Wednesday, December 29, 2010

tima kaseh untuk peluh itu


tak payah ckp byk

gambar menceritakan segala-galanya

kita menang tuhhhhhhhh!!





paling best menang ngn indonesia wakakaka

dan lagi best2 jumaat dapat cuti freeeeeeee :))

so tahniah team malesia..tima kaseh la peluh-peluh main.

tak semena-mena kami dapat cuti hihi

giler ah muda2 dh kaya haha..

agak2 dapat duet reward byk mana tu??:P



p.s : kwn2 jgn lupa jersey biru ori tu yer..hahaha

Tuesday, December 28, 2010

sengal mereka


suma sedia maklum blog aku blog sengal. penyebab sengal aku tu banyak sebenarnya. termasuk la pengaruh rakan sebaya especially kat opis. ni aku list contoh2!!

>>>>fairuz<<<<


fairuz : pizah tolong pegang hp baru aku ni jap

aku : hampes nk tunjuk hp baru ckp ja la..sengal!!!!!!

fairuz: pizah transfer lagu kat hp baru aku ni.

aku: ok..dh on lum??

fairuz: guna infra red la yer hp aku tak dak bluetooth..

aku : gelak guling2 wakaka


>>>>chemad<<<<

chemad: pizah tolong print resume aku jap. ada tebiu ni

aku : pendrive??

chemad: hang buka emel aku. download.

aku : ok, dah

chemad: tq err pizah, pinjam rm10 heeeee

aku: ??????


>>>>ed<<<<

ed : sejuk aih kat library ni

aku : ha sejuk giler

ed: kulit apa tahan sejuk ni. kulit biawak ka apa hahahahaha

aku : ngekkkkkkkkk!!


>>>>zul<<<<

aku : camna kerja tempat baru

zul : ok la tak makan gaji buta ekekeke

aku : cesssssssssss!!


kan??bukan salah aku la sgt :P

p.s : mana semua orang ni??aku dh tak tahan busan warghhhhhhh!!!online ler!!

Monday, December 27, 2010

kasi sejuk sket udara

wah udara panas melanda dua negara ni nampaknya..indoneSIAL dan MALINGsia..err tu bukan ayat aku okeh tapi ayat2 fans dlm facebook dan twitter yer haha...perang mulut baek punya tapi ayat indon2 tu mmg tak bertamadun bangat. tetiba aku pandai ckp indon lak.

org2 msia lak kasi panas mau tak terbakar mamat dan minah indon tu haha. antara yang kasi panas tu termasuk la chemad dan fairuz..ngek tul mamat dua ekor tu. siap tukar nama jadik ahmad gonzales semata2 nk bg indon kat fesbuk tu hangen haha. memang gigihhh!!!. tp mmg bukan msian yg mula dulu pun..

tapi engak mengapa..tak payah ribut-ribut donk. kita kasi sejuk sket udara itu loe. (jangkitan chemad dan fairuz yg tertiba cekap berbahasa rojak indon gara2 bergaduh komen difesbuk haha)..

meh aku pasang lagu bunga-bunga sket, rilek-rilek sket, ada rasa manis-manis sket supaya sejuk sket suma orang. maklumla esok nk perang lagi sakan. tambah2 klu indon kalah muhahaha...berapi terbakar hangus teruk kot :'P




apa??tak dak kena mengena???tak faham??hahaha mmg pun. saja nk update tapi tak dak idea kihkih..tgh busan2 ni layan ja la!!ekekekeke. buleh la nk layan rilek-rilek :'))


p/s: agak2 ada request pelik tak dari kawan2 lepas aku post video ni???hmm

Sunday, December 26, 2010

tak payah susah-susah


pada kawan2 yang tengah pening kepala pikir nk beli hadiah besday apa kat aku tahun depan tu, aku nk pesan tak payah la teruk2 pikir. aku pun tak mau la nyusahkan kawan2. tak payah nk susah2 sgt pikir tu. ni aku bagi idea siap2 untuk semua.

jgn risau tak mahal sangat pun. tapi beli yang ori la yer..buleh beli kat al-ikhsan or studio tapi nk yang kaler ni. tak mau yang kaler kuning tu, tak smart ;'P






so kawan2 buleh la mula simpan duet dari sekarang yer. terima kaseh!!!


p/s: bukan apa sebelah kaki dh menang tadi. klu seri kat indon rabu ni kot2 la PM bagi cuti peristiwa kamis tu kahkah..ya aku tau hampa nk sembur apa wakaka!!

