Saturday, December 31, 2011

tayangan perdana la sangat

motif aku buat entry ni sbb aku busan malam ni haha. so aku telah menjadik rajin untuk edit dan tgu gambar ni loading masuk blog. ni gambar2 kandid sehari sebelom dan ari keduri aqiqah anas dengan ibraheem 16 hb aritu. dah lama tapi tak rasa nk update pon. baru mlm ni terasa nak buat. kira tayangan perdana la ni wajah anak2 buah aku ekekeke.



ok aku kenalkan yg atas moto tu anas. bila naek moto tak nak turun. tampar kang baru tau ahaha. yg main bola besar tu ibraheem. baru besar tu tapi dah giler minat dengan bola. yang tersengih nampak gigi baju belang abang ibraheem, nama dia izziddin. dia mmg suka sengih nampak gigi. yg rasa macho baju belang merah tu lak abdurrahman. abang kepada izziddin. dia ni sama mcm aku suka makan :P



kan aku dah cakap dia suka makan. orang lain dh habis makan dia tak habis cedok lauk lagi tuh ekeke. baju merah dalam gambar tiga orang tu muhammad. abang kepada abdurrahaman. tu gambar masa depa buat2 macho tgk kambing kena sembelih. ha yg pempuan tu nama dia nazhan afifah. ni bagusnya ada anak2 buah yg dh besar. rajin nk tolong bungkus goodies bag. setel depa buat semua aku cek jer ngeh3..



yang pegang senduk tu afif. dia cucu sulung so gaya dia pon mcm orang besar. tak nak isi2 goodies bag semua tu apa barang. dia kacau gulai kawah terus haha. yg pakai tudung tu la aliya. ala yg puji aku bijak masa aku buat kek pandan aritu :P..tgk anas tak nak turun dari moto lagi ish2.



yg bejln bawak goodies bag tu aisya kakak anas. gara-gara gambar ni la kami buleh kesan mana hilangnya satu lagi goodie bag. ya aisya yang amek rupanya. baju merah tu muhammad. gambar ats tu xclear sangat ni clear sket muka dia. ada lagi sorang anak buah aku hanan syakira. tak tau asal gambr dia tak dak folder aku ni. transfer tak habis rasanya dari camera. tapi aku pernah tulis pasal dia dulu. buleh tgk kat sini gambar dia.

p/s: nama ank2 buah aku mmg klasik dan seketul2 semua kecuali syakira dengan afifah ja lebih satu pekataan :))

Friday, December 30, 2011

ini tidak adil!!


" ini tidak adil tidak adil bagi ku!! "


aku tujukan lirik lagu yuna ni kat yun and skinz yang tengah syok bejemur ditepian pantai, yang tengah bagi makan penguin kat underwater world langkawi dan pura2 buat tak gayat atas kabel car tuh.


*fokus kat part tidak adil ja. lain2 tu abaikan. tak pasal2 kot yg lain tu ekekeke





and please epalejau, nad , acik maapkan daku sbb tak join uolssss dating dekat kolompo esok..insyaAllah next time yer hehehe. err jgn boikot cerita cik stickynote okeh ;P





p/s: tutup tahun 2011 dgn kena bekerja pada 31/12/2011. hepi new year semua :))


Wednesday, December 28, 2011

tomyam pukul 10

pukul 10 malam klu rasa nak makan tomyam agak-agak gigih tak kuar nk g makan??? klu duduk luar mmg kompom tarik kaki roomate cari jugak. tapi klu duduk dengan parent better hang p selongkar peti ais la cuba naseb tgk apa yang ada.

yeah kesan dari penyelongkaran tersebut maka terjumpalah bahan-bahan basic seperti daging, serai, carrot, cabai melaka aka cili padi, kobis, sawi, limau dan paling penting pes tomyam. biasa la amatur klu tak dak pes kompom tak rasa tomyam ler kang wakakaka.

dan ini la hasilnya setelah 30 minit behempas pulas dekat dapur sampai mak aku tanya dari depan "hang buat apa tu??"nampak sangat mcm2 bunyik dengar hahaha. dengan bangga jawab "tomyam!!"




ni lepas kuah tinggal separuh dan kelihatan bhn2 yg dipotong mak dato besaq :D

mmg dari segi rupa paras tu tak berapa nk cun apatah lagi sedap. tapi dah guna pes buleh budget kot rasa camna ekekeke. buleh ler cara masak dan selongkar peti ais pukul 10 malam. so pada sapa2 yg rasa nk mkn tomyam pukul 10 malam buleh la cuba selongkar peti ais masing2. tp klu rasa nk mkn pukul 1 pagi baek p tdoq ja lah. gigih kot nak masak time2 tu..

p/s: tahniah yun and cikgu mahfuzah. mmg ampa dewi BEL pon masa kt uitm dulu :))

Thursday, December 22, 2011

entry bila bos cuti


aku tak pernah perasaan suara penyanyi sorang ni sedap jugak rupanya. sampai la satu pagi dlm keta hot pasang lagu baru dia. tak caya dengar lagu ni.





klu ada sapa-sapa rasa tak cukup clear dengar suara dia tu meh aku upload lagi satu video clip. tahun 1988 punya neh. berhinggus lagi aku time ni . padan la tak pernah perasan suara dia. masa dia pakai baju bentuk hati liplap2 ni aku baru tiga tahun. klu aku besar sket dlm tingkatan2 ke time tu entah2 aku jadik peminat dia wakakaka..ok aku main2 haha!!





