Tuesday, May 31, 2011

pokok


tahir tanya lagu apa yang best sekarang ni. aku jawab yang aku suka lagu ni. pokok, meet uncle hussain feat. hazama..




video from channel IncikEman

haha ni bukan nk promote suruh afundi hazama ka apa yer. aku tak layan pon AF9 ni. klu aku tengok kompom sbb aku dh habis tekan channel kat tv la tu huahua


p/s: kot nk cari kelainan buleh dengar dua lagu ni, muah tahir rekomen dan ahmad hijjah terdengar secara tak sengaja kt era :P

Monday, May 30, 2011

konon hati halus


manjang duk cerita nengok cita korea 16 episode, hero korea hensem, jalan cita tangkap leleh tp lawak, heroin sengal dalam cun la kan. so kali ni turn cita melayu lak..

aku follow juvana sekarang. episode satu dan dua mmg aku tak sampai hati tengok daim tu kena belasah. sian giler haha. lepas tu episode tiga tak tengok terus sbb aku rasa sian nk tengok. wah buleh tahan halus hati aku ni wakakaka. jangan tak caya, gituuuuuuu!!hahaha

tapi mana tahan dengar hijjah cerita. gaya penceritaan dia buat aku haish tak leh jadik. kena tengok sendirik ni. baru real ekekeke..so sambung sampai la tadi. mmg best cita ni. tak dak lagi la aku jumpa orang yang cakap cita ni tak best. dan err tak jumpa lagi orang yang tak nak tengok sbb berhati halus bila hero kena belasah ekekeke..





p/s: nora elena best ka dak???jwb biar iklas jgn ego lak hahaha

Wednesday, May 25, 2011

agar-agar sirap fifi dan fufu


klu matlutpi tepon mak dia tya camna nk buat cekodok, aku lak tepon mak aku tanya camna nk buat agar-agar sirap. aku ulang agar-agar sirap. klu matlutpi tu call mak dia logik la kot sbb dia laki-laki plus duduk negeri omputih. aku??haha ni aku nak buka cita zaman muda-muda dulu nih ekeke..

masa tu bulan posa. tengah hempas pulas nak habiskan belajar benda yang tak minat sbb pikir at least ada degree. ya adik-adik, ni aku nk pesan klu hampa tak minat kos tu cepat2 la apply tukar kos yer huahua.

ok back to cita asal. idea nk buat agar-agar sirap ni datangnya dari cikgu mahfuzah. orang lain tak tau. ni kerja kami bedua ja. tak tau orang lain pergi mana time tu sbb seingat aku idea tu mai masa kami dua orang duk main tenet dekat ruang tamu, sebelom tiba-tiba ada mentol menyala kat kepala cikgu mahfuzah.

so turun la bawah pergi kedai runcit yang aku tulis entry carta ayaq dulu tu. ala kedai yang aku cita kami mesti singgah lepas balik kelas semata-semata nak beli solivite sorang sebotol sebelom naek umah kami kat tingkat 4.

elok dh ada suma bahan nk masak agar-agar tu terus masuk dapur. ya amat yakin sehingga la dh pegang periuk sebelom aku pandang cikgu mahfuzah dan cikgu mahfuzah pandang aku. yes terbaek. dua-dua tak reti nak buat muhaha..

dh tu tunggu lagi, aku kol mak aku, dia sms mak dia.. tadi pergi beli bahan-bahan cam confident ja reti buat. ala bukan la 100% tak reti konpius ja ekeke..

sbb klu tak reti langsung idak la licin agar-agar tu kwn2 rumah lain belasah. kira ok la tu cukup rasa, tak manis tak tawar. elok-elok ja dan paling penting tak keras dan tak lembik kihkih..1st time buat ok la kan. tp kenapa kami makan pakai sudu yer time tu??;P

kira bagus la cikgu mahfuzah tegerak hati nk masak agar-agar sirap time tu sbb automatik kami berdua dh tau camna nak masak lepas tu. kalau tak, tak jadik la puding mangga aku kehkeh. tambah-tambah cikgu mahfuzah sekarang makin mantap skill mari ke dapur dia. almaklom la dia tak lama lagi dh nak langsung :D




ssh nak cari gambar agar2 sirap rupanya sbb semua dari blog orang..takot nak amek..yang ni kredit to google...makaseh :D


p.s: tak geli ka tajuk fifi dan fufu tu??wakakaka

Sunday, May 15, 2011

pre wedding

klu nk ikotkan tuan punya badan tu tak dak la iya-iya sangat nk buat pre wedding nih. tp naseb la dapat kwn2 yang excited lebih muhahaha..

