Friday, July 30, 2010

Frisbee, besday girl dan dia




pernah tgk orang main frisbee? masa kat kolej puncak perdana dulu petang2 akan ada satu group budak2 laki main benda ni betoi2 depan blok aku. hep hep ni bukan entry berbaur gatai dan gediks okeh. tapi aku ngn bdk2 umah aku pun apa lagi bertenggek la kat tingkap tengok depa main ;p . tu pun sbb bilik kami tingkat 4 okeh. cuba bilik kami tingkat bawah sekali jangan harap ler nk gigih bertempek tengok.

ala petang2 lepas habis kelas sambil makan goreng pisang tak menda nak buat. lepak ja tgk bdak2 laki bersukan. bersukan plak depan blok pempuan sbb gelanggang kat situ. biasa la main kat blok pempuan. kiri kanan atas bawah suma pempuan tengok baik punya, apa lgi tunjuk skill la. melompat sakan dengan pelbagai gaya. ala tak da la yg ensem pun kecuali sorang yang 'besday girl' arini admire :)

uih nama besday girl tu tak leh sebut kat sini kang tak pasal2 aku kena sembur ngn dia huahua. ala besday girl anggap la ni hadiah besday untuk hang. aku telah meng recall kan kenangan waktu muda2 dahulu khas sempena ari keputrian hg. tapi nama aku rahsiakanla dun wori okeh :)

mamat yang besday girl ni minat macam budak baek la. dlm ramai2 yang main tu dia sorang ja yang tak pernah pakai seluar pendek. tiap kali main mesti pakai seluar panjang. terpikat habis la konon. budak tu buleh tahan la. tak la ensem sgt tapi ada style la. nama budak ni pun kami tak tau. cuma tau nama pendek kat jersey dia main frisbee tu ja. nak tau apa nama dia??haha xleh2..mau meletop besday girl kang.

ada la sekali sekala teserempak ngn dia kat fakulti, time makan tak pun sama2 berbaris beli goreng pisang makcik kelantan tu. tau camner muka besday girl ni? kompom la tersengih2 cam kerang busuk padahal mamat tu tak perasan pun dia kuang2.. kwn2 serumah lain pun klu nampak mamat tu pun soh soh seh sebuk gtau kat besday girl ni..setuju benar dlm bab nak menyakat ni. bukan menyakat bagi restu hoho.

ada sekali tu kami suma masuk kelas minor. so klu kelas minor ni selalunya kami bercampur ngn bdk2 kelas lain. sekali kelas tu mamat frisbee ni pun masuk kelas yang sama gak. kiranya teka-teki selama ni terjawab la. tahu la si besday girl ni mamat tu nama apa, kos apa, umur berapa. wah tapi maintain gitu2 la. sengih sorang2 kan. cuma masa ni dah tau la mamat tu dh ada awek. cun lak tu.

masuk final sem kami dah kena halau duk luar. so tak ada dah la aktiviti bertenggek kat tingkap bilik. tpi kebetulan final sem ni kami masuk kelas elektif sama kelas lak ngn kawan baek mamat frisbee ni. dan terkebetulan jugak rapat ngn kawan mamat frisbee ni. mmg rezeki besday girl ni la kot. satu hari tu si besday girl ni terserempak dengan classmate merangkap kawan baek mamat frisbee dan si mamat frisbee tu ada sebelah dia. jeng jeng jeng :))

dan akhirnya sebelum graduate mamat frisbee tu senyum dan tegur si besday girl depan2. si besday girl tu agak2 jadik camner?? hahaha meroyan ler. gila bayang beb. senyum sampai ke telinga lepas balik ke rumah. ya la berapa lama sekondeng dari tingkap jer kan. tapi kisah admire dan meroyan besday girl kat mamat frisbee ni sampai situ ja la walaupun duduk sama bandar (saja bagi clue haha)..eh besday girl tak kan tak pernah serempak kot. besar sangat ka bandar ***** tu??hahaha

Thursday, July 29, 2010

Meroyan datang lagi

ni aku mula nak meroyan nih. kerja sorang2 sampai kul 7. busan giler xtau nk cakap camna. kadang2 pk macam bodoh gak aku terconggok sampai petang ari-ari kat library ni. kalau aku terconggok sorang-sorang sebab budak-budak ni study tak apa gak. ni aku stay kat library sebab budak-budak ni tak da tempat nak melepak.