Wednesday, December 22, 2010

ada cinta sesaat disebalik e-learning

entry sebelum ni aku ada buka cerita pasal program yang aku ngn kwn2 aku buat masa belajar dulu. ala program yang orang tu emosional sebak sbb budak group dia kena tinggal bus tuh. tak ingat???:P.. alang2 dh buka sikit aku rasa nk panjangkan lah. mcm best gak duk belek gambar2 program ni. siap ada gambar cinta sesaat org tu lagi hihi..



klu tak silap budak pempuan ni la kena tinggal bus sampai ada org tu sebak lebih

masa tu dh final sem. tinggal satu sem tu ja pun tp waktu final sem tu la baru sedar diri yang kami berempat aku, miss lolliyana, udalolli dan epalejau tak berbakat dalam membaca bahasa computer untuk buat sistem rupanya. so kami suma nekad lepas kan minor sistem dan tukar kepada subjek elektif. biar la hilang minor dari sakit jiwa hadap coding.

jadik amek la subjek yang konon senang giler siap tak dak final tu. nama dia E-learning. tapi subjek ni kena buat program. biasa la dh nama pun kelas elektif kena la menumpang kelas orang. even menumpang tapi kami dilayan baek mcm classmate course budak2 tu gak. sbb tu la ada orang tu siap dilantik jadik penolong ketua projek yang mana kemudian membuahkan bibit-bibit cinta sesaat antara ketua dan penolong ketua. siap ada lagu tema lagi tuh. nk tau lagu apa???tgu kat hujung nanti ya :')



buleh cuba teka orang itu dan cinta sesaatnya dlm gambar ini =)

so program tu kami buat kat sek ttdi jaya shah alam. budak2 yang join program ni mmg sempoi habis. giler excited agaknya sbb depa yang terpilih tu tak payah masuk kelas kot hehe. cuma masalahnya budak2 ni dh terlebih celik IT. padahal objektif subjek ni nak dedahkan depa dgn pembelajaran secara elektronik. tp budak2 tu siap ada mySpace ooo. aku yg tua ni pun bukan kata myspace friendster pun xdak. siap mintak email nk add YM tuh.



budak2 yg excited. yang baju hitam tu classmate gak, sama2 menumpang kelas orang tapi kami xtau dia nama apa. so kami gelar dia si curly2 hair kahkah

tp kami pedulik hapa budak2 tu dh pandai pun haha. kami treat depa mcm depa tak reti la jugak. mau tak gitu, tu lecturer duk pegang pen dgn kertas duk monitor baek punya. so nak tak nak suma kena gigih mengajar dan guide budak tu habis-habisan la, konon mcm si udalolli dan miss lolliyana ni..



hang mengajar depa guna power point ka download lagu "hafizah" tu uda??kahkah



ceh gigih la sangat posing ja lebih..group hang menang ka kalah aritu???haha

sebelum habiskan entry ni mcm aku janji tadi aku nak gtau lagu tema cinta sesaat orang tu kan hahaha..giler best lagu tema kamu berdua. hits giler time tu! pada orang tu dan yang rajin baca entry aku ni terima lah




(dekat cinta sesaat ku tu ulang banyak kali sikit yer haaha)


p/s: uit orang tu jgn marah naa sbb kamu juga yg bagi gambar dan permission nk tulis pasal cinta sesaat kamu bedua ekekekke

Sunday, December 19, 2010

blog aku blog kawan2 aku jugak



kadang2 aku rasa blog aku ni bukan blog aku sorang sbb cerita-cerita aku hampir suma pasal kawan2. adala sekali sekala aku poyo cerita pasal diri sendirik. yang lain2 tu suma aku sangkut pautkan dengan kawan-kawan aku. alang2 aku dh glamerkan nama kawan-kawan aku, aku rasa afdal la klu aku terus gemilangkan sinar keglamoran depa tu dengan membuat sesi pra tonton ala2 press conference artis2 terkenal gitu. anda bersedia???pada kwn2 yang tersenarai kat bawah ni jgn lupa royalti share sama2 yer :))

- yang pertama adalah si jieha -



ni la jieha tapi dlm fesbuk nama dia acai berry. nama minuman kesihatan dia kata. maklumlah la dia ni pengamal makanan dan minuman kesihatan yang amat komited. dia asal kedah jugak. nama kg dia small factory village. dia ni keja kat MMU melaka. jwtan dia bukan main2 gak. asisstant manager lagi tuh. manager beb mana ada main nama librarian2 ni kahkah. gaji dia pun mantap oooo. so naseb la klu balik kg klu kawan2 pau wakaka.. dia ni giler rajin masak dan dia pun buleh tahan pandai masaknya. cuma yg dia kurang terer aku rasa "nasik ayam". ala dia bukan tak reti masak nasik ayam tu cuma dia tak dak "feel" nk masak la kan..ya tak jieha??hahaha


