetinggai tu??

    ReplyDelete
  7. If you are planning to Abercrombie and Fitch make a profit, Abercrombie then giving away promotional clothing Abercrombie Sale as a promotional gift will never Cheap Abercrombie let you lose your aspiration. Abercrombie outlet This is the best way to reap profits. The first step towards this is abercrombie Jeans by deciding your budget. A well Abercrombie Pants planned budget can get you the best promotional items at reasonable cost which will easily be Abercrombie Tees accepted by the masses. Regardless, Abercrombie Shorts selling branded promotional Abercrombie Sweaters clothing with your own brand is another way to gain instant popularity. The natural impulse for almost all retailers is to make a huge profit on the products already in the stockpile. But it would be wiser to purchase loads of unique promotionally priced clothing items, promote it at good deal basement price and then put it on the market of sale. This way the scope of attracting populace to the store increases. This merchandise actually pushes benefits with its attractive features. It not only provides name and popularity to your brand but also helps to reap noticeable profit also.

    ReplyDelete