Saturday, December 31, 2011

tayangan perdana la sangat

motif aku buat entry ni sbb aku busan malam ni haha. so aku telah menjadik rajin untuk edit dan tgu gambar ni loading masuk blog. ni gambar2 kandid sehari sebelom dan ari keduri aqiqah anas dengan ibraheem 16 hb aritu. dah lama tapi tak rasa nk update pon. baru mlm ni terasa nak buat. kira tayangan perdana la ni wajah anak2 buah aku ekekeke.



ok aku kenalkan yg atas moto tu anas. bila naek moto tak nak turun. tampar kang baru tau ahaha. yg main bola besar tu ibraheem. baru besar tu tapi dah giler minat dengan bola. yang tersengih nampak gigi baju belang abang ibraheem, nama dia izziddin. dia mmg suka sengih nampak gigi. yg rasa macho baju belang merah tu lak abdurrahman. abang kepada izziddin. dia ni sama mcm aku suka makan :P



kan aku dah cakap dia suka makan. orang lain dh habis makan dia tak habis cedok lauk lagi tuh ekeke. baju merah dalam gambar tiga orang tu muhammad. abang kepada abdurrahaman. tu gambar masa depa buat2 macho tgk kambing kena sembelih. ha yg pempuan tu nama dia nazhan afifah. ni bagusnya ada anak2 buah yg dh besar. rajin nk tolong bungkus goodies bag. setel depa buat semua aku cek jer ngeh3..



yang pegang senduk tu afif. dia cucu sulung so gaya dia pon mcm orang besar. tak nak isi2 goodies bag semua tu apa barang. dia kacau gulai kawah terus haha. yg pakai tudung tu la aliya. ala yg puji aku bijak masa aku buat kek pandan aritu :P..tgk anas tak nak turun dari moto lagi ish2.



yg bejln bawak goodies bag tu aisya kakak anas. gara-gara gambar ni la kami buleh kesan mana hilangnya satu lagi goodie bag. ya aisya yang amek rupanya. baju merah tu muhammad. gambar ats tu xclear sangat ni clear sket muka dia. ada lagi sorang anak buah aku hanan syakira. tak tau asal gambr dia tak dak folder aku ni. transfer tak habis rasanya dari camera. tapi aku pernah tulis pasal dia dulu. buleh tgk kat sini gambar dia.

p/s: nama ank2 buah aku mmg klasik dan seketul2 semua kecuali syakira dengan afifah ja lebih satu pekataan :))

Friday, December 30, 2011

ini tidak adil!!


" ini tidak adil tidak adil bagi ku!! "


aku tujukan lirik lagu yuna ni kat yun and skinz yang tengah syok bejemur ditepian pantai, yang tengah bagi makan penguin kat underwater world langkawi dan pura2 buat tak gayat atas kabel car tuh.


*fokus kat part tidak adil ja. lain2 tu abaikan. tak pasal2 kot yg lain tu ekekeke





and please epalejau, nad , acik maapkan daku sbb tak join uolssss dating dekat kolompo esok..insyaAllah next time yer hehehe. err jgn boikot cerita cik stickynote okeh ;P





p/s: tutup tahun 2011 dgn kena bekerja pada 31/12/2011. hepi new year semua :))


Wednesday, December 28, 2011

tomyam pukul 10

pukul 10 malam klu rasa nak makan tomyam agak-agak gigih tak kuar nk g makan??? klu duduk luar mmg kompom tarik kaki roomate cari jugak. tapi klu duduk dengan parent better hang p selongkar peti ais la cuba naseb tgk apa yang ada.

yeah kesan dari penyelongkaran tersebut maka terjumpalah bahan-bahan basic seperti daging, serai, carrot, cabai melaka aka cili padi, kobis, sawi, limau dan paling penting pes tomyam. biasa la amatur klu tak dak pes kompom tak rasa tomyam ler kang wakakaka.

dan ini la hasilnya setelah 30 minit behempas pulas dekat dapur sampai mak aku tanya dari depan "hang buat apa tu??"nampak sangat mcm2 bunyik dengar hahaha. dengan bangga jawab "tomyam!!"




ni lepas kuah tinggal separuh dan kelihatan bhn2 yg dipotong mak dato besaq :D

mmg dari segi rupa paras tu tak berapa nk cun apatah lagi sedap. tapi dah guna pes buleh budget kot rasa camna ekekeke. buleh ler cara masak dan selongkar peti ais pukul 10 malam. so pada sapa2 yg rasa nk mkn tomyam pukul 10 malam buleh la cuba selongkar peti ais masing2. tp klu rasa nk mkn pukul 1 pagi baek p tdoq ja lah. gigih kot nak masak time2 tu..

p/s: tahniah yun and cikgu mahfuzah. mmg ampa dewi BEL pon masa kt uitm dulu :))

Thursday, December 22, 2011

entry bila bos cuti


aku tak pernah perasaan suara penyanyi sorang ni sedap jugak rupanya. sampai la satu pagi dlm keta hot pasang lagu baru dia. tak caya dengar lagu ni.





klu ada sapa-sapa rasa tak cukup clear dengar suara dia tu meh aku upload lagi satu video clip. tahun 1988 punya neh. berhinggus lagi aku time ni . padan la tak pernah perasan suara dia. masa dia pakai baju bentuk hati liplap2 ni aku baru tiga tahun. klu aku besar sket dlm tingkatan2 ke time tu entah2 aku jadik peminat dia wakakaka..ok aku main2 haha!!





p/s: bila bos cuti pasal ramlah ram pon leh jadik satu entry..main2 sungguh :P

Wednesday, December 21, 2011

satu liter ayaq mata

aku selongkar bilik tadi cari cd printer. jumpa ja cd printer. bukan takat cd printer aku jumpa dengan2 cd lain sekali aku jumpa. beterabur dlm kotak brg lama2 aku tuh. teka aku jumpa cd apa lagi?? hahaha muka cam aku ni tak kan tak buleh teka cd apa kot kan :D

aku jumpa cd citer jepon. tajuk dia ichi rittoru no namida. ha cepat pergi google translate klu nak tau menatang apa tuh. ala satu liter ayaq mata bila terjemah dalam bahasa melayu kita neh ahaha. tukang supply citer ni si epalejau. dia yg download masa duduk dlm kolej kat puncak. so klu sapa2 tak puas hati asal internet kolej slow time tu dia la puncanya hahaha. bukan satu dua episode 11 episode lak tu.





ni citer sedih mcm tajuk dia la. citer camna si aya yang sangat aktif and ceria tetiba dapat tahu dia ada penyakit yg mmg tak dak ubat. menda entah nama tu tp penyakit yang ada kaitan dgn saraf otak rasanya. so part sedihnya bila aya ni secara perlahan2 tak buleh bergerak even untuk suapkan makanan dlm mulut. dan paling sedih sampai peringkat dia tak buleh nak bercakap.

then aya tu sangat tabah terima apa terjadik. dia tulis apa yg dia rasa dlm diari sampai ke tahap dia tak mampu dah nak pegang pen. dia terpaksa lepaskan bola keranjang, kwn2 mula rasa dia satu beban bila dia bekerusi roda, adik dia malu bila kwn2 ejek dia ada kakak yang berjalan tekedek-kedek, dan direject budak laki yg dia suka lepas tau penyakit dia tu.

hahaha disaat ini la muncul sorang herooooo yang bernama aso. anak doktor yang degil tak mau jadik doktor tapi lepas kenal aya dia mula buka buku2 medic ayah dia. mula-mula nampak macam dia simpati tp lama2 dia mula suka aya sampai dia sanggup nk jadik doktor dan kaji pasal penyakit aya.




tapi kesungguhan dan kecintaan aso tu tetap tak dapat selamatkan aya. frust aso bila aya request suruh berenti lawat dia dekat hospital and lupakan terus dia. last sekali before ending aso nekad redah jugak pergi jumpa aya dan itu adalah antara pertemuan kali terakhir mereka. one liter of tears ni mmg real story kecuali watak aso yg direka dlm drama untuk sedapkan jalan cerita jer.

p/s: dah tau tak reti nk buat sinopsis tp gigih jugak nk buat hehe..sori had lambat :P

Monday, December 19, 2011

baru nk tengok


orang lain maybe dah tgk kot video ni. tapi serius aku baru tengok. tengah duk golek2 atas katil sambil layan fesbuk aku nampak yun share video ni.

serius dlm golek2 aku buleh bangun hadap laptop sambil letak dua2 belah tangan dekat mulut yang terngaga dan cakap ya Allahhhhhhhh!!

rasanya ni 1st video pasal kawen or tunang or pre wedding yang buleh buat aku bangun dan duduk bersila dalam gelap tengok dengan sepenoh hati. serius ok hahaha





sempoi habis fuhhh!!


p/s: apa??klu ada orang buat kat aku mcm ni apa jawapannya?of kos la jawapannya kena tunggu dulu KALAU ada yang buat ok wakaka


Saturday, December 17, 2011

ala senang ja

rupanya tak susah nak buat cake. tambah2 cake pandan kan. ala senang sangat ja pon. sampai anak buah aku nama aliya tu cakap aku bijak tau bila cake tu dah siap. mau tak cakap bijak aku siap buat hiasan bagai. mmg teruja la aliya bila aku tulis nama dia atas cake tuh.

ala klu aku yang tak pernah buat cake ni buleh buat cake sampai aliya puji bijak kompom orang lain yg sama level dengan aku buleh buat punya lah. bukan cake pandan jer, cake strawberry, cheese cake, kek coklat dan tak kisah la cake apa pon tak dak hal punyalah. meh aku nak ajar.

1st step kan sila masuk ke website ni untuk salin resepi. then ikut just la step-step yang dia bagi tu. apa??nk tgk aku buat dulu jadik ke tak??haii aliya cakap aku bijak kot, kompom la jadik cake tu. tapi tak apa la aku tunjuk jugak step2 nya. so step2nya seperti berikot. aku siap letak gambar ok sebagai bukti kek aku jadik.

ok ni step-stepnya. simple ja bahan pon. butter, gula, tepung, serbuk penaik dgn esen vanila. lepas tu rotate ja adunan tu. then pusing-pusing sampai jadik dough. pastu pilih ja nk letak cake tu kaler apa. kot nk buat cake pandan letak hijau. nk cake oren pilih kaler oren. senang dan cepat lak tuh.




ha lepas tu sapu jalah icing tu sampai rata dekat cake dua tingkat kita tadi tuh. aku ulang 2 tingkat ok!! dah siap sapu buleh la hias cake dengan bahan-bahan hiasan. part ini ikot la kreativiti masing-masing.



ok ni hasil kreativiti aku. biasa jalah cara tak rajin sangat nk buat kan. ada ceri sket then tabur sket benda2 alah tu. letak lilin 4 batang . mmg cukup la untuk buat aliya cakap aku bijak.




so cantek la jugak kan. last sekali bila dah habis hias jgn lupa click finish yer. ok selamat mencuba. aku larikkkkkkkkkk dulu hahahaha


p/s: lupa nak cakap aliya baru 6 tahun hikhik

Monday, December 12, 2011

misi baru


aku ada misi baru start malam ni. mungkin aktiviti online sampai lewat2 mlm akan dikurangkan untuk menjayakan misi ni. aku target lepas 5 ari misi ni akan berjaya tapi klu ketagih teruk kemungkinan misi tu akan berjaya lepas 2-3 ari. nak tau misi apa??sila tgk gambar kat bawah.








muhahaha ombak rindu tuhhhhhhh!! ni versi tahun 2002 punya okeh. opismate aku punya novel. pinjam sat nak baca. best sangat ka sampai filem untung juta2. so tunggu lepas aku baca sampai habis then baru aku buleh jawab best ka tidak ngeh3. versi filem aku tak rasa nak tengok sbb ramai cakap tak best mcm novel. so nak feel aku khatam dulu novel. ok daaaaaaaaa aku nak jadik ulat buku hahaha..


p/s: menda la nk present pasal ebook sok ni..

Thursday, December 8, 2011

tomato


pernah tengok short filem ni??klu lom moh ler tengok. cerita pasal sahabat. buleh teringat zaman belajar dulu :)







teringat masa dekat resak. aku, epalejau, udalolli, miss lolliyana, ate, cikgu mahfuzah & ainun. budak2 ja dulu sekarang kawan2 aku ni dah kerja hebak2 belaka. siap ada yang kawen dah.

ingat lagi bila cikgu mahfuzah menari setiap kali dgr hp motorola epalejau berbunyik. penoh perasaan lak tu wakaka. tapi sekarang dia dah jadik bini orang kihkih. teringat lagi bila ada syiling pakat rajin ja nk masukkan dlm perut jakfar si tabung lembu udalolli tu :D

tak lupa bila semua masuk tdo awal time streamyx buat hal. klu tak harap la nk masuk tdo selagi jam tak cecah pukul 3pagi. tu pon sbb ada kelas pagi ekekeke. derita giler bila takdak internet yer??? hahaha. bersimpang siur kabel tenet tu dalam rumah.

sengal tul bila duduk sebelah menyebelah pon sembang pakai skype. ngek giler perangai. paling best ada orang tak perasan satu rumah ngutuk dia dlm skype. siap dia sekali join conference tu tapi dia tak sedar hahahaha. buleh teka kot sapa orangnya :P


p.s: hampes tul laptop ni. tadi aku tgh chat tepadam ja. skrg ok ler plak..


Tuesday, December 6, 2011

simple , sempoi dan sweet

punya la dasat aku tgk org duk mengomen pasal ombak rindu. meleleh2 aku tgk status masing2 dekat fesbuk. tp acik dia kecewa sket ngn filem tu tak mcm novel katanya. aku tak baca ombak rindu tu so aku tak leh nk komen la kan. dan aku bukan kaki wayang pon hehe

ni bukan nak crita pasal ombak rindu tapi pasal aA+bB. novel hlovate tu. bukan sbb apa, si epalejau yg terer masak ayam masak sate tu teringin nak baca katanya. yala dia search pasal ombak rindu. mmg jumpa la satu blog ni. dia up entry psal ombak rindu tp yg peliknya semua komen2 mention pasal aA+bB.



aku amek dari google

aku pernah kan kuar ngn satu entry camna aku buleh jatuh cinta dengan novel2 hlovate. mula dengan aA+bB la. 1st novel yang aku beli. klu nk ikot cover depan tu idak la cantek dan menarik mcm novel paling laris yang aku tesilap beli tu. serius aku tak baca2 dah lepas kuar ngn entry tu. sorry ler tp mmg aku tak buleh langsung nk hadam bahasa dia.


motip???



