Tuesday, September 28, 2010

children???


hijjah panggil aku masuk bilik dia. masuk-masuk ja bilik. terus dia tanya bila kita jadik anak2 dia ni?? sambil tunjuk profile chemad. pecah gelak aku..hampes betoi ahmad!!





suka-suki letak kami jadik anak-anak dia. sekali ngn cik jue, tunang chemad komen dlm fesbuk suruh panggil dia umi, chemad lak dia suruh pangei walidddddddd...oh tidakkkkk!! chemad lak kejap-kejap daddy, pastu abah..geli la ahmad oiii!!

jgn heran kenapa aku makin merapu..cuba la tengok manusia2 sekeliling aku ni..gila merapu teruk sumanya hahaha..aku anak no 3 yer..atas aku ada akak sulung nor hasliza, akak no dua hijjah jabbar dan adik bongsu, nama tah apa2 shesnothereanymore. umi lak juriah mohd jamil. walid@daddy@abah, ahmad faizal..keluarga bahagia konon..hampessssssss!!



p/s: lama tak chat ngn teacher english tu..sibuk benar dia rasanya ;P


Sunday, September 26, 2010

goodbye abang long

akhirnya abang long, zul pun tarik beg ala-ala AF tinggalkan kolej ternama mcm yg tertera dlm paper harian metro hahaha. ikut jejak langkah usop, chemad dan liza. so tinggal la jiwa-jiwa yang kental mcm aku, fairuz, hijah dan zaidi kat sini.

lepas berbakti selama 2 thn 9 bulan akhirnya zul tewas dengan offer gaji yang berganda byk dari big boss kami bagi kat sini yang kalau nk buat loan car pun bank pk byk kali nk kasik lepas ka tak la kan hahaha..

seperti biasa yang dh blah mesti la seronok giler tp dlm hati depa sedih nk tinggalkan kami yg jiwa kental kat sini. bukan sedih tak jumpa ka pa tapi sedih sbb kesian mengenang naseb kami-kami yang kena terus bertahan hehe..

tak apa abg long kami still steady. jgn risau kami dh jadik lebih kental lepas sorang2 blah. telinga pun dh cukup kebal nk tadah maki hamun student+mak+bapak+abang+kakak+makcik+pakcik. mulut lak dh practice cukup2 untuk bantai balik bila disembur oleh students dan ahli keluarga depa. so dun wori, kami semua baek2 saja hehe..

pada abg long all the best kat tempat baru. jgn gaduh2 ngn chemad. ceh mcm kembar, nk keja pun tempat yang sama gak hahaha..tapi sebelum tu sebagai tanda kenang-kenangan terima la gmbr aksi kepit zul masa bowling tournament aritu muhaha..so goodbye abg long :))



bergurau kasaq sebelum hg blah zul oiii..kira halai la noo.ok la dari aku letak gmbar bola masuk longkang muhaha


Friday, September 24, 2010

tak ada ''maksud'' apa-apa


entry ni yang faham, faham la..yang tak faham tak apa anggap ja aku merapu hahaha..tak ada ''maksud'' apa-apa ;p... jauh lagi nak cakap aku pandai buat. ish paling tak suka nasik ayam la. entah setakat buleh makan klu ada pilihan lain harap aku nk order nasik ayam nih. sorry sket..aku suka ayam tapi bukan nasik ayam. kira bukan feberet la..

tapi sekarang aku "kira ok sket" la ngn nasik ayam. sbb dengan nasik ayam ini la aku dan kwn-kwn yang goyang kaki or tak sibuk kat library berbincang dan berdiskusi sambil bergelak. lantas menjadikan nasik ayam satu hiburan tetap pada setiap hari.

kadang2 jadik annoying tapi kami positif buang yg annoying tu jadik postiif supaya kami suma dapat buat topik untuk bergelak ketawa hilangkan boring. jadik sebgai ending entry tak dak "maksud" apa-apa ni aku nak cakap "tima kaseh" la nasik ayam kerana dirimu begitu "menghiburkan" :))




sekadar gambar hiasan

Thursday, September 23, 2010

carta ayaq


pergi kedai runcit belakang kolej tadi. belek2 peti ais cari ayaq yg kawan2 order, tetiba aku teringat psl peel budak-budak umah aku masa duduk kat resak dulu. asal balik kelas sebelum naek umah kt tingkat empat kompom singgah kedai runcit kat bawah tu dulu. lupa lak apa nama akak yang jaga kedai tu.