asalnya plan kuar makan2 biasa ja sbb ainun balik bercuti kat kampung. so dia ajak kuar. alang2 kuar tu cikgu mahfuzah ajak singgah sat kat kedai pengantin. nak survey2 katanya. so tunggu lagi aku ngn ainun snap pic konon ni photo shoot ala2 pre wedding gitu. tp ni versi kwn2 tanpa si kumbang la yer ngeh3..

so pre wedding versi kwn2 ni mesti la bermula dengan adegan mengisi perut dulu sbb masing2 lapar ya amat. memandangkan sg petani ni kaya dengan nasik ayam, nasik kandar dan jugak fast food sahaja kami memilih tempat makan paling dekat yakni belasah pizza. masing2 busan tp mls nk pk belasah ja la..



motif gambar ni senang nak tunjuk tu cincin di jari manis tuan punya badan serta hati girang cikgu mahfuzah ekekeke. dan agaknya dek aura darah manis cikgu mahfuzah tu, budak kecik dua orang ni especially yang laki2 tu sangat teruja nk main2 ngn kami..bila aku tunjuk gambar ni, dia tersengih2 suka..padahal dia kat sebelah cermin luar, kami kat dlm. comei giler :D

lepas makan tu kami gerak ke kedai pengantin. dis time kami suruh cikgu mahfuzah drive. sbb tak penah lagi merasa dia drive dan naek keta dia kehkeh..tak baek dera si bakal raja sehari tp hari ni pre wedding special for kawan2 so request kwn2 tu dipenuhi ngn jayanya hihi..




habis serba serbi pegerakan di snap ya. konon pre wedding, habis terbaek la angle gambar ainun capture tuh wakakaka..

kemudian bila sampai aku ngn ainun dengan gigihnya tak bagi cikgu mahfuzah turun selagi kami tak turun. sebabnya kami nak amek gambar kaki dia jejak tanah kahkah...sengal giler :))




habis semua benda nk amek gambar. nama area kedai dgn bangunan kedai tu pon gigih amek sbb nk make sure idea pre wedding kami ni lebih kurang cam pre wedding pro punya kahkah..sengal giler tp ya la bukan selalu pun. sekali sekala nak bt idea giler camni :D..tu gambar kaki jejak tanah, naek tangga dan nk tanggal kasut masuk dlm kedai pun sempat kami amek kehkeh...

kemudian sessi utama pre wedding. belek album gambar dan baju2 pengantin. nego pasal harga pakej suma tuh..aku bab2 ni slow sket so aku serahkan tugas dekat ainun untuk bincang2 apa yg sesuai dan cantek ngn cikgu mahfuzah..so meh aku plak amek gambarnya:D



tu tengok serius giler cikgu mahfuzah buat pilihan sambil bincang2 ngn akak owner kedai tu. ainun dlm serius sempat gak tersengih bila tengok camera hahaha..so far kedai ni mmg terbaek la..baju2 dia mmg update punya design. terkini dan mmg cun. harga pun tak dak la melampau2 mahalnya..

ni antara koleksi baju2 kat kedai tu. mana satu yg jadik pilihan cikgu mahfuzah???tak leh dedah kat sini.. kena tunggu wedding dia la yer muhahaha..ala lgipun lom buat final decision lagi mana satu. just bayangan rupa bentuk dan design tu dh ada sket2 ngeh3..




sket2 ja buleh tunjuk kang tak suprise ekekeke...

so camna pre wedding versi kwn2 nih?? sengal tak sengal tp aku rasa bertuah sbb dapat jadik sebahagian dari memori menjelang hari bahagia dia..buat cikgu mahfuzah aku tumpang hepi untuk hang dan semoga semua yang dirancang dipermudahkan dan berjalan lancar sampai la ke saat dan detik itu tiba :))..

