Tuesday, August 3, 2010

budak nak membesar memang suka bertanya

setelah tragedi sirap limau aku tumpah atas sekotak buku-buku baru yang belum diproses semalam, aku pun akhirnya rajin la nak rekodkan buku-buku tu arini. tak banyak pun tapi dah dasar pemalas ni memang la. biar tersepuk buku-buku tu kat bawah meja. naseb baek masa sirap limau tu tumpah buku-buku tu berbalut plastik kalau tak masak la aku.

hampes!! buat rules tidak dibenarkan makan dan minum di dalam library sekali librarian tumpahkan sirap limau hahaha. ala library aku punya suka hati aku la ngeh2. ya adik2 junior bachelor degree library and information management jangan la dicontohi senior anda ini. rosak library anda nanti jadiknya kehkeh.

buku-buku tu bukan buku kena mengena dengan subjek kat sini pun. buku hadiah. tinggi sangat levelnya. budak-budak ni buku rujukan subjek diploma sendirik pun tak pernah nak sentuh apatah lagi buku-buku teori tahap professor ni. agak-agak ada budak-budak ni nak baca buku tajuk teori dianetik original thesis ni??hahaha..



buku-buku yang tahap dewa nak faham..tapi aku rekomenkan yg hujung kat atas dari kanan tu =)

agaknya bridge publication ni terlalu memandang tinggi kot kat library aku sampai sanggup hadiah buku bertaraf professor. bukan kata students, librarian sendirik pun tak kan sanggup nak membacanya :P. tapi dah bagi tu tima kaseh la.

tapi yang aku sengalnya kan, budak-budak ni suka nak sibuk macam la nak baca. terjenguk2 dari cermin luar library ni sebab aku letak buku tu atas meja aku. ya la sebab nak key in dlm sistem. sorang-sorang masuk belek. selamba ja suka suki nak belek buku2 atas meja aku. padahal aku tengah key in tu. tak tanya dulu. pegang terus.

lepas dah pegang dan belek2 baru perasan aku dah angkat kening. dan-dan tersengih tanya aku "buku apa kak"?. aku jawab "buku hadiah ni. ada publisher bagi donation". then aku tanya la dia balik, dah sibuk2 sangat kan sampai tak nyempat-nyempat aku nak letak kat rak gaya sibuknya tu. "kenapa?, tak sabar nak baca ka??" . hehe dia gelak.."eh tak mau la..MALAS la nak baca".

lor, gaya belek dah macam excited giler nak baca tu. kalau kat kedai buku tu memang kompom nak angkat gi bayar kat kaunter dah rasanya. adoi la budak-budak. naseb baek aku mood baek arini. ok ja aku melayan sorang-sorang. bagus tul la sifat ingin tahu anda suma ni. kan bagus kalau dalam study buat camtu. nampak la cahaya nur ke arah kejayaan sket.

ala budak baru nak membesar kot. camtu la kan. suka bertanya itu dan ini muhahaha. dalam kurungan lupakan anda sedang bekerja di sebuah kolej tapi sedang bekerja di tadika kemas kerana itu akan membuatkan anda lebih sabar dan tidak rasa nak meletop selalu ekekeke ;)

13 comments:

  1. lalink...kalau letak bukuk goldilocks kat library pun aku xrasa ada orang nak amik baca. huehuehue. melainkan time lecturer suh. hahahha..... bestnya keja kat library. :(

    ReplyDelete
  2. Ms Nur Mizly:
    haha mmg noo..letak la buku apa pun kan..tapi aku rasa klu letak majalah mangga lunyai kot :)..

    rindu nak jadik librarian balik ka?huuu...

    ReplyDelete
  3. ya la...rindu librarian...leh tengok perangai budak2.... leh layan internet.. leh duduk2...usha2 budak...

    ReplyDelete
  4. Ms Nur Mizly:
    buleh cuba apply balik hihi..tp byk private la librarian nih huuu..

    ReplyDelete
  5. Cis la pijah! punya banyak buku kat bawah meja ko dan ko leh cakap ko takde keja dan makan gaji buta saja kat lebri tuh? ni aku nak marah ni!

    ReplyDelete
  6. epalejau:
    mak aih marah..ngeri2..ala mcm ko tak tau..aku bukan suka keja2 cataloguing nih..sbb tu tersepuk bwah meja..aku busan tahap gaban pun jgn harap la aku nk buat..kena rajin macam arini :)

    ReplyDelete
  7. aku pon selalu buat mcm tue..mkn dlm lebri..budak2 bawak ayaq masuk sembunyi bawah meja aku nampak..aku srh bawak keluaq..dia kata kak minum boleh.."saya xpe..keje sini je yg boleh mkn n minum"..hahahaa..

    ReplyDelete
  8. jieha:
    hehe o well library kita punya kan..suka hati la kan nk makan menda pun..depa student ikut rules la muhahaha...

    ReplyDelete
  9. jiha..aku pun sama..slalu je mkn minum dlm lib..bebudak tu leh pndg aku ngan bengis nyer..sbb aku akan marah klu nmpk diorg mkn dlm lib.xpuas hati la tu..tp sukati la..lib tu aku yg punya..yeah2..

    ReplyDelete
  10. miss lolliyana:
    again hahaha library itu bukan ahmad albab yg punya..tapi kita yang punya kahkah!!

    ReplyDelete
  11. hoho..kejam. aku makan kat lebri gak, tapi bukan la kat kaunter..aku makan kat opis aku jek..gilo ke ape nak makan kat kaunter macam korang..kang pengarah aku yg say hi hi bye bye kat aku..

    ReplyDelete
  12. laaaaa piz..kan ada cd skali lam tu. klo ko ang ckp cd cita romen2 sure depa nak pinjam punya muahaaaaaaaaaaaaa

    ReplyDelete
  13. epaejau:
    ko ada bilik..kami suma xdak bilik harap kaunter depan ni jer ha

    uda:
    haha aku xmo la bagi harapan palsu kat depa ekekekeke

    ReplyDelete