- yang kedua adalah si miss lolliyana -



ha ni la kawan meroyan dan chating aku ari2 kat opis sbb kami sama2 tak dak keja dan busan jadik librian ngeh3. dia ni klu dlm conversation biasa tak daknya aku nak pangei dia miss lolliyana. aku pangei dia PA ja pun. klu mai mood sopan sket aku pangei la nama betul dia nolly tapi tu jarang2 sgt la berlaku.. dulu dia meroyan kat PIA college ipoh. sekarang dia pindah meroyan kat sunway college Ipoh plak. dia ni orang asli ipoh. menjelang 2011 dia dh pasang azam awal2 lagi. dia nk belajar menjahit katanya. buleh gak tambah pendapatan keluarga. aii bunyik cam aku kena turun ipoh makan nasik minyak ja ni??hahaha

- yg ketiga adalah tahir -



sian kan si tahir ni. nama dia sedap tahirah, tapi kawan2 suma kejam pangei dia tahir hahaha..tahir ni kepala dia senget lebih kurang cam aku gak la. merapu mmg giler terer. A punya lawak kancing gigi dia bagi. lagi satu yang aku suka pasal tahir ni mesti la english dia. ayat2 dia pergh mmg power. maklumlah peminat cecilia ahern no 1 la katakan. dia la pengaruh kawan2 beli novel2 cecelia. tp tetiba dia missing in action tak dapat di kesan. tak nampak dia kat fesbuk, skype and sms pun tak sampai. hg jgn buat lawak tahir. roger kawan2 segera okeh!! jieha nk cepuk ja hg klu tetiba hg muncul dan ckp hg dh tunang or kawen. ingat tahir, jieha seorang yg mengerikan yer!!


- yang ke empat adalah udalolli -



klu tengok gambar ni mmg tak leh blah. muka suci habis tu hg uda kahkah..ala2 gadis melayu lagik tuh hoho. siap terlupa hg pernah merempit dengan cicak man masa muda2 dulu. uda ni la GKB aku. ala GKB geng kutuk boss sbb kami kerja company yang sama, tp lain2 branch. uda ni la buat aku rasa nk buat blog sbb dia puji aku melambung2 sangat. lawak aku tahap OS dia kata. aku pun apa lgi membuak2 giler nk buka blog. dh tu bila dh lama aku buka blog dia puji lagi. kali ni lagi melambung2 sampai aku rajin update tuh. dia kata lawak aku dh up ala2 satiya. pergh mana pernah orang puji aku sebegitu tinggi kecuali hg uda. lepas aku kuar ngn entry ni tak tau la dia nk up kan lawak aku mcm sapa plak. aii uda harap aku ja update ni, hg bila nk berupdate???aku dh gediks kaki dh ni nk komen kat klonnates hg tu ngeh3..

- yang ke lima cikgu mahfuzah -



cikgu mahfuzah ni even jarang2 nama dia kuar dlm blog aku tapi ada gak kadang2..siap ada entry khas tu untuk besday dia aritu. maklum la dapat botol jin. orang lain ada besday dapat hadiah botol jin???dia sorang ja aku rasa. cikgu mahfuzah ni buleh dikategori as otai nasik kandar la. selalu sangat lunch dekat husin nasik kandar depan opis aku tu. klu dia makan kat situ kompom la dia kol ajak aku melepak sekali ngn dia. tp dlm banyak2 kali tu, dia tak pernah berjaya lagi la buat aku makan nasik kandar haha. tapi tak tahu la tahun depan dia leh melepak2 lagi ke tak kat situ sbb bau nasik minyak dia makin kuat ni. klu kompom bau nasik minyak tu kan rasanya dia kena pindah duduk subang kot ekekke..