p/s: bila bos cuti pasal ramlah ram pon leh jadik satu entry..main2 sungguh :P

Wednesday, December 21, 2011

satu liter ayaq mata

aku selongkar bilik tadi cari cd printer. jumpa ja cd printer. bukan takat cd printer aku jumpa dengan2 cd lain sekali aku jumpa. beterabur dlm kotak brg lama2 aku tuh. teka aku jumpa cd apa lagi?? hahaha muka cam aku ni tak kan tak buleh teka cd apa kot kan :D

aku jumpa cd citer jepon. tajuk dia ichi rittoru no namida. ha cepat pergi google translate klu nak tau menatang apa tuh. ala satu liter ayaq mata bila terjemah dalam bahasa melayu kita neh ahaha. tukang supply citer ni si epalejau. dia yg download masa duduk dlm kolej kat puncak. so klu sapa2 tak puas hati asal internet kolej slow time tu dia la puncanya hahaha. bukan satu dua episode 11 episode lak tu.





ni citer sedih mcm tajuk dia la. citer camna si aya yang sangat aktif and ceria tetiba dapat tahu dia ada penyakit yg mmg tak dak ubat. menda entah nama tu tp penyakit yang ada kaitan dgn saraf otak rasanya. so part sedihnya bila aya ni secara perlahan2 tak buleh bergerak even untuk suapkan makanan dlm mulut. dan paling sedih sampai peringkat dia tak buleh nak bercakap.

then aya tu sangat tabah terima apa terjadik. dia tulis apa yg dia rasa dlm diari sampai ke tahap dia tak mampu dah nak pegang pen. dia terpaksa lepaskan bola keranjang, kwn2 mula rasa dia satu beban bila dia bekerusi roda, adik dia malu bila kwn2 ejek dia ada kakak yang berjalan tekedek-kedek, dan direject budak laki yg dia suka lepas tau penyakit dia tu.

hahaha disaat ini la muncul sorang herooooo yang bernama aso. anak doktor yang degil tak mau jadik doktor tapi lepas kenal aya dia mula buka buku2 medic ayah dia. mula-mula nampak macam dia simpati tp lama2 dia mula suka aya sampai dia sanggup nk jadik doktor dan kaji pasal penyakit aya.




tapi kesungguhan dan kecintaan aso tu tetap tak dapat selamatkan aya. frust aso bila aya request suruh berenti lawat dia dekat hospital and lupakan terus dia. last sekali before ending aso nekad redah jugak pergi jumpa aya dan itu adalah antara pertemuan kali terakhir mereka. one liter of tears ni mmg real story kecuali watak aso yg direka dlm drama untuk sedapkan jalan cerita jer.

p/s: dah tau tak reti nk buat sinopsis tp gigih jugak nk buat hehe..sori had lambat :P

Monday, December 19, 2011

baru nk tengok


orang lain maybe dah tgk kot video ni. tapi serius aku baru tengok. tengah duk golek2 atas katil sambil layan fesbuk aku nampak yun share video ni.

serius dlm golek2 aku buleh bangun hadap laptop sambil letak dua2 belah tangan dekat mulut yang terngaga dan cakap ya Allahhhhhhhh!!

rasanya ni 1st video pasal kawen or tunang or pre wedding yang buleh buat aku bangun dan duduk bersila dalam gelap tengok dengan sepenoh hati. serius ok hahaha





sempoi habis fuhhh!!


p/s: apa??klu ada orang buat kat aku mcm ni apa jawapannya?of kos la jawapannya kena tunggu dulu KALAU ada yang buat ok wakaka


Saturday, December 17, 2011

ala senang ja

rupanya tak susah nak buat cake. tambah2 cake pandan kan. ala senang sangat ja pon. sampai anak buah aku nama aliya tu cakap aku bijak tau bila cake tu dah siap. mau tak cakap bijak aku siap buat hiasan bagai. mmg teruja la aliya bila aku tulis nama dia atas cake tuh.

ala klu aku yang tak pernah buat cake ni buleh buat cake sampai aliya puji bijak kompom orang lain yg sama level dengan aku buleh buat punya lah. bukan cake pandan jer, cake strawberry, cheese cake, kek coklat dan tak kisah la cake apa pon tak dak hal punyalah. meh aku nak ajar.

1st step kan sila masuk ke website ni untuk salin resepi. then ikut just la step-step yang dia bagi tu. apa??nk tgk aku buat dulu jadik ke tak??haii aliya cakap aku bijak kot, kompom la jadik cake tu. tapi tak apa la aku tunjuk jugak step2 nya. so step2nya seperti berikot. aku siap letak gambar ok sebagai bukti kek aku jadik.

ok ni step-stepnya. simple ja bahan pon. butter, gula, tepung, serbuk penaik dgn esen vanila. lepas tu rotate ja adunan tu. then pusing-pusing sampai jadik dough. pastu pilih ja nk letak cake tu kaler apa. kot nk buat cake pandan letak hijau. nk cake oren pilih kaler oren. senang dan cepat lak tuh.




ha lepas tu sapu jalah icing tu sampai rata dekat cake dua tingkat kita tadi tuh. aku ulang 2 tingkat ok!! dah siap sapu buleh la hias cake dengan bahan-bahan hiasan. part ini ikot la kreativiti masing-masing.



ok ni hasil kreativiti aku. biasa jalah cara tak rajin sangat nk buat kan. ada ceri sket then tabur sket benda2 alah tu. letak lilin 4 batang . mmg cukup la untuk buat aliya cakap aku bijak.




so cantek la jugak kan. last sekali bila dah habis hias jgn lupa click finish yer. ok selamat mencuba. aku larikkkkkkkkkk dulu hahahaha


p/s: lupa nak cakap aliya baru 6 tahun hikhik

Monday, December 12, 2011

misi baru


aku ada misi baru start malam ni. mungkin aktiviti online sampai lewat2 mlm akan dikurangkan untuk menjayakan misi ni. aku target lepas 5 ari misi ni akan berjaya tapi klu ketagih teruk kemungkinan misi tu akan berjaya lepas 2-3 ari. nak tau misi apa??sila tgk gambar kat bawah.








muhahaha ombak rindu tuhhhhhhh!! ni versi tahun 2002 punya okeh. opismate aku punya novel. pinjam sat nak baca. best sangat ka sampai filem untung juta2. so tunggu lepas aku baca sampai habis then baru aku buleh jawab best ka tidak ngeh3. versi filem aku tak rasa nak tengok sbb ramai cakap tak best mcm novel. so nak feel aku khatam dulu novel. ok daaaaaaaaa aku nak jadik ulat buku hahaha..


p/s: menda la nk present pasal ebook sok ni..