kira dah jadik acara wajib melawat kedai akak tu. bukan beli apapun tp dh jadik tabiat wajib singgah. selalunya beli jajan la hahaha. tapi paling aku ingat ada tiga jenis ayaq yang wajib kami beli setiap kali singgah.



carta paling atas aku rasa 100 plus. giler glamer ayaq ni. bersusun botol dalam rumah. samaada sedap atau dh jadik ketagih. tambah-tambah time tu letih tak cukup tdoq ja manjang sbb stay up buat assignment, jadik ada la teori2 kalau minum 100 plus ni rasa segar sket.tak tau la nak kata kepala masing-masing kena racun dengan iklan 100 plus atau memang betoi teori tu. tapi dlm kes kami ni anggap la teori tu betoi ngeh3




kat carta no dua solivite. kira ayaq wajib. singgit satu. buleh kata ari-ari minum. satu hari satu perasa. aku giler suka perisa asli kaler putih tuh. ala solivite byk mana sangat, belum sampai tingkat empat dah tinggal botol hahaha. aku rasa penggemar tegar solivite ni cikgu mahfuzah. dia la ajar aku minum slovite ni sampai aku pun ikut sama ketagih hehe




di carta no 3, klu aku tak salah memori kompom ayaq ni. ice lemon tea cap seasons. ni paling best. yang lain2 punya cap tak leh lawan. klu cikgu mahfuzah antu slovite aku lak antu ice lemon tea ni. tapi sejak habis belajar tak da plak aku beli minum pun. agaknya kena beli kat kedai akak tu ja kot ekekekke...

p.s: kes ayaq pun nk cita dlm blog :P..tu tandanya busan tahap gaban la tu muhahaha!!

Monday, September 20, 2010

beraya dengan kekasih lama

raya dh lepas tapi still dlm bln syawal kan. so aku nk story kenangan raya yang paling best tahun ni yg jatuh pada hari raya keempat. yehaaaaaaa setelah bertahun tak berjumpa dengan kekasih lama ops terkantoi di situ hahaha akhirnya kami bertaut kembali.

kekasih lama tu merujuk kepada kwn2 merapu tahap teruk msa kat merbok dulu. lain kos kan so bila buat dgree suma kena campak lain2 kampus. harap la nk jumpa. takat conference mlm2 dlm skype ja pun. jadik pada pagi raya ke4 aritu dengan satu panggilan tepon oleh cik jieha yang berbunyik "aku tak pakai lagi baju raya aku tahun ni. jom p beraya umah tahir dan cheda. minyak aku tuang so bwk aku pusing satu kedah!!"




kekasih lama aka geng merapu teruk..tahir, cheda n jieha


destinasi pertama tentu la menjemput mak datin kita iaitu datin seri jieha yang anggun bergaya dengan spek mata itam mengalahkan drebar di rumahnya yang terletak di small factory village atau bila di translatekan berbunyik kg kilang kecik :P

then memecut ke kuala kedah dengan mini cooper aku untuk bertemu dengan tahirrrrr. sesungguhnya aku merindui lawak2 kancing gigi tahir ni. tahir tu nama manja untuk tahirah ya kuikui. giler hebat jumpa umah dia walau terpaksa turun naek jambtan kuala kedah tu dek salah fhm arahan. lepas belasah mee goreng ngn ribena sedap kat umh tahir kami gerak plak ke rumah tokei kueh raya cheda.

memandangkan dia tokei kueh rya so jangan heran la kenapa kueh raya bersepah-sepah. mcm2 bentuk, warna dan rasa. tapi yang nyata sedap okeh. lepas melantak kueh cukup2, kami mulakan misi mencari laksa yang sedap. maklumla bwk orang melake. die teringier nek maken lakse hahaha. so atas bimbingan dan nasihat pakar dr tahir yang mencdgkan laksa kuala perlis kami pun mulakan misi ke sana. sambil cari laksa buleh la cik jieha ni bertemu buah hati dia ;')

pusing punya pusing sebab kedai laksa yang sedap kat kuala perlis tu tutup kami pun belasah ja la makan laksa kat kedai tepi-tepi pantai tuh. best memang la best sebab tepi laut. giler berangin la. cuma yang tak best laksa nya biasa ja. klu buat kat rumah sedap lagi kot. dah la mahal satu hal. biasa la tempat2 camtu memang cekik darah.




klu nk ikut ni laksa biasa ja pun..tp buleh la nk layan


even laksa tak sedap sangat mcm yang diinginkan tapi buleh la. seronok jumpa kengkawan yang best sangat tu. bukan selalu buleh melepak ambik gambr tepi laut camni pun. apapun terima kaseh pada jieha sbb bagi idea drastik nk berjlan sampai ke kuala perlis, belanja mkn laksa dan tuang minyak..errr ry haji nanti buat la lagi haha :))




dari sini dah buleh nampak langkawi kat sebelah sana. cantek :)

