Sunday, August 22, 2010

kisah ayaq tangan

pergh baca status member-member kat fb pasal menu berbuka puasa memang dasat la. siap snap picture lagi tuh. memang terer masak la. kalau tengok status menu kat fb tu mmg kompom ramai nak masuk minang. sebut bab masak aku teringat ayaq tangan kawan-kawan time study dulu..

mula-mula sekali mesti la cik jieha kita. dia ni mmg dari zaman study dulu lagi terer masak tambah2 masa dekat puncak. siap p beli rice cooker kat giant shah alam tu naek rapid. dh la beli periuk besar tak henggat tapi demi suka masak punya hal sanggup ja kendong periuk nasik tu. hg mmg terbaek la jieha.


lebih kurang camni la kot design rice cooker yang jieha beli kat giant naek rapid kl kehkeh

dengan adanya rice cooker tu kami kwn2 dengan tak semerna-merna dapat la merasai kepelbagaian masakan hasil ayaq tangan cik jieha ni. selalu yang dia rajin masak mesti la spageti . pergh sedap sehingga menjilat sudu masa tu. tapi err standard duk hostel la. mana leh masak apatah bwak rice cooker kan. tapi dek kerana tekad yang jitu dan tinggi kami suma gigih bersatu memberi perlindungan kepada rice cooker cik jieha ni dari pengetahuan warden asrama demi memastikan tekak, lidah dan perut kami buleh kenyang dengan makanan yang sedap bangattttttt haha



spaghetti ala-ala jieha masak..ada rupa camni ker haha..yang pasti sedapppp hehe

tapi ada sekali tu budak mass comm sebelah umah ketuk pintu umah kami. ingat nak buat apa rupanya nk tumpang panjat balkoni ke rumah dia. dia lupa nak bwak kunci dan rumah dia tak da sapa2. gila berani budak tu. tingkat 4 tu, buatnya tergelincir mau mati katak or kurang2 patah kaki.

dalam adegan nak memanjat tu sempat lagi dia tanya "err masak ker".. gulp terdiam cikgu mahfuzah sat time tu. tu la jieha bau hg menumis bwg putih tu kuat sangat hatta kita dh cover tutup suma pintu dan tingkap. tak tau la bau tumis bwg putih tu sampai ke tak kat bilik warden bwh tu kihkih..

tu time zaman curi-curi masak kat hostel. masak suma sumbat rice cooker dan masak ala kadar ja. sekarang ni semenjak menjadik wanita berkejaya dan tinggal di perantauan skill memasak jieha makin up. sekarang ni cik jieha cukup pandai masak laksam. kira kalau setakat 2kilo ikan tu mmg habis licin la orang makan.




macam pernah tengok ja gambr laksam ni hmm

ni tak sabar nak p raya umah hg ni jieha. nak buat rendang ayam dan daging katanya. tu baru laksa, lum rasa dia punya lamb chop, siakap tiga rasa dan segala mak nenek lagi resepi lain. tadi kat opis dia ym aku cakap nak cuba resepi keow teow bandung. pukul 1 tghari di bulan posa dia tunjuk gmbar keow teow bandung tu. naseb baek dh tua bangka, iman dah kuat. oii jieha tukar la blog hg jadik blog masak memasak ni baru best :)

tu kenangan ayaq tangan jieha masak duk kolej puncak perdana. ni aku nak cerita plak ayaq tangan cik udalolli masa duduk pangsapuri resak time final year study. satu ja masakan dia yang aku akan ingat sampai bila-bila ialah bubur nasik telur lada itam kahkah. tak tau la dia ingat lagi ke tak tapi resepi itu memang pernah wujud dan kita suma makan dengan lahapnya.




puas aku cari gambar bubur telur lada itam hg tu uda..tak jumpa. ramuan rahsia keluarga Pakcik Ali kah itu??:))

malam tu kami satu umah tak tdoq mlm sbb esoknya ada paper database. paper killer. so suma rasa mcm takutnya nak tdoq kan. so tgh2 mlm tu tetiba uda dapat idea nak memasak sedangkan dapur memang tak ada apa bahan-bahan pun kecuali beras, telur,dan lada itam. so dia gabung-gabung suma bahan tu jadik la bubur nasik yang rasanya amat la sedap sehingga licin kami suma belasah hahaha. klu nak ikut aku tak suka pun makan bubur tapi malam tu aku bedal ja kehkeh.

tu kisah dua tahun yang sudah. tak tau la uda dh up skill memasak dia tahap mana dah sekarang ni. entah2 setakat gulai tempoyak ikan patin tu petik jari ja kot masaknya. tapi still tak leh lawan agar-agar lembik ayaq tangan aku ngn cikgu mahfuzah. lembik2 pun licin gak ooo hahaha

7 comments:

  1. masakan uda yg paling aku ingat..nasi goreng kampung beliau yg sgt kaw tu..wah..sedap hingga menjilat suma jari la..hehehe...

    ReplyDelete
  2. miss loliiyana:
    ha tu pun aku ingat gak..pedassssssss berapi..haha

    ReplyDelete
  3. ko xnak suruh hadrawati masak ke?

    ReplyDelete
  4. AtieAbied:
    hadra masak??masak air?ke telur goreng??hahaha

    ReplyDelete
  5. hahaha...kalo harap dia masak, x makan la kamu nti..

    ReplyDelete
  6. oi sot kakak ku! macamana kau buleh muncul sini? mengutuk aku pulak tuh..

    aku tukang makan jek, kan pijah kan..eh, uda da tere masak tau. dari dulu lagi uda terer masak. ;) cuma dia jarang la nak menunjukkan skil sebab dia tu peMALAS. ceh!

    ReplyDelete
  7. AtieAbid:
    tau xper..rela ja ajak dia jln jauh kuar cari mkn kuikui

    epalejau:
    o well akak ko pun leh jadik geng kmi kutuk ko gak hahaha..

    ya ka pandai masak?ala nyesal la tak buat manja2 suh dia msak haha

    ReplyDelete