Monday, June 28, 2010

please no more tiada jodoh ok

kawan-kawan aku cakap aku paling banyak dan kerap tukar enpon. ya ka banyak??aku rasa adala lima enpon dalam masa tujuh tahun. cuma satu ja la. aku tukar enpon bukan sebab ikut trend or giler gadget ka pa kan cuma enpon-enpon tu tak panjang jodoh dengan aku. meh aku story enpon-enpon yang pernah berjodoh dengan aku dan sebab-sebab kenapa kami berpisah.

enpon yang mula-mula aku pakai nama dia en. nokia 3100. kaler blue black. masa tu aku study kat uitm merbok. aku rasa ni la henpon yang paling lama aku pakai dalam tujuh tahun ni. tambah tolak darab bahagi suma adala dekat dua tahun aku berjodoh dengan dia. antra naseb malang yang pernah menimpa enpon aku ni ialah jatuh terburai dari 2nd floor bangunan admin uitm merbok. masa tu aku tengah turun tangga lepas masuk pejabat bendahari rasanya. tapi tah camna enpon ni leh jatuh melantun-melantun sampai ke tingkat bawah. memang bersepai terus tapi standard nokia la kebal. lepas dah bersepai dan siap pasang balik, dia masih sehat dan tidak mengalami sebarang kecederaan parah. tapi kalau dah tersurat jodoh tak dak tu memang tak leh nak buat apa. akhirnya aku berpisah jugak dengan dia ni. aku malu nak cita tapi si nokia 3100 ni kan, err..jatuh dalam toilet dekat DS. so memang tak leh nak rujuk dah dengan dia ni. bye bye forever la jawabnya.

ni la rupanya en nokia 3100 aku yang telah selamat bersemadi dalam toilet DS uitm merbok

lepas tragedi malang yang menimpa en. nokia 3100 tu aku tak beli pun henpon baru. bukan sebab aku frust menonggeng patah hati berulam jantung ka apa ka cuma aku malas nak perabih duet beli henpon. ada duet tapi rasa malas nak menapak pergi kedai enpon beli baru. kebetulan adala enpon sony yang abang aku dah tak mau pakai. so aku rembat la jala en sony ericsson T600 ni. selamat dah duet aku. ni 1st sony yang aku pakai dan terus buat aku suka dengan sony. enpon ni kecik ja pun dan kaler putih. tapi si sony ni lama gak dia berjasa. rasanya adalah dalam setahun kot aku pakai sebelum dia rosak. maklum la enpon orang dah tahap nak buang tapi aku gigih nak pakai jugak kan. masa tu rupa dia tak la cun camni, buruk sangat-sangat. dah la tu selalu buat hal sampai kawan-kawan kutuk suruh beli lain ja.



ni rupanya en sony yang orang lain dah reject tapi aku rela jadik pengganti. best oo enpon ni klasik hehe..mono tone nih mana nak carik zaman tu orang pakai mono tone dah hikhik

lepas en. T600 ni tak mampu bernyawa lagi, aku pun terpaksa la cari pengganti dia. so tebekenan la aku dekat en Z530i. enpon ni pun malang gak nasebnya. ada satu kes tu yang sampai arini aku fobia bila syakira anak buah aku senyap-senyap ambik enpon ni bawak pergi paip air belakang umah. tau dia buat apa dengan enpon aku ni. dia tadah enpon aku ni bawah air tu then dia basuh macam basuh sayur. naseb baek ayah aku nampak terus ambik enpon tu bagi kat aku. dekat tiga empat ari gak la enpon ni tak leh on. tapi lepas aku jemur tengah panas ok balik la dia. naseb baek kalau tak memang aku beli enpon baru lagi la. sejak tu kalau si syakira ni balik kg aku dah sembunyi siap2 enpon aku. trauma oooo..masa syakira ni mandikan enpon aku tu dia baru tiga tahun rasanya. naseb baek kecik klu tak mau makan penampar dah budak ni. tapi sekali lagi jodoh kami tak panjang bila lepas setahun lebih kami bersama, aku dengan sengalnya telah teringgal dia kat pondok depan library uitm merbok. masa tu aku jadik research assistant En shah. yang magic nya aku tertinggal tak sampai seminit ja pun. bila aku sedar aku teringgal phone, terus aku pusing balik cari kat pondok tu tapi sorry la nak jumpa balik, lesap terus.



