Sunday, June 20, 2010

weekend dulu-dulu

aku ni kira bertuah la jugak. cuti sabtu ahad even sabtu kedua dan keempat kena kerja kan. at least ada la dua kali sabtu aku merasa cuti lebih kalau nak banding dengan PA. tiap-tiap sabtu dia kerja. macam tak ada nikmat ja berhujung minggu. aku tak tau orang lain buat apa dengan hujung minggu. aku sekarang kalau hujung minggu ni aku kompom tdoq ja klu tak kuar p mana-mana.

dulu masa study duk asrama ramai-ramai malam minggu ja sure buat keja lagho. apa lagi layan cd korea sampai ke subuh. gigih ni ramai-ramai tak tdoq. masa tu aku rasa kawan-kawan aku ni dah macam database cita korea. sebut ja filem or drama apa. kompom suma tau. tu belum masuk sapa-sapa tanya pasal pelakonnya. tau aja suma especially yang ensem-ensem kan. ah tak yah mengelat kawan-kawan. suma kenangan masa kita gediks tu still segar dalam ingatan aku nih muhaha.



my little bride, hot movie gak time tu kan

dari zaman diploma sampai ke degree sama ja gigih tak tdoq malam layan drama korea. drama korea kan banyak episode. mau dalam 24 episode busuk-busuk pun. so gigih la tukar dari satu episode ke satu episode tu. tu pasal sanggup ja tak tak tdoq malam. suma tdoq pas subuh. tapi time dgree dah kurang sikit buat keja lagho ni sebab tak sempat. assignment tak menang tangan. teringin camna pun kena pandai cari time. selalu time awal sem ja la buat kerja camni.

time diploma port nengok cita korea ni selalunya bilik elina, nun, pooh ngn ann. tak pun aku lepak bilik tahir ngn jiha. memang jadik port tetap weekend. bawak turun tilam dari atas katil letak atas lantai then himpit-himpit layan movie dalam gelap ngehngeh. cd korea kan mahal time tu so gilir-gilir beli. masa tu kalau yang ori beli movie sebab murah. kalau nak drama terpaksa beli yang tak ori or burn ja sapa-sapa yang ada. masa tu nak download tak pandai lagi or time tu tak glamer lagi rasanya bab-bab download ni. yang aku ingat lagi cita-cita korea yang hot dan buat kami suma jadik gila time tu rasanya full house, my litte bride, my tutor friend, my 7teen sister in law ke apa (sheng zhe hikhik)..


fullhouse

masuk ja dgree sama jugak kesnya. tapi sebelum part 5 and 6 la. part 3 ngn part 4 tu buleh lagi nak merapu buat benda-benda lagho ni. masa degree bilik aku ngn ate jadik mangsa lepak lak. masa ni paling kita suma gila cita my girl, princess hour, my sassy girl dan paling tak tahan dan aku rasa paling teruk addictnya adalah sorry i love you. ni tahap paling maksima punya teruk.


my girl

okeh time tu ada gap yang agak panjang untuk next paper. dekat dua minggu aku rasa. so kebetulan masa aku balik kedah sebelum tu aku ada beli dvd cita sorry i love you ni. tapi sem tu agak sibuk so aku perap la dulu cita tu. jadik bila ada masa yang sedikit free konon la padahal tengah exam tuh kami pun tengok la. biasa la program tengok dvd ni mesti la time malam-malam. konon nak tengok sikit ja mulanya sebab masing-masing rasa mcm tak best ja cita tu. sekali best dan suma jadik tak sabar nak tengok apa jadik seterusnya. so layan sampai ke subuh. bangun tdoq tengah ari tu layan lagi. ulang benda yang sama sampai habis tiga dvd dalam masa tiga hari tiga malam kalau tak silap aku. dah la cita sedih tangkap leleh ja. paling teruk pooh ngn chepah la time tu hihihi..



sorry l love you (khas untuk peminat no 1 cita ni cikgu mahfuzah)

bila ingat balik rindu giler nak buat keja-keja gila camni balik. satu kepala suma. asal buleh layan cita korea tak tdoq malam pun tak pa. kalau ada assignment tu merungut ja masing-masing masa tak cukup hohoho. sekarang ni entah dah tak berapa nak layan sangat dah cita-cita korea ni. tak tau la sebab dah tua atau sebab tak dak geng yang gila mcm dulu dah. tapi sekali sekala sebut pasal gongchan ka kan mau tersengih-sengih gak teringat pasal peel gedik suma time dulu. dan buat tatapan PA dan chepah kat bawah ni aku letak pic gong chan spesel punya untuk hampa berdua hakhak..

