Thursday, January 27, 2011

cuti, movie dan limau


minggu depan raya cina. masa sekolah dulu aku suka sangat klu raya cina ni. nak tau kenapa??meh aku list kat bawah ni.

pertama : cuti mmg banyak gak la selepas raya posa kan muhaha


kedua: memandangkan masa tu giler movie negara belah mata sepet ni, so raya cina mmg dinantikan sbb time tu suma tv berlumba2 tayang cita best ngeeeee..


ketiga : mesti la dapat limau free.. err tp pesal tahun ni tak dapat2 lagi ni. awal lagi ker?? uncle yg selalu bagi limau kat ayah aku tu tak beli lagi ker limaunya??:P




klu uncle tu bc entry ni rasanya dia mesti jwb
"keja nk limau free..xda2!!..limau mahal tahun ni!!" ekekeke


habis tak idea yer nk update??pasal limau pun jadik la yer kahkah


p.s: hidung dh berair jadik secara rasminya dh selesema..so nk mc ka tak sok??? ngeh2..


Monday, January 24, 2011

dari blog ke @dstickynote


dari epalejau.blogspot, stickynote bertemu bulatkocik, dyakamil dan little labi-labi..


dari @dstickynote, dyakamil dan epalejau bertemu dengan faizalrockafela..


dulu, title sengal jadik hak milik stickynote. sekarang epalejau, dyakamil dah jumpa faizalrockafela yang berganda-ganda sengal dari aku kot.. tapi cayalah!! sebab epalejau dan dyakamil mampu buat faizalrockafela perah otak cari idea sbb tak mo kalah hahaha..




tak tau dh nk buat camner..gambar aku mesti kelabu dan kecik klu upload dlm blog..kenapa???


dan tadi masa jumpa faizalrockafela, dia ckp "ya la aku bagi hang menang dekat alam maya" baru dia tau kwn2 aku klu bab menyakat hebat jugak kahkah...

ya blogging itu seronok dan untuk itu aku kena ckp makaseh pada klonnates sbb buat aku buka cerita cik stickynote ni :P


p/s : @dsticktynote???nanti aku buka cerita camner aku leh terjebak..jgn kutuk dlu ok :P

Friday, January 21, 2011

spesel delivery dari Guaq ke Kuantan

seperti yang dijanjikan, nasik lemak spesel hasil ayaq tangan puan siti patimah siap diantar untuk orang jauh nun kat kuantan. tp buleh antar secara maya ja la kahkah. klu pakai courier fedex tu laju mmg laju tp sampai2 ja sana kompom basi.

so dari telan ayaq liur depan mata baek telan ayaq liur dlm blog ni haha. kecoh macam kat kuantan tak dak nasik lemak ja aku ni hehe..ala nad klu depan mata pun lum tentu sempat dekat ngn ko, sbb chemad sorang pun dekat satu tupware tu dia habiskan. melantak tak hengat mamat sekor tu hahaha. credit to hijjah untuk teknik gambr ala2 guna camera DSLR ;))




kuah sambal tumpah tersalut dlm ikan bilis dan telur rebus sbb terlebih drift masa selekoh


so nad selamat menjamu selera =))


buat GKB aku, uda jangan tanya awat tak antar kat hang sama sedangkan hang pun duk kuantan jugak. sbb aku tau hang tak dak kat malesia time ni. maseh la p cari jersey malesia untuk besday aku sampai ke vietnam. buat susah-susah ja tp jgn silap beli jersey vietnam plak naa haha

p/s: satu tupware tu sebenarnya kami bertiga yang habiskan. aku chemad dan hijjah kuikui

Tuesday, January 18, 2011

bising itu tanda gembira

aku dengar radio tadi bila hot pasang lagu pulangkan misha omar. lagu pontianak tu. terus aku teringat time aku konvo dulu. konvo diploma. bila sidang kami tu kena sound dengan ah aku tak ingat sapa nama yang bagi scroll tu la hahaha.mintak maap yer.

kes dia tak pernah jumpa sidang yang terbising dalam sejarah. kami paling bising tak pernah dibuat orang kuikui. cuak sat kot bila dia cakap cengitu dan dewan tu jadik betul2 senyap tanpa suara langsung. sampai la bila dia kata dia faham kenapa kita bising dan kita berhak bising sbb tu tandanya kita gembira..dan lepas ja ayat tu dia ucap dewan yang senyap td terus jadik bising dengan suara yang bersorak semula :))




ni bukan gmbr konvo aku..amek dari google hehe

so apa kena mengena dengan lagu pontianak si misha omar tu???sbb bila budak pempuan band uitm tu nyanyi lagu ni suasana masih ok sampai la part yg lelaki kena nyanyi. keluar ja suara lelaki semua mcm teruja nk tau sapa nyanyi. terus suma pusing belakang dekat band yg main instrument tu duduk. mamat tu nyanyi dari tempat duduk yang main muzik. klu teruja suara tak bunyi tak pa ni habis ngn suara2 sekali kuar. mau tak bising.