en Z53oi yang pernah kena mandi dengan anak buah aku dan kehilangannya menjadik misteri sebab aku tertinggal tak sampai seminit..memang yang ambik tu sengal la

setelah en. Z530i hilang aku telah memilih en. W380i plak. kali ni memang aku jatuh cinta sungguh dengan enpon ni. memang aku suka giler kat dia. kiranya dia betul-betul menepati citarasa aku la kan. giler smart dah aku rasa enpon ni even sengalnya lebih sebab daya kekuatan untuk tarik networknya tak kuat. selalu ja kalau orang kol tak dengar aku cakap apa. tapi sayang punya hal aku tabah ja la pakai. enpon ni memang eklusif sket sebab dia nak jatuh tergolek buat pertama kali pun dia pilih port baek punya. nak tau mana tempat aku jatuh kan dia untuk kali pertama?? haha dalam dewan seri budiman uitm shah alam masa konvo dgree. masa tu aku lupa aku letak dia ats riba dan bila pengcara tu ckp " di umumkan keberangkatan masuk bla bla dan semua hadirin diminta berdiri..." terus jatuh tergolek enpon kesayangan aku nih. hambek jaga sangat kan. lepas setahun aku guna enpon ni mula buat hal. mula-mula speaker rosak sampai tak dengar la kalau orang kol. kena guna handfree dan kemudiannya yang paling sadis bila tak buleh on langsung. bila nak p repair apek tu cakap "u better beli baru la.repair pun buat buang duet ja, mahal."..terpaksa la beli baru lagi enpon.


en. W380i yang amat aku sayang..siap simpan dalam almari khas lagi enpon ni sbb syg punya pasal kan

dan terkini aku still pakai sony cuma kali jenis slide tolak mcm kat bawah ni. nama dia en. W705. aku harap kali ni jodoh kami panjang la. bertahan lama sikit sebab aku dah tak sanggup nak beli enpon baru lagi dah. at least dapat tahan lima tahun buleh tak??hahaha...ramai ja kawan-kawan pesan jaga elok-elok kali ni. aku pun dah mula berhati-hati dengan enpon baru aku ni. harap-harap no more tiada jodoh ok. aku tak mau hati aku terluka lagi haha...insyaallah..



p/s kat bawah ni aku letak gambar bonus si cilik hanan syakira abd ghani atau adik aku pangei dia cik kiah, anak sulung abang aku merangkap cucu ke lima bapak aku. gambar ni waktu dia tiga tahun tula..huh



Thursday, June 24, 2010

Entry cari pasal

tekanan tul aku dengan kadar kelajuan internet malam-malam jumaat ni. slow tahap gaban. gaban pun leh marah kalau camni punya slow internet. aku nak merapu apa lak malam ni. budak-budak kolej tak buat hal rasanya minggu ni. kalau tak, buleh ler aku sembur kat sini. dah tu nak merapu apanya?

agak-agak bila la band-band indon nak buat lagu tajuk nurulhuda ko gadis yang seksi. nak tunggu hujan buat aku rasa impossible la. apatah lagi bunkface. at least ada la modal aku nak buat entry pasal uda plak. orang dah berbudi tak kan kita tak berbahasa. orang dah puji kena la puji balik kan?agak-agak antara lagu nurulhuda dengan lagu hafizah mana akan lagi hits yer or lebih baek di tanya siapa lebih seksi??

si tahir ni plak bila nak mula buat lawak-lawak kancing gigi??tak sabar nih nak gelak sampai guling-guling. kalau aku uda samakan seperti OS aku rasa si tahir ni punya talent lawak tahap idlan raja lawak or abang kassim pon pon pon. memang buleh buat orang kancing gigi la bila baca or dengar ayat-ayat dia. tu baru ayat-ayat belum full text lagi. lama giler tak sebut full text. dulu asal masuk sem baru. for sure dapat assignment buat artikel review. terhegeh-hegeh la buka emerald insight cari artikel. nak baca whole article kan kena tekan full text dulu. ni pehal lak aku tetiba bebel pasal full text. motif!!

cik epalejau, hamboi-hamboi berehat sakan nampak. puas tdo yer. bagi chance la dia tdo cukup-cukup kan. sebelum ni azab hidup dia, tak cukup masa nak tdo. maklum la student. bz benar dengan assignment, kelas, kursus, tebiu serta hal hati dan perasaan. moga-moga dia dapat berehat sepenuhnya sebelum kena campak ke dalam hutan or pulau mana-mana pasni.