12 comments:

  1. for ur info..cite my girl la yg aku xjemu tgk lg.klu dah xde benda nak tgk..mmg aku aku pasang cd tu..n yg aku pelik..even dah ulang beratus2 kali..aku masih gelak2 bila tgk cite tu.xtau la nape terhibur sgt.haha..
    ckp pasal hujung mggu..xde aktiviti yg lbh menarik melainkn tido!!hoho..maleh aku nak kuar mana2..

    ReplyDelete
  2. aku rasa suma sama jo kot weekend kompom tdoq haha..

    mygirl ni sebab pempuan tu terhegeh2 tapi hegeh yang orang tak nyampah.terhegeh2 dia tu yang buat jadik lawak cita ni rasanya.

    ReplyDelete
  3. OMG...hensemnya gong chan....waaa...kan best kalu msk dlm mimpi aku..kui3....tp perasan x? citer korea ni sumer konsep dia sama ja...mesti triangle love story..kalo x hero yg gila msti heroin yg gila2...second hero plak msti serius but maintain hensem...ngeee(kancing gigi aku) muahaha

    ReplyDelete
  4. mirakuru:
    memang pun.dah la tu 2nd hero gila baek la kan tapi still heroin nak pilih yang hero pertama, apa kes haha..tapi sama2 pun jln cita kan, kita gila jugak muhahaha..

    gong chan??wah dia memamg ensem hikhik..ceh siap nak kancing gigi tuh..nak kancing gigi gak la:P

    ReplyDelete
  5. owh hang berat sebelah ni pizz..mana boipren korea aku?? huhuuuuuuuuuu

    ReplyDelete
  6. uda:
    hahaha wait..akan ada edisi khas pakwe hang nanti..muhahaha...

    ReplyDelete
  7. kerna citer sorry i luv u..tisu disediakan pihak pensponsor bilik..keh2...yg tukang dok guna sp lg...penonton katil ataih..srroott srrett tiap kali tgk..tambh2 part akhir citer ni..sgt sedey..esok pg mangkit mata jd sepet..huhuhu

    ReplyDelete
  8. gonchaann my luv..pakcik dlm citer sori i luv u tu skandal seterussnya..wakaka

    ReplyDelete
  9. tetiba dlm sunyi sepi ada bunyik dr atas srroott srrett..lupa lak pasai mata lebam tu.chepah la teruk lebam. orang lain sembab tak tdoq dia sembab sbb teriak teruk huahua

    ceh lebih dari sorang nampak skandal hehe...

    ReplyDelete
  10. hujung minggggguu?
    hujung minggu adalah waktu untuk aku keluar sedut angin segar.
    ngahahahahaha..

    hujung minggu la nak keluar pun kan?
    da the whole weekdays tu terperap dalam maktab,
    tolong lah!
    time hujung minggu aku nak cari kehidupan..


    korea?
    baru aku teringat.
    sampai sekarang aku tak tengok lagi sampai abis cerita 'que sera sera'.

    ReplyDelete
  11. epalejau:
    tunggu free nanti ko sambung balik tengok cita tu..err ko ingat lagi tak saper heronya tu ekekekke..

    udara segar??kalau aku student maybe aku pilih sedut udara segar tapi skrag dah pekerja aku pilih tdo hikhik..

    ReplyDelete
  12. If you are planning to Abercrombie and Fitch make a profit, Abercrombie then giving away promotional clothing Abercrombie Sale as a promotional gift will never Cheap Abercrombie let you lose your aspiration. Abercrombie outlet This is the best way to reap profits. The first step towards this is abercrombie Jeans by deciding your budget. A well Abercrombie Pants planned budget can get you the best promotional items at reasonable cost which will easily be Abercrombie Tees accepted by the masses. Regardless, Abercrombie Shorts selling branded promotional Abercrombie Sweaters clothing with your own brand is another way to gain instant popularity. The natural impulse for almost all retailers is to make a huge profit on the products already in the stockpile. But it would be wiser to purchase loads of unique promotionally priced clothing items, promote it at good deal basement price and then put it on the market of sale. This way the scope of attracting populace to the store increases. This merchandise actually pushes benefits with its attractive features. It not only provides name and popularity to your brand but also helps to reap noticeable profit also.

    ReplyDelete