Thursday, September 16, 2010

siti fatimah bukan nama sebenar

tetiba signal astro tak dapat tadi. naek msg mcm waktu ujan tu. services currently not available. bukan hujan pun mendung pun tak. panas terik ni. tak pa biar ja dulu. tutup ja. dlm beberapa minit lepas tu buka balik. eh maintain ja ni tak dapat. okeh try cabut card astro tu then sumbat balik. still tak dapat jugak signal. pk agaknya astro ni update service kot. so biar ja la decoder tu terpasang.

tp dah dekat 3jam tak dapat signal jugak. call customer service tanya kenapa tak dapat ni. nak kata tak bayar eh baru ja bayar last week. so bercakap la dengan mamat astro customer service ni. dia tanya sapa nama yang bercakap ni. aku pun cakap siti fatimah hahahaha. belasah nama mak aku.

aku pun cakap la problem signal tak dapat ni. dia pun dlm nada2 malas nk layan suruh aku buka menu ambik installation auto dan manual. tapi tak dapat-dapat gak signal. dia diam lama gak. then dia cakap. ok tutup astro then on balik. still tak dapat signal gak. dia diam lagi sambil cakap kejap yer. tetiba dia cakap. ok sekarang tutup astro, tv dan power suma.

aku pun ikut ja arahan mamat tu. then dia cakap dah ker. aku cakap dh tutup suma dah. ok sekarang tengok wayar besar kaler putih kat belakang decoder tu rapat ke tak. hahaha bila dia sebut ja wayar putih tu rapat ke tak aku dh rasa ah sudah. tadi ada anak buah aku rebut2 remote. sorang pegang remote sorang tarik2 decoder. kompom renggang ni. then dia cakap tekan2 sket wayar tu then on balik.

elok aku on ja terus dapat signal. dia pun tanya dah dapat dah channel??haha sambil tahan malu aku cakap ya dah dapat. terima kasih. hadoiii buat malu ja..moral of the story nya ialah lain kali klu hari tak hujan, bil dh byr, kad sim tu tak ada bdk2 yang tarik dan bukan waktu blackout sila cek dulu wayar sebelum telepon customer service. selain tak tambah bil tepon, anda juga tak yah merah muka tahan malu. tapi naseb baek nama ku siti fatimah bukan nama sebenar hahaha. mintak ampun mak ;p




Tuesday, September 14, 2010

pensel tekan RM10

tertengok bang bang boom raya smlm. masa dua orang sedara tu dapat duet rezeki teringat lak tragedi masa study kat uitm shah alam dulu. aku pun dapat duet rezeki jugak walau tak banyak. tp bukan la bam bam boom bagi kat aku ka apa.

masa tu aku part 4 rasanya. lama dah masa muda-muda remaja lagi kehkeh. selalunya klu ada assignment yang dasat-dasat (konon la dasat) terpaksa la turun PTAR induk sbb PTAR puncak bukan ada buku sangat. kena la menapak naek restu barakah time tu. tak pun naek bus uitm.

ya la masa tu rapid tak masuk lagi area puncak perdana. puncak perdana kan jauh ke dalam. nama ja dlm shah alam tapi teperosok dlm bukit-bukit berbatu. tak heran la kenapa altantuya kena bom dekat area2 tu.

pagi-pagi dengan mata sembab tak cukup tdoq begerak la ke induk. buleh tahan jauh gak la nk sampai. buleh la tdoq seround dua lagi dlm bus sementara nak sampai. bila dah buat assignment jauh ni lepak ja la dari pagi sampai petang kat library tu. berenti makan dan sembahyang ja.

masa sembahyang tu la aku dapat duet rezeki bak kata nolly. surau tu sebelah ja dengan dewan seri budiman. agaknya ada kelas yang ada test kat dewan tu kot. aku baru gaya nak kuar dari surau ada sorang budak pempuan ni. kalut semacam ja aku tengok. then dia tanya aku ada pensel tak.

aku pun pun selongkar la dalam beg aku tu. adala pensel tekan yang buruk dah. dari zaman diploma tu aku pakai. bagi kat dia. aku ingat dia nak pinjam time tu ja la. then dia cakap jual kat dia la eh. dia nk cepat, ada test sambil hulur rm10.

