Monday, January 10, 2011

folder lebih-lebihan

ada orang dh memulangkan paku buah keras nampaknya kat aku sbb aku tak update. ala baru berapa hari aku tak update dh kutuk aku punya blog ni bersawang. belum bersawang tp habuk sikit2 ja pun kehkeh. bukan tak mo update tp aku tak dak benda nk merapu nih. camner???tak kan nk aku tulis pasal AJL kot???tahu la si ana rafalli or bak kata tahir jiran aku jadik juara pun hehe.

juara yang tak disangka2 dan kemudian kena kutuk.. naseb la ana oiii. yang penting duet dapat 35ribu. kutuk2 pun duet tetap masuk haha. orang lain ada???ngeh2... aku bukan la fanatik ngn si ana pun even aku like page dia hihi. aku ngaku aku suka lagu yg dia menang tu tp tak dak la aku penuh perasaan mengharap dia menang ka kan. so bila dia menang tu aku ok ja.. klu nk ikot aku tak kisah pun sapa menang. aku just tgk AJL sbb tu AJL. pelik la klu umur baya-baya kita ni tak tgk AJL ya tak??

yang buleh timbul kes ana jadik jiran aku ni bila tahir buat sengal lepas tau aku like page dia tu. kawan-kawan sakat tak hengat. yala aku mana la pernah ada artis kesukaan. takat layan gitu2 aja lah. tambah2 masa belajar dulu.

ingat tak cik lolliyana dan cikgu mahfuzah?? masa hampa selongkar my document aku. then terjumpa folder nama lebih-lebihan. excited nk tau menda dlm tu tp sekali bila clik ada beberapa ketul ja lagu melayu. satu-satunya folder lagu melayu. kecoh satu rumah perihal aku letak lagu melayu dalam folder nama lebih-lebihan. kena tarbiah free-free ja malam tu hehe. ala kira ok la tu ada jugak kuikui.

nak tau ada lagu apa dlm folder lebih-lebihan tu??aku pun tak tau mai mana lgu-lagu tu. rasanya balance lagu yang group aku masukkan dlm assingment multimedia or website kot. tak pun lagu-lagu yang ate ngn cikgu mahfuzah masukkan sbb nk dengar bila pinjam laptop aku buat assignment.

ada lagi rupanya folder tu bila aku kodek2 balik laptop aku ni. dh lama tak buka folder2 lama tu..malam ni aku selongkar dan tak sangka ada lagi rupanya. mcm nk gelak pun ada nih tgk lagu2 dlm tu.siap ada lagu saloma tu. aku tau dh sapa punya kerja klu lagu saloma tu hahaha. ni aku print screen nama folder tu untuk tontonan semua dan untuk bagi cik lolliyana kenang balik segala keterujaan dia sebelum dan selepas buka folder tu :))




clik untuk besar kan gambr..ada lagi oo folder nama ate si rumate aku tuh =)

dan last sekali aku print screen isi kandungan folder lebih-lebihan ni. click sendirik la klu nk tgk apa lagu dlm folder tu. mmg tak tercapai dek akal. lagu saloma- pesta malam muda mudi, selamat pengantin baru, visa- hujan dlm gerimis. mmg aku tau dah sapa letak dlm laptop aku kahkah.




gambar kecik. kena click la klu nk tgk lagu2 melayu bertuah tersesat dlm laptop bujang aku ni

p/s: yg jumpa folder ni antara dua orang. cikgu mahfuzah dan cik lolliyana..kantoi sampai ke arini lak tu hehe

8 comments:

  1. Laptop masa belajar dah kiok..xleh buka n godek balik kenangan lama dah...huhu.

    Tapi,nape folder mesti nama lebih-lebihan? Hahhaha..sorry SN, gelak lebih pulak.hehe.

    ReplyDelete
  2. nad:
    sbb tak tau mana mai lagu tu then tak dak folder yang buleh masuk satu group ngn lagu2 tu..so create la folder baru nama lebih-lebihan kehkeh..tak dak niat nk ank tirikan lagu melayu tp tak sangka kwn2 bising giler bla tau hahaha...

    ReplyDelete
  3. folder lebih2an tu aku mcm ingat..tp kisah slps tu aku xbrp nak ingat la.adeh...mgkn pooh kot yg jmpa...

    ReplyDelete
  4. miss lolliyana:
    aiyooooo byk benda hg dh lupa ni haha..dia jumpa then pangei hg rasanya suh click tgk menda dlm folder tu..lagu2 melayu xberapa kerat kuikui

    ReplyDelete
  5. waaaaaaaaaaaaaaaahhh bagi aku lagu rejis dipilis tu..rasa cam gatai nak kawen la skg ni hahahhahaaaa ;p

    ReplyDelete
  6. uda:
    kahkah aii gatai semacam nampak..xkan dh ada bau2 nasik minyak dari kuantan ni kot :P..err bila??hahaha

    ReplyDelete
  7. ko nak dengar lagu melayu?
    lagu bila rindu ya la kot..kahkah..

    apsal bila ko publish gambar yang hak milik ko je, mesti pecah? haaaaaaa? kenapa? kenapa?

    ReplyDelete
  8. epalejau:
    ceh tu sbb aku terpaksa dengar bila satu umh duk ulang pasang berganti2..

    entah aku pun heran asal gambr aku mesti pecah????bukan aku compress pun..xfhm!!

    ReplyDelete