tu satu. sama jugak bila penyanyi tu nyanyi lagu jepun mirae. kuar ja muzik lagu suma dh bersorak waaaaaa haha. agaknnya tak budget akan ada lagu jepun time konvo kot. tp aku rasa yang paling dasat bisingnya mesti la masa si cameraman tu zoom dekat budak2 lelaki yang main muzik kat atas tu. mula2 dekat penyanyi yang lelaki tu ok lagi. biasa ja pun. kemudian zoom dekat yg main gitar keadaan still ok lagi. tak dak bunyi apa2. tp bila zoom dekat yg main drum tu terus kecoh.

mula-mula cameraman tu blur, tak tahu pasal apa so dia zoom aja la lagi. dekat penyanyi, guitarist dan bila kuar ja drummer tu kat screen besar tu terus kecoh balik. tersengih2 mamat tu sbb dia tau budak2 pempuan sorak dekat dia. rasanya sbb dia ensem or cute kot hahaha. sampai kwn2 dia yg main gitar pun tersengih sama kt dia. dia pun dh malu2 unta dh time tu. masa ni cameraman tu dh tepuk dahi sbb rasa silap besar dia pergi zoom kat drummer tu haha. yala sbb bising kan jadiknya.



ni gambar aku cilok dari google ok

dan aku rasa kejadian disorak mcm konsert oleh budak2 pempuan akan jadik sejarah dlm hidup drummer tu dan kwn2 dia dlm sebulan buleh buat modal sakat dia kot haha..oh giler hebat otak aku ingat benda2 camni kan..tp asal klu baca buku mudah sangat lupa dan ssh nk ingat???bila terasa nk sgt update blog maka akan tergalilah segala kisah2 lama kat sini huahua


P/s: asal bila aku view fesbuk kwn2 sorang pun tak letak gambr konvo kita dulu tu??dan aku pun tak ingat mana aku letak cd gmbr2 konvo so tak dak la gmbr konvo kt sini


Monday, January 17, 2011

masin bukan kerana garam


mulut aku memang masin. terbukti dan diakui semua. tak percaya??meh aku copy dua sms dari kawan aku dua orang ni :


sms yang pertama :

salam, pizah sehat ka??aku dapat masuk maktab kat IPDA. thanks mulut hang mmg masin :P


sms yang kedua :

kak pijah!!yus dapat KPLI. thanxs sis mmuax!berkat mulut masin kak pijah jugak haha..


kan??so sapa2 nk mencapai impian jadik kaya ka, kawen cepat ka, nak kawen ngn dato ka, dapat pakai Ferrari ka, jadik artis ka ( yang ni akan dipertimbangkan dulu heh) , jadik imam muda ka, dapat kerja idaman ka atau lain2 benda, buleh mintak aku cakap huahua


rahsianya??bukan, bukan sbb aku terlebih makan garam ka apa tapi suma tu rezeki dan takdir. cuma kebetulan apa yang aku cakap tu jadik kenyataan..tak lebih dari kebetulan pun..




mau darah tinggi aku klu terlebih makan garam kihkih

hepi untuk kawan2 yang konon berjaya hasil mulut masin aku tuh haha...jgn percaya ok just for fun yer..congratz dan selamat mendaftar ke maktab masing2..gudluck!!:))

p/s: ckp kat diri sendirik??selalunya mmg tak masin la kuang2

Sunday, January 16, 2011

kempen makan carrot


mari makan carrot

demi mata yang sehat

sbb 24 jam 7 hari seminggu keja hadap laptop main tenet

sekian pesanan untuk diri sendirik

yang rasa mata mcm nk rabun ja even belum rabun

sbb baru nak rasa takot hohoho..

tp klu gigih makan carrot perangai hadap tenet 24/7 tu tak berubah2 camner??





p/s : tak suka carrot

Saturday, January 15, 2011

melagho dan merapu

nak tau menda lagi yang aku ngn kawan2 aku suka buat masa belajar dulu??klu setakat malam weekend pilih bilik sapa2 buat port tgk cita korea sampai subuh tu dah biasa dah aku cerita. ada lagi sebenarnya menda lain yang kami suka giler buat time tu.

