Sunday, June 13, 2010

aku tag balik :))

arini aku ngelat kerja. walaupun aku tak stay up tengok bola, dan aku dah iron siap-siap baju lima pasang untuk lima hari kerja tapi bangun-bangun pagi tadi aku dapat virus malas. jadik meh aku isi masa aku dengan menyahut cabaran tag uda dan epalejau. aku sanggup dianggap dasar pemalas p kerja dari dianggap dasar pemalas sahut cabaran tag uda muhaha..

1. adakah anda happy sekarang?
ya tentunya happy sesangat sebab aku suka suki tak p kerja arini dan tak perlu hadap soalan- soalan bodoh dari budak-budak tuh :))

2. apakah benda yang boleh membuatkan anda happy?
tak payah p kerja kalau semata-semata nak jawab soalan" kak saya ambik subjek apa sem ni , saya dah ambik lum subjek photography II or saya dapat apa tah untuk islamic studies??

3. pernahkah anda menerima tag?
oh jarang sesangat kecuali dari dari sifu blogger saya yakni cikepalejau dan cik udalolli aka setan

4. nyatakan warna yang anda suka?
biru dan putih semestinya dan ada penambahan kaler terbaru iaitu merah.

5. beri 9 orang yang anda mahu tag. sila beritahu kepada orang yang anda tag supaya dapat respond.
kalau tengok dari follower aku yang berbaris panjang tu aku rasa cukup la kalau aku tag enam ja termasuk orang yang meng tag aku sebelum ni haha..mereka-mereka yang bertuah adalah seperti di bawah. sebagai dasar hormat aku dahulukan sifu-sifu aku dalam arena blogging ni.

|epalejau|
|udalolli aka setan|
|miss lolliyana|
|mr rulez|
|jieha-najiea|
|mini cooper|

6. nyatakan sesuatu tentang orang yang anda mahu tag. nak tulis panjang2 pon takpe asalkan anda happy.

- epalejau -
first blog yang aku follow. aku tak tau pun dia ada blog sampai la satu hari dia sms bagi url blog sebab dia tulis sesuatu pasal aku dalam blog tu. jangan tanya la isi kandungannya pasal apa kan, mesti la di sebalik kata-kata manis pujian tu terselit kutukan sadis tapi manja pasal aku. sejak dari tu aku selalu la bertenggek kat blog dia sampai la sekarang even bak kata cik epalejau, aku lembu sebab baru-baru ni ja aku follow dia secara rasmi haha. dalam banyak-banyak memori dengan epalejau ni , satu ja la aku akan ingat sampai bila-bila. kes sesat dalam hutan masa camping kesatria. masa tu dia komander, aku lak si ahli tegar bulan sabit merah yang gigih nak ikut join camping buat pertama kali. dengan menggunakan kabel elina sebagai ketua projek camping kesatria masa tu dapat la aku join. sekali dapat tugas jadik pembantu komander hardrawati untuk kumpulan alpha. masa aktviti masuk hutan kami tersilap belok kat simpang then terus sesat. naseb baek cikgu-cikgu kesatria sedar kami suma sesat sebab kami suma langsung tak sedar kami sesat pun time tu. last-last orang lain suma berjalan kaki balik tapi kami naek van. bila cikgu tanya mana kamu hadra masa briefing sebelum bertolak masuk utan' dia jawab saya tak sempat dengar sebab saya patah balik ambik barang'. pelan-pelan aku tanya dia lepas tu. 'barang apa yang ko patah balik ambek tu' dia jawab 'roti'..hempeh punya komander!!

-udalolli aka setan-
si uda ni selain bertindak sebagai rakan sejawat yang bergiat aktif dalam mengutuk boss kaw-kaw punya, dia juga adalah manusia penting yang bertanggungjawab dalam membawa aku dalam arena blogging nih. setelah menyedari usaha cik epalejau untuk tarik aku buat blog tak berjaya dia plak take over. dan ternyata strategi menggunakan os sebagai umpan telah memerangkap aku untuk menghasilkan cik stickynote. terima kaseh uda sebab menyedarkan tentang bakat aku yang persis os tu. dengan uda ni pun banyak kenangan sebenarnya. paling tak sangka ni la kerja sama jawatan dekat company yang sama dan berkongsi bos yang hari-hari pikir camna nak bagi dia tambah kaya dan kaya. ingat lagi aku bila tertiba ex lebrian yang dia nak ganti tu ym aku sambil tulis lirik lagu "bila terasa rindu ku sebut nama mu"..heran aku pehal la si nora ni..nyanyi lagu dafi kat aku. aku budget dia silap taip. rupanya-rupanya uda guna ym nora nak kenakan aku. siap gelak-gelak lak tu hempeh tul. tak habis-habis dengan lagu dafi tu. sekarang ni plak dia sakat aku dengan lagu sembilan band tajuk hafizah.. siap ada entry khas tuh untuk aku. aiyoo uda malu la haha. sejak aritu uda dengan rasminya telah menjoin club kutuk bos semalesia secara aktif. tapi uda even hang dah blah dari kolej ni nanti aku harap sangat hang maintain kutukan kaw-kaw hang tu sebagai hiburan bersama kita yer. buleh?

