Tuesday, August 31, 2010

sama la kita


pagi ni nolly meluah perasan mengenang naseb..ya la buka paper, buka radio, pasang tv dengar sana sini dapat bonus or duet raya. dia? tak dak maknanya aih.
aku pun apalagi kasi hot suasana cakap la.

"aku lagi best. bos aku baek giler raya tahun ni . tak pernah2 kasi apa2 kat staff. tetiba tahun ni dapat nur nak kasi sesuatu sempena raya kat suma staff dia kat suma center. tau dia kasi apa? the delicious fruit cake (sekadar meng copy paste ayat dari emel HR manager bagi pihak big boss)"

so nolly jangan la bersedih sorang2 sbb sama la kita ni. tak dak maknanya aihh nk dapat bonus or duet raya. takat kek buah ja la. tu pun dh buleh buat kami angkat kening pelik dan hairan. apapun tima kaseh boss hahaha




tak ada la sebijik camni tp lebih kurang la haha.. tq pakcik google

Monday, August 30, 2010

sengal ku memang terbaek

selalu sangat had cakap aku sengal. kadang-kadang aku tak faham tahap mana la sengalnya aku ni. akhirnya aku faham sbb aku telah buat sengal pada diri sendirik yang aku rasa aku layak terima perkataan padan muka kat diri sendirik. hambekkkkkkk aku sebijik!!

kemarin lepas tawaf bazar ramdhan dengan geng2 makan, aku sepatutnya buleh ja straight guna jalan utama tu balik umah. tapi aku memang terbaek suka pk banyak. time tu aku pk klu aku ikut jalan utama ni keta banyak, sure sesak punya la sbb ramai balik opis time ni. lagipun kat depan tu nanti ada lencongan jalan yang tak siap-siap tu. ish lagi la panjang jadiknya.

so dengan perasan bagus dan bijak aku pun ambik keputusan nak balik jalan lain. jalan short cut la konon. jalan yang kurang kereta dan traffic light. buleh la aku memecut dengan harapan aku sampai umah dengan lagi cepat dan tak perlu hadap kesesakan time dekat dengan lencongan jalan tu nanti.

aku pun belok kanan ikut jalan yang aku cakap kurang kereta dan traffic light tu. wah suka ni pecut keta tak banyak kan. sekali sampai kat traffic light, tetiba aku rasa dunia ku gelap. gelap gelita sbb keta dari empat2 simpang tu tak gerak-gerak. memang jalan tu tak akan sesak kecuali eksidennnnnnn teruk. bertambah teruk bila eksiden tu betul-betul jadik tengah jambatan. sapa yg pernah duk kedah or pernah study kat uitm merbok tahu la jambatan semeling tu yang view nya amat cantek. eh tetiba promote jambatan semeling hahaha

ok tiga bijik keta langgar bontot masing-masing. punca??jangan tanya aku pun tak tau. aku masa tu buleh tepuk dahi ja. rasa mcm nk hantuk kepala kat stereng. klu jalan depan sesak tapi tak akan sesak seteruk ini. lagi sakit hati bila ada jejaka-jejaka tak mau bagi jalan siap potong jalan aku lagi ada la. ceh klu ensem pun aku nampak tak ensem dah depa suma time tu. aku rasa mcm aku tersekat dlm traffic jam dekat KL ngeh3

lama gak la aku menyesali keputusan balik jalan konon tak sesak ni. last2 aku tersekat kat situ. asalnya buleh sampai umah sebelum kul6 tapi aku sampai kul 7. terbaekkk kan. sempat la aku muhasabah diri dalam keta tu. ada tiga benda yang aku muhasabah time tu. pertama bawak2 la bersabar, yg kedua jam kat kedah tak kan teruk mcm kat KL sampai gigih nk ikut jln short cut serta ketiga ya aku sengal haha..

p.s terkejut nolly dan dilla bila aku cakap kat kedah kueh singgit 4 bijik hahaha..tempat lain singgit berapa bijik??