Thursday, December 8, 2011

tomato


pernah tengok short filem ni??klu lom moh ler tengok. cerita pasal sahabat. buleh teringat zaman belajar dulu :)







teringat masa dekat resak. aku, epalejau, udalolli, miss lolliyana, ate, cikgu mahfuzah & ainun. budak2 ja dulu sekarang kawan2 aku ni dah kerja hebak2 belaka. siap ada yang kawen dah.

ingat lagi bila cikgu mahfuzah menari setiap kali dgr hp motorola epalejau berbunyik. penoh perasaan lak tu wakaka. tapi sekarang dia dah jadik bini orang kihkih. teringat lagi bila ada syiling pakat rajin ja nk masukkan dlm perut jakfar si tabung lembu udalolli tu :D

tak lupa bila semua masuk tdo awal time streamyx buat hal. klu tak harap la nk masuk tdo selagi jam tak cecah pukul 3pagi. tu pon sbb ada kelas pagi ekekeke. derita giler bila takdak internet yer??? hahaha. bersimpang siur kabel tenet tu dalam rumah.

sengal tul bila duduk sebelah menyebelah pon sembang pakai skype. ngek giler perangai. paling best ada orang tak perasan satu rumah ngutuk dia dlm skype. siap dia sekali join conference tu tapi dia tak sedar hahahaha. buleh teka kot sapa orangnya :P


p.s: hampes tul laptop ni. tadi aku tgh chat tepadam ja. skrg ok ler plak..


Tuesday, December 6, 2011

simple , sempoi dan sweet

punya la dasat aku tgk org duk mengomen pasal ombak rindu. meleleh2 aku tgk status masing2 dekat fesbuk. tp acik dia kecewa sket ngn filem tu tak mcm novel katanya. aku tak baca ombak rindu tu so aku tak leh nk komen la kan. dan aku bukan kaki wayang pon hehe

ni bukan nak crita pasal ombak rindu tapi pasal aA+bB. novel hlovate tu. bukan sbb apa, si epalejau yg terer masak ayam masak sate tu teringin nak baca katanya. yala dia search pasal ombak rindu. mmg jumpa la satu blog ni. dia up entry psal ombak rindu tp yg peliknya semua komen2 mention pasal aA+bB.



aku amek dari google

aku pernah kan kuar ngn satu entry camna aku buleh jatuh cinta dengan novel2 hlovate. mula dengan aA+bB la. 1st novel yang aku beli. klu nk ikot cover depan tu idak la cantek dan menarik mcm novel paling laris yang aku tesilap beli tu. serius aku tak baca2 dah lepas kuar ngn entry tu. sorry ler tp mmg aku tak buleh langsung nk hadam bahasa dia.


motip???



- iklan -
saja letak lagu sorry2 sempena aku tak leh baca lebih dari 95 pages novel paling laris tu muhahaha



lain dengan aA+bB. camna nk cakap entah. jalan cerita dia biasa ja. normal punya jln cerita. dah selalu pon orang buat tapi still aku rasa best. bukan aku saja kot ramai lagi yang kata best. rasanya klu nk describe jln ceritanya mcm simple dan sempoi. itu ayat aku tapi miss lolliyana cakap simple, sempoi dan sweet. lain sket ayat org tak kawen dgn org yg dh kawen ni haha. jgn risau aku sentiasa ingat kata2 motivasi jgn putus asa tuh wakakakaka..

ceritanya mcm biasa. addin ngn benz yang bermusuh dari zaman sekolah, saling membencik especially si addin la. bencik giler dia dgn benz sbb benz cakap dia pempuan tak baek. padahal dia tak tau benz cakap benda tu sbb nk protect dia. buleh nampak la dari zaman sekolah pon si benz ni dah suka dekat addin. yang sedar dan nampak benda tu abang kembar si addin, kucai.

bertahun tak jumpa sekali nah ko kena paksa kawen. mmg mengamuk addin tapi demi si kucai yg request benda tu time2 dia tgh kronik dekat spital lepas eksiden, addin setuju. biasala klu kawen tepaksa ni. kawen atas kertas ja tp buat hal masing2. addin layan benz tak lebih mcm room-mate. duet belanja rumah dan segala bil di bahagi dua. tdo kompom la lain2 bilik dan dia jaga aurat dia mcm depa tu bkn laki bini.

sampai la bila adik benz, niena kena antr duduk dengan depa. masa tu depa belakon mcm normal husband and wife. sejak tu depa jadi rapat dan buleh duduk bersembang even still tak mcm real laki bini la kan. agaknya time ni la byk yg kuar sweetnya kot..dan masa ni la hal2 hati perasaan tu terjadik tapi masing2 ego nak mengaku. sehingga la satu hari rahsia benz terbongkar yg kemudianya mengubah life ala2 room-mate depa tu. camna dan bagaimana perubahan tu hahaha kena la baca. pada yg belom baca la :))

pada aku novel ni tak payah la buat dibuat filem. tak best tp klu buat drama bersiri best kot. tp sapa saja ja yg sesuai bawak watak addin ngn benz ??..tak nampak byg aku pelakon malesia ni. ada idea sapa yg sesuai???hmmm..

p.s: aku tak sabar nk dengar komen epalejau lepas dia baca novel ni haha..