wah miss lolliyana makin rancak mendecorate blog sendirik nampaknya. dah lagi maju dari orang yang meng influence ni. tak pa aku faham. geng-geng makan gaji buta cam aku ni memang sesuai ada blog. buleh isi masa dengan decorate-decorate, tukar wallpaper, tambah gadget-gadget , tulis gossip ka kan. bagus-bagus, keep it up!!

okeh cukup kot untuk malam ni merapu. esok masuk pagi kerja, kena tdoq awal sket la malam ni. lagipun nak kena kumpul tenaga untuk angkat smash mereka-mereka kat atas ni muhaha!!!



p/s: sori kawan-kawan aku busan tenet slow plus tv kat umah aku layan bola 24 jam siap jadik port member-member ayah aku lak tu huuu

Sunday, June 20, 2010

weekend dulu-dulu

aku ni kira bertuah la jugak. cuti sabtu ahad even sabtu kedua dan keempat kena kerja kan. at least ada la dua kali sabtu aku merasa cuti lebih kalau nak banding dengan PA. tiap-tiap sabtu dia kerja. macam tak ada nikmat ja berhujung minggu. aku tak tau orang lain buat apa dengan hujung minggu. aku sekarang kalau hujung minggu ni aku kompom tdoq ja klu tak kuar p mana-mana.

dulu masa study duk asrama ramai-ramai malam minggu ja sure buat keja lagho. apa lagi layan cd korea sampai ke subuh. gigih ni ramai-ramai tak tdoq. masa tu aku rasa kawan-kawan aku ni dah macam database cita korea. sebut ja filem or drama apa. kompom suma tau. tu belum masuk sapa-sapa tanya pasal pelakonnya. tau aja suma especially yang ensem-ensem kan. ah tak yah mengelat kawan-kawan. suma kenangan masa kita gediks tu still segar dalam ingatan aku nih muhaha.



my little bride, hot movie gak time tu kan

dari zaman diploma sampai ke degree sama ja gigih tak tdoq malam layan drama korea. drama korea kan banyak episode. mau dalam 24 episode busuk-busuk pun. so gigih la tukar dari satu episode ke satu episode tu. tu pasal sanggup ja tak tak tdoq malam. suma tdoq pas subuh. tapi time dgree dah kurang sikit buat keja lagho ni sebab tak sempat. assignment tak menang tangan. teringin camna pun kena pandai cari time. selalu time awal sem ja la buat kerja camni.

time diploma port nengok cita korea ni selalunya bilik elina, nun, pooh ngn ann. tak pun aku lepak bilik tahir ngn jiha. memang jadik port tetap weekend. bawak turun tilam dari atas katil letak atas lantai then himpit-himpit layan movie dalam gelap ngehngeh. cd korea kan mahal time tu so gilir-gilir beli. masa tu kalau yang ori beli movie sebab murah. kalau nak drama terpaksa beli yang tak ori or burn ja sapa-sapa yang ada. masa tu nak download tak pandai lagi or time tu tak glamer lagi rasanya bab-bab download ni. yang aku ingat lagi cita-cita korea yang hot dan buat kami suma jadik gila time tu rasanya full house, my litte bride, my tutor friend, my 7teen sister in law ke apa (sheng zhe hikhik)..


fullhouse

masuk ja dgree sama jugak kesnya. tapi sebelum part 5 and 6 la. part 3 ngn part 4 tu buleh lagi nak merapu buat benda-benda lagho ni. masa degree bilik aku ngn ate jadik mangsa lepak lak. masa ni paling kita suma gila cita my girl, princess hour, my sassy girl dan paling tak tahan dan aku rasa paling teruk addictnya adalah sorry i love you. ni tahap paling maksima punya teruk.