Tuesday, August 24, 2010

johan pegang beg plastik paling banyak

lama tak buka cerita pasal geng makan. sempena bulan posa ni geng makan tetap aktif dengan aktiviti makan-makan. bezanya cuma kami tak melantak ramai-ramai tapi kami tawaf bazar ramdhan yang luas kat taman ria tu dari gerai paling mula sampai la ke gerai hujung sekali.

habis suma gerai kami singgah dari gerai kueh-mueh, nasik lemak kukus ayam berempah, ayaq jagung, yong tau fu, roti john, laksa, bihun sup, nasik kerabu, ayam percik, ikan bakar, kerabu kaki ayam pun belasah singgah.

senang cerita suma gerai yang ada kat bazar tu kami singgah la. jamu mata. suma nampak sedap. hasilnya mari kita lihat siapa johan paling banyak pegang beg plastik muhahaha




ahli-ahli geng makan bergerak pulang setelah jamu mata dan borong sakan




bergambar kenangan bersama juadah masing-masing..kelihatan persaingan sengit antra zaidi dan fairuz dalam merebut title johan muhaha




aksi hijah dan yus yang cuba bersaing dengan zaidi..manakala aku kompom2 kalah dengan sekadar karipap dan kueh keria seringgit serba satu




zul yang muncul setelah tiba-tiba hilang . tu la borong tak hengat sbb nak menang punya pasal kan. naseb baek hang tak kena tinggal kehkeh

so sapa johan pegang beg plastik paling banyak??hahaha aku bagi zaidi la kot jadik johan..hambek hg zaidi..tahun lepas chemad pemenang tahun ni bagi hg la plak. tahniah2!! :))

Sunday, August 22, 2010

kisah ayaq tangan

pergh baca status member-member kat fb pasal menu berbuka puasa memang dasat la. siap snap picture lagi tuh. memang terer masak la. kalau tengok status menu kat fb tu mmg kompom ramai nak masuk minang. sebut bab masak aku teringat ayaq tangan kawan-kawan time study dulu..

mula-mula sekali mesti la cik jieha kita. dia ni mmg dari zaman study dulu lagi terer masak tambah2 masa dekat puncak. siap p beli rice cooker kat giant shah alam tu naek rapid. dh la beli periuk besar tak henggat tapi demi suka masak punya hal sanggup ja kendong periuk nasik tu. hg mmg terbaek la jieha.


lebih kurang camni la kot design rice cooker yang jieha beli kat giant naek rapid kl kehkeh

dengan adanya rice cooker tu kami kwn2 dengan tak semerna-merna dapat la merasai kepelbagaian masakan hasil ayaq tangan cik jieha ni. selalu yang dia rajin masak mesti la spageti . pergh sedap sehingga menjilat sudu masa tu. tapi err standard duk hostel la. mana leh masak apatah bwak rice cooker kan. tapi dek kerana tekad yang jitu dan tinggi kami suma gigih bersatu memberi perlindungan kepada rice cooker cik jieha ni dari pengetahuan warden asrama demi memastikan tekak, lidah dan perut kami buleh kenyang dengan makanan yang sedap bangattttttt haha



spaghetti ala-ala jieha masak..ada rupa camni ker haha..yang pasti sedapppp hehe

tapi ada sekali tu budak mass comm sebelah umah ketuk pintu umah kami. ingat nak buat apa rupanya nk tumpang panjat balkoni ke rumah dia. dia lupa nak bwak kunci dan rumah dia tak da sapa2. gila berani budak tu. tingkat 4 tu, buatnya tergelincir mau mati katak or kurang2 patah kaki.

dalam adegan nak memanjat tu sempat lagi dia tanya "err masak ker".. gulp terdiam cikgu mahfuzah sat time tu. tu la jieha bau hg menumis bwg putih tu kuat sangat hatta kita dh cover tutup suma pintu dan tingkap. tak tau la bau tumis bwg putih tu sampai ke tak kat bilik warden bwh tu kihkih..