Friday, December 2, 2011

kuliah master chef

lama dah skinz update pasal resepi tuna fettuccine cabonara kat blog dia. aku siap komen mintak resepi la konon. tapi hampes buatnya tidak. dah tu bila skinz ym tanya bila aku nak buat manjang ja jwb insyaAllah :P

biasa la malas hahaha. tapi sekarang musim kenduri. mak ayah mmg jrg makan kt umh klu siang2 tu. tinggal aku sorang2 ja kat rumah. jadik inilah masanya untuk aku sepahkan dapur.

tapi ni bukan bulan posa nk buat campak2 ramadhan. so kita tukar jadik kuliah master chef stickynote!! poyo tak habis ekekeke. original resepinya sat aku nk copy dari skinz punya blog haha. ceh tak leh copy. kena taip sendirik jugak la ni nampaknya.

ok bahan-bahannya macam berikot :

sebungkus fettuccine/spaghetti
3 sudu butter/majerin
1 labu bawang besar
1 tin susu cair+ 1 tin air
3 tuna in water kaler biru. chop2 guna garpu tak bagi beketul
1 tin preego herb and cheese yang kaler kuning tu
2 tin preego mushroom cream
1 tin cendawan nak sedap letak 2 tin
sedikit lada hitam

cara-caranya plak, tumiskan bawang dengan majerin sampai naek bau. then campak semua bahan-bahan tadi dan masak sampai mendidih dengan menggunakan api yang perlahan sahaja. skinz ckp jgn letak garam. klu melawan cakap chef tak sedap jadiknya. tp klu dh lidah tu jenis suka masin2 letak ja lah sikit. dia larang then dia jugak yg bagi permission ekekeke

itu original resepi. aku tak ikot betul2 pon sbb aku xsuka ikannn. skinz cakap tak pa klu tak guna tuna tu. buleh tukar pakai sosej. dan aku tak letak cendawan sbb tadaaaaaaaaa aku lupa nak beli haha. bila baca balik resepi masa nak buat baru perasan cendawan tak dak. naseb sosej tu yg jenis campur cendawan. consider cendawan sekali la.




ni ler rupa paras cabonara aku. mcm lain ja ngn skinz punya haha tapi rasa buleh tahan la. tak kan nk puji diri sendirik masak sedap kan ;P. so skinz tima kaseh untuk resepi dan aku dah tunaikan janji nak update bila dah buat resepi hang tu hehehe..


p/s: lepas makan tdoq..heaven tul weekend :))


Thursday, December 1, 2011

nampak bezanya???


aku dapat idea ni secara tak sengaja lepas tertengok nama kawan2 aku dlm group. nampak depa punya profile picture. ni gambar2 setakat pukul 12.30 malam . maap yer copy tak mintak izin dulu ekekeke. cuba tgk profile picture depa then bandingkan ngn profile picture aku ngeh3


ni profile picture miss lolliyana. wah pengantin baru gitu hehe..



ni lak profile picture cikgu mahfuzah. tak mo kalah letak gambar kawen jugak kihkih



diela comel pon letak gambar dia kawen :))





hamboi2 jieha saling menjeling disitu nampak hahaha





then yg bujang2 punya geng. aii nun praktis ka muhaha



tak letak dewi posing punya profile picture tak lengkap entry ni ekekeke



ni tahir punya. amek gambar dgn retis tuh wakakaka



dan ni plak profile picture aku. spongebob pakai baju harimau melaya!!




so ada nampak bezanya???hahaha


p/s: camna la ada org buleh cakap jgn putus asa dekat aku. tgk profile picture ar. tak sesuai kot sambil sambung angkat kening hahaha

Wednesday, November 30, 2011

autumn concerto

ada ka org dalam dunia ni bila dia hadap internet dia tak pernah rasa tak tau nak tekan apa??klu ada mmg hebat la orang tu. mmg dasat lah. mcm aku kan, bila aku dah habis penat letak jari kat keyboard sambil mata hadap google tanpa sebarang perkataan, aku akan taip youtube. dan kemudian aku akan taip autumn concerto. ni bukan drama korea tapi still drama dari negara mata sepet ler.





drama taiwan. aku tak ingat camna aku buleh terjumpa drama ni. masa tu aku baru2 beli berukband. zaman masuk keja pukul 10.30. waktu tu lagi dasat aku jadik vampire. sekarang ni aku dh insap sket. reti dah tdoq awai kikiki..ya pecaya la kawan2 aku dh reti tdo awal. tapi jgn tya la pukul berapa awainya tu kan :P

pada aku drama ni best la. tu pasai klu tak tau nk buat apa dengan internet aku rajin ja nak taip autumn concerto. layan balik mana2 episode yang best. idak la aku layan balik semua episode. 21 episode tu semua klu nk layan seketul2 balik. tak gigih kot.

drama ni jenih love story. standard drama pempuan hahaha. hero tu si vanesss yg dulu belakon meteor garden. apa, tak kenal???ececece mcm tak percaya ja budak2 pempuan zaman sekolah dulu tak layan meteor garden. F4 tak ingat??ekeke

sinopsis cerita nya mcm biasa sila google sendirik haha. yg pasti cerita ni ada dua part. zaman college and zaman dewasa. aku suka part dewasa bila si hero konon membencik si heroin padahal dlm hati dia sayang aja pempuan tu. biasa la kes sakit hati kena tinggal.

dan standard drama taiwan byk watak2 sampingan yang kdg2 aku rasa nk skip ja setengah2 episode tu. paling cute si budak kecik yang jadik anak hero dan heroin tu. sangat comei dan bijak. dek sebab dia mak ayah dia bersatu semula even mulanya tak lebih dari terpaksa. eleh terpaksa dekat mulut dalam hati nak jer ekeke. so sapa2 yg tak pernah tgk dan ada byk masa free buleh la layan drama ni.


p/s: bekerut dahi bila ada org cakap jgn putus asa errk!!


