Sunday, May 30, 2010

memori megi plak dah

tadi lapar pergi dapur tengok atas meja ada ayam masak merah, ikan goreng, sayur dengan daging goreng. wah menu buleh tahan sedap tapi busan la especially tengok ayam masak merah tu. buleh di katakan almost hari-hari makan ayam. biasa la nak memenuhi selera makan adik aku tuh. dulu masa sekolah balik aja dari sekolah mesti tengok mak masak apa. kalau ayam masak merah ka masak kicap ka sure senyum suka. tapi sekarang ni hai tengok ayam pun dah tak berapa nak teringin.

so selongkar dapur tu nampak megi yang aku beli bulan lepas sebab teringin giler nak makan megi. sejak habis study, dah keja then duduk dengan mak ayah plak perkataan megi dah jarang-jarang dengar. nak makan lagi la jarang. kadang-kadang teringin nak makan megi pun rasa macam tak payah la bukan berkhasiat pun. mak punya la masak sedap-sedap yang gigih nak makan megi pehal kan. dalam setahun tak duduk hostel or rumah sewa ni buleh kira la berapa kali makan megi. jarang sangat-sangat la. nak jumpa megi kat rumah pun naseb la kan.

kontra gila dengan time study dulu. paling banyak stock makanan time tu mesti megi. dah jadik macam makanan asasi tuh. macam-macam jenama ni. maggi, cintan, mamee, ruski silap-silap cap tesco pun ada gak time tu. dah tu perisa lak pelbagai-bagai. tomyam, asam laksa, kari pedas, kari berapi, kari letop, ayam, kimci pun ada tau. tu yang kategori megi yang kategori bihun belum masuk carta lagi. kalau kata pergi outing tu kompom la bekelek megi masing-masing. mesti ada punya la megi tu dalam list barangan yang nak di beli. dah tu kat rumah or bilik lak bersusun ja megi masing-masing. rasanya buleh buat pertandingan membina KLCC mengunakan megi-megi tu kot. ya la kalau sorang dah dua jenis megi tak ka bertimbun jadiknya?:)



tapi megi ni penting dalam hidup sorang pelajar even setengah2 cakap tak elok untuk otak . tapi pedulik lak kan. ada kita kisah??haha. tak kisah la time berduet or sengkek. time sengkek lagi la tambah-tambah hujung sem. yang best kalau cita bab megi dan zaman study ni mesti la memori dengan kawan-kawan. sapa tak pernah makan megi kongsi ramai-ramai. buat bulatan bersila ramai-ramai then rotate megi semangkuk tu. selalunya tengah-tengah malam la buat keja ni. student ada reti nak tdo awal?tak dak maknanya. assignment ada reti nak buat awal-awal??selagi dateline tu bukan esoknya tak daknya nak pulun buat. nak tgu last minit gak. tu yang tak tdo sampai ke subuh. dah stay up sure la lapar so bila lapar megi ja la santapannya.

even megi tu mungkin dua bungkus tapi yang makannya adala lima enam orang, tak ada plak rasa tak kenyang pun. kenyang ja rasa dan sedap plak tu. yala makan berebut-rebut mau tak sedap. kalau kat rumah dengan sapa nak rebut??daya imaginasi dan tahap kreativiti kita lak time tu memang tinggi la. agak-agak dalam apa kita selalu masak megi kalau tak jumpa mangkuk??geng-geng aku paling sadis pun dalam jug air ja, then guna pen buat ganti sudu dan garpu. ni gara-gara suma sudu dan mangkuk dah simpan dalam kotak untuk clearance sebelum cuti sem. belasah ja janji sedap hohoho..

ishhh sentimental lak aku malam ni. sambil suap megi buleh lak teringat memori makan makan megi dengan kawan-kawan dulu hehe..baru ja nak luak separuh megi tu tetiba akak aku balik letak double cheese burger depan mata. haha tunggu lagi naseb hang la megi. aku belasah burger dulu lah :)


13 comments:

  1. memandangkn mak aku xde mggu ni..aku pulun bekfas megi..lunch megi..diner megi..lain2 jenis okeh..ahaha..

    ReplyDelete
  2. BenciCockroach:
    tu dia aih..dah kalah zaman study ni makan megi untuk setiap acara makan ekekekeke...

    ReplyDelete
  3. haha..aku mcm hg gak weh..dah lama xbedal megi.almaklumla dok ngan family..makanan slalu dah ready.xde can nak mkn megi..so bila ada peluang..apa lg..rembat la..

    ReplyDelete
  4. BenciCockroach:
    dah ada peluang kan belasah ja la..time xdak sapa2 nak masak ni ler nak rasa balik ke zaman study lu kan :P

    ReplyDelete
  5. "geng-geng aku paling sadis pun dalam jug air ja, then guna pen buat ganti sudu dan garpu. ni gara-gara suma sudu dan mangkuk dah simpan dalam kotak untuk clearance sebelum cuci sem. belasah ja janji sedap hohoho.." aku rasa tang masak dlm jug tue aku la..guna btg pen wat sudu+teluq rebuih..hahhaha..gila sadis..

    ReplyDelete
  6. jieha:
    yes tepat sekali...memang hang punya idea la tu..tak semena2 aku makan megi berchopstick kan pen hahaha..

    ReplyDelete
  7. kalau dekat hutan ada gak ranting kayu..nie dekat bangunan batu..mg la pakai hujung pen..aku igt lagi pen kilometrico..

    ReplyDelete
  8. jieha:
    hahaha aku pun rasa tu pen kilometrico gak..dua batang tuh..pen sapa tah?hang ka?:P

    ReplyDelete
  9. r1n0z33n :
    haha same goes to me ler tapi mcm cerita kat ats ler lama dah tak mkn :P

    ReplyDelete
  10. ko dah lama tak makan?
    da setahun megi tu berulang jadi makanan rutin aku tauuuuu?

    tapi tetap i loiiiiiiiiiiiiike!
    sampai bila-bila pun aku shuuuuuuuuuke!

    dan, sememangnya, ada aku kisah tak baek untuk kesihatan? sedap pun sedap. budget pun budget. hoho..

    ReplyDelete
  11. epalejau:
    ko memang hantu megi tambah2 life ko as student yang tak berkesudahan lagi kan..hehe

    betul..apa kesah sehat tak sehat janji sedap dan jimat haha :)

    ReplyDelete
  12. If you are planning to Abercrombie and Fitch make a profit, Abercrombie then giving away promotional clothing Abercrombie Sale as a promotional gift will never Cheap Abercrombie let you lose your aspiration. Abercrombie outlet This is the best way to reap profits. The first step towards this is abercrombie Jeans by deciding your budget. A well Abercrombie Pants planned budget can get you the best promotional items at reasonable cost which will easily be Abercrombie Tees accepted by the masses. Regardless, Abercrombie Shorts selling branded promotional Abercrombie Sweaters clothing with your own brand is another way to gain instant popularity. The natural impulse for almost all retailers is to make a huge profit on the products already in the stockpile. But it would be wiser to purchase loads of unique promotionally priced clothing items, promote it at good deal basement price and then put it on the market of sale. This way the scope of attracting populace to the store increases. This merchandise actually pushes benefits with its attractive features. It not only provides name and popularity to your brand but also helps to reap noticeable profit also.

    ReplyDelete