- yang ke enam tak lain tak bukan adalah si epalejau -




si epalejau ni tak payah nk diperkenal kan dh. hampir suma entry sebut nama dia pun. ko ingt nama ko tak dak kat atas ko selamat???jgn harap wahai teacher hadrawati kahkah. mls aku nk kutuk2 sbb byk sangat dh aku buat sengal kat dia sebelum2 ni. so aku decide aku nk puji2 dia lak kali ni. klu kat luar harap la aku nk pangei dia epalejau tu. aku pangei dia had ja pun. tu pasal aku rasa nk muntah hijau bila dia bahasakan diri dia epal bila jumpa acik. eh kata tak mau kutuk tp nk puji. ok puji2. si had ni kan dia mmg seorang penyayang. tambah2 kat budak2. ada la sekali tu kami buat program kat sekolah.kebetulan program tu habis lambat so ada la bdk2 yg kena tinggal bus termasuk la budak group dia. yg best budak2 tu ok ja aku tengok tp si had ni mata dh bergenang. siap dtg dekat aku dgn suara sebak mintak nk pinjam hp nk call mak budak tu. sempat lagi aku sound "yg ko nak nanges naper??" kihkih


p.s: gambar suma ehsan Mark Elliot Zuckerberg...ok tokei facebook la..aku cilok gambar2 kalian dari facebook kalian ok :))

Saturday, December 18, 2010

si aisya yg poyo


aku dalam bilik tadi bila dengar aisya balik umah dan jerit pangei adik aku

"acikkkkkkkkkkkk!!"

then pangei lagi

"acikkkkkkkkkkkkkk!!"

sah adik aku buat tak tau sbb dia pangei lagi

"acikkkkkkkkkkkkkkk!!"

then diam rasanya adik aku dh sahut or tengok benda dia nk tunjuk la tu

then aku dengar dia pangei aku plak

"atihhhhhhhhhhhhhhh!!"

"atihhhhhhhhhhhhhhh!!"

selagi aku xsahut dia akan pagei lagi

last2 aku buka pintu

nampak ja aku terus dia pangei

"atihhhhhhhhhhh"

sambil tunjuk baju dia yg reben2 ni




gambar blur sbb dia mmg tak reti nk duduk diam bila nak ambek gambar


poyo giler..

dalam banyak2 ank buah aku dia paling poyooooooo

dan dia paling hebat nari shin chan kahkah

Friday, December 17, 2010

mmg banyak tanya betul la


klu malam kerja pun jadik kelawar apatah lagi malam minggu kahkah..apa2 hal pun aku rasa aku nk jwb tag banyak tanya betul yg si epalejau tu dulu

-instruction : once you are tagged, answer all the questions honestly -

Person who tagged : sapa lagi kalau bukan si epalejau
Starting time : 10.38 pm on friday (17 Dec, 2010)

Name : stickynote kecuali uda dia pangei cik kertas melekit =)
Full name : Noor Hafizah Abu Hassan
Sibling(s) : enam

Eye colour : hitam
Shoe size : saiz cinderella, 4 kohkoh
Hair : klu dh nama melayu tu kompom la black kalernya
Height : 156 cm

What are you wearing right now : T-Shirt belang2 plus seluar track
Where do you live : umah sedirik kat kedah
Favourite number : 2, 10
Favourite drink : ice lemon tea
Favourite month : mestila februari ngeh3
Favourite breakfast : nasik lemak.. perghhhhhhhhhh bau pun dh meleleh air liur!!

-Have you ever-

Broken a bone : tak pernah rasanya
Been in a police car : uish tak pernah la naek
Fallen for a guy/girl in a short period of time : fallen??bahasa apakah itu haha..jwapan aku mesti la no..
Swam in the ocean : swam tak penah tp tenggelam terus pernah sekali time sek rendah
Fallen asleep in school : oh masa kelas ustaz time dgree..mintak maap yer ustaz hehe
Broken someone's heart : hmm klu degil bila mak nasehat kot huuuuuu
Cried when someone died : ya pernah
Sat by the phone all night waiting for someone to call : kdg2 aku terlupa mana aku letak phone. so agak2 tu ada gaya waiting for someone to call ka?? haha
Saved e-mails : emel pasal kerja ja..
Been cheated on : takat tipu sunat2 tu adalah kot..tak dala kena teruk2 rasanya

-What-

Your room look like : mak aku kata "bilik hg ni nk hulur kaki pun tak buleh" so buleh faham dari ayat mak aku tu kot camna keadaannya kan??kihkih
What is right beside you : ank buah aku izzidin yang dh tergolek tdo
What is the last thing you ate : nasik goreng dengan telur dadar, 2 ketul sosej kecik dan nugget tempura hasil catuan yang adil dan saksama oleh akak aku. err tapi bukan nugget dan sosej tu aku yg beli ka??hmm..konpius2

-Ever Had-

Chicken pox : pernah masa sek rendah...tak payah p sek tu haha
Sore throat : ish jarang la..tp klu sekali kena makan masa gak la nk hilang
Stitches : tak pernah


-Do You-

Believe in love at first sight : sekali lagi bahasa apakah itu??hahaha rasanya tak la kot
Like picnics? : lagi suka belasah mcd kat supermaket dari pergi picnic


