Wednesday, November 30, 2011

autumn concerto

ada ka org dalam dunia ni bila dia hadap internet dia tak pernah rasa tak tau nak tekan apa??klu ada mmg hebat la orang tu. mmg dasat lah. mcm aku kan, bila aku dah habis penat letak jari kat keyboard sambil mata hadap google tanpa sebarang perkataan, aku akan taip youtube. dan kemudian aku akan taip autumn concerto. ni bukan drama korea tapi still drama dari negara mata sepet ler.





drama taiwan. aku tak ingat camna aku buleh terjumpa drama ni. masa tu aku baru2 beli berukband. zaman masuk keja pukul 10.30. waktu tu lagi dasat aku jadik vampire. sekarang ni aku dh insap sket. reti dah tdoq awai kikiki..ya pecaya la kawan2 aku dh reti tdo awal. tapi jgn tya la pukul berapa awainya tu kan :P

pada aku drama ni best la. tu pasai klu tak tau nk buat apa dengan internet aku rajin ja nak taip autumn concerto. layan balik mana2 episode yang best. idak la aku layan balik semua episode. 21 episode tu semua klu nk layan seketul2 balik. tak gigih kot.

drama ni jenih love story. standard drama pempuan hahaha. hero tu si vanesss yg dulu belakon meteor garden. apa, tak kenal???ececece mcm tak percaya ja budak2 pempuan zaman sekolah dulu tak layan meteor garden. F4 tak ingat??ekeke

sinopsis cerita nya mcm biasa sila google sendirik haha. yg pasti cerita ni ada dua part. zaman college and zaman dewasa. aku suka part dewasa bila si hero konon membencik si heroin padahal dlm hati dia sayang aja pempuan tu. biasa la kes sakit hati kena tinggal.

dan standard drama taiwan byk watak2 sampingan yang kdg2 aku rasa nk skip ja setengah2 episode tu. paling cute si budak kecik yang jadik anak hero dan heroin tu. sangat comei dan bijak. dek sebab dia mak ayah dia bersatu semula even mulanya tak lebih dari terpaksa. eleh terpaksa dekat mulut dalam hati nak jer ekeke. so sapa2 yg tak pernah tgk dan ada byk masa free buleh la layan drama ni.


p/s: bekerut dahi bila ada org cakap jgn putus asa errk!!


Friday, November 18, 2011

sedih dan gembira

aku tak pernah kuar dengan entry sedih. pernah ka??tapi sekarang aku sangat sedih. sedih sebab kawan yang setia dengar aku meroyan, marah, begossip, translate emel kerja untuk aku or kdg2 bincang topik berat lapan jam lima hari seminggu kecuali ari aku tuang kerja akan bekawen malam ni tapi aku tak dak kt sebelah dia.

aku mintak maap miss lolliyana!! serius aku sikit lagi ja ni nak tangkap leleh. ni bukan lawak sengal. ni bukan gak ayat2 nk buat hang rasa geli. ni luahan hati yg sangat tulus dari hati. aku sedih gilerrrrrrrrrrr sbb tak dak di ari besar hang!! dan aku tau adalah menjadik impian hang untuk semua kawan2 ada masa hang kawen T_T

aku sedih sbb tak dapat pergi tapi aku hepi untuk hang. finally nurliyana and hanif kawen. tahniah dari aku. aku doa semoga rumah tangga yang dibina kekal bahagia dan di rahmati ALLAH sampai syurga!!aminnnnnnnn :))




make sure lepas ni hanif yg diutamakan bukan merlin okeh haha..congratz PA!!


p/s: kenapa tak pergi??miss lolliyana tau kenapa huuu

Tuesday, November 15, 2011

jgn sekali2 terpedaya




aku nk pesan ni. klu tetiba kwn baek ampa ada sms camni jgn sekali2 terpedaya

thank you for ur support to me. ur kindness n ur guidance i really appreciate. thanks a lot

klu ampa rasa pelik sbb tetiba kwn ampa sms camtu, kompom ampa reply sms tu kan

so aku yg tepedaya telah meng reply msg tersebut

hehe tetiba cakap makaseh kat aku ni awat??

dan itu soalan yg memerangkap diri sendiriknya sebenarnya sbb lepas tu skype masuk dengan ayat2 bunga camni :

kena antaq msg kat best fren sebab ada kursus TEAMING WITH PASSION KAT TM.siap dpt keja sekolah lagi. aku xbuat lagi. tolong buat karangan kat aku sat. tajuk team work

then even aku balas

hehe tak faham

tapi once dah teperangkap tiada jln kuar lagi dah

tolong la google sat. aku mls nak karang ayat hehehe. penat kursus nie. siap kena jerit2

so endingnya aku google untuk dia. dan jieha tahniah sbb berjaya pedayakan aku buat kerja sekolah hang!!


p/s: hahaha aku mmg saja cerita kat sini jieha :P

Thursday, November 10, 2011

real bukan mimpi


gambar hasil tuang keja arini hahaha..




mahfuzah & firdaus
10 november 2011
congratzzzzzzz!! :))

ya ini gambar real. bukan edit ka apa.
itu pooh. ni bkn lawak or mimpi.
dia dah jadik bini orang kawan2. seriously!!

