Monday, November 22, 2010

botol jin selepas 4 tahun

12.14 am..dah masuk 23 november 2010. happy besday cikgu mahfuzah!! tahun ni mungkin bukan aku yang pertama yg wish besday sbb ada "orang tu" yang kompom lebih pantas begerak menekan punat hp untuk wish hepi besday!!;'P

4 tahun dulu, time-time camni rumah kita akan bergelap, akan ada bunyik letup menatang alah tu, yang kemudiannya aku, ate, nun, nolly dan chepah akan jerit Hepi besday!!!!!!biasa la student. duduk ramai-ramai kat kolej. masa tu lum duduk luar lagi. still dapat kolej. menyambut besday adalah antra benda wajib bersama kwn2 :)

dan 4 tahun dulu jugak kami suma hadiahkan botol jin kat cikgu mahfuzah. botol jin yang penuh dengan kertas-kertas kecik bergulung siap colorful lagi tuh. setiap kertas tu tertulis segala mak nenek ucapan dan mesej2 khas untuk ari tua cikgu mahfuzah. aku sendirik pun dah tak ingat aku tulis apa ekekeke.

dan arini setelah selepas 4 tahun botol jin tu akan di buka oleh tuan punya badan. punya la excited cikgu mahfuzah sampai sms aku cakap dia tak sabar tunggu detik pukul 12 sbb dia nak sangat buka botol jin tu hahaha. selama ni pandang ja ari2 katanya. agak-agak yang mana satu dh jadik kenyataan??aku rsa part "org tu" kot kihkih

anyway cikgu, selamat hari tua yang ke 25..semoga yang terbaek hanya untuk kamoo!!:))




mcm over lak gambr kihkih. botol jin kami bagi tu xdak la rupa gini. tapi sesuai la ngn mode bunga2 cikgu mahfuzah sekarang ni wakaka

p/s: kwn2 yg blur pasal botol jin ni cuba ingt balik memori masa dgree part one or part two :))..

-ok puzah ngn had aku dh edit asalnya aku letak 5 tahun kuang2-


Saturday, November 13, 2010

gigih sekerat jalan

niat di hati murni nak improve english yang lama tak guna sejak habis belajar. nama ja keja kat international college tapi buleh kira berapa kali guna la kan heh

so lepas skype lebih kurang dengan tahir dia suggest buku2 cecilia ahern. best katanya. aku pun beli la buku ni. buku ka?? novel kot :'P




beli bulan puasa 6hb september 2010. dekat-dekat nak raya time tu. hari ini 13 november 2010 dan nak masuk raya haji dah pun. raya posa bertemu raya haji tapi aku baru baca sampai kat sini




dari 519 pages aku baru sampai page 273 kahkah. yang leh jejak page 273 tu pun sbb internet sengal kat opis. bawak la aku novel ni bca klu tak dak kerja. time tenet sengal aritu ja la. sekarang tenet dh ok dah. so xdak maknanya aku buka balik novel nih hahahaha

senang cita klu dh dasar bukan ulat buku tu, bukan kata buku omputih buku bahasa ibunda sendiri pun lum tentu habis bacanya tu kahkah...gigih sekerat jalan namanya ni. tapi aku akan habis kan gak. bila??hahaha aku pun tak tau bila.


p.s: ya saya seorang librarian yang tak suka membaca kihkih

Saturday, November 6, 2010

belum sampai tahap tu kot


lama dah aku jumpa video clip ni. tpi malas nk publish sbb part yang aku nk suruh tgk tu sket ja. selain muzik dan lagu tu yang agak kena dengan halwa telinga aku, video clip ni gak amat sesuai untuk di tonton oleh semua librarian yang selama ni pura-pura kental dan bahagia dengan kehidupan sebagai seorang librarian.

dan menjelang bulan disember yang akan menyaksikan kekentalan aku bertahan selama 2 tahun mengharungi kehidupan yg membosankan macam librarian dalam video clip ni jadik afdal la klu aku publish video clip ni.. cuma bezanya aku mungkin tak sampai tahap main drum dlm library tgh2 mlm lepas library tutup dan menjerit tensen masa user tengah study dek sbb kan terlalu busan or tensen kot kahkah




minit 0.36 sebijik mcm aku..mcm tu ler aku pusing keliling meja2 sementara pukul 7 bila sorang2 dlm library

p/s: mcm ni la si kertas melekit. bak kata epalejau jadi kelawar mlm2. lepas tu search youtube jumpa segala mak nenek video clip la kan kahkah

Wednesday, November 3, 2010

bila aku tersenyum, tergelak dan tersentuh


dapat MMS uda yang buat aku tersenyum, tergelak dan tersentuh. dan time menulis benda ni pun aku masih tersenyum sbb aku baca balik MMS tu heeeee

nak tau dia tulis apa??

"pizz, rindu kat ang punya pasai aku beli ayaq ni. dlu2 kan klo beli yogurt drink, ang mesti beli perisa limau nipis. tpi mmg limau nipis & timun ka? aku balik umh baru perasan ada timun hahaha"

- sory uda sebijik2 aku copy msg hang :')) -





aku terpaksa crop sket sbb "dekorasi" kat belakang tu yg kurang sesuai untuk tontonan umum kahkah

hahaha masa tu tak dak lagi perisa timun+limau nipis. yg aku selalu belinya lemon+lime. tapi MMS uda ni betoi2 menyentuh hati sorang librarian yang tak dak manner dan rock nih ngeh3

aku rasa mcm nk tulis uda, love you mmuahhhhh tapi satgi ada lak orang yg muntah2 ejau, cirit birit bagai la kan.

jadik sebagai gantinya, esok aku akan panjat tangga billion cari ayaq perisa lime+timun ni demi membalas kerinduan hg tu (^___^)


p.s: wah kwn2 suma excited buat benda manis2 kat aku ni hahaha