Friday, May 14, 2010

oh nasik lemak Pak Ad'

tak sangka plak kawan-kawan ramai yang tangkap syahdu dengan entry nostalgia lama sebelum ni. so aku pun dengan gaya ala-ala david teoh yg suka buat sequel filem buat la sambungan entry tu. mana tau kalau ada rezeki lebih buleh buat drama bersiri plak macam adamaya yang gila meletop sekarang ni hakhak. menda la aku merapu. sudah-sudah.

aritu aku dah bawak kawan-kawan suma flashback pekan SP tempat kita suma bersukaria di hari minggu so kali ni aku bawak kita suma kenang nostalgia kita masa jadik student uitm merbok dulu. kalau nak di kenang banyak la sangat nostalgia. tiga tahun tu study macam-macam jadik.

dalam banyak-banyak tu tetiba aku teringat perihal Pak Ad' dengan bisnes nasik lemaknya yang pergh jangan berani tanya la. gila kencang laku. aku tak ingat dalam pukul berapa kita suma mula tunggu kedatangan nasik lemak dan aneka kuih-muih dia tu. situasi depan ez-mart masa tu dah macam ibarat sekumpulan wartawan hiburan tengah tunggu nak intebiu artis kontroversi atau segerombolan peminat fanatik yang gigih tunggu nak ambik autograph.

sampai - sampai ja Pak Ad', suma pakat serbu seolah-olah Pak Ad' tu faizal tahir. bayangkan sambil kilik bakul nasik lemak kiri kanan budak-budak pempuan ni kerumun berebut nasik lemak dia. dia pun apa lagi jerit la "tepi..tepi..lalu..lalu"..giler hang tak nyempat-nyempat dia nak letak bakul tu atas meja kita suma dah serang dia. mengah pakcik tu sampai berbepeluh-peluh dengan badan gempal dia tu haha..ya la kalau lambat kang habis plak kempunan kena tunggu malam esoknya. tu pun kalau sempat kalau habis kempunan lagi la haha.

tapi yang aku pelik tu kan Pak Ad' ni kan garang. Kalau setiap kali nak outing nampak dia kat depan pagar tu sini dah get ready dah. ada la dia nak tegur apa-apa tu. kad matrik la, baju ketat la. tapi time dia bawak nasik lemak tu habis hilang suma muka garang dia tu. sorang pun tak heran. sorang pun tak takut. demi nasik lemak punya pasal la kan. padahal time tu sahsiah rupa diri sorang-sorang jangan cakap la. out gila-gila. seksi-meksi lagi setengah tu. tahan ja mata Pak Ad' tengok anak-anak dara ni pakai baju tak cukup kain.

setiap malam macam tu la kita. tunggu dengan sabarnya ketibaan Pak Ad' bersama nasik lemaknya. Tapi ada gak bila dah lama tunggu Pak Ad' tak muncul-muncul. gelisah dah masing-masing ni. lapaq la katakan. sekali kak ez-mart tu muncul cakap nasik lemak tak dak malam ni.masing-masing mengeluh hampa. suma pakat balik bilik masing-masing.tengok hebat tak hebat penangan nasik lemak pak guard sorang ni.

tu suma antara nostalgia lama yang payah nak cari la. susah dah kot nak di ulang. nampak simple ja pun tapi sebenarnya bila di kenang buleh nak senyum sorang-sorang. lawak bila ingat perangai berebut kan nasik lemak dia tu. tapi dah tak ingat berapa harga nasik lemak tu singgit ka lima kupang ja tah :)

10 comments:

  1. Pak ad nama ja juai nasik lemak tapi dia dok sebok tgk nasik lemak org laen hahahah!

    Pak ad mana buleh marah anak dara yg kalau buleh nak pakai bra ja p bli nasik lemak dia. kalau marah, abes la lari customer dia sbb yg suka beli nasik lemak dia, majority suka tayang nasik lemak jugak

    yg aku paling tak buleh lupa, ang mmg tak buleh sebut 'Pak Ad' mcm org len sebut. bila ang sebut, bunyi pelik siket. Pak Ad jadi Pak ART. sama mcm ang sebut Jaafar aku jadi Jakfar hahahah. rindu kat ang pizzzz!!!!

    ReplyDelete
  2. hahaha..aku pun perasan gak nasik lemak anak2 dara tu tapi aku malu nak tulis kat atas huahua.

    aku rasakan uda aku ni makhluk aneh la. selalu ja sebutan lain dari yang lain hehe...rindu hang juga mmuahhh!!!!

    ReplyDelete
  3. nasi lemak pujaan ramai tu..kuikui..

    ReplyDelete
  4. hahah ya tebaek punya nasik lemak time tu :P

    ReplyDelete
  5. pizah ang wat aku tersenyum2 baca entry ni smbil dok terbayang situasi time berebut nasik lemak pak ad tu...

    ReplyDelete
  6. -sak-
    hahaha spontan aku teringat tu aku tulis kejadian Pak Ad ala2 faizal tahir kena serbu fans :P

    ReplyDelete
  7. knp aku lnsg xingat pasal nasi lemak pak ad?

    ReplyDelete
  8. -liyana aka PA-
    sebab hang jarang berebut kot time tu heh..

    ReplyDelete
  9. paling besh, tempat dia ampai nasik lemak dia tu betul-betul kat bawah blok aku. wahahah :) tapi aku ni lembab. da abis, baru aku turun. kempunan la jawabnya. tak larat aih nak berebut macam orang.

    ReplyDelete
  10. epalejau:

    ya ka..masa tu kalau tak berebut alamat kempunan la ko..haha

    ReplyDelete