-miss lolliyana-
si noli or aku pangei dia PA ni baru-baru nak kembangkan sayap jadik blogger. dia hari-hari cakap dia busan, tak keja la, tak tau nak buat apa so aku pun cadangkan la suruh dia buat blog. tapi camna uda dan hadra nak yakinkan aku untuk buat blog camtu gak la aku ambik masa untuk buat dia yakin nak ada blog. strategi aku mudah. mula-mula aku cakap aku ada blog. then dia rajin gak la masuk blog aku nih, then dia tanya camna nak komen. aku cakap ha hang buat la gmail. senang sket nak komen even buleh ja nak drop komen kalau tak dak account gmail pun haha. then dah lepas dua kali dia drop komen kat blog aku, aku hasut dia alang-alangkan dah ada gmail tu create la blog terus. hehe dan akhirnya dia termakan hasutan dan lahirlah hikayat cnolly. so PA teruskan berkarya lagipun satu fesbuk dah kecoh kan hang ada blog mukakaka...

-mr rulez-
1st time aku perasan budak ni wujud masa baca komen-komen dia dalam blog epalejau. dia selalu drop komen-komen suci ja kat blog had ni. tah camna aku rasa mcm nak buat sengal aku balas komen dia tu. then dia pun reply balik. had pun reply jugak. bila tengok aku dengan had komen sengal to each other dia wonder. dia suka lak tgk kami sindir sesama kami sampai siap buat statement aku la kawan epalejau yang suka merajuk tu.haloo excuse me sapa yang suka merajuk??bukan ko ker had??hahaha..kemudian aku dengan had ada buat spekulasi pasal mr rulez ni di luar blog. kami main teka dia laki ka pempuan. so kami budget dia pempuan haha..rasanya betul la kan??then dia ada la drop dua tiga komen kat blog aku. aku pun ada la jugak ziarah blog dia.comel ja blog dia agak-agak tuan punya badan pun comel camtu kot :P

-jieha-najieha-
kawan baek aku sorang ni pun baru-baru nak terjebak dalam blog nih. tapi dia jarang update. yala dia kan sibuk dengan training dan ISO nya tu. maklum la orang keja company besaq. cuma sekarang ni sejak blog dia berubah jadik cantek kerap gak la dia update. mostly entry dia banyak pasal tips-tips kesihatan ni sebab dia memang suka la bab-bab nak menguruskan dan mencantikan badan. sebab tu bila aku bagi link blog uda pasal camna nak mencantikkan punggung bukan main excited lagi dia study video-video tu haha..pasni leh la hampa dua share info-info kecantikan ni bersama ya. dan dia ni gak la yang mengajar kami suma mkn megi guna pen buat ganti sudu dan garpu dlm entry aku pasal megi sebelum ni.

-mini cooper-
sedari mini cooper yang aku panggei chepah ni buat blog lebih kurang time aku gak la. blog dia ni lebih berunsurkan keagamaan. wah muslimah gutu. banyak entry-entry dia cedok dari i luv islam. bagus tul dia ni ni share benda baek, tak da merapu cam aku selalu. cuma ada sekali dia entry dia memang tahap bengang habis. berapi sungguh. selalunya aku ja yang tulis entry-entry berangin tak puas hati ka hapa kan. tapi sekali tu ja la kot, selebihnya dia maintain image as muslimah haha..terbaek la chepah..moga impian nak dapat mini cooper dan sedikit gemuk tu tercapai yer.


7. soalan cepumas. adakah anda happy dengan apa yang anda ada sekarang?

ya sudah semestinya aku happy. lebih kepada bersyukur actually. hidup tak ada masalah, tak da menda nak pk. even aku selalu meroyan pasal budak-budak kat tempat kerja aku tapi tu setakat kat tempat kerja. biasala kan. tapi di lain-lain waktu aku happy. :)) (mau tak hepi suka suki ja nk ngelat kerja.apa guna EL kan muhaha)

16 comments:

  1. yess..nombot satu bagi komen..dh tercaapaaiii...gigih sungguh nih..padanla cik pizah xon9 ym rini..rupa2nya wt pojek baik punya..kui2

    ReplyDelete
  2. hahahha..sok bos tnya ai jwb la demam world cup..mau kena baling ngn kasut rasanya..