-Who-

Who did you last yell at? : dekat anak buah aku aliya. tadi aku gerak cursor pakai touchpad dia gerak cursor pakai mouse..tgu lagi kompom la kena kan
Who was the last person you danced with? : kehkeh ejek aisya anak buah aku yg tiga tahun tu nari shin chan..
Who last made you smile? : yantz. chat ngn dia kat facebook tadi hehe

-Final Questions-

What are you listening to right now? : bunyik skype nolly masuk
What did you do today? : hempas pulas key in pre registration subjek sbb bos nk arini jugak dan cari hadiah untuk kawan kawen esok. congratz fahim =)
Are you the oldest? : tak. aku ada dua abang dua akak dan sorang adik lelaki
Indoors or outdoors? : dua2 kot..

-Last person who-

You talked to on the phone ? : dengan epalejau. dia kol bergosip sampai habis bateri kahkah
Made you cry? : bila last entah..tak ingat dh aih
Who cheered you up ? : family dan kawan serta internet wakakaka

-Have you-

Been to Mexico ? : tak pernah
Been to USA ? : tak pernah jugak


-Random-

Have a crush on someone? : hmm tidak
What books are you reading right now? : where rainbows end yg aku rembat dari epalejau masa dia datang kedah aritu :P
Best feeling in the world? : bila dapat buat benda yang aku suka dan tak perlu buat benda yang aku tak suka
Future kids name? : so far belum terpikir
Do you sleep with a stuffed animal? : jgn harap titik

What's under your bed? : habuk2 ja
Favourite sport (s) : aku tak bersukan sejak last main netball wakil sek rendah tapi aku buleh layan suma sukan kecuali golf dan boling padang kat tv.
Favourite place : kat umh sendirik dan dalam bilik, janji laptop aku ni kena adala haha
Who do you really hate? : hmm si gemok yang suka tdoq kat dlm bilik opis tu kot
Do you have a job? : yupppp

What time is it now?: 11.56 pm on friday (17 Dec, 2010).

p/s : with however long it took you to complete this, post as " banyak tanya betul!" and tag 15 people.

15??ala si epalejau dh tag org2 yang aku akan tag kan..so aku tag depa2 ni ajalah..

1) yantz
2) baya
3) miaanis
4) budak piza rempit
5) otak senget
6) jieha
no 7- 15 tu sapa2 yang rajin nk buat la yer..sila2 :))


p/s giler sakit bontot duduk hadap jwb benda ni

Wednesday, December 15, 2010

jwb nad punya dulu


aku jwb tag nad dulu sbb pendek sket banding tag banyak tanya si epalejau..yg tu makan hari nk jwb tu kahkah..

- Write 5 interesting facts about the person who give u this award -
(giler ssh soalan sbb kenal nad dari blog epalejau ja pun hahaha..tapi jwb based on perasan la yer hihi )

1) dia pandai sbb dia si gadis yg amek engineering. adik aku yg laki2 pun terkial2 aku tgk
2) dia rajin update blog kecuali dia sibuk
3) mcm si acik cakap rasanya dia seorang yg workaholic
4) next sbb dia ada lucas kot kahkah...kira aci la yer =)
5) sbb dia sudi baca dan komen blog aku hehe


- Write down 10 interesting facts about yourself & your hobby -

ni kang ada plak yg muntah hijau baca statement poyo aku kot =)

1) seorang librarian yang tidak suka untuk menjadik librarian tp masih gigih menentang rasa tidak suka itu sbb sedar diri klu tak jadik librarian nak kerja apa la kan..

2) tak pasal2 dapat gelaran kelawar dan burung antu sbb suka benar hadap internet sampai tgh2 malam. tapi tu bukan salah aku tp salah bos aku. kenapa dia suruh masuk keja pukul 10.30 pagi tiap2 ari??rugi ar tdoq awai kan kehkeh

3) ah malas nk ngaku tp ni ternyata kenyataan yang sangat benar. ok aku giler suka layan cerita korea dan negara2 seangkatannya. dan terpaksa mengaku stickynote itu adalah pengaruh cerita taiwan bertajuk fated to love you. masa tu aku study lagi. budak2 mudah terpengaruh la kan. oh statement dan pengakuan paling aku terasa malu setakat ini hehe...

4) tidak pernah ada sekumit pun perasan nk ada friendster even dipujuk kwn2. facebook wujud pun selepas tak tahan asyik kena kutuk dek opismate yang sengaja kasi aku panas dan akhirnya depa berjaya buat aku create account. tahniah kepada en mad dan zul!!