Friday, November 18, 2011

sedih dan gembira

aku tak pernah kuar dengan entry sedih. pernah ka??tapi sekarang aku sangat sedih. sedih sebab kawan yang setia dengar aku meroyan, marah, begossip, translate emel kerja untuk aku or kdg2 bincang topik berat lapan jam lima hari seminggu kecuali ari aku tuang kerja akan bekawen malam ni tapi aku tak dak kt sebelah dia.

aku mintak maap miss lolliyana!! serius aku sikit lagi ja ni nak tangkap leleh. ni bukan lawak sengal. ni bukan gak ayat2 nk buat hang rasa geli. ni luahan hati yg sangat tulus dari hati. aku sedih gilerrrrrrrrrrr sbb tak dak di ari besar hang!! dan aku tau adalah menjadik impian hang untuk semua kawan2 ada masa hang kawen T_T

aku sedih sbb tak dapat pergi tapi aku hepi untuk hang. finally nurliyana and hanif kawen. tahniah dari aku. aku doa semoga rumah tangga yang dibina kekal bahagia dan di rahmati ALLAH sampai syurga!!aminnnnnnnn :))




make sure lepas ni hanif yg diutamakan bukan merlin okeh haha..congratz PA!!


p/s: kenapa tak pergi??miss lolliyana tau kenapa huuu

Tuesday, November 15, 2011

jgn sekali2 terpedaya




aku nk pesan ni. klu tetiba kwn baek ampa ada sms camni jgn sekali2 terpedaya

thank you for ur support to me. ur kindness n ur guidance i really appreciate. thanks a lot

klu ampa rasa pelik sbb tetiba kwn ampa sms camtu, kompom ampa reply sms tu kan

so aku yg tepedaya telah meng reply msg tersebut

hehe tetiba cakap makaseh kat aku ni awat??

dan itu soalan yg memerangkap diri sendiriknya sebenarnya sbb lepas tu skype masuk dengan ayat2 bunga camni :

kena antaq msg kat best fren sebab ada kursus TEAMING WITH PASSION KAT TM.siap dpt keja sekolah lagi. aku xbuat lagi. tolong buat karangan kat aku sat. tajuk team work

then even aku balas

hehe tak faham

tapi once dah teperangkap tiada jln kuar lagi dah

tolong la google sat. aku mls nak karang ayat hehehe. penat kursus nie. siap kena jerit2

so endingnya aku google untuk dia. dan jieha tahniah sbb berjaya pedayakan aku buat kerja sekolah hang!!


p/s: hahaha aku mmg saja cerita kat sini jieha :P

Thursday, November 10, 2011

real bukan mimpi


gambar hasil tuang keja arini hahaha..




mahfuzah & firdaus
10 november 2011
congratzzzzzzz!! :))

ya ini gambar real. bukan edit ka apa.
itu pooh. ni bkn lawak or mimpi.
dia dah jadik bini orang kawan2. seriously!!

selamat pengantin baru cikgu mahfuzah dan incik firdaus
semoga rumah tangga yang dibina dirahmati Allah swt dan dikurniakan anak2 yang comel serta bijak dan ceriaaaaaaaaa seperti ibunya jugak :P


p/s: seriously aku iklas dari hati pergi kenduri kwn2.tak pernah mintak dibalas ke apa :)


Wednesday, November 9, 2011

memori di pagi aidiladha

ini buleh dikira entry poyo and mengada-ngada. poyo sbb nk tunjuk bukti rajin tolong mak masak nasik bukhari dan mengada2 sbb luka sikit pon snap gambar upload dalam blog wakakaka





kejadian berlaku pagi raya haji. konon dengan mantap ala2 master chef nak buka penutup tomato puree. sekali tarik nah hamek makan jari kot. pedih dan berdarah tu standard la. tapi cuak sbb betul2 dekat garisan urat kat tgh2 jari. siap nampak isi tekuar sikit dan luka tu dalam gak ler.. tp dun wori idak la sampai kena jahit..sbb tu aku kata poyo buat entry ni haha

ssh sikit nak makan tapi manfaatnya hahaha aritu buleh ngelat basuh pinggan kikiki. so dah la kot. p tdoq la..benda kecik camni pon letak kat blog buat kena kutuk ja nanti :D


p/s: mlm ni malam debaran untuk cikgu mahfuzah sbb esok dia bakal begelar isteri kepada seorang suami =D



Tuesday, November 8, 2011

paling laris

ok petang tadi lepas antr mak aku pergi umh kenduri, aku terus pergi petronas isi minyak dan singah popular. owh arini aku cuti lagi :P..saja nak buang masa sbb lepas tu nak amek mak aku balik plak.

then aku berdiri depan rak paling laris. of kos la dalam banyak-banyak buku yang paling laris tu adalah dari kategori novel. dan jgn harap la aku untuk beli buku ilmiah kompom tak kan habis baca punyalah ekekeke

entah camna aku yang dah bekurun tak beli apa2 buku selain hlovate dan cecilia ahern tetiba tadi bekenan lak ngn cover novel ni. serius aku beli. aku rasa best la kot klu tak asal ada dlm rak best sellers kan.




then balik rumah aku try gak baca tadi dan terus aku pusing belakang novel tuh. rm21.00..tau aku rasa apa??rugi lak aku habiskan 21 hengget beli hahaha..serius untuk 95 pages yang aku baca tu aku rasa amat busannnnnnnnnn. byk sangat aih watak dan paling aku tak tahan nama panjang berjela2..loh dari dulu tetap sama ka? nama hero n heroin mesti kena panjang2 dan mesti kena jadik anak tan sri2 dan puan sri2 ka???

secara automatiknya aku terbayang camna dia buleh duduk dalam rak paling laris???adakah semua yang beli tu tetarik dengan tajuk dan cover nya???or aku dh dewasa sangat untuk baca plot kisah cinta mcm tu???or maybe aku ja rasa camtu kot. maybe orang lain best ja novel ni. tak pon awal sangat kot nk judge novel ni lepas baca 95 pages??

apapon tetap bahasa sempoi hlovate ja buleh masuk dengan aku. dan satu ja aku belajar arini. duduk dlm rak paling laris tak bemaksud buku tu best hahaha..sori pada peminat novel tu, ni cuma pendapat aku jer :D


p/s: agaknya sbb teringat full house kot beli novel ni hahaha..