selamat pengantin baru cikgu mahfuzah dan incik firdaus
semoga rumah tangga yang dibina dirahmati Allah swt dan dikurniakan anak2 yang comel serta bijak dan ceriaaaaaaaaa seperti ibunya jugak :P


p/s: seriously aku iklas dari hati pergi kenduri kwn2.tak pernah mintak dibalas ke apa :)


Wednesday, November 9, 2011

memori di pagi aidiladha

ini buleh dikira entry poyo and mengada-ngada. poyo sbb nk tunjuk bukti rajin tolong mak masak nasik bukhari dan mengada2 sbb luka sikit pon snap gambar upload dalam blog wakakaka





kejadian berlaku pagi raya haji. konon dengan mantap ala2 master chef nak buka penutup tomato puree. sekali tarik nah hamek makan jari kot. pedih dan berdarah tu standard la. tapi cuak sbb betul2 dekat garisan urat kat tgh2 jari. siap nampak isi tekuar sikit dan luka tu dalam gak ler.. tp dun wori idak la sampai kena jahit..sbb tu aku kata poyo buat entry ni haha

ssh sikit nak makan tapi manfaatnya hahaha aritu buleh ngelat basuh pinggan kikiki. so dah la kot. p tdoq la..benda kecik camni pon letak kat blog buat kena kutuk ja nanti :D


p/s: mlm ni malam debaran untuk cikgu mahfuzah sbb esok dia bakal begelar isteri kepada seorang suami =D



Tuesday, November 8, 2011

paling laris

ok petang tadi lepas antr mak aku pergi umh kenduri, aku terus pergi petronas isi minyak dan singah popular. owh arini aku cuti lagi :P..saja nak buang masa sbb lepas tu nak amek mak aku balik plak.

then aku berdiri depan rak paling laris. of kos la dalam banyak-banyak buku yang paling laris tu adalah dari kategori novel. dan jgn harap la aku untuk beli buku ilmiah kompom tak kan habis baca punyalah ekekeke

entah camna aku yang dah bekurun tak beli apa2 buku selain hlovate dan cecilia ahern tetiba tadi bekenan lak ngn cover novel ni. serius aku beli. aku rasa best la kot klu tak asal ada dlm rak best sellers kan.




then balik rumah aku try gak baca tadi dan terus aku pusing belakang novel tuh. rm21.00..tau aku rasa apa??rugi lak aku habiskan 21 hengget beli hahaha..serius untuk 95 pages yang aku baca tu aku rasa amat busannnnnnnnnn. byk sangat aih watak dan paling aku tak tahan nama panjang berjela2..loh dari dulu tetap sama ka? nama hero n heroin mesti kena panjang2 dan mesti kena jadik anak tan sri2 dan puan sri2 ka???

secara automatiknya aku terbayang camna dia buleh duduk dalam rak paling laris???adakah semua yang beli tu tetarik dengan tajuk dan cover nya???or aku dh dewasa sangat untuk baca plot kisah cinta mcm tu???or maybe aku ja rasa camtu kot. maybe orang lain best ja novel ni. tak pon awal sangat kot nk judge novel ni lepas baca 95 pages??

apapon tetap bahasa sempoi hlovate ja buleh masuk dengan aku. dan satu ja aku belajar arini. duduk dlm rak paling laris tak bemaksud buku tu best hahaha..sori pada peminat novel tu, ni cuma pendapat aku jer :D


p/s: agaknya sbb teringat full house kot beli novel ni hahaha..

Wednesday, November 2, 2011

dah november

oh dah november. pergh, next month masuk disember maksudnya cukup 3 tahun aku keja kt college sekarang ni. jumpa muiz dekat kenduri jieha aritu, dia cakap hebat tiga tahun tahan tuh hahaha. hebat kan??otai habis wa cakap lu ngeh3..

motip entry ni bukan pasal november . saja ja tu intro hehe. aku nak wish tahniah kat depa-depa ni sebenarnya. 1st sekali mesti la jieha dan fazrul. dah selamat pon jadik suami isteri. tahniah ler. perkenalan di friendster berakhir dijinjang pelamin akhirnya. friendster la zaman tu mana ada fesbuk lagi ekekeke




bebaloi berani pakai merah..menyerlah habis haha

then nak jugak aku letak kat sini. saja nk bagi panjang satu entry haha. aku nk ucapkan tahniah jugak la dekat adik aku. ala adik aku yg best sbb bwk lari beruk aku 3 aritu tu..dia konvo 22hb lepas. ari 1st gaji dia masuk ngeh3..berkat bwk lari beruk aku la tu dapat keja hahaha




belasah gambar dia kat fesbuk. gambar camera aku tak lepas2 nk upload

adik aku konvo anak buah aku pon konvo jugak. tapi dia konvo level pra sekolah hahaha.. hoh 6 thn akak aku duduk sabah. sama umur aliya dah. tahun depan buleh kot pindah sini..tak tahan aku dengar pelat aliya ni makin pekat sabahnya. tekanan aku nak faham. even kawan baek ngn epalejau tapi dengan aku dia cakap pelat keyell. ok la dari dia try ckp kedah kan. buruk giler wakaka




no dua keseluruhan pasti pasir putih..cayalah aliya!!:))


ok done satu entry untuk intro bulan november. nampak sangat tak dak kerja la nih hehehe

p/s: tahniah jugak untuk wani ngn cira. adik2 yang buat praktikal dekat college aku. depa pon dh konvo :))