5) kesan dari kewujudan blog ini telah menyebabkan telinga aku terpaksa menadah kata2 seperti " dulu friendster dan facebook tak mau buat la kan sekali ada blog tu hahaha" ya kawan2 aku redha dengan kata2 itu huuuu

6) aku kurang suka coklat dan apa2 saja yg berkaitan dengan coklat. kwn2 gelak bila aku ckp aku suka kek pandan. sedap what???tak la manis sgt mcm kek coklat :P

7) bencik giler dengan segala benda yang berkaitan nombor dan angka. so jgn tya math spm aku dapat apa dan tu jugak salah satu sbb aku hampir2 kantoi paper masa final year dulu..fuh ngeri!!!!!

8) sila pegang baldi sebelum meneruskan pembacaan kenyataan ini ya. aku rasa aku ni cepat memahami manusia sekeliling aku ler dan aku berbakat dalam pencarian bahan di dlm internet sbb aku selalu jumpa benda yang orang lain tak jumpa dan apa2 yg kawan2 aku suruh cari kecuali bab2 mendownload. tu aku kurang mahir atau dalam kurungan aku malas hehe

9) ana rafali adalah artis yang bertuah sbb dia adalah artis pertama yang fan page dia telah di like kan oleh aku. tu gara2 penangan lagu tolong ingatkan aku. sejak tu jugak tahir perli baek punya dengan cop aku sebagai jiran ana rafali.

10) cikgu mahfuzah suka sangat nk gelarkan aku wartawan semua segment dan sejarahwan negara. berapa kali aku nk cakap aku kebetulan terbaca benda yang hampa suma tanya???hoho


sekarang masa utk tag!!

mengikut arahan to tag 10 people.

1- epalejau
2- miss lolliyana
3- udalolli
4- mirakuru
5- miaainis
6- skinz
7- yon
8- baya
9- jieha
10- yantz

ok rajin2 kan la diri anda sbb aku berjaya rajinkan diri aku jwb tag ni kuikui

Sunday, December 12, 2010

penuh gambar part II

aku nk sambung entry semalam ni. jangan marah naa sbb aku nk letak gambar banyak2 lagi ni ekekeke.. destinasi kami ari kedua dan terakhir ni tak jauh sangat dah. bandar sg petani plak. lebih kepada mengenang memori lama masa study kat uitm merbok dulu.

so mula-mula kami amek jiha kat small factory village. asalnya niat nk amek terus tak nak singgah. sekali si epalejau ni buat jakun xpenah tgk pokok getah la plak. nk sangat amek gambar kat ladang getah katanya. so tgk la aksi kejakunan si epalejau. sekali dgn aku dan jiha jadik jakun jugak. untuk jiha buleh la belatih untuk outdoor dia nanti hahaha



contoh aksi jakun si epalejau dan kami berdua yang turut menjadik jakun jugak

lepas epalejau habis gian beraksi jakun kami gerak ke uitm merbok. tempat yang kami suma sayang lebih dari uitm puncak perdana ngeh3..sepanjang jln dalam keta kami berdoa agar pak guard tak buat hal dan bagi masuk. naseb baek ada makcik hawa..dia kasi lepas senang2 ja hehe
part uitm ni gambar lebih sket. mula dengan gambar excited si epalejau yg tak sabar2 nk bergambar depan faculty 1st love dia si melon kihkih




buleh nampak gigih tak gigih si epalejau berjln naek bukit semata2 nk amek gambr depan faculty si melon kahkah




dan akhirnya berjaya jugak snap pic kat situ haha..terbentang luas nama faculty dia yer :P




ni tempat wajib kena ambek gambar. tak kira dari waktu belajar sampai la sekarang. klu masuk uitm merbok ni gambr depan library kompom kena ambik




hmm tempat date 1st love sapa entah kihkih




jakun lagi sbb msa study dulu bangunan admin ni belum ada pintu cengini



posing ala masa jadik student :))




bila masuk uitm balik terus rasa muda dan oleh itu terjadik la aksi begini depan bangunan kelas dulu-dulu hahaha

lepas penat pusing uitm merbok yang sekrang ni berganda2 luas dari masa kami study lu kami gerak ke tesco sbb dh janji nk jumpa cikgu mahfuzah kat sana. layan nasik kandar sbb si niena xpenah makan nasik kandar. kat sabah tak dak katanya. dan dek lapar punya pasal aku akhirnya berjaya telan nasik kandar dan paling hebat licin ooooooo haha



cikgu mahfuzah selaku otai nasik kandar tengah tarbiah aku akan keenakan nasik kandar nih hihi



penutup percutian kami bersama epalejau. bergambar depan Central Square (CS) yang dulu selama 3 tahun pernah penuh dengan tapak kaki kami :))


so setel entry penuh gambar aku. lepas ni aku rsa afdal la kot aku jwb tag2 si epalejau dan nad hehe..bila buat entry dan letak gambar pasal uitm merbok dan CS rasa mcm tangkap nostalgia la plak..rindukan waktu itu yang penuh dengan keseronokan bersama kawan-kawan ;')

p/s: tgh praktis biasakan diri tak dak kawan nk online tiap2 mlm sbb kwn2 suma bakal jadik bini orang tahun depan =)