my girl

okeh time tu ada gap yang agak panjang untuk next paper. dekat dua minggu aku rasa. so kebetulan masa aku balik kedah sebelum tu aku ada beli dvd cita sorry i love you ni. tapi sem tu agak sibuk so aku perap la dulu cita tu. jadik bila ada masa yang sedikit free konon la padahal tengah exam tuh kami pun tengok la. biasa la program tengok dvd ni mesti la time malam-malam. konon nak tengok sikit ja mulanya sebab masing-masing rasa mcm tak best ja cita tu. sekali best dan suma jadik tak sabar nak tengok apa jadik seterusnya. so layan sampai ke subuh. bangun tdoq tengah ari tu layan lagi. ulang benda yang sama sampai habis tiga dvd dalam masa tiga hari tiga malam kalau tak silap aku. dah la cita sedih tangkap leleh ja. paling teruk pooh ngn chepah la time tu hihihi..



sorry l love you (khas untuk peminat no 1 cita ni cikgu mahfuzah)

bila ingat balik rindu giler nak buat keja-keja gila camni balik. satu kepala suma. asal buleh layan cita korea tak tdoq malam pun tak pa. kalau ada assignment tu merungut ja masing-masing masa tak cukup hohoho. sekarang ni entah dah tak berapa nak layan sangat dah cita-cita korea ni. tak tau la sebab dah tua atau sebab tak dak geng yang gila mcm dulu dah. tapi sekali sekala sebut pasal gongchan ka kan mau tersengih-sengih gak teringat pasal peel gedik suma time dulu. dan buat tatapan PA dan chepah kat bawah ni aku letak pic gong chan spesel punya untuk hampa berdua hakhak..

Thursday, June 17, 2010

b.u.s.a.n

arini ari serabai. bangun lewat pergi kerja. ah standard aku lewat 3-4 minit. then kena ceramah dengan zul dan chemad pasal nak edit attendance aku. ala kata kawan-kawan tak kan nak berkira kot muhaha.

setelkan kerja-kerja yang ada la sikit-sikit tu. arini ari jumaat. student memang langsung tak ada kelas. so sepatutnya hari jumaat adalah ari yang aman sentosa untuk aku dan kawan-kawan. tapi geng-geng merapu suma pakat cuti plak arini. mau aku tak busan. oh busan!!

on pc buka gmail, cek msg-msg facebook. oh tidak hari ini kawan-kawan aku tak buat kontroversi murahan langsung. time-time busan ni tak da plak status-status berbaur kontroversi. so aku likes sapa-sapa ja punya status. asal ada status aku likes ja. puas hati.

buka blog kawan-kawan awat suma macam tak berupdate ja. aku punya komen pun tak berbalas lagi nih. ym tak ada yang respon. dengan PA ym sama-sama tak deliver. aku tnya dia diam. dia tnya aku plak diam. ya la mana tak diam, dah tak sampai msg-msg tu camner nak balas dek bahana internet problem.

paper jangan tanya la. aku dah baca suma. online dan tak online. habis aku belek. berita harian, utusan, metro, kosmo, star, the sun, nst. tinggal harakah daily ja kot aku tak masuk kuikui. tapi bukan la gigih baca suma artikel. belek tajuk ja pun. kira ok la tu kan. nak layan youtube pun tenet slow tahap gaban. lagipun aku dah tak tau nak layan apa dah.

last-last aku merapu kat sini. sejam setengah lagi nak ke lima setengah. aduss busan!!



I like mamak??

sapa suka lepak mamak??
sapa suka nasi kandar??
sapa suka teh tarik mamak??
sapa suka tandori??
sapa suka nan garlic or nan-nan lain?
sapa suka roti canai banjir??
ramai ja yang suka ni. aku kompom!
berbaris cakap i like!!;P

tapi aku kureng bab-bab makanan mamak ni. tiap kali kawan-kawan ajak pergi mamak automatik dahi berkerut. dan kawan-kawan pun bila nampak aku berkerut, terus buat muka faham ajak makan tempat lain. sorry dan terima kasih kawan-kawan kerana memahami :))

tapi itu kisah dulu. dulu-dulu nuuu. sekarang asal petang ja lepak mamak. pekena teh tarik dengan cucur udang sepinggan dulu baru balik umah. ya la opis menghadap husin nasik kandar. opismate lak jenis layan mamak. agaknya kami suma terkena kenan bos yang memang genetiknya adalah mamak kot. mula-mula aku berkerut dahi tapi lama-lama like this!!

tapi tak dak la ketagih cuma bila kawan-kawan cakap husin jom!!, tak dak la aku berkerut dahi dah. angguk ja kepala rela tanpa paksa macam dulu. tekak dah mula biasa dan buleh menerima. rasanya puzah akan tag i like this bila baca pengakuan aku ni. tapi bab nasik dan lauk pauknya aku tetap akan berkerut dahi okeh!!



menu tetap empat orang sekawan. sepinggan cucur udang dengan kueh tambahan bersama empat piring kuah kacang dan extra garfu.

