Tuesday, September 14, 2010

pensel tekan RM10

tertengok bang bang boom raya smlm. masa dua orang sedara tu dapat duet rezeki teringat lak tragedi masa study kat uitm shah alam dulu. aku pun dapat duet rezeki jugak walau tak banyak. tp bukan la bam bam boom bagi kat aku ka apa.

masa tu aku part 4 rasanya. lama dah masa muda-muda remaja lagi kehkeh. selalunya klu ada assignment yang dasat-dasat (konon la dasat) terpaksa la turun PTAR induk sbb PTAR puncak bukan ada buku sangat. kena la menapak naek restu barakah time tu. tak pun naek bus uitm.

ya la masa tu rapid tak masuk lagi area puncak perdana. puncak perdana kan jauh ke dalam. nama ja dlm shah alam tapi teperosok dlm bukit-bukit berbatu. tak heran la kenapa altantuya kena bom dekat area2 tu.

pagi-pagi dengan mata sembab tak cukup tdoq begerak la ke induk. buleh tahan jauh gak la nk sampai. buleh la tdoq seround dua lagi dlm bus sementara nak sampai. bila dah buat assignment jauh ni lepak ja la dari pagi sampai petang kat library tu. berenti makan dan sembahyang ja.

masa sembahyang tu la aku dapat duet rezeki bak kata nolly. surau tu sebelah ja dengan dewan seri budiman. agaknya ada kelas yang ada test kat dewan tu kot. aku baru gaya nak kuar dari surau ada sorang budak pempuan ni. kalut semacam ja aku tengok. then dia tanya aku ada pensel tak.

aku pun pun selongkar la dalam beg aku tu. adala pensel tekan yang buruk dah. dari zaman diploma tu aku pakai. bagi kat dia. aku ingat dia nak pinjam time tu ja la. then dia cakap jual kat dia la eh. dia nk cepat, ada test sambil hulur rm10.

aku ter hang sat time tu. tp then aku sedar balik terus cakap. eh tak payah la. ambik ja. pensel dah lama aku cakap. tapi dia tak mau. nak jugak bagi duet aku. aku pun tak mau ambik. yala aku pakai pensel tu dari merbok. then aku beli harga dlm tiga hinggit ja kot. dia nk bagi rm10.

last-last dia tarik tangan aku dia letak 10 hinggit tu dlm tangan aku. kemudian terus lari. agak-agak aku nak kejar??haha ini bukan drama gerak khas ok. ada gak aku pusing-pusing cari klu teserempak dengan dia lagi. klu jumpa memang aku nk pulang balik.

tak mau la aku ambik duet tu. takat pensel buruk tu tak berbaloi dia bagi aku 10 hinggit. tapi sampai kesudah aku tak jumpa dia. aku doa dia score aja la test dan dapat A subjek tu hahaha.

agak-agak aku buat apa dengan duet dia bagi tu??beli pensel baru??oh tidak aku bayar tambang teksi dari seksyen 2 ke PKNS. rezeki aku dan kwn2 aku la kot time tu. dengan duet dia byr untuk pensel buruk aku tu lepas duet tambang teksi kami :))




5 comments:

  1. ui...kalo aku, aku frame kan duit tu, dan gantung kat dinding. muahahahaha!

    baik dak tu kan? amin..mudah-mudahan dia dapat score test dia. :')

    ReplyDelete
  2. masa tu tak terpk benda lain selain nk bg balik ja duet tu..dia tedesak nk guna pensel rasanya, tu pasal xkisah nk byr 10 hinggit pun

    ReplyDelete
  3. ptutnya tajuk entry ang ni 'budak yang dermawan' hahahaaaaa. kalau ang bagi dengan pembaris dan raba@rubber [muahhahaaaa] sekali, agak2 bapa untung ang aritu?

    ReplyDelete
  4. udalolli:
    hahaha entahkan..klu dia mintak sekali pembaris dan raba aku rasa cukup aku mkn mcd kat pkns tu haha

    ReplyDelete
  5. haha..aku masih ingat kenangan itu...

    ReplyDelete