Saturday, December 11, 2010

1st entry penuh gambar part I

kali ni aku tak nak merapu panjang tp aku nak letak gambar ja banyak2..mintak maap pada mereka-mereka yang punya intenet slow sure tensen nk tgu gambr2 tersebut loading..tp nk bt camner entry kali ni gambar akan lebih banyak bercerita dari aku =)

1st sekali gambar2 6hb. ya aku EL arini gara-gara sms yg konon suprise dari si epalejau cakap dia dh ada kat sg petani. biasa la aku bab EL ni mmg terer.

eh tadi ckp xmo ckp banyak tp nk letak gambar banyak2. ok enough2 jgn tersasar. nah layan la gambar ari pertama destinasi bugdet aku bersama si epalejau, ainun dan niena di bandar raya alor setar.



kat restoran pumpong yg glamer sbb penah masuk jln2 cari makan. tgk, mkn mmg tak kalah la kan penuh satu meja..ainun belanja belasah cukup2 lor haha

then sibuk bergambar kat muzium padi. dh hbs idea nk ke mana terpksa la bwk epalejau ngn niena melawat muzium kahkah..bukan sebrang muzium ni muzium padi tau. kedah ja ada ni ngri lain xdak ekekeke




acara wajib bergambar depan papan tanda as bukti pernah sampai hoho




dekat part ni saja setengah jam amek masa. nk bt camna asyik gelak ja tiap kali letak muka kat gambar tu.dh kena ulang amek balik. ni kira ok la ni dh buleh control gelak




melengkapkan aksi berposing di muzium padi dengan bergambar kenang2an bersama kerbau yg xberenti2 membajak tanah kahkah




lepas busan posing dengan kerbau yg dh buat muka boring dengan kami, tukar lak posisi dengan bergambar bersama si singa ni




lukisan yg giler nampak real . rasa mcm kat restoran berputar tp bezanya kita berputar untuk tengok pemandangan cantek kawasan gunung keriang..



asal nama suka posing depan kueh beras pun jalan wakaka

sudah2 la gambar kat muzium padi. kang jadik entry dengan tajuk gambar2 kat muzium padi lak kot kan. so lepas tu gerak lak ke pusat sains negara wilayah utara. tak jauh la dari muzium ni tp sekali tutup. sian niena. punah harapan dia nk masuk dlm tu. tp even xleh masuk dlm pusat sains tu pun gambar maintain ada gak. depan pagar pun jadik ler hehe



konon buleh berbangga dgn kwn2 niena dh masuk pusat sains kat kedah la kan..padahal tutup kahkah

lepas tu plan nak memanjat menara alor star sekali tgh renovate la pulak. dh tu tgu lagi cari port amek gambar aja lah. so kami lepak sambil amek gambar terbaring2 dan terduduk kat kawasan balai seni negeri :))




rasa diri masing2 top model habis la kan time nih kuikui




ainun dengan gaya mcm gambar blog nad..nadia kamil = ainun nadia ;)




habis tak dak gaya masing2 la kan




klu x sbb epalejau aku rasa aku xsampai balai seni nih hoho




ni mungkin gambar paling cun untuk aritu =)

so sudah2 la kot... esok or lusa or bila rajin aku buat part II lak. tu lagi best kot sbb ada chance nk buat sengal kahkah..oo bukan main gediks eh nk amek gambar kat faculty melon yer haha....

