Tuesday, January 18, 2011

bising itu tanda gembira

aku dengar radio tadi bila hot pasang lagu pulangkan misha omar. lagu pontianak tu. terus aku teringat time aku konvo dulu. konvo diploma. bila sidang kami tu kena sound dengan ah aku tak ingat sapa nama yang bagi scroll tu la hahaha.mintak maap yer.

kes dia tak pernah jumpa sidang yang terbising dalam sejarah. kami paling bising tak pernah dibuat orang kuikui. cuak sat kot bila dia cakap cengitu dan dewan tu jadik betul2 senyap tanpa suara langsung. sampai la bila dia kata dia faham kenapa kita bising dan kita berhak bising sbb tu tandanya kita gembira..dan lepas ja ayat tu dia ucap dewan yang senyap td terus jadik bising dengan suara yang bersorak semula :))




ni bukan gmbr konvo aku..amek dari google hehe

so apa kena mengena dengan lagu pontianak si misha omar tu???sbb bila budak pempuan band uitm tu nyanyi lagu ni suasana masih ok sampai la part yg lelaki kena nyanyi. keluar ja suara lelaki semua mcm teruja nk tau sapa nyanyi. terus suma pusing belakang dekat band yg main instrument tu duduk. mamat tu nyanyi dari tempat duduk yang main muzik. klu teruja suara tak bunyi tak pa ni habis ngn suara2 sekali kuar. mau tak bising.

tu satu. sama jugak bila penyanyi tu nyanyi lagu jepun mirae. kuar ja muzik lagu suma dh bersorak waaaaaa haha. agaknnya tak budget akan ada lagu jepun time konvo kot. tp aku rasa yang paling dasat bisingnya mesti la masa si cameraman tu zoom dekat budak2 lelaki yang main muzik kat atas tu. mula2 dekat penyanyi yang lelaki tu ok lagi. biasa ja pun. kemudian zoom dekat yg main gitar keadaan still ok lagi. tak dak bunyi apa2. tp bila zoom dekat yg main drum tu terus kecoh.

mula-mula cameraman tu blur, tak tahu pasal apa so dia zoom aja la lagi. dekat penyanyi, guitarist dan bila kuar ja drummer tu kat screen besar tu terus kecoh balik. tersengih2 mamat tu sbb dia tau budak2 pempuan sorak dekat dia. rasanya sbb dia ensem or cute kot hahaha. sampai kwn2 dia yg main gitar pun tersengih sama kt dia. dia pun dh malu2 unta dh time tu. masa ni cameraman tu dh tepuk dahi sbb rasa silap besar dia pergi zoom kat drummer tu haha. yala sbb bising kan jadiknya.



ni gambar aku cilok dari google ok

dan aku rasa kejadian disorak mcm konsert oleh budak2 pempuan akan jadik sejarah dlm hidup drummer tu dan kwn2 dia dlm sebulan buleh buat modal sakat dia kot haha..oh giler hebat otak aku ingat benda2 camni kan..tp asal klu baca buku mudah sangat lupa dan ssh nk ingat???bila terasa nk sgt update blog maka akan tergalilah segala kisah2 lama kat sini huahua


P/s: asal bila aku view fesbuk kwn2 sorang pun tak letak gambr konvo kita dulu tu??dan aku pun tak ingat mana aku letak cd gmbr2 konvo so tak dak la gmbr konvo kt sini


5 comments:

  1. hahahahaha.... xkan budak lelaki pun kecoh jugak bila drummer tu di zoom???

    p/s: kagum giler SN boleh ingat memori2 lama.. nad biasanya ingat2 lupa. kalau org citer balik pun kdg2 mcm "eh, ada ke scene tu?" hehehe

    ReplyDelete
  2. to nadia.yusof..cik SN ni mmg pakar bab2 mengingat sejarah2 lama..sebab subjek kegemaran dia ialah sejarah.high score tu..A++ gamaknya masa spm dulu.tu sbbnya kenangan2 lama..suma dia leh ingat.ahaha..

    ReplyDelete
  3. nad:
    budak2 laki??haha gigih la klu depa sorak sama..ala nad dlm dewan tu yg ramai pempuan dari laki pun hehe..

    p/s: sbb tu benda lagho automatik senang nk ingt sbb tak paksa untuk ingat..cuba suh bc buku harap la kan


    miss lolliyana::
    eh mana hg tau aku score sejarah A1 masa spm dulu :P

    ReplyDelete
  4. eh eh bukan aku yang kasitau ko kan noly?:)

    pijahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh! aku sayang ko sangat-sangat lepas ko publish entry ni..ko tau, aku rinduuuuuuu sangat dengan suasana ni.. masa tu aku ingat lagi, aku tergolong dalam suasana menjerit bila cameraman tu zoom kat muka drummer! :)

    kejap. masa sidang kita tu, yang bising bukan course IS ok..tapi course Mascom. tapi still aku berbangga wujud dalam sidang tuuuu..hehehe..

    err, aku bukan tanak publish gambar time kita konvo tu..tapi ianya terlalu menggamit kenangan i laaaa...awwww!

    ReplyDelete
  5. epalejau:
    ko mmg, ckp syg tp pangei aku pijah jugak..so terbukti mamat tu mmg ensem sbb bukan aku sorang aja yg ingt nih..cuma aku tak jerit just gelak2 sbb tgk muka mamat tu yg dh tersipu2 malu. naseb baek tgn maintain ketuk drum xsilap haha

    sbb sekali dgn mass com la jadik kecoh camtu..ok gak campur dengn depa ni..meriah dan aku rasa tanpa depa, drummer tu tak kena sorak sekuat itu kahkah

    mengamit kenangan??haha ok2..

    ReplyDelete