then budak-budak ni kalau betul menelaah tak pa la jugaknya. berbaloi la aku berbakti korbankan masa beriadah petang aku. ni tak adanya. masuk library bersembang, layan movie, main tenet. tak ada la yang study aku tengok. macam sia-sia ka memang sia-sia aku kena stay sampai petang ni??

ada sapa2 nak jawab?? tapi tolong jangan jawab "gaji jalan what" sebab nanti kecik hati aku kehkeh. tapi serius aku busan nih.aiyoo tengok jam baru 6.22 p.m..ah tekanan!!!orang lain tekanan sebab kerja banyak tapi aku tekanan sebab kebusanan apa kes ?? naseb la pizah!!

rasa mcm tahun depan nak masuk keynote la buat lagu kebahagian dalam keterpaksaan kihkih..agak2 ada si shahir tu nak nyanyi lagu aku? huahua. ah sudah2, merapu teruk dah aku ni..




Wednesday, July 28, 2010

congratz!! =))


Entry kali ni spesel buat cik epalejau sempena dia konvo esok. konvo kali ke tiga okeh. kawan-kawan lain ada??hehe ada ja tapi belum lagi insyaAllah masa-masa depan kan. nanti hampa konvo aku buat entry khas camni lagi yer ;P. so had tak mo cakap banyak just nk wish happy graduation day dan selamat bertugas sebagai cekgu omputih. I sound stupid when i speak in Malay..ops tu pelakon perasan sorang tu jer ko tak hahaha..


nah hambek aku bagi hadiah ni
sunflowers dengan bear sekor :))




congratz!! =))


Monday, July 26, 2010

Tolong ingatkan aku

wah tajuk bunyik mcm gediks ja hihi. dulu masa mula-mula aku buat blog ni aku ada tulis satu entry tajuk bila terasa rindu..dalam entry ni aku ada kutuk baik punya lagu ana rafali, hujan bunga di kuala lumpur. sebab aku rasa lagu tu tah apa-apa ja liriknya tu. asal lagu tu kuar dlm radio ja mesti tukar radio lain. bukan kata dulu ja pun sekarang ni pun maintain ja tak suka. tapi bila dengar lagu ana rafali tajuk tolong ingatkan aku, aku suka la plak. siap mintak jiha download ni. aku mana reti download plus malas sebenarnya kihkih..lagu ni kena lak dengan halwa telinga aku. video klip pun menarik minat aku. macam best, siap ada drama tuh. cuba tengok ending sweet tak hahaha..wah aku mood gediks nampak malam ni huahua. pada yang lum tengok video klip tu nah hambek layan ja kat bawah ni..



p/s pada yang rajin sila tengok video klip hujan bunga di kuala lumpur sbb video klip tolong ingtkan aku ni kesinambungan cerita dlm video klip tu ;)

Sunday, July 25, 2010

Nihongo

tengah-tengah selongkar alamari buku siang tadi terjumpa la buku-buku jepun masa study kat uitm dulu. buku tu namanya nihongo. oleh sebab ada tiga level jadik ada tiga buku. nihongo ichi, ni dan san. maksudnya buku bahasa jepun satu, dua dan tiga. masa kat uitm dulu 3rd language ni subjek wajib kat suma student dgree. ada macam-macam bahasa la yg dioffer tp faculty aku offer empat ja bahasa. mandarin, jepun, arab dan france. so punah la cita-cita nak ambik korea sebab faculty tak offer kan.




inila rupanya kitab jepun aku tuh

yang bestnya ambik 3rd language ni bila satu umah tu ada 8 orang tp ambik lain2 bahasa. segala macam bunyik ada especially time test or exam..mau taknya, aku had, uda ngn ate geng samurai ambik jepun, noli, puzah ngn nun geng hang li po ambik mandarin, chepah la sorang2 ja ambik arab. cuma france ja tak ada sapa ambik dlm umah tu.

gila poyos habis time tu. excited la konon. especially lepas 1st kelas. bercakap bahasa masing-masing padahal baru belajar kenalkan diri ja pun. klu yang ambik jepun mula tu sikit2, sumimasen, watashiwa la, arigato la kan. klu yg ambik france asal jumpa kawan-kawan mesti sebut bonjour! camtu la kot ejaannya aku rasa. klu yang ambik arab tu aku rsa kai fa halu ki la kot hee. yang ambik mandarin entah aku tak ingat sbb nk tegeliat lidah aku tengok budak2 umah aku tu menyebutnya hahaha