Sunday, June 13, 2010

aku tag balik :))

arini aku ngelat kerja. walaupun aku tak stay up tengok bola, dan aku dah iron siap-siap baju lima pasang untuk lima hari kerja tapi bangun-bangun pagi tadi aku dapat virus malas. jadik meh aku isi masa aku dengan menyahut cabaran tag uda dan epalejau. aku sanggup dianggap dasar pemalas p kerja dari dianggap dasar pemalas sahut cabaran tag uda muhaha..

1. adakah anda happy sekarang?
ya tentunya happy sesangat sebab aku suka suki tak p kerja arini dan tak perlu hadap soalan- soalan bodoh dari budak-budak tuh :))

2. apakah benda yang boleh membuatkan anda happy?
tak payah p kerja kalau semata-semata nak jawab soalan" kak saya ambik subjek apa sem ni , saya dah ambik lum subjek photography II or saya dapat apa tah untuk islamic studies??

3. pernahkah anda menerima tag?
oh jarang sesangat kecuali dari dari sifu blogger saya yakni cikepalejau dan cik udalolli aka setan

4. nyatakan warna yang anda suka?
biru dan putih semestinya dan ada penambahan kaler terbaru iaitu merah.

5. beri 9 orang yang anda mahu tag. sila beritahu kepada orang yang anda tag supaya dapat respond.
kalau tengok dari follower aku yang berbaris panjang tu aku rasa cukup la kalau aku tag enam ja termasuk orang yang meng tag aku sebelum ni haha..mereka-mereka yang bertuah adalah seperti di bawah. sebagai dasar hormat aku dahulukan sifu-sifu aku dalam arena blogging ni.

|epalejau|
|udalolli aka setan|
|miss lolliyana|
|mr rulez|
|jieha-najiea|
|mini cooper|

6. nyatakan sesuatu tentang orang yang anda mahu tag. nak tulis panjang2 pon takpe asalkan anda happy.

- epalejau -
first blog yang aku follow. aku tak tau pun dia ada blog sampai la satu hari dia sms bagi url blog sebab dia tulis sesuatu pasal aku dalam blog tu. jangan tanya la isi kandungannya pasal apa kan, mesti la di sebalik kata-kata manis pujian tu terselit kutukan sadis tapi manja pasal aku. sejak dari tu aku selalu la bertenggek kat blog dia sampai la sekarang even bak kata cik epalejau, aku lembu sebab baru-baru ni ja aku follow dia secara rasmi haha. dalam banyak-banyak memori dengan epalejau ni , satu ja la aku akan ingat sampai bila-bila. kes sesat dalam hutan masa camping kesatria. masa tu dia komander, aku lak si ahli tegar bulan sabit merah yang gigih nak ikut join camping buat pertama kali. dengan menggunakan kabel elina sebagai ketua projek camping kesatria masa tu dapat la aku join. sekali dapat tugas jadik pembantu komander hardrawati untuk kumpulan alpha. masa aktviti masuk hutan kami tersilap belok kat simpang then terus sesat. naseb baek cikgu-cikgu kesatria sedar kami suma sesat sebab kami suma langsung tak sedar kami sesat pun time tu. last-last orang lain suma berjalan kaki balik tapi kami naek van. bila cikgu tanya mana kamu hadra masa briefing sebelum bertolak masuk utan' dia jawab saya tak sempat dengar sebab saya patah balik ambik barang'. pelan-pelan aku tanya dia lepas tu. 'barang apa yang ko patah balik ambek tu' dia jawab 'roti'..hempeh punya komander!!