Wednesday, November 2, 2011

dah november

oh dah november. pergh, next month masuk disember maksudnya cukup 3 tahun aku keja kt college sekarang ni. jumpa muiz dekat kenduri jieha aritu, dia cakap hebat tiga tahun tahan tuh hahaha. hebat kan??otai habis wa cakap lu ngeh3..

motip entry ni bukan pasal november . saja ja tu intro hehe. aku nak wish tahniah kat depa-depa ni sebenarnya. 1st sekali mesti la jieha dan fazrul. dah selamat pon jadik suami isteri. tahniah ler. perkenalan di friendster berakhir dijinjang pelamin akhirnya. friendster la zaman tu mana ada fesbuk lagi ekekeke




bebaloi berani pakai merah..menyerlah habis haha

then nak jugak aku letak kat sini. saja nk bagi panjang satu entry haha. aku nk ucapkan tahniah jugak la dekat adik aku. ala adik aku yg best sbb bwk lari beruk aku 3 aritu tu..dia konvo 22hb lepas. ari 1st gaji dia masuk ngeh3..berkat bwk lari beruk aku la tu dapat keja hahaha




belasah gambar dia kat fesbuk. gambar camera aku tak lepas2 nk upload

adik aku konvo anak buah aku pon konvo jugak. tapi dia konvo level pra sekolah hahaha.. hoh 6 thn akak aku duduk sabah. sama umur aliya dah. tahun depan buleh kot pindah sini..tak tahan aku dengar pelat aliya ni makin pekat sabahnya. tekanan aku nak faham. even kawan baek ngn epalejau tapi dengan aku dia cakap pelat keyell. ok la dari dia try ckp kedah kan. buruk giler wakaka




no dua keseluruhan pasti pasir putih..cayalah aliya!!:))


ok done satu entry untuk intro bulan november. nampak sangat tak dak kerja la nih hehehe

p/s: tahniah jugak untuk wani ngn cira. adik2 yang buat praktikal dekat college aku. depa pon dh konvo :))

Sunday, October 30, 2011

3.05 am

sekarang pukul 3.05 pagi. esok masuk keja kul 9 pagi. aiyoooooo bukan aku saja gedik nk jadik vampire tapi aku tak ngantuk ok. tu la petang tadi bantoi tdo sampai kul 6 tak pasal2 malam ni mata segar mcm vampire hoho..

cerita pasal vampire kan aku ada layan satu drama korea ni. tajuk dia vampire prosecutor. buleh tahan la cerita dia. mcm biasa la ni drama korea yang bukan jenis tangkap cintan leleh semua tu. ni cerita pasal kes bunuh-bunuh gak la then ada satu team polis yang prosecutor tu jadik leader.


style habis jadik vampire pon ekekeke

dah tu si prosecutor ni lak sebenarnya vampire. tak sengaja jadik vampire lepas kena gigit ngn vampire lain. tapi si prosecutor ni vampire jenis baek la. tak minum darah orang kecuali darah orang yg kena bunuh. tiap kali dia minum sample darah orang yang kena bunuh tu dia akan nampak view or clue la untuk solve kan case tu.

1st episode aku tengok mmg nganga sat la. tak pernah lagi kot aku tgk drama korea jenih nih haha..ada satu kes budak kecik yang duduk rumah anak yatim kena bunuh. cara dia dibunuh tu ala2 kena sedut darah dengan vampire. sekali rupanya sengaja killer tu buat konon2 vampire yang bunuh.

motifnya si pempuan yang konon baek sponsor rumah anak yatim tu dh set ngn pengetua and doctor amek darah budak tu untuk buat dia kekal cantek. bila dh byk2 kali tukar darah tu last2 budak tu mati. kelam kabut depa reka budak tu mati cam kena bunuh ngn vampire.

mcm tak best ja kan aku review hahaha. aku mmg fail ler bab2 buat summary ni. klu sapa2 yg rasa minat nak tengok buleh la layan sendirik haha. ni intro drama ni. so selamat melayan hihi





p/s: jieha dah lepas .. pasni turn cikgu mahfuzah and miss lolliyana aka fantaghiro erkkkk!!

Thursday, October 27, 2011

khas buat my kwn betekak

wah tetiba aku rasa jieha dh jadik ala2 artis. esok dia nak kawen kawan2 dh siap buat entry khas tu. paling tak tahan si tahir. betahun tak buka blog sendirik tapi dek sebab ex-roomate dia nak kawen esok terus dia update tu kahkah.

then si miss lolliyana pon dah kuar entry- entry matang dia. dlm matang-matang tu ada gak selit ucapan khas untuk si jieha. so aku pon tunggu lagi. mesti la bawak kuar satu entry khas jugerrrr!! ekekeke

sama cam tahir gak, jieha ni antara kawan kesayangan aku la. sangat close di uitm. well buleh tgk kami betekak mcm apa lagi tiap kali jumpa sampai kwn2 ingat kami betul2 serius begaduh. tapi tu la cara kami bercommunicate sebenarnya wakakaka. kasar tapi apa2 hal kami sangat sejiwa dan bersatu teguh menyokong antara satu sama lain. nampak ja camtu tapi sebenarnya we love each other ketat2 oooo. gitu kahkah



zaman anak dara jieha hahaha

sebab tu bila dia nak kawen aku sangat la hepi untuk dia. nampak ja aku main2, buat-buat sengal tiap kali dia chat cakap pasal wedding dia tuh tapi sebenarnya aku excited ja untuk dia kahkah. naseb la jieha, selalu sakat orangkan kali ni aku lak sakat hang bagi pihak kawan2 lain hehe..

jadik sempena entry spesel wedding jieha and fazrul aku ucapkan selamat pengantin baru untuk ampa berdua. semoga kekal bahagia hingga ke akhir hayat.. dan untuk ending, aku attach spesel kad. kad ni mmg satu ja kat dunia ni. spesel punya design hahaha. esok buka hadiah kami tu ada la kad ni kt dlm kotak tu yer ..congratz!!!:D





p/s: kredit untuk tahir sbb konsep org lidi ni idea dia sebenarnya. semua gambar2 org lidi tu hasil dari google..