p/s: oh lupa selamat hari guru buat cikgu mahfuzah, ticer hadrawati, akak2 aku, akak ipar aku, abang ipar aku dan semua cikgu cikgi seantero malesia :))

Saturday, May 14, 2011

entry gigih nak update

mula-mula aku nak cakap aku tak tau mana pergi semua komen2 kat entry aku yang bawah tu..lepas blogger jadik normal balik ni komen-komen tu hilang. tak tau la orang lain sama kes ke tak tapi aku punya mmg tak dak, hilang terus kecuali yang tiga tu jer. yang lain tak tau pergi ke mana..

then aku dah kembali aktif jadik vampire. yezzaaaaaa aku dah ada charger baru muhaha..yang aku sengalnya tu kan si epalejau tu. time aku xleh online gigih sms aku suruh online. ni aku dah buleh online tak dak plak batang hidungnya. mana ko pergi hadrawati oii?? kursus ker??orang lain aku tau 'sibuk' sekarang, tu pasal diam menyepi jer..aku pun malas la nak mengacau kihkih

so motif malam ni??mcm biasa tak dak idea nk merapu tapi gigih nk update. ketagih dan nk lepas gian seminggu charger rosak hahaha..tak apa anggap la aku tujukan lagu ni kat sapa2 yang baca blog aku. kira bonus la klu ada kaitan ngn kisah hidup sapa2.

aku tak sengaja tetekan channel hitz tadi. elok ja dia pasang music video lagu ni. mcm best ler plak aku tengoknya. alang2 ketagih nak update tapi idea tak dak moh layan aja la yer. black and white tajuknya. yup MV korea lagi ngeh3..





p/s: tiap kali jumpa MV aku akan post sbb teringatkan epalejau. selalunya dia akan suka tp tak tau la yg ni camna :D

Wednesday, May 11, 2011

muka senyum hati mendidih


jangan tetipu ngn gambar nih..aku tersenyum girang. tapi tu luaran sahaja. hakikat yg sebenarnya aku mendidih, mengelegak dan menyirap kat dalam...



ni salah satu sbb kenapa aku tak beli2 lagi charger..ya la dh terbang rm27o camtu ja..owh entry pasal charger dan saman lagi wakakaka..sory yer :D


p/s: klu sapa perasan aku delete entry arghhhhhhhh dan gantikan ngn entry laju2..yg sempat baca kisah yang sama tp lain title tu anda mmg bertuah kihkih

Tuesday, May 10, 2011

entry laju-laju


tu tengok tu rupa charger aku. berbalut ngn sailotip. kena operate dgn chemad ngn zul. tu tahun lepas punya kerja. bila aku cakap kat mamat dua orang tu charger aku tak detect karan, mati-mati depa nk buka charger tu even aku mati-mati gak tak bagi. tak sia-sia la depa bekeras nk buka sbb selamat dah duet aku time tu dari kena beli baru.



tapi malam ahad lepas tetiba ja laptop aku tak leh on. charger tu rosak balik. kali ni tak dak mamat dua orang tu nak selongkar operate dah. nak tak nak kena beli baru la nampaknya. tp disaat entry ni ditulis aku tak beli lagipun hehe..

so ari2 aku bawak laptop pergi opis pinjam jap opis punya charger caj lama-lama. lama la sangat. at least malam-malam aku buleh online barang sejam. tak dak la kawan-kawan terjerit pangei aku kat fesbuk. eh ada ker hahaha

naseb baek la menatang charger tu rosak elok-elok ja lepas aku habis tengok my gf is gumiho. apa tu???ala cita korea 16 episode hahaha..alamak bateri dah weak. tu pasal entry ni tajuk dia entry laju-laju. sbb aku ada sejam ja nk online sebelom bateri low. bila nk beli charger baru??haha tungguuuuuu!!


p/s: rm270 terbang bayar saman paking majlis perbandaran kemarin. mau tak bayar siap tayar keta aku kena kunci tuh..cesssssssss tul...