-udalolli aka setan-
si uda ni selain bertindak sebagai rakan sejawat yang bergiat aktif dalam mengutuk boss kaw-kaw punya, dia juga adalah manusia penting yang bertanggungjawab dalam membawa aku dalam arena blogging nih. setelah menyedari usaha cik epalejau untuk tarik aku buat blog tak berjaya dia plak take over. dan ternyata strategi menggunakan os sebagai umpan telah memerangkap aku untuk menghasilkan cik stickynote. terima kaseh uda sebab menyedarkan tentang bakat aku yang persis os tu. dengan uda ni pun banyak kenangan sebenarnya. paling tak sangka ni la kerja sama jawatan dekat company yang sama dan berkongsi bos yang hari-hari pikir camna nak bagi dia tambah kaya dan kaya. ingat lagi aku bila tertiba ex lebrian yang dia nak ganti tu ym aku sambil tulis lirik lagu "bila terasa rindu ku sebut nama mu"..heran aku pehal la si nora ni..nyanyi lagu dafi kat aku. aku budget dia silap taip. rupanya-rupanya uda guna ym nora nak kenakan aku. siap gelak-gelak lak tu hempeh tul. tak habis-habis dengan lagu dafi tu. sekarang ni plak dia sakat aku dengan lagu sembilan band tajuk hafizah.. siap ada entry khas tuh untuk aku. aiyoo uda malu la haha. sejak aritu uda dengan rasminya telah menjoin club kutuk bos semalesia secara aktif. tapi uda even hang dah blah dari kolej ni nanti aku harap sangat hang maintain kutukan kaw-kaw hang tu sebagai hiburan bersama kita yer. buleh?

-miss lolliyana-
si noli or aku pangei dia PA ni baru-baru nak kembangkan sayap jadik blogger. dia hari-hari cakap dia busan, tak keja la, tak tau nak buat apa so aku pun cadangkan la suruh dia buat blog. tapi camna uda dan hadra nak yakinkan aku untuk buat blog camtu gak la aku ambik masa untuk buat dia yakin nak ada blog. strategi aku mudah. mula-mula aku cakap aku ada blog. then dia rajin gak la masuk blog aku nih, then dia tanya camna nak komen. aku cakap ha hang buat la gmail. senang sket nak komen even buleh ja nak drop komen kalau tak dak account gmail pun haha. then dah lepas dua kali dia drop komen kat blog aku, aku hasut dia alang-alangkan dah ada gmail tu create la blog terus. hehe dan akhirnya dia termakan hasutan dan lahirlah hikayat cnolly. so PA teruskan berkarya lagipun satu fesbuk dah kecoh kan hang ada blog mukakaka...

-mr rulez-
1st time aku perasan budak ni wujud masa baca komen-komen dia dalam blog epalejau. dia selalu drop komen-komen suci ja kat blog had ni. tah camna aku rasa mcm nak buat sengal aku balas komen dia tu. then dia pun reply balik. had pun reply jugak. bila tengok aku dengan had komen sengal to each other dia wonder. dia suka lak tgk kami sindir sesama kami sampai siap buat statement aku la kawan epalejau yang suka merajuk tu.haloo excuse me sapa yang suka merajuk??bukan ko ker had??hahaha..kemudian aku dengan had ada buat spekulasi pasal mr rulez ni di luar blog. kami main teka dia laki ka pempuan. so kami budget dia pempuan haha..rasanya betul la kan??then dia ada la drop dua tiga komen kat blog aku. aku pun ada la jugak ziarah blog dia.comel ja blog dia agak-agak tuan punya badan pun comel camtu kot :P

-jieha-najieha-
kawan baek aku sorang ni pun baru-baru nak terjebak dalam blog nih. tapi dia jarang update. yala dia kan sibuk dengan training dan ISO nya tu. maklum la orang keja company besaq. cuma sekarang ni sejak blog dia berubah jadik cantek kerap gak la dia update. mostly entry dia banyak pasal tips-tips kesihatan ni sebab dia memang suka la bab-bab nak menguruskan dan mencantikan badan. sebab tu bila aku bagi link blog uda pasal camna nak mencantikkan punggung bukan main excited lagi dia study video-video tu haha..pasni leh la hampa dua share info-info kecantikan ni bersama ya. dan dia ni gak la yang mengajar kami suma mkn megi guna pen buat ganti sudu dan garpu dlm entry aku pasal megi sebelum ni.

-mini cooper-
sedari mini cooper yang aku panggei chepah ni buat blog lebih kurang time aku gak la. blog dia ni lebih berunsurkan keagamaan. wah muslimah gutu. banyak entry-entry dia cedok dari i luv islam. bagus tul dia ni ni share benda baek, tak da merapu cam aku selalu. cuma ada sekali dia entry dia memang tahap bengang habis. berapi sungguh. selalunya aku ja yang tulis entry-entry berangin tak puas hati ka hapa kan. tapi sekali tu ja la kot, selebihnya dia maintain image as muslimah haha..terbaek la chepah..moga impian nak dapat mini cooper dan sedikit gemuk tu tercapai yer.