tu time zaman curi-curi masak kat hostel. masak suma sumbat rice cooker dan masak ala kadar ja. sekarang ni semenjak menjadik wanita berkejaya dan tinggal di perantauan skill memasak jieha makin up. sekarang ni cik jieha cukup pandai masak laksam. kira kalau setakat 2kilo ikan tu mmg habis licin la orang makan.




macam pernah tengok ja gambr laksam ni hmm

ni tak sabar nak p raya umah hg ni jieha. nak buat rendang ayam dan daging katanya. tu baru laksa, lum rasa dia punya lamb chop, siakap tiga rasa dan segala mak nenek lagi resepi lain. tadi kat opis dia ym aku cakap nak cuba resepi keow teow bandung. pukul 1 tghari di bulan posa dia tunjuk gmbar keow teow bandung tu. naseb baek dh tua bangka, iman dah kuat. oii jieha tukar la blog hg jadik blog masak memasak ni baru best :)

tu kenangan ayaq tangan jieha masak duk kolej puncak perdana. ni aku nak cerita plak ayaq tangan cik udalolli masa duduk pangsapuri resak time final year study. satu ja masakan dia yang aku akan ingat sampai bila-bila ialah bubur nasik telur lada itam kahkah. tak tau la dia ingat lagi ke tak tapi resepi itu memang pernah wujud dan kita suma makan dengan lahapnya.




puas aku cari gambar bubur telur lada itam hg tu uda..tak jumpa. ramuan rahsia keluarga Pakcik Ali kah itu??:))

malam tu kami satu umah tak tdoq mlm sbb esoknya ada paper database. paper killer. so suma rasa mcm takutnya nak tdoq kan. so tgh2 mlm tu tetiba uda dapat idea nak memasak sedangkan dapur memang tak ada apa bahan-bahan pun kecuali beras, telur,dan lada itam. so dia gabung-gabung suma bahan tu jadik la bubur nasik yang rasanya amat la sedap sehingga licin kami suma belasah hahaha. klu nak ikut aku tak suka pun makan bubur tapi malam tu aku bedal ja kehkeh.

tu kisah dua tahun yang sudah. tak tau la uda dh up skill memasak dia tahap mana dah sekarang ni. entah2 setakat gulai tempoyak ikan patin tu petik jari ja kot masaknya. tapi still tak leh lawan agar-agar lembik ayaq tangan aku ngn cikgu mahfuzah. lembik2 pun licin gak ooo hahaha

Thursday, August 19, 2010

Pinjam lalu

ada sorang budak cina dari uum buat praktikal kat kolej aku. dia ni memang tak pandai cakap melayu. tapi dia sorang yang sungguh berkeyakinan tinggi, berbudi bahasa serta sentiasa senyum dan sabar meskipun dibuli teruk oleh supervisor dia.

contoh kejadian buli yang menimpa dia adalah tapau nasik untuk supervisor . tapi dia rilek ja even aku penah cakap kat dia "u lain kali tapau dua la, untuk u satu." tapi dia selalu jwb "tak apa la kakak"dlm dialek cina cakap melayu.

mcm aku cakap tadi even bahasa melayu dia hancur tapi dia keyakinan tinggi dan bersopan. jadik satu hari tu masa dalam library ramai students tengah ambik slip exam kat kaunter . kaunter tu dekat sangat la dengan pintu keluar . so ramai la students pempuan berkerumun dekat kaunter tu sampai block pintu keluar.

si budak cina ni plak nak kuar. jadik konon dengan penuh sopan santun serta keyakinan yang tinggi terhdap level bahasa melayu dia tu, dia pun cakap la macam ni;

budak cina : pinjam lalu!!

students: oii tepi tepi!!

budakcina : terima kaseh!!

students: ok tapi esok pulang balik yer!!

kehkeh sengal gak students tu pun..buli tak beragak tak padan dengan baru masuk semester satu..hampes!!