Friday, October 21, 2011

kasut cinderella

ada sesapa yang kasut dia kurang dari 3 pasang tak???ke penoh satu almari mcm gambar kat bawah ni??or ada lebih dari tu??haha





serius aku cakap aku tak banyak kasut. aku manusia paling malas nak beli kasut. aku pakai mana ada ja. dan kasut paling aku selesa pakai adalah seliparrrrrrr hahaha. so kekerapan aku membeli selipar yang harga 5 ke 9 ringgit tu lagi kerap dan selalu berbanding kasut-kasut yang mmg kasut la kan.




tapi aku beli yg cap ayam ja. xdak maknanya yg berbrand2 bagai. standard bawah 10 henget ja pon =))


haip haip jgn duk pikiaq or kata aku sorang yang kede or berjimat cermat ok. tidak membeli kasut dgn kadar selalu dan kerap serta normal seperti gadis2 yang lain tidak membuktikan aku sorang yang behemah dlm berbelanja. dan setiap benda yang berlaku itu mesti la disusuli dengan sebab-sebab yang tertentu. tertiba kuar ayat kamus dewan bahasa ni awat??ekekeke

so klu bukan sbb nk bejimat or kedekut jadik apa masalah aku dan kasut??haha dan sebenarnya ni la dia alasannya. kerana kaki aku hanya layak disarungkan dengan kasut cinderella. yer kasut cinderella macam ni ;')







kahkah rasa loya dan nak muntah hijau kan???giler kot aku nak pakai kasut tinggi camtu. bukan jenis aku ler haha. sebenarnya aku ni kaki size 4. size cinderella bak kata hijjah. ssh nk cari kasut. klu pergi beli kasut tu semua kasut yang aku suka tak dak size. sbb tu deria rasa aku nk beli kasut dan buat muzium kasut kat rumah tu tak dak.




anggap la ni gambar tapak kaki size 4 kehkeh


mmg aku beli kasut klu dah tak dak kasut sangat dah nk pakai. contoh mcm nk pergi keduri chemad aritu. baru sedar kasut aku tu klu jln laju2 sikit mmg putus la. baru la aku pergi beli lain. tu pon mcm biasa la. tak dak size. last2 tepaksa aku pakai amek ja mana yg ada size 4 even aku tak rasa kasut tu cantek pon. janji ada..

sama la kes nak p melaka esok ni. haha baru sedar aku tak dak kasut yang sesuai. baru la tegedik-gedik cari kasut. dan bayangkan semua kasut yang aku rasa aku berkenan satu pon tak dak size. sampai aku naek malu ngn adik yg keja kedai kasut tu. penat dia cek satu-satu kasut aku bekenan tu tapi kemudian dia keja ulang ayat yang sama ja. size 4 habis la kak tak pon size 4 tak dakla kak, paling kecik pon size 5 =__='

dan aku kompom lepas ampa baca ni mesti ampa akan suggest kat aku p beli kasut jenih ni kan???




kasut budak-budak!!!hampes!!



p.s:
hadoi la dh kul 3 ni aku tak ngantuk2 lagi..


Thursday, October 20, 2011

saja sambung ;P


senang cerita ni kesinambungan entry yang lepas. maklom la tak dak idea nama pon hahaha. yg tu satu contoh video clip yg dh jadik mcm wajib tonton la kan dlm rumah sewa kami dulu. dah satu rumah giler korea. mesti akan ada salah sorang yang terjumpa apa2 punyala dlm youtube tu.

klu yang sebelom ni MV ada scene comei2 campur sedih2 sket dekat hujung-hujung tu tapi yang aku nk post ni mmg dlm kategori jenis sedih. aku tak sure kwn2 aku ingat lagi ke tak MV ni tp klu tak silap dulu kami pernah teruja sat tgk MV korea ni yg dah ala2 drama gitu. so moh layan :D






p/s: teruk kan tak dak idea sekarang ni??tulun2!!hahaha

Tuesday, October 18, 2011

tangkap feeling

bulan ni aku namakan bulan tepu aku. sebabnya kan aku tetiba jadik tepu tak dak idea langsung nk update. klu ada idea pon macam hampes ja entry kahkah. tak mcm epalejau dalam sibuk2 pon sempat gak dia cuci sawang blog dia tu. even taip tulisan kuar double pon dia selamba jer update wakakaka. hebatkan dia ;P

memandangkan dia sangat hebat update dalam kesibukan mendidik anak bangsa menjadik insan cemerlang serta atas rasa kekaguman aku untuk semangat dia nk update even tulisan jadik double, or bak kata yun gagap ekekeke, aku rasa dia layak la dapat reward kan.

so aku hadiahkan epalejau MV kim jong kok feat. eun hye, mcm yang dia request dlm fesbuk. org lain pon sila la tangkap feeling tgk MV ni. klu nk tau dulu satu rumah sewa kami tu tgk mcm nk rak ja hahaha..tak caya tanya la miss lolliyana, tak gitu?? ;P






P/S : better tulisan jadik double dari terpadam 3x dalam masa 15 minit kot had kihkih..