Wednesday, May 4, 2011

VAMPIRE


burung antu dah. kelawar pun sudah. anak batman pun dah lepas. sekarang nama baru.


. VAMPIRE .


style gak jieha nama hang bagi tu. dlm byk2 gelaran, itu yang paling cool sekali aku rasa. sbb klu melihat kepada senarai vampire yang sedia ada tu perghhhhhh tak yah cakap ler..tgk sendirik aja lah





:D




errr buat2 tak ingat pasal skandal tutttttttt dia tu


p/s: apa??mana gambar pontianak harum sundal malam??tak sesuai kihkih

Monday, May 2, 2011

gula-gula


aku ni kadang2 jadik kaunselor tak bertauliah. tempat orang merujuk pada satu-satu permasalahan. kawan-kawan suka la nak suruh aku perah otak cari idea kalau depa ada benda nk kena settle. salah satunya ni masalah cinta. konon cam expert tp hampes la kan hahaha

dalam banyak2 tu paling tak tahan idea nih. bila ingat balik ngn si yang bertanya tu kami gelak guling-guling. camna la buleh terpikir nk guna kaedah nih. mcm ngek la idea tu. tp tu ja yg terdaya aku bagi wakaka..sbb yang bertya tu dah habis pikir dan tak dapat pikir dengan rasional lagi dah. so idea aku yg bunyik cam budak sekolah punya idea tu diterima bulat-bulat..ok gelak guling2 lagi hahaha..

ideanya adalah dengan memberi gula-gula yang terdiri dari perisa berikot pada si target setiap kali si bertanya tu terserempak dengan dia. peratus kejayaan??hahaha tak yah cakap la ;P




sila analisa gambar ni betul2 untuk mengetahui apakah perisanya :D

naseb baek bila yang si bertanya tu ada taget baru dia tak guna idea ni. cuma kalau dia kental dan gigih nak pakai idea nih kan dia kena tukar perisa ja. kena tukar dari perisa kat atas ke perisa di bawah nih..



tu pun klu dia rasa nk cuba lagi la idea merapu teruk nih kihkih


klu nk ikot yang si bertanya tu pun ada gula-gula perisa dia gak. tapi tak apa la. tak nak la letak kat sini. kang jelas sangat pulak. dalam kurungan mcm la letak dua perisa kat atas tu orang tak perasan hahaha...

p.s: pesanan penaja. entry ni telah mendapat kebenaran dari si bertanya sebelom dipublish yer..so dun wori :D

Sunday, May 1, 2011

"she's here!!"

orang lain update pasal royal wedding aku pon gigih nak update. satu dunia teruja yer nk tgk wedding nih. orang lain excited aku tak heran. bos aku excited aku kerut dahi. sebabnya kan dia tak pernah kot buka website mcm facebook apatah lagi youtube kat pc dia.

klu buka IE or mozilla tu memang dah set ke company punya website. gigih tak gigih aku describe tahap dedikasi bos aku ni bekerja. tp jumaat lepas gila awal dia on youtube sbb nk tgk william bersanding katanya wakakaka. ayat tak tahan bersanding tu kuikui.

aku pun numpang tempek tgk. sbb nya aku nak tau kenapa suma org excited nk tgk. gigih la tgu tenet tu tesekat2 geraknya padahal sempat ja sampai umh tengok live. masa gigih tgk kat youtube tu lom sampai part penting pon.

so masa aku tengok tu aku tertarik ngn satu part ni. part yang buat aku tersengih haha. masa si kate tgh berjln menuju ke william. then si harry tu pusing belakang dan ckp something kat abang dia. agaknya dia cakap "she's here now" kot :D



ok dia pusing belakang




then dia ckp something kat abang dia..ngek kompom la lagi nebes dan tak sbr abang hang tu nk tgk bini dia harry woii hahaha


buleh nampak si william tu dh gerak2 badan dia time nih.sengal harry..tak kata dia la. klu aku pun, akan buat benda yang sama. terhegeh ja nk pusing belakang dan tgk. then cakap "dia dah sampai la, dia dah sampai" hahaha


p/s: akhirnya kisah aku dia dan merlin berakhir ngn ikatan pertunangan..tahniah miss lolliyana wakaka