Monday, August 16, 2010

kau laksana bulan




kau laksana bulan. ada sapa-sapa tengok drama nih? kawan-kawan aku pakat meroyan teruk tengok drama ni. pakat jatuh chenta ngn abg zul. abg zul tu panggilan manja kawan-kawan aku bagi kat zul huzaimi hahaha. tak tahan :))

rasanya yang meroyan teruk tu sebab watak dia sebagai firas. romantik dan caring habis la kot. kalau tak tak da la kawan-kawan aku meroyan dengan macam2 status kat fb setiap kali hari isnin. siap risau tak buleh tengok bila masuk bulan posa sbb terawih hehe

pembawa virusnya mesti la cikgu mahfuzah. dia la mula2 sekali kecoh dalam fb pengaruh kwn2 tengok. sekali suma melekat lak ngn drama ni. siap berangan nak lelaki cam firas. dah tu sms aku pesan jangan lupa tengok.

aku pun apa lagi minggu tu pegang remote siap-siap dari mula berita. lepas habis ja berita aku budget nk tukar terus ke tv2. kononnya aku berjaya merebut channel dan remote dari ayah aku la malam tu ngeh2.

sekali tepat kul 9 aiyoooooo sepupu sepapat mai lak buat rombongan bersembang kat ruang tamu. dh la duduk kumpul ramai2 depan tv. camna aku nak feelnya pun. dah la tak penah tengok. tak faham menda apatah lagi nak feel.

last2 aku tak tengok terus sampai sekarang kuang2. miss loliyana suh tengok online tapi aku tak cukup gigih nak melayan drama tu dengan kelajuan berukband aku ni. tapi kalau setakat nak tumpang merapu tu aku tak dak hal. buleh ja hatta aku tak tengok walau satu episode pun kihkih.


p/s : kak ipar aku gila cinta kirana lak skarang ni. aku ckp kat dia, bila dh sampai part jatuh cinta nanti baru aku nk join dia tengok ;P

Thursday, August 12, 2010

kembali menjadi suci dan murni

ok aku dh insap. dek kerana kawan2 cakap tak suka dan tak sesuai lagi banyak dari yang cakap suka so aku pun sedar diri kembali kepada diriku yang asal. aku pun geli gak nak merapu klu camtu punya skin..

skin tu nak menulis kisah chenta buah-buahan import dan tempatan mcm orang tu buleh la muhahaahha. benar la tak dapat dinafikan lagi bahawasanya term kesucian itu amatlah serasi ngn diriku ini sampai kan kawan-kawan marah tukar skin kehkeh..

tak biasa katanya. ala cakap la depan-depan tak yah la nak dalih-dalih. cakap skin tu tak lawa la, girlish la, lambat loading la. cakap ja terang2 memang suci tu sesuai sangat ngn aku kan kan kan?. so mood nak merapu dah kembali lagi. cik stickynote yang sebenar dh kembali untuk merapu. tungguuuuuuuu!!:)

Wednesday, August 11, 2010

akhirnya berbaju sudah


ni kenapa berkerut dahi ramai-ramai ni? ya aku tukar skin blog ni ha. tertiba dapat nur rajin nk tukar.

kebetulan jumpa skin yang mcm bekenan dek hati. paling penting ada tu, nampak atas tu stickynote. nak cari yang putih sekali takda yang best sangat . belasah try yang ni dulu la.

tak pa anggap ja ni skin percubaan. so kawan-kawan perlukan pendapat. patut teruskan guna skin ni atau tukar yang lain or maybe kembali tak berbaju ekekeke. mana la tau kot ada yang berat sangat ka nanti nak loading masuk. sila komen ya :)


Monday, August 9, 2010

gambar memori kelas 2009/2010


belek-belek paper jumpa gambar ni. iklan ayaq kotak perisa buah. ada peach, anggur, kiwi, mangga, oren, lemon dan epal.

