Friday, June 11, 2010

pertaruhan bihun sup billion

world cup dah start. kat umah aku sebulan ni memang remote kat tangan ayah, adik dan abang-abang aku aja. adik aku plak dah mula tampal jadual-jadual perlawanan supaya senang dia dan ayah aku menegok game-game selanjutnya serta meng key in keputusan perlawanan. tapi yang hang p tempek kat pintu almari kat ruang tamu tu pehal??

jadik kesimpulan dari situasi ini adalah aku secara tidak langsung terlibat sama lah dalam demam piala dunia ni tanpa semena-mena kerana aku tidak punya pilihan lain selain turut sama menyokong mana-mana pasukan yang di tonton oleh mereka. bahkan aku turut memainkan peranan penting sebagai reminder rasmi ayah aku di dalam mengenalpasti jadual waktu perlawanan setiap negara bertanding yakni meliputi waktu, hari dan negara apa yang akan bertemu. keja secara kontrak selama sebulan dengan kadar upah penajaan sarapan pagi, lunch (weekend sahaja) dan dinner serta supper jika lapar. oh lupa tahun ni belum dapat arahan kunci jam kejut ayah aku lagi untuk game awal pagi. tapi aku dah bersedia sekiranya di arahkan pada bila-bila masa.

manakala di opis plak aku terjebak dengan pertaruhan halal bak kata en fairuz dan en mad. ya kalian memang terbaek kerana berjaya membuat aku terjebak sama ke arena ini. pertaruhan meneka dua pasukan layak untuk setiap kumpulan ke peringkat ke dua kalah mati sememangnya bakal mengundang padah ke atas aku andai pasukan-pasukan yang aku senaraikan tidak tepat dan bertambah parah andai mana-mana pasukan mereka layak seperti yang di rekodkan oleh en mad di atas kertas A4 tajaan big boss.

pertaruhan yang melibatkan hadiah belanja bihun sup kat kedai makan depan billion atau yang selalu di mention kan oleh sedari udalolli dekat kedai tayar bakal menanti aku andai aku menjadi individu kalah teruk dengan jumlah meneka pasukan yang layak paling sedikit ke peringkat kedua.

keputusan pertaruhan yang melibatkan kos sebanyak rm 2.50 untuk setiap mangkuk bihun sup tanpa order air ini akan di ketahui setelah semua pasukan menamatkan perlawanan peringkat kumpulan pada 26 june ini. seterusnya bihun sup percuma akan dapat dinikmati pada hari isnin berikutnya.

keputusan pertaruhan akan aku update pada entry seterusnya selepas mendapat keputusan penuh. doakan-doakan aku tidak berada di kedudukan tercorot atau aku terpaksa keluarkan modal sebanyak rm 5.00 untuk dua mangkuk bihun sup tanpa kira harga air yang bakal di order oleh mereka berdua ini. sekian update news world cup africa 2010.



gambar bihun sup billion yang betul tak dak dlm simpanan aku.kira lebih kurang camni la cuma lagi sedap ja hehe


p/s : ni bukan judi yer haha. gurau-gurau ngn kawan-kawan. niat nak belanja tu ada cuma saja nak kecoh ngn world cup nih..nak kasi meriah la konon..kira halal la;P

No comments:

Post a Comment