    ReplyDelete
  3. hahahah terima kasih tak terhingga atas segala puji2an yg ang lemparkan kat aku. soooo suwit siap ang hahahha!

    weh betoi ka jieha sgt suka bideo2 cantikkan punggung kt blog aku tu? nt aku upload bideo cantikkan siku dan lutut plak khas utk dia muahahahhahahahah!

    ReplyDelete
  4. uih mesti la uda..kira hampa berdua sesuai la share2 info bab2 kurus2kan mana2 bahagiann pun...

    "soooo suwit siap ang hahahha"..ah sudah..aku tgu smash aku di balas hahaha..

    ReplyDelete
  5. uda lollipop..aku suka la tips hg..bagi la tips2 yg meletops..cantikkan kaki,peha n sewaktu dgn nya..hehhe..uish pizah sakan hg noo..kata aku nie ajaq hmapa mkn megi guna pen.hehe..xpa..darurat.

    ReplyDelete
  6. hahaha kan aku dah cakap hampa dua leh share2 ilmu2 kecantikan nih..

    ya la sapa lagi nak ajaq sesuatu yang pelik kecuali hang hohoho..

    ReplyDelete
  7. pizah cuti..aku kesunyian..hhehe.maklum la..kami kategori pekerja yg wat2 bz..
    fuhh..nasib baik xde kutukan dah..nebes gak td..haha

    ReplyDelete
  8. well aku kan budak suci tak reti aih nk kutuk2 ni...muhahaha

    ReplyDelete
  9. ko kata tak kutuk aku? nak pecah perot aku baca kutukan demi kutukan yang ko lemparkan, sampailah ke baris akhir pasal aku tu tauuuuu..


    hahahahaha, ingat lagi ko pasal kita sesat tu. dan paling aku tak sangka, ingat lagi ko pasal roti tuuuu..lapaq weh. pikiaq nak jalan jauh, tu yg gigih nak amek roti buat bekal. kalau takde roti tu, rasanya sempat gak kot aku pengsan masa sesat tu.

    ReplyDelete
  10. hahaha tu kira kutukan eh..aku ingat tu nukilan aku paling suci la tu hikhik..

    mana leh lupa kes sesat tu..sbb kita rasa kita tak sesat even masa tu suma dah sebuk2 cari kita satu kumpulan hehe...

    ReplyDelete
  11. gigih nak redah jalan kat depan. selagi ada jalan, selagi tu la nak mara.

    kunun bila komander lain tanya, 'takkan hang tak perasan hang da sesat, hadra?da jalan macam tu punya teruk hg redah'...dan masa tu kita semua jawab apaaaaa?

    'kitorang ingatkan itu merupakan cabaran-cabaran dalam jungle trekking tu. gigih la nak redah.'

    sabar ajela aaaai!

    ReplyDelete
  12. wahh..kat cni pun kena kutuk..tak leyh jadi nie..hehe

    baru pasan sumtin..lepas baca entry2 yg lepas..hang dak utara ker..dak sp..dekat jela kiter nie..patutlar cam kenai jer..hahaa

    uit..aku tengah2..tak laki maupun pmpn..boleh???

    tp badan yg tomey 2 mmg tak boleh dinafikan ag lar..i,m mr bulat..hahaha

    ReplyDelete
  13. epalejau:
    yes betul memang kita fikir tu halangan2 yg konon di buat untuk mencabar kita hahaha..

    fazrul:
    wah tu kutuk ka bukan pujian2???haha

    eh hang sp kat na tu??
    buleh mai rumah hohoho..

    ReplyDelete
  14. yker puji cam 2..huhu

    aku dekat ngn tuttt..hehe
    nnt leyh g jln sama2..hang mai amek aku lar..aku kan pmpn..;)

    ReplyDelete
  15. fazrul:
    oh well hahaha
    eh kata half2..
    apa kes???
    hohoho...

    ReplyDelete
  16. If you are planning to Abercrombie and Fitch make a profit, Abercrombie then giving away promotional clothing Abercrombie Sale as a promotional gift will never Cheap Abercrombie let you lose your aspiration. Abercrombie outlet This is the best way to reap profits. The first step towards this is abercrombie Jeans by deciding your budget. A well Abercrombie Pants planned budget can get you the best promotional items at reasonable cost which will easily be Abercrombie Tees accepted by the masses. Regardless, Abercrombie Shorts selling branded promotional Abercrombie Sweaters clothing with your own brand is another way to gain instant popularity. The natural impulse for almost all retailers is to make a huge profit on the products already in the stockpile. But it would be wiser to purchase loads of unique promotionally priced clothing items, promote it at good deal basement price and then put it on the market of sale. This way the scope of attracting populace to the store increases. This merchandise actually pushes benefits with its attractive features. It not only provides name and popularity to your brand but also helps to reap noticeable profit also.

    ReplyDelete