Tuesday, September 20, 2011

aci delete buleh??


err aci delete buleh tak entry sebelom ni tu???hahaha malu siot ni nak mengaku..mau kena lekuk ni klu aku mengaku.

ok tarik napas dalam2..err aku ngaku aku tengok drama yg aku cakap aku tak nak tengok sebelom ni hahahaha..rasa mcm tak cukup tanah ja nak larik neh kuang2..tolong kawan2 jgn sembur aku ekekeke

ni kisah betul yer..tak reka punya okeh.aku tak tau pon arini ada drama tu.. aku pakai tekan ja remote tadi. kebetulan tgh tayang drama tu lor..tapi tu la penangan botak tu kuat sangat la. dia punya daya tarikan ke-samseng-nan- nya buat aku tunggu sampai habis kot..

bab heroin mmg aku pejam mata ja lah even 10 minit pertama aku mengeluh gak ler..tapi demi botak aku tabah layan..so far tadi ok la cita dia..buleh layan la.tp lagi best klu heroin dia orang lain kot.. tetap tak puas hati tuh. tak pasal-pasal emo lebih kahkah. sengal!!

botak or dlm drama ni nama dia aril mmg jadik sangat la samseng dia.. bab samseng mmg terbaek la kan.. so pasni aku nk tunggu part dia tangkap jiwang lak..nk tengok camna jadiknya..haip haip ulang suara balik..lepas ni nk tengok???hahaha...oh mannnn!! ;P

baru arini aku faham dengan sedalam-dalamnya akan maksud peribahasa melayu terlajak perahu buleh diundur, terlajak kata buruk padahnya dan terlajak up entry buleh delete tapi kalau org lain dah baca tak guna dah aih..tadah telinga kena sembur ajalah kahkah..

sebagai penutup aku letak MV drama korea sorry i love you neh. apa kena mengena?? sbb cinta elysa pakai background music drama ni okeh ngeh3..





p/s: 10 kali pk nk publish ke tak ni hahaha

Saturday, September 17, 2011

sori kansel :D


terlalu depan tv masa tv3 tengah pasang iklan nih. terpaling tertengok dan nampak si hero. terus terkuar dari mulut. " eh botak, botak juvana!!nk kena tengok ni".. sekali kuar lak si heroin. err terus tekuar dari mulut jugak. "hmm tak pa lah. kansel la nak tengok " wakakaka





hoh mmg kena tgk kt youtube ka??so click tgk kat sana ja lah nooo


maap yer pada peminat si heroin tuh ;P.. ala setakat aku sorang kansel tak jadik tengok tu tak jejas aih. ramai lagi peminat drama melayu akan layan drama ni yer dak??kwn2 yg tegar tengok tu nanti recap untuk aku okeh kuikui..


p/s: bukan salah aku tak tengok drama melayu. hampir2 dah tu nk tgk tp...hahaha

Thursday, September 15, 2011

eh, farid kamil!!

abaikan lisa surihani dalam gambar berikot. tapi sila fokus pada farid kamil sebab aku nak cita pasal budak aloq staq sorang tuh. motif letak gambar ni??haha sebab aku tak rasa dia smart kecuali dalam movie ni ja. sorry peminat farid kamil ;P..




oh jangan salah faham. aku bukan peminat farid kamil. tapi cikgu mahfuzah sangat minat dia. so mmg jadik impian cikgu mahfuzah la untuk terserempak dengan farid kamil ni dalam uitm tuh especially masa mula-mula sambung study kat shah alam.

maklum la kisah farid kamil wujud kat uitm puncak perdana tu mmg well known dari merbok lagi. so bila sambung degree kat sana tunggu lagi??tak mau tgk dia depan-depan???

tapi entah tak berjodoh kot nk jumpa dia masa baru-baru duduk sana tu. sampai la satu hari masa dalam kelas management. apa nama lecturer comei tu entah???hahaha aku lupa nama dia kuang2. cik wan ker??;P

aku yg mmg tengah mengantuk giler time tu tertoleh ke luar cermin. sekali farid kamil lalu oooo!!terus aku tercakap "eh, farid kamil!!" niat masa tu konon nk gtau cikgu mahfuzah la kan. sekali satu kelas toleh tengok. klu dah satu kelas tengok hang rasa cik wan tu tak toleh tengok???

laju ja ayat ni sampai ke lubang telinga aku " sini mmg ramai artis. ramai lagi buleh jumpa lepas kelas ni".. agak-agak muka aku time tu?? memang persis gadis melayu yang duduk tunduk sopan dan ayu sambil tersenyum simpul menahan malu (T_T)

tapi akhirnya cikgu mahfuzah dapat gak autograph si farid kamil..tak tau ler dia simpan lagi ke tak autograph yg siap dengan ayat thanks for being my fan..-farid kamil- hahaha

p/s: aku tak rasa classmate aku still ingat lagi pasal kes ni..yg kompom aku mmg tak lupa punya lah hoho

