Saturday, October 2, 2010

masih dlm langkah berjaga-jaga

ingat lagi anak buah aku nama syakira?? yang senyap2 ambik hp aku pergi belakang umah then basuh hp aku tu dengan air paip yang mengalir mcm basuh sayur??dekat seminggu gak la hp tu xleh on dan aku hampir2 nk beli hp baru. naseb baek dlm keta on the way nk pergi beli hp tu elok balik. mcm tau2 ja dia nk kena campak dlm tong sampah kot.

itu kisah masa dia umur 2 tahun. tahun 2008 gitu. dia kecik lagi tak tahu apa2. tak tahu pun hp tu aku beli guna duet ptptn muhahaha. tp sekarang dia umur 4 tahun. dh mula masuk tabika pun. dh pandai bc doa itu dan ini. dah pandai baca pandai surah2 pendek. dah pandai menulis dan mengira dengan betul. dia jugak dh pandai cakap "nak buka internet la!!"

dan paling penting dia dh tak nakal mcm dulu. dia sekarang bila kita cakap tak buleh dan jangan dia dh reti nk dengar. reti beralah dan bertolak ansur. klu dulu nampak ja keta abang aku kat jalan depan rumah, aku sini dah sorok siap2 hp aku kat tempat yang dia tak akan nampak sebgai langkah berjaga-jaga. senang cita syakira sekarang aku dh gredkan A untuk dia.




hanan syakira yang cemerlang dengan gred A sekarang :')


bila syakira dh digredkan A tak bermakna hp aku selamat. setiap kali kereta abang aku sampai kat jln depan rumah tu aku tetap ambik langkah berjaga2 sorok hp kat tempat yang tak akan di jumpai. memang syakira gred A tapi adik dia aku masih gredkan C. camna akak dia masa umur 2 tahun camtu gak la perangai si adik. cuma buat masa sekarang hp aku selamat sbb langkah keselamatan yang aku amalkan sejak tragedi ngeri 2008. lagipun aku belajar dari sejarah silam.

selagi langkah keselamatan ini diamalkan insyaAllah sejarah tersebut tak akan berulang dan mungkin juga sejarah baru tidak akan tercipta. mungkin aku akan amalkan langkah keselamatan ni sampai si adik yang bernama nazhan afifah mencecah usia 4 tahun atau setelah dia layak menerima gred A mcm syakira. tak apa aku bukan la mak sedara yang kedekut markah. klu cepat dia berubah cepat la dia dapat A dari aku haha. nk tengok nazhan ni?nah!!




susah nak suruh si nazhan ni duduk elok2 klu nak ambik gmbr dia. dia lum sampai tahap giler nk bergambar lagi hahaha

8 comments:

  1. haha. gila ko..tragedi cuci henpon ko macam sayur memang takleh lupa laaa..

    kita memang beza la. aku kalau cari nset aku katne tak jmpa, aku tau la tu katne. sure dengan anak buah aku. tak kira la yg umo berapa. dari umo tak cukup setahun sampai la umo 13 tahun tu. aku malas nak amek port. haha..

    ReplyDelete
  2. epalejau:
    mmg xleh lupa hahaha..yala anak2 buah ko xbasuh hp mcm sayur buleh la ko buat xambik port..sekali kena serik ooo hehe

    ReplyDelete
  3. lagi serik sbb pakai duit ptptn kannnnnn..... tapi epal rasanya akan serik kalau hp tu oren kasi.. tul x epal???

    ReplyDelete
  4. nad:
    hahaha serik nk kena beli baru tu tak tahan..mahal ooo hp huuu..entahnyer klu si epal tu oren yg kasi kompom2 serik kan :))

    ReplyDelete
  5. sori menyibuk..entry nih cam best je..hehe..

    aku rasa smua anak2 buah mmg suke men hp kot..seb bek anak buah aku men gem je..belum sampai tahap basuhu sayur lagi...haha

    ReplyDelete
  6. jenanese:
    budak2 sekrang mmg pantang nampak hp.kecik2 dh pandai lak tu hehehe..cuma ank buah aku imaginasi tinggi sket basuh terus muhaha

    ReplyDelete
  7. tiba2 br dtg ilham aku nak mengomen kat entry hg ni..
    bg aku..klu hg amik langkah berjg2 cmne pun..klu tuan punya hp tu sendiri xreti jg..xguna gak makcik oii..ahaha..hg tu mana reti jg henpon..berjuta kali dah tukar..sbb kekasaran hg tu..ha amik!

    ReplyDelete
  8. miss lolliyana:
    mak aih garangnya..haha hp baru ni aku dh berhati2 sket bnding dulu..ish giler grang..takot2 haha

    ReplyDelete