Thursday, August 19, 2010

Pinjam lalu

ada sorang budak cina dari uum buat praktikal kat kolej aku. dia ni memang tak pandai cakap melayu. tapi dia sorang yang sungguh berkeyakinan tinggi, berbudi bahasa serta sentiasa senyum dan sabar meskipun dibuli teruk oleh supervisor dia.

contoh kejadian buli yang menimpa dia adalah tapau nasik untuk supervisor . tapi dia rilek ja even aku penah cakap kat dia "u lain kali tapau dua la, untuk u satu." tapi dia selalu jwb "tak apa la kakak"dlm dialek cina cakap melayu.

mcm aku cakap tadi even bahasa melayu dia hancur tapi dia keyakinan tinggi dan bersopan. jadik satu hari tu masa dalam library ramai students tengah ambik slip exam kat kaunter . kaunter tu dekat sangat la dengan pintu keluar . so ramai la students pempuan berkerumun dekat kaunter tu sampai block pintu keluar.

si budak cina ni plak nak kuar. jadik konon dengan penuh sopan santun serta keyakinan yang tinggi terhdap level bahasa melayu dia tu, dia pun cakap la macam ni;

budak cina : pinjam lalu!!

students: oii tepi tepi!!

budakcina : terima kaseh!!

students: ok tapi esok pulang balik yer!!

kehkeh sengal gak students tu pun..buli tak beragak tak padan dengan baru masuk semester satu..hampes!!

12 comments:

  1. hish students ang kena pow jugak noh. tp ni pow 'lalu' tak pow duet cm yang kita kena muahhahaaaaaaa.

    dak cina tu dah pulang blom lalu yg dia pinjam semalam?

    ReplyDelete
  2. uda:
    hahaha ala dh nama pun pow harap la nk pulang balik lalu yang dia pinjam aritu...hohoho

    ReplyDelete
  3. hahhahaha.. dah pinjam kenala pulang balik kan. kalau tumpang lalu, xyah pulangkan dah.

    ReplyDelete
  4. hahahaha!!

    ni lawak paling real aku baca harini :)))

    mesti banyak lagi kejadian2 pelik dia akan ungkapkan..sila take note di blog kamu ea :)

    ReplyDelete
  5. nadia.yusof:
    haha tu la..tak pasal2 dia kena pulangkan balik lalu tu..lawak tul budak cina tu hahaha

    yun:
    lain kali bila dia ada ja kat library kompom aku pasang telinga .untung2 leh dengar ayat kesusteraan bm dia yg tinggi tu ekekeke

    ReplyDelete
  6. tapi memang gitu kalau cina cakap melayu..jangan kata student praktikal tu, PENGARAH kampus aku tu dulu pun kalau cakap melayu memang lari kelaut. keja orang dok gelak je kalau dia berucap kat perhimpunan. tapi gelak diam-diam jela kalau tanak kena penampo.

    ReplyDelete
  7. hahaha mmg hancur kan..ko gelak diam2 kami gelak depan2 haha..bukan tak kesian tapi dia terlalu lurus sangat la :)

    ReplyDelete
  8. haha..seyes mmg lawak..nie aku tak tipu..lawak giler...wakakaka

    uit..aku pose penuh tau..bukan cam org 2..pose tak penah nk cukup sbulan..huhuhu...

    ReplyDelete
  9. "Pinjam lalu"...nak gak sebok2 kat cni....haha!

    ReplyDelete
  10. fazRul:
    hahahaha..ya ka posa penuh??buleh caya ka kehkeh

    sukasukee:
    apa pinjam2??dh pinjam pulang balik la lalu tu muhahaha

    ReplyDelete
  11. kan senang kalu dia cakap "sekius me" jer....cemana bleh terpikir nak sebut "pinjam lalu"
    hik hik hik

    ReplyDelete
  12. sak:
    tu aku cakap dia ni keyakinan tinggi dengan penguasaan bm ngn kesopanan santun dia haha

    ReplyDelete