Sunday, May 16, 2010

Arini ari guru eh??

arini ari guru eh?hikhik aku lupa terus kalau kawan-kawan tak bising dalam fesbuk. bila sebut pasal sekolah mesti kita suma ada subjek yang kita suka dan tak suka kan. aku pernah cakap aku suka sejarah. gila-gila suka sampai SPM macam tu aja la subjek aku. tanya ja apa pun time tu pasal sejarah gerenti aku buleh jawab. tapi tu dulu la. sekarang kalau orang tanya sorry sket aku nak ingat dah.

then aku suka english. sebut pasal english aku ingat lagi kenangan zaman sekolah bila cikgu english baru masuk. setelah beberapa bulan cikgu english tak ada tiba-tiba kecoh ada cikgu english baru masuk. yang kecoh tu mesti la sebab cikgu baru tu lelaki, muda, bujang dan HENSEM!!!sekolah aku sekolah pempuan okeh. sebab tu gatalnya lebih haha. tapi memang kecoh sat time tu sebab dia dah masuk semua kelas kecuali kelas aku. bila dia masuk masing-masing diam kohkoh.

tapi part paling aku tak sangka adalah kemasinan mulut aku. sebab aku pernah cakap "sir ni kalau buleh buat abang ipar aku nak ja". nah hambik hang dua tahun lepas tu sah kompom dia jadik abang ipar aku. giler malu bila dia datang rumah pas dia dah bertunang ngan akak aku. masa tu dah habis sekolah tengah buat diploma kat merbok. time raya pergi jalan umah kawan-kawan suma terhengeh-hengeh excited tanya kak hang nak kawen ngn sir ka??depa lak excited lebih dari aku yang aku ni malu gila baban dah nak menghadapi abang ipar nih..tapi naseb baik la english aku tak teruk sangat dalam kelas dia kalau tak lagi la malunya hehe...

cakap pasal subjek tak suka plak kan. aku memang anti subjek math. memang tak suka okeh. tak suka tengok langsung nombor-nombor ni. sampai sekarang aku cukup lembab bab mengira ni. tak pernah aku buat homework. tiru ja kerjanya. siap la kawan-kawan yang pandai math memang kompom-kompom la aku cilok buku dia pagi-pagi sebelum kelas haha..result spm jangan tnya la. memang tu ja la subjek yang cacatkan sijil spm aku yang tak berapa nak cantik tu haha..

so sempena hari guru ni aku nak ucapkan selamat hari guru kepada suma cekgu-cekgu sekolah rendah dan sek menengah, lecturers kat uitm especially kat puan fuziah sebabkan luluskan aku untuk paper computerized yang aku sipi-sipi nak fail haha.gila aku buat hal time part six naseb baik lepas kalau tak mau aku tak konvo sama-sama kawan aku. then buat kakak-kakak aku, kakak ipar, abang ipar yang sumanya cikgu (sebab tu mak aku nak aku jadik cikgu jugak tapi tak jadik-jadik lagi ni hikhik) dan kengkawan yang jadik cikgu sekarang ni macam puzah, had,yun dan meinn. selamat ari guru sumer :))

9 comments:

  1. aku igtkan bila ang kata nak SIR ang jadi abg ipar ang, ang yang kawen dgn adek dia hohooo

    ReplyDelete
  2. hahaha itu tak pernah tercapai dek akal yer uda hikhik..

    ReplyDelete
  3. hoh da ni ang da tanya kat SIR yg da jd abg ipar ang tu apa perasaan dia jadi abg ipar ang??

    ReplyDelete
  4. tak penah pun hehe..tapi pernah gak aku cita skandal dia ngn cikgu pempuan bm yg sama2 bujang kat sek dulu kat kak aku..malu sat dia hohoho...:))

    ReplyDelete
  5. sib bek sir tu x terpikat kat pizah..kuikuikui..kl tidak xtau la pizah malu tahap apa...huhu

    ReplyDelete
  6. oh tidak sesekali. suka kalau buat abg ipar ja pk time tu sekali nah jadik betoi hakhak..

    ReplyDelete
  7. apa2 pun, aku mulakan dengan bismillah. terima kasih atas ucapan hari guru itu. terharuuuuu i tauuuu! (:

    aku suuuuuuuuuuka computetizes cataloguing. hahahaha..

    aku suka BI. aku suka Math. dan aku tak suuuuuuuuuuuuuuka Sejarah. itu lah subjek yang paling teruk masa SPM.

    ReplyDelete
  8. epalejau:
    hahaha u r welcome..
    ala ko ngn aku mana pernah sama taste pun..:P

    ReplyDelete
  9. If you are planning to Abercrombie and Fitch make a profit, Abercrombie then giving away promotional clothing Abercrombie Sale as a promotional gift will never Cheap Abercrombie let you lose your aspiration. Abercrombie outlet This is the best way to reap profits. The first step towards this is abercrombie Jeans by deciding your budget. A well Abercrombie Pants planned budget can get you the best promotional items at reasonable cost which will easily be Abercrombie Tees accepted by the masses. Regardless, Abercrombie Shorts selling branded promotional Abercrombie Sweaters clothing with your own brand is another way to gain instant popularity. The natural impulse for almost all retailers is to make a huge profit on the products already in the stockpile. But it would be wiser to purchase loads of unique promotionally priced clothing items, promote it at good deal basement price and then put it on the market of sale. This way the scope of attracting populace to the store increases. This merchandise actually pushes benefits with its attractive features. It not only provides name and popularity to your brand but also helps to reap noticeable profit also.

    ReplyDelete