1st kelas lecturer or dlm kelas jepun kami pangei sensei bagi homework suruh tulis dlm tulisan jepun. untuk level one tulisan tu namanya hiragana. aku rasa aku nk tulis huruf A ja pun ambik masa berjam sbb nak bagi jadik sama bentuk mcm contoh. tu baru A belum huruf-huruf lain lagi. cuma paling aku tak suka bila kena buat script untuk speaking. kena belakon siap ada props lagi. malas aku. ada sekali tu sensei aku tnya aku ni orang kelantan ka sbb cara aku cakap jepun dh macam kelatan cakap jepun ja. nampak sangat teruk giler sebutan aku tuh ngeh2..tapi aku ni kedahan lor mai mana bunyik kelantannya tuh??

dah nama subjek bahasa ni mesti la ada ujian oral dengan listening. aku ingat lagi masa part 5. masa tu jepun aku tu dah level three. adalah ujian listening. hampes memang sepatah haram aku tak faham langsung. nak jawab menda kalau sepatah haram aku tak faham dia cakap apa. agak-agak la pusat bahasa pun. sebut sebijik macam orang jepun betul bercakap. rasanya aku dengar perkataan 'san' ja sepanjang radio tu terpasang.

tau aku buat apa time tu??aku biar ja kosong mana-mana yang memang aku tak leh nak belasah jawab langsung. then habis ja test tu time tengah kalut-kalut lecturer suruh hantar kertas aku sambar kertas jawapan had yang duk sebelah aku. aku tiru sebijik2 hahahaha..bengkek ja huda time tu..sori uda aku terdesak dan aku lagi pantas dari hang haha. memang aku dengan uda dh siap plan pun had duk tengah2 antra kami berdua sbb had ni buleh dikatakan master la untuk subjek jepun ni. dia la harapan kami berdua hihi

kalau dulu pun aci main bedal kertas jawapan orang, jangan tanya la apa-apa perkataan jepun sekarang ni. setakat arigato gozaimasu, ohayo , oyasuminasai tu adalah dalam kepala lagi tapi lain-lain tak yah la tanya. tak tau la orang lain ingat ka tak lagi tapi aku hampes :P

Tuesday, July 20, 2010

betul la!!


Masuk opis arini lepas mc sebab demam ari isnin

kak siti : dh sehat??;)
aku : dah

zul : weh hg ada!!
aku : ya aku ada

hijah : smlm aku makan ngn fairuz & chemad. aku ckp fizah mc demam.
tau dia kata kata apa kat hg "fizah tu demam la sangat"
aku: aku demam betul la

budak pratikal : semalam kenapa tak mai?
aku : demam
budak pratikal : nampak mcm ceria ja

chemad (sms) : wei ponteng keje ke?aku cuti arini nk lunch sama2!
aku (sms) : sengal. keja ar!! smlm aku demam betul la

chemad time makan : hg beli mc kat mana?
aku : aku betul2 demam la
chemad: aku tak caya. kenapa demam ari isnin?
aku: dah nak demam ari isnin

fairuz: aku pun pelik gak hg demam ni
aku: aku demam betul-betul. siap ada ubat ni
fairuz: ala mc tu set sekali ngn ubat
aku: aku demam betul la

kenapa tak ada yang percaya aku demam ni??
aku demam betul la!!!



p/s: bahana suka sangat ambek EL ari isnin..hambek kawan2 pun tak percaya aku betul demam kuang2..tapi serius kawan2 aku memang demam nih!!

Friday, July 16, 2010

Hari tunjuk skill

Entry aku kali ni tak da kena mengena dengan tanam pokok bunga atau ternak arnab. bawak2 bersabar ya tahir, aku still dlm proses collect maklumat sebelum nak publish pasal benda2 tu. benda berat kena ambik masa sket la cari material hahaha..

semalam mak aku pesan suruh tidoq awai sebab arini makcik aku buat kenduri sket. maklumlah skill hebatkan dlm memasak ni. makcik aku baek punya pilih sabtu aku cuti sbb percaya ngn skill aku yg tinggi ni. sebagai anak mitahli aku pun angguk dengan penuh suci tapi muka aku ni jangan harap la nak tdoq awai. dekat kul 3.30 gak la aku belasah tdoq. malam minggu apa barang kul 12 dh tdoq :)).. best gak gelak surf youtube layan video klip lagu wann tajuk bossanova kehkeh. tima kaseh pd sedara zack sbb ingtkan aku balik pada lagu yang last aku dgr masa darjah tiga dulu.

