Wednesday, March 30, 2011

puding mangga versi cik stickynote

do you like mango?? i like mango kahkah..sengal punya intro tak pasal-pasal..ok2 mood serious yer. malam ni saya nak bawak anda semua ke dapur untuk sama-sama mencuba resepi puding mangga. ya bila anda buka peti ais dan baru perasan ada buah mangga yg terlebih masak dan dah mcm nak lembik tp still elok sbb terlupa nak makan elok la klu kita modified buah tersebut menjadik pencuci mulut.

mula-mula sekali apa yang perlu kita buat adalah meng google mana2 web site mencari resepi paling mudah dan simple serta tak perlu bahan-bahan yang tak dak kt umah. jadik hasil pencarian tersebut terjumpa lah resepi paling mudah yang melibatkan bahan-bahan seperti berikot. abaikan tentang berapa banyak ukuran yang diperlukan. apa yg penting anda yakin pada diri dan campak ikot suka hati jer hahaha.




mangga semestinya, susu cair dan agar-agar serta gula dan air yang tidak kelihatan di dalam gambar


dah ada bahan2 suma moh ler kita potong buah mangga tu. lepas potong masuk dlm blender kisar sekali ngn susu. sampai jadik camni yer..




ayat poyos "nampak sungguh berkrim kan?? haha
"

next masak ja agar-agar tu dengan gula bersama air sampai cair dan kemudian masukkan pati mangga kita tadi tuh. dlm menunggu agar2 tu masak, anda buleh la buka peti ais dan jika anda bernaseb baek anda akan terjumpa sebijik pisang berangan mcm saya. kat sini buleh la anda test tahap creativity anda sama mcm saya buat. saya potong pisang tersebut nipis-nipis dan susun dlm bekas mcm kat bawah ni..




sekarang ni puding mangga dh tukar nama ke puding mangga+pisang kehkeh


kemudian bila dah masak tuang la agar-agar tadi ke dlm bekas yang dh tersusun dengan hirisan pisang dan tgu sampai sejok sket. then letak dlm peti ais, tgu sampai dh keras. dah keras buleh ler potong untuk di makan..so selamat mencuba yer :)) (aku dh xtahan guna ayat skema badak ni haha)




abaikan tentang presentation yg klu jieha tengok kompom dia kutuk :P


p/s: sepatutnya ni entry sebelom ni tp kansel sbb jumpa video clip untuk entry terjun bangunan hahaha

11 comments:

  1. gambar 'nampak sungguh berkrim' tu memang sungguh menggugat keimanan laaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!

    ko tau tak feberet aku mangga? sure ko taktau ni. dan ko tau tak mangga mahal sekarang? sebab bukan musim. wuaaaaa..mana nak carik.

    ReplyDelete
  2. epalejau:
    kahkah mmg bekrim pun lepas blender mangga tu ngn susu..klu letak ais jadik jus la kan haha..

    ye ke??aku ingt ko suka epalejau ja kahkah..oh mahal ke skrg.tak tau plak sbb ayah aku yg belinya nih..

    ReplyDelete
  3. mahal la kat sabah. taktau la kat smnjung. nyum-nyum.kang nak carik mangga la..


    err, aku lagi suka makan mangga banding epalejau. hahahahaha.

    ReplyDelete
  4. epalejau:
    ya la kan..sana selalu mahal sket dari sini pon..haha ya sok ko cari mangga yer..

    err kenapa xletak hama blog ko mango.blogspot.com??hahaha..

    ReplyDelete
  5. wah2 pizah..sakan nampak.presentation okey(even combination color xnaik..ki3)nampak sedap..aku balik kedah nanti buat satu tupperware naaa..epalejau:aku hari2 mkn mangga dari perlis..sedap wooo..siap buat rojak.nyummmy...

    ReplyDelete
  6. epal : tukar nama lah... manggakuning.. kekekeke..

    SN : pergh.. kamu sgt kreatif & bersungguh... i like!! sedap ke?? nak kureng sket buah-buahan yang diubahsuai..

    ReplyDelete
  7. jieha:
    ceh nak satu tupaare..ok2 hang byk stock pelam dari perlis..tambah2 pelam harom manis la kan :P...


    nad:
    sedap ke??habis la jugak so kira sedap la kot kehkeh..

    ReplyDelete
  8. walamak..pizah dah jadi wanita.dah rajin ke dapur mencuba sesuatu yg baru.keajaibannnn...aahhaha

    ReplyDelete
  9. ms lolliyana:
    kahkah sbb sekarang sya adalah pengemar makanan..makaseh pada jieha..dia sumber inspirasi muhahaha

    ReplyDelete
  10. stickynote:
    tak jugak kot. tapi buah memang mahal kan. err, tanak la letak mangodotblogspot. aku letak epalejau bukan sebab aku suka makan epal ponnn..

    jieha:
    nyummmmmmmmmmmm. tetiba teringat mangga perlis. sodappppppppppp hingga menjilat jari kan. mau-mau pulak makan ngan belacan...

    nad, tanak la. tak shomel laaaa..


    p/s: gigih la kan aku mengomen. macam entry akuuuuu.. hahah.

    ReplyDelete
  11. epalejau:
    eh ko dh lupa ke??blog aku blog kwn2 aku jugak..so komen ja panjang pon kakah..

    ReplyDelete