nk tau menda??main game simple2. nama ja game simple tapi suma ketagih cam apa lagi. nk p mkn pun buleh terstuck depan pc dulu. klu yang tak kenal kami mesti ingat kami ni belajar ka tak??asyik buat benda lagho ja kan??ahaha. ala sebabnya aku lagi suka nk imbas kenangan masa buat benda lagho dari imbas kenangan time tensen buat research kot :P




mula-mula sekali game lawan ngn ayam-ayam ni. chicken invader namanya. menentang ayam-ayam jahat yang nak menguasi angkasa lepas. sepanjang perjalanan menuju matahari tu kita kena berperang dengan pasukan ayam-ayam yang macam2 jenis. klu langgar ayam dan telur2 yang dilepaskan ayam tu kira kalah. bunyik mcm senang tapi buleh tahan ssh gak nk lawan ayam ni pun.. ada lagi asteroid bagai. klu naseb baek dapat tambah power so kekuatan peluru tu kuat la sikit. tak pun dapat extra life. bunyik cam hampes ja kan tp tu la game yang buat kami suma gigih hadap pc semata2 nk sampai ke matahari. tp rasanya tak dak sapa yang berjaya sampai kot. ya kami sangat suka merapu time belajar haha.



ni namanya snail mail kot. tapi kami komersial kan dengan bagi nama lain yakni siput rempit. motif game ni lawan monster dlm menuju ke stage tertinggi. entah aku tak main sangat game ni so aku tak berapa faham sangat. tapi yang aku tau habis suma housemate aku ketagih game ni. buleh tahan ssh gak game ni rasanya sbb klu tak ssh nk sampai ke final stage tu tak dak la aku tengok budak2 rumah aku hadap game ni hari-hari. yang dasat pasal siput rempit ni klu dia silap lompat ke landasan seterusnya si siput tu akan jatuh melayang ke bawah. yang sengal bila si siput tu melayang jatuh dari landasan sepatutnya, sound effect sakit jantung si pemain tu lagi dasat dari sound effect si sipot. ya ya jer ja




yang ni dinner dash. siang malam aku tgk bdk2 umah aku hadap benda ni. selagi tak lepas level selagi tu gigih main. cuma dinner dash ni real sket sbb tak melawan dgn ayam or merempit guna siput. kerja nya layan ja customer yang datang nk makan. klu untung leh upgrade cafe. klu service lambat habis la mengamuk pakcik2 botak tu sentap terus tak mo makan. buruk bebenor pakcik tu marah. customer dinner dash ni pakcik2 yg suka bc buku, couple, ibu-ibu dgn anak. ada lagi kot cuma aku dh tak ingt sbb aku tak main sangat. klu busan giler baru la aku main.

so conclusionnya aku dan kawan2 aku amat suka merapu dari dulu sampai sekarang. cuma sekarang merapu tak selalu sbb masing2 dh kerja dan ada yg dlm proses nk kawen pun. antra dlm senarai tu termasuk la cikgu mahfuzah dan cik lolliyana. depa ni antra otai yang sangat suka hadap game2 diatas. ada lagi game2 lain tp mls la nk taip hehe. tp paling otai mesti la ainun. dia tu segala game dia gigih dan bersungguh2 berjuang. tak tau la sekarang dengan life dia yg bz tu dia still gigih berjuang ke tak.

p/s: bahana tdo petang sampai kul 6 tadi plus cuti 3 ari so agak2 kul berapa aku nk tdo malam ni

Monday, January 10, 2011

folder lebih-lebihan

ada orang dh memulangkan paku buah keras nampaknya kat aku sbb aku tak update. ala baru berapa hari aku tak update dh kutuk aku punya blog ni bersawang. belum bersawang tp habuk sikit2 ja pun kehkeh. bukan tak mo update tp aku tak dak benda nk merapu nih. camner???tak kan nk aku tulis pasal AJL kot???tahu la si ana rafalli or bak kata tahir jiran aku jadik juara pun hehe.

juara yang tak disangka2 dan kemudian kena kutuk.. naseb la ana oiii. yang penting duet dapat 35ribu. kutuk2 pun duet tetap masuk haha. orang lain ada???ngeh2... aku bukan la fanatik ngn si ana pun even aku like page dia hihi. aku ngaku aku suka lagu yg dia menang tu tp tak dak la aku penuh perasaan mengharap dia menang ka kan. so bila dia menang tu aku ok ja.. klu nk ikot aku tak kisah pun sapa menang. aku just tgk AJL sbb tu AJL. pelik la klu umur baya-baya kita ni tak tgk AJL ya tak??

yang buleh timbul kes ana jadik jiran aku ni bila tahir buat sengal lepas tau aku like page dia tu. kawan-kawan sakat tak hengat. yala aku mana la pernah ada artis kesukaan. takat layan gitu2 aja lah. tambah2 masa belajar dulu.

ingat tak cik lolliyana dan cikgu mahfuzah?? masa hampa selongkar my document aku. then terjumpa folder nama lebih-lebihan. excited nk tau menda dlm tu tp sekali bila clik ada beberapa ketul ja lagu melayu. satu-satunya folder lagu melayu. kecoh satu rumah perihal aku letak lagu melayu dalam folder nama lebih-lebihan. kena tarbiah free-free ja malam tu hehe. ala kira ok la tu ada jugak kuikui.