yang best pasal kenduri ni mesti la bab makan2 ni. makan free beb sapa tak suka kan. so meh tgk sket menda la menu-menu kenduri makcik aku ni. ala kenduri baca yassin ja pun so jangan expect la menu ala2 kenduri kawen kan.

sebelum buleh makan tu kena la kerah tenaga sket sedia bahan-bahan dulu. so kat stage ni skill aku mesti la lebih kepada potong memotong bahan2 mentah. haha kecoh macam aku tukang masak ja kan padahal aku tolong potong-potong sayur ja pun muhahaha..penting ooo tugas2 memotong ni sebab kalau xda yg tolong potong bahan-bahan sure akan melambatkan proses memasak ;P



hasil potongan berseni dari aku untuk sawi, carrot, kentang dan daging ngeh2



pengakuan : tangan dlm bekas mee itu bkn tangan aku yer..tapi parutan halus carot itu adalah hasil dari tangan aku. manakala tangan yg penuh kepakaran potong kacang panjang itu adalah tangan aku hahaha

setel bab sediakan bahan2 mentah dan potong memotong aku nak tunjuk lak skill aku dlm membantu proses ketika suma menu-menu tersebut dimasak. skill aku kat sini lebih pada senduk nasik beriani ni letak dalam bekas, tolong kacau gulai daging dan mee tu serta masukkan sayur2 yang aku potong tadi ke dlm gulai dan mee tersebut hihihi.



skill aku dlm menyeduk, mengacau dan memasukkan bahan sampingan terserlah di stage ini ;P

selain menu2 kat atas ni makcik aku jugak buat menu-menu sampingan lain. so skill aku kat sini tertumpu pada seni susun menyusun dalam pinggan yang telah disediakan. memang rumit gak part ni sebab nak susun kueh2 yang agak lembut ni. tp orang yg skill tinggi mmg xdak hal la hahaha



hasil seni abstrak dlm menyusun atur kueh2 dan pisang diatas

haha camna??buleh tahan tak skill aku nih..ekekeke aku tau kawan2, memang bebakul2 la aku kena kutuk sebab entry ni kan haha..ala sekali sekala aku poyos layan ja la ngeh2 :))

Sunday, July 11, 2010

Sengal klasik

saja ja pos video kat bawah ni. ada gak kawan-kawan sengal camni yer zaman dulu. kredit to ayah aku sebab dek kerana dia suka ulang tengok cita p.ramlee yg walaupun dah beratus kali diulangtayang la, aku dapat idea nak post ni. nak tengok kat mana sengalnya tu kena la layan sampai habis video ni. kat hujung2 tu. agak2 ler nak kenakan kawan pun haha. haish sengal aih..ka aku ja yg rasa sengal ni hehe. ah layan ja:))





so sengal ke tak kawan2 puspawangi ni?ala dia pun lebih kurang sengal jugak dlm cita ni. tapi sengal yang bijak. wah aku tengok cita melayu. kisah klasik lak tu ngeh2...eh kredit pada sedara yang post video ni kat youtube =)

Thursday, July 8, 2010

jam tujuh

mengira detik ke pukul 7 adalah satu penyeksaan untuk aku hari-hari okeh. sadis!! duduk hadap pc sampai aku rasa lama-lama bontot aku buleh makin besar rasanya. giler ah. tulun!!

waktu pukul 5.30 ke pukul 7 tu mana ada orang nk online dah. orang lain time-time ni tengah berjogging kat taman, tengah main badmiton kat laman umah, pergi gym mantapkan body, tengah layan slot akasia, tengah prepare bahan-bahan nak masak mkn malam err anak2 dara ada ker??hahaha

aku plak? pekerja contoh dan harapan la katakan. maintain ni jaga kaunter library ni walaupun sorang student pun tak dak dalam library tu. macam hampes ja hari-hari duk sorang-sorang layan tenet sampai tahap aku dah tak tau nak taip keyword apa kat google, yahoo hatta youtube sekali pun. lagipun macam la tenet tu nak membantu dari segi kelajuan kan. brodband aku kat umah lagi laju ok.

oh jam cepat la bergerak dan berputar ke pukul 7. lor baru 6.40!!. ada lagi 20 minit. adus terasa sangat la lamanya!!!