oren??? epal?? lemon?? eh mcm kenal ja buah-buah tu ekekeke

hikayat kisah cinta sapa entah aih?? blog buleh tag tak. nak tag la lemon, oren dengan epal ni. even epal tu epal merah tapi janji sama keturunan muhahaha.

camni la kot poster drama epal, oren dan lemon. tapi sayang melon ngn keladi tak dak. kena suggest kat marigold buat ayaq perisa melon ngn keladi la pasni. kompom laku =))




mana satu epal, oren, lemon carik sendirik. sekali pandang mcm gambar kelas final year student pun ada nih hahaha

p/s maap had saja gurau2..bulan2 puasa ni tak baek marah2 kan :P

Sunday, August 8, 2010

bila ayah menilai

aritu mak aku cerita kat aku pasal pemerhatian dan penilaian cara pemanduan kereta oleh ayah aku antara kami enam beradik. hasil daripada pemerhatian dan penilaian ayah aku tu dapat la disimpulkan seperti dibawah.

anak pertama yakni kakak sulung :
" dia bawak keta cekap dah banding mula-mula dulu. dulu kalut sekarang ni dah rilek"

anak kedua yakni abang no satu:
" dia plak camna perangai slow dan cermat dia camtu la dia bwak keta. cermat dan slow"

anak ketiga yakni abang no dua:
" dia bawak laju. standard orang dah lama drive la"

anak keempat yakni kakak no dua:
" dia bawak rilek dan steady ja. tak laju mana pun"

anak keenam yakni adik lelaki aku:
"budak ni baru nampak dunia. laju jangan cakap la tapi steady. buleh la, tak mengerikan naek dengan dia"

anak kelima yakni AKU:
" pizah bawak keta LOKLAQ!!"

huh simple dan pendek bila sampai part aku. sungguh menusuk tepat ke batang hidung hahaha.terima kaseh ayah!!nampak sangat orang lain busuk2 pun dapat B+. aku ??sendirik mau ingat la kehkeh




ingat ke tak?

ada orang tu cakap "blogger tegar" mcm aku ni kira lama la berupdate. perli tak beragak yer kawan. siap ko. aku ada idea nanti memang kompom aku publish entry cinta sesaat ko yang tersekat-sekat ideanya tu muhahaha. tak ada idea nak merapu tu lama tak update. mcm lama la sangat kan.

hoyeeeeee rabu kita dah nak mula berpuasa kan??. wah suka ni. haishhhhhh mana ada aku suka sebab bazar ramdhan nanti ada jual banyak makanan pelbagai aneka pun. tak baek oo buruk prasangka cam tu even dalam kurungan hahaha ada la sket betulnya :) bukan apa bulan puasa bulan baek. buleh la sama-sama tambah pahala kurangkan dosa. ya tak??

baru nak masuk posa kat opis aku dah ada dah sample tempahan kueh raya. macam-macam jenis lak tu. baju raya jangan tanya la tailor memang tak menang tangan dah tu nak jahit. jangan gatai2 tangan la baru nak tempah time-time ni. memang gigit jari la jawabnya. tu lum tengok lagi iklan promosi jual perabot baru untuk raya. honda ka tayota entah kat SP ni siap promosi kereta untuk hari raya. wah sakan noo beli kereta baru sempena hari raya hahaha.

dalam meriah-meriah sambut posa ni aku nak tanya la. niat posa tu ingat lagi ke tak hehehe. maklum la setahun sekali ja ramdhan ni. kot-kot la lupa. bukan tak tau tapi terlupa ja. eh dun wori zaman dah canggih. banyak cara nak ingat balik. jom sama2 recall niat puasa :)





so selamat berpuasa. aku wish terawal sket. ambek mood hehehe

Tuesday, August 3, 2010

bunga itu untuk aku =)