nak tau ada lagu apa dlm folder lebih-lebihan tu??aku pun tak tau mai mana lgu-lagu tu. rasanya balance lagu yang group aku masukkan dlm assingment multimedia or website kot. tak pun lagu-lagu yang ate ngn cikgu mahfuzah masukkan sbb nk dengar bila pinjam laptop aku buat assignment.

ada lagi rupanya folder tu bila aku kodek2 balik laptop aku ni. dh lama tak buka folder2 lama tu..malam ni aku selongkar dan tak sangka ada lagi rupanya. mcm nk gelak pun ada nih tgk lagu2 dlm tu.siap ada lagu saloma tu. aku tau dh sapa punya kerja klu lagu saloma tu hahaha. ni aku print screen nama folder tu untuk tontonan semua dan untuk bagi cik lolliyana kenang balik segala keterujaan dia sebelum dan selepas buka folder tu :))




clik untuk besar kan gambr..ada lagi oo folder nama ate si rumate aku tuh =)

dan last sekali aku print screen isi kandungan folder lebih-lebihan ni. click sendirik la klu nk tgk apa lagu dlm folder tu. mmg tak tercapai dek akal. lagu saloma- pesta malam muda mudi, selamat pengantin baru, visa- hujan dlm gerimis. mmg aku tau dah sapa letak dlm laptop aku kahkah.




gambar kecik. kena click la klu nk tgk lagu2 melayu bertuah tersesat dlm laptop bujang aku ni

p/s: yg jumpa folder ni antara dua orang. cikgu mahfuzah dan cik lolliyana..kantoi sampai ke arini lak tu hehe

Saturday, January 1, 2011

kembali sunyi

rumah dh jadik normal balik. sunyi sepi. tinggal aku, ayah dgn mak aku ja. selalu hujung tahun ja rumah aku jadik mcm dilanda garuda sbb suma balik. time cuti sekolah la budak2 ni balik lama sikit. klu raya tu selalunya balik kejap ja.

adik aku dh heret beg naek bus balik melaka semalam. habiskan final semester dia kat utem. adik aku ni hidup dia naek bus heret beg ja. dari zaman sekolah lagi dia dh kena belajar luar dari kedah hahaha. masa sekolah dia belajar dkt alam shah, then masuk matrik gopeng dh tu sekrang belajar kat melaka plak. tak tahu ler hang keja nanti kena campak kat mana plak kihkih.

then anak buah aku aliya, aisya, anas dh berangkat balik sabah pagi semalam gak. depa ni lagi la. mmg kena cuti sekolah yg betul2 panjang baru depa balik sini. selalunya raya mmg tak balik ler. tp akak aku dh ada bunyik2 nk pindah balik sini dah. klu tak dapat balik kedah pun at least dapat balik semenanjung. ok la tu, aku tengok aliya tu makin hari makin pekat bahasa sabahnya sampai aku tak faham. mmg ler aku berkwn baek ngn budak sabah sorang tu tp dia berbahasa key el bila becakap dgn aku hoho.

si hero empat beradik tu muhammad, abdurrahman, izziddin dgn ibraheem pun dh lama balik shah alam. bagus tul la depa ni, masa cuti lanyak cukup2 hp aku main game. elok ja 2 ari balik sana hp aku kat sini terus buat hal. kelepuk elok ja bunyi hp aku jatuh gara2 berebut. haishhh!!tp yg pelik hp tu biol lepas budak tu balik. camna nk claim??alamat duet gaji aku bulan ni terbang la repair huuuu..tak pa..sekali sekala kan budak2??ayat penyedap hati!!



the heroes yg lanyak cukup2 hp aku!!


a'fif anak buah aku yg sulung pun sama la jugak. dh balik asrama. sepanjang cuti aritu kan ada bola AFF. keja dia tiap2 mlm betting ngn ayah aku. sapa menang sapa kalah. yg kalah esok paginya kena pergi beli nasik lemak. manjang dia kalah sbb klu dia menang pun ayah aku suh g kedai beli jugak hehe. tu pun gigih nk lawan juga sedangkan dh tau mmg keja dia pagi2 bangun awal pergi beli nasik lemak.

selain rumah jadik kembali sunyi, periuk nasik mak aku yg besar tu pun akan berehat sebentar dan periuk kecik tu akan kembali bekerja. ya la kami tiga orang ja makan pun kan. dan kemudian remote tv akan berada dlm kawalan aku kembali ngeh3..

p/s: sedang menunggu si miaainis amek aku..ya berpoya2 lagi bak kata miss lolliyana haha