Monday, July 5, 2010

lepasan spm ja

agaknya kalau aku post entry cara-cara memasak nasik lemak ayam berempah then letak gambar yang buleh buat orang leleh ayaq liuq, pergh aku kompom ada orang tu jeling maut ke arah aku dari jauh kan. so better aku jangan cari pasal kalau tak mau nyesal di kemudian hari

jadi aku rasa lebih baik kalau aku cerita kat sini kenapa budak-budak kolej aku yang sengal tu suka sangat cari pasal dengan aku dan kawan-kawan aku especially kami-kami yang duduk dekat kaunter library dan kaunter bayaran. salah satu sebabnya ialah budak-budak tu ingat kami semua budak lepasan spm ja. tak dak diploma macam depa kan. so kira depa bijak sikit la dari kami-kami suma.

yang buleh kami tau kami ni dipandang lepasan spm bila ada budak sorang tu tanya liza. dia dengan muka lagak bagusnya tanya liza:

kak tak mau sambung buat diploma ka kak?kalau kak nak, saya ada tempat yang buleh kira murah. lagipun sampai bila kak nak kerja sini.

wah simpatinya dia kat liza kan. sampai sanggup nak rekomenkan buat diploma kat kolej lain dah tu kenapa dia study kat sini kalau dah ada tempat lagi murah. tu la kelebihan budak2 ni cakap pandai dan tak sedar diri. liza jawab:
tak pa la...

kemudian ada sorang budak india yang bapak dia naek BMW datang tanya aku dengan senyum sinis. aku memang aim budak ni sebab dia kerek. soalan dia kat aku.

seronok kerja sini?gaji ok, ada sampai seribu?

pendek dan kelass sekali soalannya. agak-agak aku jawab apa. aku tak berhemah dan bersopan santun macam liza so jawapan aku mestila camni:

buleh la, standard DEGREE!!

kemudian ada sorang budak ni tau liza nak berenti. so dia tanya liza:

budak kolej : kenapa nak berenti?
liza: sebab dapat offer petronas
budak kolej: la dah elok2 kerja sini yang nak p kerja petronas kenapa?

budak tu ingat liza dapat kerja biasa-biasa ja kat petronas tu. macam sini gak la. kaunter bayar hutang dan pertanyaan soalan-soalan bodoh depa kan. depa tak tau liza tu ada dgree accountancy. kat sini pun dia buat kerja finance tapi budak-budak ni ja tak tau. lagipun tak kan la petronas nak offer liza kerja cikai-cikai dan tak kan la liza nk terbang ke bintulu semata-semata nak jaga kaunter pertanyaan. budus!!

Sunday, July 4, 2010

terbayang pun jadik la

cuba bayangkan kalau malesia yang masuk world cup dan kandas di suku akhir, agak2 camni ka reaksi kita suma??









bagus jugak la malaysia tak layak masuk world cup. kalau tak camni la kot muka-muka frust menonggeng tiap kali kalah or maybe kena belasah ngeh2..sorry aku bukan tak patriotik tapi terbanyak masa terluang nak membayangkan. dah nak layak tu entah bila, so layan berangan pun jadik la :)

Thursday, July 1, 2010

dan juaranya adalah....

aku dah hampir terlelap pun bila terperasan chemad post something kat wall aku. wah result judi halal pertaruhan bihun sup dah kuar..hahaha nk kena publish ni..agak-agak sapa juara..dun be surprise ya. just tgk keputusan kat bwah ni. gigih benar mamat ni buat jadual..ngek tul :))

[sila click pada gambar untuk image yang lebih jelas]


ya aku juara..juaranya adalah aku!!!hahahaha...
tapi bilanya fairuz nk belanja kita dua??hang takdak dah kat sini chemad oiii!!
ah who cares..yang penting aku juara. tak sia2 hg lantik aku jadik ass. manager hohoho

kegilaan dulu

video ini ditujukan khas kepada semua warga penghuni resak yang terdiri daripada sedari mahfuzah, hadrawati, ainun nadia, atfina, nurliyana, nurulhuda, fatimah zahra, atirah dan diri aku sendirik serta rakan-rakan yang pernah gilakan tarian ini. kepada yg 1st time tengok, jom la join kegilaan kami time study lu..konon nk buat ramai2 sekali sampai hari terakhir kat shah alam pun tak jadik2. tapi ni salah satu sweet moment kami suma la kat rumah tu. so jom layan hahaha..;))




so camna??nak lagi??sila layan youtube yer hahaha