ya aku dapat bunga!! bentuk love plak tu..siap kaler pink lagi. senyum sampai ke telinga nih hihihi.. menda??, ingat mamat mana bagi aku bunga??hahaha.. saja buat gempak sket huahua..bunga award dari nora la ekekeke..award untuk frenship. tima kaseh yer. cantek ;))





kenal nora dari ym jer sbb sama keja kat company yang sama tp lain branch. tak sangka jadik kawan dan sampai arini even dah tak sama2 tempat kerja tp still kekal berkawan. dan harap kekal berkawan sampai bila2. hepi frenship day :)


p/s : dek kerana award ni aku kena sembur ngn epalejau. aku ingat ni 1st award aku padahal dah ke tiga.. kuang2 dia dah pernah bagi aku dua lak tu..tapi aku lembab tak sedar ada award2 rupanya dlm blogging ni ekkekeke..tima kaseh yer had :))

budak nak membesar memang suka bertanya

setelah tragedi sirap limau aku tumpah atas sekotak buku-buku baru yang belum diproses semalam, aku pun akhirnya rajin la nak rekodkan buku-buku tu arini. tak banyak pun tapi dah dasar pemalas ni memang la. biar tersepuk buku-buku tu kat bawah meja. naseb baek masa sirap limau tu tumpah buku-buku tu berbalut plastik kalau tak masak la aku.

hampes!! buat rules tidak dibenarkan makan dan minum di dalam library sekali librarian tumpahkan sirap limau hahaha. ala library aku punya suka hati aku la ngeh2. ya adik2 junior bachelor degree library and information management jangan la dicontohi senior anda ini. rosak library anda nanti jadiknya kehkeh.

buku-buku tu bukan buku kena mengena dengan subjek kat sini pun. buku hadiah. tinggi sangat levelnya. budak-budak ni buku rujukan subjek diploma sendirik pun tak pernah nak sentuh apatah lagi buku-buku teori tahap professor ni. agak-agak ada budak-budak ni nak baca buku tajuk teori dianetik original thesis ni??hahaha..



buku-buku yang tahap dewa nak faham..tapi aku rekomenkan yg hujung kat atas dari kanan tu =)

agaknya bridge publication ni terlalu memandang tinggi kot kat library aku sampai sanggup hadiah buku bertaraf professor. bukan kata students, librarian sendirik pun tak kan sanggup nak membacanya :P. tapi dah bagi tu tima kaseh la.

tapi yang aku sengalnya kan, budak-budak ni suka nak sibuk macam la nak baca. terjenguk2 dari cermin luar library ni sebab aku letak buku tu atas meja aku. ya la sebab nak key in dlm sistem. sorang-sorang masuk belek. selamba ja suka suki nak belek buku2 atas meja aku. padahal aku tengah key in tu. tak tanya dulu. pegang terus.

lepas dah pegang dan belek2 baru perasan aku dah angkat kening. dan-dan tersengih tanya aku "buku apa kak"?. aku jawab "buku hadiah ni. ada publisher bagi donation". then aku tanya la dia balik, dah sibuk2 sangat kan sampai tak nyempat-nyempat aku nak letak kat rak gaya sibuknya tu. "kenapa?, tak sabar nak baca ka??" . hehe dia gelak.."eh tak mau la..MALAS la nak baca".

lor, gaya belek dah macam excited giler nak baca tu. kalau kat kedai buku tu memang kompom nak angkat gi bayar kat kaunter dah rasanya. adoi la budak-budak. naseb baek aku mood baek arini. ok ja aku melayan sorang-sorang. bagus tul la sifat ingin tahu anda suma ni. kan bagus kalau dalam study buat camtu. nampak la cahaya nur ke arah kejayaan sket.

ala budak baru nak membesar kot. camtu la kan. suka bertanya itu dan ini muhahaha. dalam kurungan lupakan anda sedang bekerja di sebuah kolej tapi sedang bekerja di tadika kemas kerana itu akan membuatkan anda lebih sabar dan tidak rasa nak meletop selalu ekekeke ;)