aku ter hang sat time tu. tp then aku sedar balik terus cakap. eh tak payah la. ambik ja. pensel dah lama aku cakap. tapi dia tak mau. nak jugak bagi duet aku. aku pun tak mau ambik. yala aku pakai pensel tu dari merbok. then aku beli harga dlm tiga hinggit ja kot. dia nk bagi rm10.

last-last dia tarik tangan aku dia letak 10 hinggit tu dlm tangan aku. kemudian terus lari. agak-agak aku nak kejar??haha ini bukan drama gerak khas ok. ada gak aku pusing-pusing cari klu teserempak dengan dia lagi. klu jumpa memang aku nk pulang balik.

tak mau la aku ambik duet tu. takat pensel buruk tu tak berbaloi dia bagi aku 10 hinggit. tapi sampai kesudah aku tak jumpa dia. aku doa dia score aja la test dan dapat A subjek tu hahaha.

agak-agak aku buat apa dengan duet dia bagi tu??beli pensel baru??oh tidak aku bayar tambang teksi dari seksyen 2 ke PKNS. rezeki aku dan kwn2 aku la kot time tu. dengan duet dia byr untuk pensel buruk aku tu lepas duet tambang teksi kami :))




Thursday, September 9, 2010

dah buleh post


okeh sifat yang penuh kedengkian dan tak puas hati dah berakhir hahaha. jadik aku dengan hati yang penuh iklas dan suci mengucapkan selamat hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin :))

semoga raya ni best even ramalan kaji cuaca cakap esok hujan hehehe..klu benar pun hujan raya tetap raya okeh. makan tetap makan. setahun sekali nk belasah ketupat, rendang, lemang dan segala mak nenek makanan yang sedap2 sumanya. time lain makan tak feel mcm makan time ari raya.

pada yang masih layak dapat duet raya tu agak2 la.jangan la kejam sangat demand duet kaler hijau or merah ja. beringat la masa anda untuk menghulur akan tiba jua pada masa hadapan muhahaha..

pada sapa2 yang pernah aku buat salah aku mohon ampun dan maaf. harap tak simpan dalam hati yer. salam aidilfitri dan maaf zahir dan batin semua :))

p/s : iklan raya apa yang hampa rasa best tahun ni ??

Tuesday, September 7, 2010

sila tunggu esok


memandangkan aku masih kena bekerja esok ditatkala orang lain dh sebuk2 bakar lemang, rebus ketupat dan masak serunding daging so aku dengan dengki dan tak puas hatinya tak akan post apa-apa ucapan selamat hari raya dan mintak maap. nak tunggu aku mintak maap sila tunggu esok hahaha!!!


kueh siput opis mari

lagi tiga hari nak raya. rasanya suma sibuk prepare segala mak nenek la kot. aku mcm biasa la baju raya dua pasang tapi satu pun tak siap lagi. jadik kain lagi sumanya hahaha..ala aku dh biasa tiap-tiap tahun mcm tu. klu tak siap malam or pagi raya mesti tak siap langsung. makcik aku selalu sangat dah buat lawak macam tu sampai aku dah tak heran tak da baju raya pun. ala pakai ja mana baju yang paling baru kan ;)

tapi aku bukan nk cita psal baju raya aku yang tak siap. aku nk cita psl opismate aku yang excited buat kueh siput. ya buat kueh siput dekat opis. haha aku nk gelak guling-guling pun ada bila kak siti bwk kuar bancuhan tepung tu tadi. mentang-mentang la opis dh mood raya. buat time rehat la. lagipun dh setel suma kerja baru buat. bukan curi-curi time kerja. lagipun time-time ni boss pun tak ambik kisah sgt. dia pun sibuk kuar shopink beli brg-brg raya. ni la bahananya bila big boss kedekut cuti. sampaikan staff kena uli kueh siput kat opis hahaha.

ok ni gambar aksi depa siang tadi. ketua chef mesti la kak siti disamping penasihat bersama kak ina dan assistant chef, hijah. aku dan yus sekadar tukang byk soal. sbb masing-masing fail. aku try gak buat, tapi tangan tak berseni langsung. rosak ja tepung tak jadik muhaha. ok nah layan gambr-gmbar cheff dan assistant baek punya uli kueh siput. uli ja goreng bwk balik umah la.


bancuhan kueh siput adala dlm satu tupware





ni baru nak mula. baru sket hasilnya, kaler dan bau time ni pun nampak sedap dah



ni hasil tangan hijjah



ni otainya punya hasil tangan



tapi kak siti punya kueh siput memang sedap. klu dia bawak sebalang tu kejap ja licin. kami sapu sorang segenggam clear dlm sehari ja hahaha.