Wednesday, October 12, 2011

salah mata or loklaq??


ni gara-gara aku selalu silap beli barang. dalam kepala nak beli benda lain tapi mata dan tangan aku sambar benda lain. nak kata aku kalut semacam masa pilih barang tu, aku rasa aku jenis rilek badak ja. dah tu sampai umah buka plastik baru la perasan aiyooo salah. ni aku list benda2 yang pernah salah beli. pastu ampa buleh evaluate samada salah mata aku or mmg aku loklaq hahaha..


1st contoh aku nk beli vico 3 in 1 mcm ni


tapi aku terbeli vico 3 in 1 plus cereal =__="




then aku nk beli nivea jenih whitening



tapi aku terbeli nivea jenih pearl la pulak




pernah jugak aku nk beli spaghetti..




sekali sampai rumah tengok2 aku beli vermicelli.






dan paling tak logik sampai aku sendirik kata aku loklaq masa nk beli sunsilk




buleh aku terbeli




REJOICE!!!


so dh habis evaluate??sila bentangkan hasil evaluation anda2 semua :D




p/s: klu tak sabaq mmg aku lempaq laptop aku ni dalam parit!!

Thursday, October 6, 2011

dah tak cool mcm dulu

arini aku buat warning letter untuk student tak datang kelas. yes, lebrian buat warning letter untuk student tak datang kelas bukan sbb tak hantar buku lebri. jgn main-main, kelasssss ko!! lebrian lain ada buat warning letter cam aku??tak dak kan???so jgn jeles huahua. dlm kurungan T_T

aku bukan nak cerita pasal budak-budak college aku yang tak datang kelas tu. list nama yang aku dapat tu mmg klu antr surat pon tak dak kesan. dah kental sangat dah kemalasannya tuh. tp dh bos suruh buat ja lah dari takdek kerja hoho..

secara jujurnya aku malas nk sebut pasal peel budak college aku dah kat blog ni. yg lepas biar la berlalu. pinjam ayat drama melayu hahaha..tapi entry kali ni ada kaitan dengan depa sebenarnya. kaitan antara kesengalan depa dan ke-cool-an aku..




ada gaya cool tak gambar nih??ok aku mmg fail bab cari gambar kihkih


sebabnya miss lolliyana pernah cakap kat aku. dia kata dulu aku sangat cool. aku ulang sangat cool ok. atau dalam pekataan lain aku lah paling cool dalam geng kami dulu. masa dia sebut tu ewah kembang semangkuk aku dgr.

tapi then kempis bila dia cakap tapi sekarang aku la paling garang!! segala maki hamun dah laju ja kuar dari mulut aku yg dulu konon suci habis. tak kata dia la. epalejau pon pernah cakap benda yang sama dulu. dia tak suka aku dah pandai maki-maki. hahaha mcm aku ni suci sangat ja dulu kuang2..

terus terang aku cakap deal ngn student kat sini mmg menyakitkan hati. mmg bukan semua nya teruk pon, ada gak yang buleh jadik kamceng ja. tapi yg buleh buat geng tu sikit sangat jumlahnya. jumlah yang menyakitkan hati lagi banyak. camna la tak hilang cool campur pandai marah2.

tapi ok la tu.. masa mula-mula dulu lagi teruk aku garang. jgn harap la aku nk senyum ngn budak-budak tu. budak-budak zaman tu mmg suka buat hal pon. tapi sekarang dh kurang sbb depa dah habis belajar dah. yang tinggal sekarang budak-budak yang bersivik sket.

even ada jugak group2 yang tetap sengal dan suka cari pasal tapi keadaan masih tekawal la. idak la aku meletop selalu. jarang dah sekarang aku ym miss lolliyana or epalejau maki hamun bagai ya dak??err sekali sekala ja kan hehe..so agak-agak aku buleh dapat balik ke-cool-an aku dulu tak??ekekeke..


p/s: skinz uum xdak ka nk pakai lebrian or ass lebrian hahaha..penat dah jadik lebrian celup nih..nak jadik real lebrian ler plak ;P

Wednesday, October 5, 2011

hollaaaaaa!!


holaaaaaaaaa!!i'm back hahaha. intro bunyik mcm followers gigil ja klu tak baca entry-entry aku kahkah. lama tak update biasa la tu..tak dak menda nk cerita. lagi satu charger rosak. tapi arini dah ada charger baru. kredit kat chemad supply charger nih ;D

dekat tiga minggu kot charger aku rosak. so dekat tiga minggu gak la aku kurang aktif jadik vampire gituuuuuuuuu!!haha. mmg malam-malam aku layan tv ja. aku rasa habis semua channel aku layan. nak tau aku layan apa sepanjang tiga minggu ni??meh aku list kat bawah.


rookie blue , diva channel - best gak layan drama polis omputih ni..ok character mamat hujung tu agak cute ;P





soffiya tv3 - best jugak tp aiyooo time magrib la pulok..





solehah tv alhijjrah - mak aku layan aku pon layan. giler cun irma pakai tudung sekarang nih :))




ustazah pilihan, astro oasis - solehah vs ustazah pilihan ahahha..so far tak leh nk jugde lagi sbb ustazah pilihan baru kenalkan kan peserta.





pawn stars, History channel - feberet abang aku nih. buleh tahan la. best gak melayan. kisah anak beranak kaya buat bisnes jual beli brg2 lama




EPL, astro sport channel - aku ni bola tak dak hal sangat nk layan. ok ja ngeh3..



dah la kot, malas lak aku nk cari gambar letak sini. heran asal tak dak drama korea dlm list ni??hahaha kompom la ada..mana leh tak tekan KBS tu dalam sehari kihkih..mcm hampes ja entry. mmg tak dak idea sangat2 dah sebenarnya nih tapi gigih nk update..


p/s: asyik entry pasal rancangan tv ja neh..=__="