7. soalan cepumas. adakah anda happy dengan apa yang anda ada sekarang?

ya sudah semestinya aku happy. lebih kepada bersyukur actually. hidup tak ada masalah, tak da menda nak pk. even aku selalu meroyan pasal budak-budak kat tempat kerja aku tapi tu setakat kat tempat kerja. biasala kan. tapi di lain-lain waktu aku happy. :)) (mau tak hepi suka suki ja nk ngelat kerja.apa guna EL kan muhaha)

Friday, June 11, 2010

pertaruhan bihun sup billion

world cup dah start. kat umah aku sebulan ni memang remote kat tangan ayah, adik dan abang-abang aku aja. adik aku plak dah mula tampal jadual-jadual perlawanan supaya senang dia dan ayah aku menegok game-game selanjutnya serta meng key in keputusan perlawanan. tapi yang hang p tempek kat pintu almari kat ruang tamu tu pehal??

jadik kesimpulan dari situasi ini adalah aku secara tidak langsung terlibat sama lah dalam demam piala dunia ni tanpa semena-mena kerana aku tidak punya pilihan lain selain turut sama menyokong mana-mana pasukan yang di tonton oleh mereka. bahkan aku turut memainkan peranan penting sebagai reminder rasmi ayah aku di dalam mengenalpasti jadual waktu perlawanan setiap negara bertanding yakni meliputi waktu, hari dan negara apa yang akan bertemu. keja secara kontrak selama sebulan dengan kadar upah penajaan sarapan pagi, lunch (weekend sahaja) dan dinner serta supper jika lapar. oh lupa tahun ni belum dapat arahan kunci jam kejut ayah aku lagi untuk game awal pagi. tapi aku dah bersedia sekiranya di arahkan pada bila-bila masa.

manakala di opis plak aku terjebak dengan pertaruhan halal bak kata en fairuz dan en mad. ya kalian memang terbaek kerana berjaya membuat aku terjebak sama ke arena ini. pertaruhan meneka dua pasukan layak untuk setiap kumpulan ke peringkat ke dua kalah mati sememangnya bakal mengundang padah ke atas aku andai pasukan-pasukan yang aku senaraikan tidak tepat dan bertambah parah andai mana-mana pasukan mereka layak seperti yang di rekodkan oleh en mad di atas kertas A4 tajaan big boss.

pertaruhan yang melibatkan hadiah belanja bihun sup kat kedai makan depan billion atau yang selalu di mention kan oleh sedari udalolli dekat kedai tayar bakal menanti aku andai aku menjadi individu kalah teruk dengan jumlah meneka pasukan yang layak paling sedikit ke peringkat kedua.

keputusan pertaruhan yang melibatkan kos sebanyak rm 2.50 untuk setiap mangkuk bihun sup tanpa order air ini akan di ketahui setelah semua pasukan menamatkan perlawanan peringkat kumpulan pada 26 june ini. seterusnya bihun sup percuma akan dapat dinikmati pada hari isnin berikutnya.

keputusan pertaruhan akan aku update pada entry seterusnya selepas mendapat keputusan penuh. doakan-doakan aku tidak berada di kedudukan tercorot atau aku terpaksa keluarkan modal sebanyak rm 5.00 untuk dua mangkuk bihun sup tanpa kira harga air yang bakal di order oleh mereka berdua ini. sekian update news world cup africa 2010.



gambar bihun sup billion yang betul tak dak dlm simpanan aku.kira lebih kurang camni la cuma lagi sedap ja hehe


p/s : ni bukan judi yer haha. gurau-gurau ngn kawan-kawan. niat nak belanja tu ada cuma saja nak kecoh ngn world cup nih..nak kasi meriah la konon..kira halal la;P

Tuesday, June 1, 2010

"Ya Allah selamatkan mereka..."


Hanya nak menulis ini

"Ya Allah selamat kan mereka...
selamat kan mereka dari isreal laknatulallah ini
aminnnn.."






"aku doa setiap peluru tu berpatah balik ke israel....Allahukabar!!"