Monday, July 5, 2010

lepasan spm ja

agaknya kalau aku post entry cara-cara memasak nasik lemak ayam berempah then letak gambar yang buleh buat orang leleh ayaq liuq, pergh aku kompom ada orang tu jeling maut ke arah aku dari jauh kan. so better aku jangan cari pasal kalau tak mau nyesal di kemudian hari

jadi aku rasa lebih baik kalau aku cerita kat sini kenapa budak-budak kolej aku yang sengal tu suka sangat cari pasal dengan aku dan kawan-kawan aku especially kami-kami yang duduk dekat kaunter library dan kaunter bayaran. salah satu sebabnya ialah budak-budak tu ingat kami semua budak lepasan spm ja. tak dak diploma macam depa kan. so kira depa bijak sikit la dari kami-kami suma.

yang buleh kami tau kami ni dipandang lepasan spm bila ada budak sorang tu tanya liza. dia dengan muka lagak bagusnya tanya liza:

kak tak mau sambung buat diploma ka kak?kalau kak nak, saya ada tempat yang buleh kira murah. lagipun sampai bila kak nak kerja sini.

wah simpatinya dia kat liza kan. sampai sanggup nak rekomenkan buat diploma kat kolej lain dah tu kenapa dia study kat sini kalau dah ada tempat lagi murah. tu la kelebihan budak2 ni cakap pandai dan tak sedar diri. liza jawab:
tak pa la...

kemudian ada sorang budak india yang bapak dia naek BMW datang tanya aku dengan senyum sinis. aku memang aim budak ni sebab dia kerek. soalan dia kat aku.

seronok kerja sini?gaji ok, ada sampai seribu?

pendek dan kelass sekali soalannya. agak-agak aku jawab apa. aku tak berhemah dan bersopan santun macam liza so jawapan aku mestila camni:

buleh la, standard DEGREE!!

kemudian ada sorang budak ni tau liza nak berenti. so dia tanya liza:

budak kolej : kenapa nak berenti?
liza: sebab dapat offer petronas
budak kolej: la dah elok2 kerja sini yang nak p kerja petronas kenapa?

budak tu ingat liza dapat kerja biasa-biasa ja kat petronas tu. macam sini gak la. kaunter bayar hutang dan pertanyaan soalan-soalan bodoh depa kan. depa tak tau liza tu ada dgree accountancy. kat sini pun dia buat kerja finance tapi budak-budak ni ja tak tau. lagipun tak kan la petronas nak offer liza kerja cikai-cikai dan tak kan la liza nk terbang ke bintulu semata-semata nak jaga kaunter pertanyaan. budus!!

12 comments:

  1. wahhh...best2...aku suka sgt bila ang wat story psl bebudak kolej ang nih...menampakan lg kebodosan n kesengalan depa...muahahahah

    ReplyDelete
  2. wah aku pun agak suka bila ada orang beri semangat kat aku untuk terus aktif menulis perihal mereka2 ini..haha

    ReplyDelete
  3. nasib hg mmg malang la pizah oi..sebengong2 budak2 kolej aku ni..at least diorg respect aku lg.klu aku dok tmpt hg..mmg confirm aku gantung kat leher aku..'AKU ADA DGREE..PAHAM!'grrr...berlagak bodoh sungguh dak2 kolej hg..

    ReplyDelete
  4. hahaha dari cara depa bercakap pun dah tau depa budget aku tak tau apa..ya la jaga kaunter kan..ah xpa..janji gaji aku xdak la taraf spm even xbanyak kan :)

    ReplyDelete
  5. biar la depa nak pikir apa...usah dilayan pemikiran budak2 xmatang tu..

    ReplyDelete
  6. ya memang tak layan..tapi ngutuk maintain suka haha

    ReplyDelete
  7. bongoks gak manusia-manusia tu kan..patutla duk kosmo jek. duk la kau dalam situ sambai bangass..

    nyway, aku suka jawapan ko tu! standard degree!:) ko tak gitau lak reaksi dia apa dengar jawapan ko. ;))

    ReplyDelete
  8. hahah... pijah... org ske scene ke-2.. mantop!! abes tu lepas dak india tu kene smashed, "buleh la, standard DEGREE!!"... dia tak respond ke?

    ReplyDelete
  9. epalejau & fizz:
    hahaha rasanya dia xjwab apa kot..just ckp yer?then dia blah hihihi

    ReplyDelete
  10. hahahaha....piah...kenapakah dak budak kolej ang tu sengal bin tolol2 belaka hah...GILA punya orang....sesuka hati ja merendah2kan orang....so so bongok

    ReplyDelete
  11. haha xpa aku dah biasa pun..bukan aku ja kami2 suma dh biasa..depa byaq sak..gaji kami tu duet depa huuu

    ReplyDelete
  12. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete