Sunday, October 31, 2010

buruk tapi ok la haha

jiha gelak guling-guling bila aku tanya camna nk buat cucur ikan bilis. tak percya la tu aku nk masak. bila aku cakap aku serius baru dia bagi resepi. tapi tu pun siap pesan klu jadik mms dia. then dia gelak lagi guling-guling. dah tu cakap lagi, klu tak jadik mmg la sbb adik dia yang laki2 umur 17 thn pun penah buat dan jadik. tau ler aku bab2 masak memasak ni kurang sket pun ;P

aku pun semangat pergi dapur sekali tepung habis ler plak. gtau jiha tapi dia gelak lagi sambil cakap malas la tu. ish betul la tepung tak dak. ngek la tu jiha. suka leh sakat aku yer. so arini lepas tepung dh ada terus aku buat.




bahan utama. ikan bilis yg dh goreng sbb jiha kata kena goreng dulu, telur yg jiha kata klu xdak telur kurang umph dan tepung yg baru beli. saja ambik gmbr tepung dlm pek lagi as bukti mmg tepung hbs mlm tu ekekeke. (suma jiha kata kahkah)


ok dh setel suma bahan bagai aku terus ke stage seterusnya. ya bacuhan tepung. suma ayat bedasarkan ayat jiha kata ya hahaha. jiha kata bancuh tepung dengan ayaq garam, letak sesudu minyak panas, telur dan ikan bilis goreng tu. last sekali masukkan bwg besar. oh yang ni aku tak ikot sbb aku tak suka bawang. dan jiha kata klu nak pedas masuk la black pepper. dan ini lah hasilnya.




suma bahan dh siap aku campur dan ready nk goreng yezza!!

dan ni rupanya selepas di goreng. bak kata jiha lepas aku mms dia, rupa paras tak apa janji sedap. ceh ayat cover takot aku kecik hati la tu hahaha. tak da nya aku nk kecik hati aih jiha oiii hahaha.



ni la rupanya yg jiha tak sampai nk cakap buruk haha. tp klu dh guna sudu mmg la gitu bentuknya kan kihkih



lepas potong dh tak buruk sgt dh kot bentuknya kan hahaha


p/s: at least kali ni aku buat senrik yer kwn2. real punya masak ni :))

Friday, October 29, 2010

bila aku komen


bila miss lolliyana post dan tag pic ni kat wall terus aku komen

"love you too..mmmuahhhhh"

dibalasnya camni

"jgn lebih2 pizah aku geli"

tapi bila ann cakap benda yang sama buleh lak dia ckp

"ok. bila ann ckp camtu, aku kurang sket geli"

ooo klu aku, suma pakat nk muntah ejau. siap2 cirit birit bagai la kan..
cis, ini tidak adil!!!

tapi tak pa aku tetap kira benda ni manis, so miss lolliyana hang layak dapat entry khas kat blog aku mcm epalejau dpt ;'))




geng rimba bara kat merbok dulu. nama sempena pengaruh filem rock kuang2


p/s: pink??hmm buleh la..ha uda bila lagi nk tempek benda manis kt wall aku hahaha


Wednesday, October 27, 2010

aku, uda dan cicakman


tiba-tiba malam ni rasa rindu lak nak merempit ngn GKB aku. GKB tu singkatan geng kutuk boss yang uda cipta untuk menyemarakkan lagi perasaan tak puas hati dekat bos kami tu. uda ni masa belajar dulu dia ada moto. nama moto dia tu cicakman. tp sedih la cicakman tu dah tak dah. kena rembat ngn sapa entah. sory uda klu entry ni membuatkan emosi hg sedikit terganggu ;'(

dengan cicakman ni aku kadang2 merempit ngn uda. klu epalejau tak balik lepas kelas ngn uda, aku la menumpang senang tak payah buang lemak berjalan. maklum la pembonceng simpanan selepas epalejau. bukan apa epalejau kurus, klu berjln pergi kelas habis la lemak2 dia yang tak berapa nk ada tu. so atas alasan itu aku pasrah dan relakan dia naek cicakman tu. manakala aku, miss lolliyana, cikgu mahfuzah dan ainun pun berjalan la dengan penuh semangt untuk menuntut ilmu yg kemudiannya lepas 15 minit kelas start, bermula la aktiviti menguap secara berganti2 haha.

kemudian ngn cicakman uda ni gak la aku ngn uda merempit pergi beli makanan untuk housemate kami especially time bulan posa. paling tak leh lupa mesti la epik marah aku yang sampai arini bagai mimpi ngeri buat uda. epik pertama kali dia tgk aku marah mcm nk terbalik meja makan kat warung pak halim tu. ya ka uda tu 1st time hg tgk aku marah??mcm musykil ja. tp agak2 la mana tak marah kalau terconggok dari kul 6 tapi sampai mgrb dh nk hbs nasik goreng seafood kita tak sampai2 uda wei. dh la bulan posa..tp awatnya kita gigih tgu entah time tu???

ada sekali tu esok nk exm uda ajak teman dia p seksyen 2 hantar hardcover research dia. aku pun dari bca buku dlm lena baek aku ikot. dari seksyen 2 tu kami merayap entah ke mana pun aku tak tau. motifnya nak tau apa??cari kedai nk basuh cicakman tu. lepas cicakman tu dh berkilat ala2 ferari pusing cari kedai makan lak. habis pk nak makan apa last2 melantak aimar cha kow teow kat TTDI. lupa diri esok ada paper. paper idup dan mati aku. ya terbaek pizah bt hal ms part 6 kehkeh.

tapi apa la sangat rempit aku, uda dan cicakmannya klu nak banding aksi rempit uda, cicakman dan si epalejau. tu otai punya rempit kihkih...satu pelosok shah alam tu bdk dua orang ni merempit ;'))



yg belakang tu mcm had.bukan ko ada beg ala2 camtu ker???



Sunday, October 24, 2010

demi kwn2 yang dying to know


even aku dah cakap terang-terang aku tak khatam bahasa jepun apatah bahasa korea tapi kwn2 aku mmg degil nak jugak tahu apa maksud tulisan2 korea kat stickynote dlm MV yang aku post kat entry sebelum ni. sampai tahap dying2 to know lak tu.

aku, kalau kwn2 dh buat ayat dying2 ni aku tak leh. lemah lutut anggota badan suma. mula la aku rajin nak praktikan teori information skill yang lecturer perturunkan masa kat uitm dulu. ni klu lecturer2 tahu ni sure bangga giler sbb ada ex student cam aku huahua

basically dlm MV tu klu perasan ada byk stickynote yang heroin tu tampal kan. tapi yang clear ada tiga ja pun. yang lain-lain tu ibarat mcm nk melengkap jalan cerita la kot. sbb tak ditunjuk secara clear or zoom dekat. jadiknya aku pun jumpa translation untuk yang tiga itu ja la. nk kata 100% betul aku xsure sbb aku pun bca yang fans komen ja.

bukan takat hampa ja yang mmg dying to know, giler belambak lagi yang meroyan nak tau apa pempuan tu tulis. sbb tu aku leh jumpa translation nya nih. translation tu dlm english . aku copy paste ja la yer. tp up sket rajin mlm ni dengan printscreen stickynote2 tu ;)


yang 1st sekali masa mamat hensem tu buka toilet bowl.



pempuan lawa tu pesan
"close after use "


2nd yang mamat hensem tu tak balik makan



yang ni aku jumpa dua maksud. pandai2 la hampa decide mana satu betul based on scene tu haha. 1) " i shouldn't restricted him" 2) " don't restrict myself"


3rd scene sebelum mamat hensem tu jatuh tegolek pijak benda alah kat kolam tu



yang ni based on lirik lagu tu "because you're a man, you'd never understand"

ok so skrang dh tak dying2 dh kot. jgn lak lepas ni suruh aku buat entry khas pasal nak kenal mamat hensem tu plak yer. klu nak tau sapa mamat hensem tu sila search kat wikipedia hahaha. or cari la dia kat youtube bersepah2 video pasal dia :P


Monday, October 18, 2010

stickynote


aku rasa kwn-kwn aku sekarang ni macam dh kena kuaratin ngn mak bapak masing2. yala spm kan dh dekat so tak leh online dah. kena study. tinggal aku ja yg klu tak terlebih bijak or mmg tak dak harapan. tu yang buleh ja nak online sampai ke pagi pun ekekekkke. ya intro merapu lgi. buleh la nk kena sembur ngn kwn2 pasni hahaha. tp rilek la jgn sembur lagi. sembur la lepas baca statement aku kat bawah ni.


bukan la aku nak kata kan. tp stickynote ni mmg benda sweet la. benda yang ada sentimental value gitu. tak caya?? layan music video kat bawah ni sampai habis. entah apa yang aku tekan kat youtube pun tak tau la sampai terjumpa MV ni. ah tak kisah yang penting stickynote ni senang cita mmg best la ;')) (ayat sengal dan cari pasal si kertas melekit yang tgh busan teruk)





kan??ok sembur la aku sengal, poyo, gediks or meluat hahaha. aku dh ready :))

p.s: jgn tya apa maksud yg ditulis kat stickynote tu. jepun pun aku tak khatam apatah lagi bahasa korea. so best ka tak best MV ni??ala stickynote tu aku gediks ja nk poyo hikhik

Sunday, October 17, 2010

habis tak dak topik


ok busan. busan teruk. tak ada kwn-kwn yang online kat skype. tak ada kwn-kwn yang buat kecoh kat fesbuk malam ni. tak ada kwn-kwn update blog. tak da kwn-kwn sms!!

berukband slow tahap gaban. nk tgk drama online?hmm subuh sok lum tentu habis buffer nya tu. tv?hampes nama ja ada astro tapi tak satu cerita best pun. ok busan lagi.

semalam busan at least ada tahir nk chat ngn dia. mlm ni dia pun hilang. aku rsa dia dh sumpah berukband dia jadi mee udang kot. dari semalam dia duk sumpah2 berukband dia yang slow tu.

habis tak dak topik sgt la semlam chat ngn tahir. sampai kena buka topik pasal hantu Halloween sampai ke hantu cina. dah tu lak teringat pasal hantu susu. kisah hantu zaman aku sekolah rendah dulu. macam hampes ja pecaya siap takot2 lak tu time tu.

konon mlm2 hantu susu ni ketuk pintu umah mintak susu. dulu dengar orang cerita gila takot sekarang kalau cerita balik pecah perut gelak. kwn2 cita masa darjah tiga mmg la takot. sekarang ni dgr hantu susu rasa rasa mcm bodoh giler percaya. pk2 balik apa motif dia mintak susu tu??



Tuesday, October 12, 2010

bila aku malu2 unta


si epalejau conteng ayat ni kat wall aku yang kemudian buat aku malu2 unta :')


u're the friend that i can get COMPLETELY mad at, and then having u stand there with a funny face completely ignoring the fact that i'm mad at u, and just burst out laughing



tengok sengal-sengal aku pun buleh gak buat ko gelak kan kihkih..mana nak cari kwn cam aku?? nah tgk ler muka aku selalu supaya ko awet muda sebab selalu gelak :))





p/s: pada udalolli dan miss lolliyana , klu nk aku buat entry khas camni tempek la kata2 manis kat wall aku kompom ada entry khas untuk hampa muhahaha


Sunday, October 10, 2010

hari ini 10/10/10


makna tarikh 10/10/10 pada si kertas melekit

engine oil : rm 56
oil filter : rm 12
gear oil : rm 56
timing belt : rm 158
brake disc shoe: rm 55
service brake : rm 12
tukar tayar botak 2 bijik : rm 250
total : rm 599

ada sapa-sapa nk offer keja part time kat aku bulan ni???




tu pun jgn ada hati nk bela swift..bela kelisa pun tersedak-sedak ni kohkoh

Friday, October 8, 2010

kalau masa itu buleh diundur


kalau masa itu buleh diundur
agak-agak nak kembali zaman mana
meh kita buat survey
zaman mana paling banyak vote??:))


klu aku
aku pilih waktu sekolah
bukan sbb nk jadik remaja-remaja gembira sekali lagi
tp aku nk pilih subjek spm haha
supaya aku buleh buat pilihan lain masa nk isi borang UPU
dengan harapan aku tak stuck dengan benda2 yang aku kurang minat
kurang??haha mmg tak langsung kot yer


tp bak kata kwn baek aku
dlm tak minat pun aku gak yang tersadai dlm bidang ni
ya kerana aku sorang yg kental muhaha
kental atau terpaksa
tak pa angap aja itu rezeki
wah ayat pasrah giler hehe

p.s: ni bukan entry emo..cuma entry hasil berchating ngn miss loliyana..at least ada gak modal aku nk upate ;P

Saturday, October 2, 2010

masih dlm langkah berjaga-jaga

ingat lagi anak buah aku nama syakira?? yang senyap2 ambik hp aku pergi belakang umah then basuh hp aku tu dengan air paip yang mengalir mcm basuh sayur??dekat seminggu gak la hp tu xleh on dan aku hampir2 nk beli hp baru. naseb baek dlm keta on the way nk pergi beli hp tu elok balik. mcm tau2 ja dia nk kena campak dlm tong sampah kot.

itu kisah masa dia umur 2 tahun. tahun 2008 gitu. dia kecik lagi tak tahu apa2. tak tahu pun hp tu aku beli guna duet ptptn muhahaha. tp sekarang dia umur 4 tahun. dh mula masuk tabika pun. dh pandai bc doa itu dan ini. dah pandai baca pandai surah2 pendek. dah pandai menulis dan mengira dengan betul. dia jugak dh pandai cakap "nak buka internet la!!"

dan paling penting dia dh tak nakal mcm dulu. dia sekarang bila kita cakap tak buleh dan jangan dia dh reti nk dengar. reti beralah dan bertolak ansur. klu dulu nampak ja keta abang aku kat jalan depan rumah, aku sini dah sorok siap2 hp aku kat tempat yang dia tak akan nampak sebgai langkah berjaga-jaga. senang cita syakira sekarang aku dh gredkan A untuk dia.




hanan syakira yang cemerlang dengan gred A sekarang :')


bila syakira dh digredkan A tak bermakna hp aku selamat. setiap kali kereta abang aku sampai kat jln depan rumah tu aku tetap ambik langkah berjaga2 sorok hp kat tempat yang tak akan di jumpai. memang syakira gred A tapi adik dia aku masih gredkan C. camna akak dia masa umur 2 tahun camtu gak la perangai si adik. cuma buat masa sekarang hp aku selamat sbb langkah keselamatan yang aku amalkan sejak tragedi ngeri 2008. lagipun aku belajar dari sejarah silam.

selagi langkah keselamatan ini diamalkan insyaAllah sejarah tersebut tak akan berulang dan mungkin juga sejarah baru tidak akan tercipta. mungkin aku akan amalkan langkah keselamatan ni sampai si adik yang bernama nazhan afifah mencecah usia 4 tahun atau setelah dia layak menerima gred A mcm syakira. tak apa aku bukan la mak sedara yang kedekut markah. klu cepat dia berubah cepat la dia dapat A dari aku haha. nk tengok nazhan ni?nah!!




susah nak suruh si nazhan ni duduk elok2 klu nak ambik gmbr dia. dia lum sampai tahap giler nk bergambar lagi hahaha