Tuesday, December 7, 2010

Gigih Lagi


klu p.s i love you, aku amek masa dua bulan 18 hari untuk habiskan. mula dari 6 september 2010 sampai 24 november 2010, itu pun dengan bantuan internet yang sengal hoho. so jieha aku menang ok haha!!

cabaran terbaru adalah novel ni, where rainbows end. beli novel ni semalam 7 disember 2010. meh kira lama mana plak aku gigih nak habiskan kali ni =)




kurang tebal banding p.s i love you so agak2 berapa lama???

still cecilia punya buku. tahniah tahir sbb berjaya pengaruhi aku, jieha dan sekarang si had la plak kihkih...nolly bila hg nk turut gigih mcm kami2 ni ekekkeke

jieha paling gigih sbb dia sekali beli 3 buah. had pun nk jugak tumpang gigih. dia beli tiga tapi tinggal dua ja sbb aku rembat where rainbows end ni kahkah.. ala kata2 kawan apa la sangat setakat aku rembat satu tuh muhaha..

giler hebat penangan ayat power tahir promote novel2 cecelia. habis suma kwn2 pakat beli tu..aii tahir, cecelia bagi komisen ka kat hg??share sket hehe..

p/s : kembali bekerja esok setelah beronggeng bersama epalejau, ainun, jieha dan cikgu mahfuzah =)

-cis camner tak perasan aku silap tulis tajuk novel ni where jadik when ni??dh masuk 2nd day baru perasan kahkah..malu siot hatta aku dh ubah balik-

Thursday, December 2, 2010

idea yang tak perlu di seru

klu dh ada idea tu tak perlu diseru. laju ja datangnya idea tu. gatal ja tangan nk update..
tak payah ckp byk clik ja gambr bawak ni klu tak nampak or kecik sangat..dh habis besar aku zoom tadi tu haha





konklusinya senang jer. ada lagi setahun untuk aku gemokkan badan kat college ini yg tekenal dengan tema Now everyone can eat!! muhahaha..

pada yg lulus gud luck!! :))
pada yg mcm aku tu, terpulang la nk try lagi ke tak..
err tu pun klu KPLI ni still wujud tahun depan kehkeh

klu nak lagi entry camni sila click di sini

Wednesday, December 1, 2010

terlupa dowh!!

ari ini 1hb disember ooo!!camna aku tak ingat ari penting untuk diri sendirik ni??hari genap 2 tahun kekebalan aku sebagai librarian dekat kolej terkenal dengan slogan "everyone can eat ops silap study"!!!naseb baek hijjah tolong peringat. tima kasesh hijjah sbb ingat tarikh penting untuk aku ni.




dlm meroyan2 pun 2 thn tahan

pergh tepuk tangan sket kat aku sbb kebal bertahan 2 tahun tuh. hebat giler aku rasa. aku pun kagum dengan diri sendirik ni. bukan apa sejak ari kedua aku masuk kerja aku dh rasa mcm nk berenti. lepas tu setahun pertama aku kerja, perkataan aku nk berenti tu sentiasa menitir di bibir. sampai bernanah la telinga kawan2 dgr aku duk ulang aku nk berenti, aku nak berenti. tapi tak berenti2 gak sampai la arini.

aku rasa lepas aku kamceng ngn ahli geng makan, baru la perktaan nk berenti tu beransur-ansur bekurangan tak di sebut sampai la arini genap 2 tahun. teruja lak aku dgn kekebalan diri sendirik nih kohkoh. panjang jodoh aku dgn kolej bertaraf 'antrabangsa' ni rupanya. tapi aku tunggu gak sampai bila jodoh aku nk panjang ni??



geng makan:
charger yang caj aku untuk jadik kebal..err tp tinggal aku, hijjah n kak siti ja pun


2 tahun kerja kat sini aku rasa aku tak la mengaplikasikan sgt apa yg aku belajar tunggang langgang 5 thn kat uitm nuu. bz??uih mmg miracle la klu aku bz hahaha. kerja kat sini rilek giler. ada masa2 ja aku bz. tu pun leh kira aku berapa kali sangat aku bz. ari2 lain mcm aku tulis kat stickynote kt header atas tu ler ngeh3.

kat sini gak otak aku tak dicabar sangat untuk perpikir. skill pun tak diasahkan sangat. cuma satu ja yg aku giler hebat selepas 2 tahun kerja kat sini. skill naik hangen dan menjadik garang. setakat marah2 tu tak dak hal la. giler expert dah. maklum la deal dengan students yang amat 'bijak dan pandai' jadik kesabaran tu tercabar untuk menangkis soalan yang ala2 standard 'Harvard'.

so lepas dua tahun aku tak tau sampai bila aku akan berjodoh dengan kolej aku ni. tak tahu esok atau lusa aku still kat sini or tidak. tak tahu sampai bila aku sanggup jadik kebal. nampak mcm tak dak hal sangat untuk jadik kebal nih hahaha tapi masalah emosi dalaman kena amek kira gak. bak kata kata kris dayanti aku wanita biasa dan bak kata anang separuh jiwa ku pergi kahkah..gedikssssssssss!!