Monday, September 12, 2011

penangan tv zaman sekolah

guess what aku tak melayan cita korea online tapi aku tetiba melayan charmed yang last aku tgk masa sekolah-sekolah dulu..ada sapa-sapa giler charmed???so sapa yang ampa suka??haha ok aku suka piper and of course ler anak dia si chris versi masa depan ngeh3..tapi tahir suka phoebe..yeah bila tengok balik drama ni rasa kelakar lak si phoebe ni hohoho




charmed 9??err bukan 8 ja ka??hehe


bila tetiba ungkit pasal charmed series depan tahir dan jieha dengan sepantas kilat depa jerit charmed yang 3 sisters witch tu ka??feberet tuuuuu!!hahaha..jieha suruh download tapi arahan mendownload itu diarahkan pada org yang salah sbb aku bukan jenis suka mendownload mcm aku pernah crita kat sini dulu heh..so jieha, ada dua pilihan ja samada hang download sendirik lepas tu copy kat aku or just cari jer kat youtube :P

well cita ni mmg tahyul habis tak yah cakap la kan..tapi kalau setakat tgk gitu2 tak apa kot haha..aku tak ingat season mana yang last aku tengok tapi kalau tak salah season 6 sbb ada chris. anak piper dengan leo yang datang dari masa depan sbb nk selamatkan abang dia si wyatt dari jadik jahat.

giler kan ingat??ingat aku ni hantu cerita korea jepon ja ka.. cita indon pon aku terlayan apatah lagi cita omputih. senang cita aku ni mmg kaki tengok tv pon time2 sekolah dulu hahaha..satu pengakuan iklas dari hati :D

err satu lagi cerita tekenal zaman aku sekolah dulu. kalau tak ingat mmg tipu la. cerita nih ;P..




THE CAVE OF THE GOLDEN ROSE!!

fantaghiro, ramualdo, tarabas. perghhhh!!giler tak hengat dulu ni beb!! mana ada budak sekolah zaman aku buleh lupa punya lah cerita ni..tahir kata tv9 tengah tayang balik. patut la aku tgk status gigih nani mintak mata bertahan dari ngntuk gara2 nk tunggu cita tu..hebat tak hebat penangan cerita ni..sampai sekarang pon buleh ingat plot cerita nya wakaka..tapi aku tak gigih nk ulang tgk dah kot kecuali mmg aku depan tv dan tertengok ler :P


p/s: gudluck pada semua anak-anak yang amek upsr esok dan teacher hadra yang cuak mengalahkan students dia hahahaha

Saturday, September 10, 2011

kira boleh la kot??


agak-agak kan sangat meriah tak kaler stickynote kat atas tu hahaha..boring tahap gaban aku malam ni sampai terajin nak buat banner baru.

nak siapkan banner ni, buleh tahan dua tiga kali gak la terpadam laptop aku. maklumla dah tua mana la tahan bila guna software selain microsoft office huahua..

so tahir ni la menatang yang hang tanya menda secret mission aku nak buat malam ni..kena terima kaseh kt hang gak la..klu tak sbb clothes clip hang tu tak dak nya jadik banner aku malam ni kihkih..maseh yer :))

kira boleh la kot aku pakai banner baru ni?? nak tunggu buat lain tu aku rasa makan tahun la ..tapi klu tak sesuai cam kes aku tukar layout dulu, aku buleh ja tukar semula kuikui..

p/s: kena buat jadual makan kenduri kwn2 mula dari bulan depan..tiap2 bulan tuh kenduri haha

Tuesday, September 6, 2011

teka lagu raya versi kami

wak AG ngn usop ni lambat tul main teka tajuk lagu raya. aku ngn kwn-kwn aku seminggu nk raya kami dh puas main. tapi kami tak main teka teka tajuk lagu. kami main sambung lirik terus.. nak tengok camna kelam kabut dan berebut2 kwn-kwn aku nk jadik pemenang??budget cam dapat hadiah ja padahal apa pon tak dak haha

gelak guling2 tgk masing-masing berebut nk jadik paling pantas taip lirik lagu. sampai salah salah eja la punya nk laju. rasa mcm nk tecabut ja keyboard sbb laju sangat menaip. semput teruk sbb gelak sakan ekekeke..tapi nk gtau siap-siap la. aku tukang pengacara yer. tak yah nk berebut taip perah otak ingat lirik huahua..cara ngelat untuk betanding sbb aku lagi fail teruk dari miss lolliyana kuang2 :P









cukup la aku post tiga dari banyak-banyak lagu yg depa duk berebut nk jwb sepanjang minggu sebelom raya tu. champion jgn tanya la kompom la yg paling cepat menaip even beterabur. dilla memang otai ingat lirik lagu raya. tahniah puan dilla bak kata cikgu mahfuzah asal ada pekataan syawal ja lirik lagu tu kompom dia nombor 1. maklom la nama laki dia syawal kuikui

tahir nombor dua berentap sakan dengan cikgu mahfuzah. ainun pon buleh tahan mantap kecuali lagu aisyah pulang lah yg dia mmg buat-buat tak tahu haha. tapi malang pada miss lolliyana sbb dia gagal semua lagu wakakaka..tak pa raya haji kita cuba lagi yer kihkih..


p/s: librarian tu sebenarnya keja dia apa??kwn2 tolong explain..