- iklan -
saja letak lagu sorry2 sempena aku tak leh baca lebih dari 95 pages novel paling laris tu muhahaha



lain dengan aA+bB. camna nk cakap entah. jalan cerita dia biasa ja. normal punya jln cerita. dah selalu pon orang buat tapi still aku rasa best. bukan aku saja kot ramai lagi yang kata best. rasanya klu nk describe jln ceritanya mcm simple dan sempoi. itu ayat aku tapi miss lolliyana cakap simple, sempoi dan sweet. lain sket ayat org tak kawen dgn org yg dh kawen ni haha. jgn risau aku sentiasa ingat kata2 motivasi jgn putus asa tuh wakakakaka..

ceritanya mcm biasa. addin ngn benz yang bermusuh dari zaman sekolah, saling membencik especially si addin la. bencik giler dia dgn benz sbb benz cakap dia pempuan tak baek. padahal dia tak tau benz cakap benda tu sbb nk protect dia. buleh nampak la dari zaman sekolah pon si benz ni dah suka dekat addin. yang sedar dan nampak benda tu abang kembar si addin, kucai.

bertahun tak jumpa sekali nah ko kena paksa kawen. mmg mengamuk addin tapi demi si kucai yg request benda tu time2 dia tgh kronik dekat spital lepas eksiden, addin setuju. biasala klu kawen tepaksa ni. kawen atas kertas ja tp buat hal masing2. addin layan benz tak lebih mcm room-mate. duet belanja rumah dan segala bil di bahagi dua. tdo kompom la lain2 bilik dan dia jaga aurat dia mcm depa tu bkn laki bini.

sampai la bila adik benz, niena kena antr duduk dengan depa. masa tu depa belakon mcm normal husband and wife. sejak tu depa jadi rapat dan buleh duduk bersembang even still tak mcm real laki bini la kan. agaknya time ni la byk yg kuar sweetnya kot..dan masa ni la hal2 hati perasaan tu terjadik tapi masing2 ego nak mengaku. sehingga la satu hari rahsia benz terbongkar yg kemudianya mengubah life ala2 room-mate depa tu. camna dan bagaimana perubahan tu hahaha kena la baca. pada yg belom baca la :))

pada aku novel ni tak payah la buat dibuat filem. tak best tp klu buat drama bersiri best kot. tp sapa saja ja yg sesuai bawak watak addin ngn benz ??..tak nampak byg aku pelakon malesia ni. ada idea sapa yg sesuai???hmmm..

p.s: aku tak sabar nk dengar komen epalejau lepas dia baca novel ni haha..

Friday, December 2, 2011

kuliah master chef

lama dah skinz update pasal resepi tuna fettuccine cabonara kat blog dia. aku siap komen mintak resepi la konon. tapi hampes buatnya tidak. dah tu bila skinz ym tanya bila aku nak buat manjang ja jwb insyaAllah :P

biasa la malas hahaha. tapi sekarang musim kenduri. mak ayah mmg jrg makan kt umh klu siang2 tu. tinggal aku sorang2 ja kat rumah. jadik inilah masanya untuk aku sepahkan dapur.

tapi ni bukan bulan posa nk buat campak2 ramadhan. so kita tukar jadik kuliah master chef stickynote!! poyo tak habis ekekeke. original resepinya sat aku nk copy dari skinz punya blog haha. ceh tak leh copy. kena taip sendirik jugak la ni nampaknya.

ok bahan-bahannya macam berikot :

sebungkus fettuccine/spaghetti
3 sudu butter/majerin
1 labu bawang besar
1 tin susu cair+ 1 tin air
3 tuna in water kaler biru. chop2 guna garpu tak bagi beketul
1 tin preego herb and cheese yang kaler kuning tu
2 tin preego mushroom cream
1 tin cendawan nak sedap letak 2 tin
sedikit lada hitam

cara-caranya plak, tumiskan bawang dengan majerin sampai naek bau. then campak semua bahan-bahan tadi dan masak sampai mendidih dengan menggunakan api yang perlahan sahaja. skinz ckp jgn letak garam. klu melawan cakap chef tak sedap jadiknya. tp klu dh lidah tu jenis suka masin2 letak ja lah sikit. dia larang then dia jugak yg bagi permission ekekeke

itu original resepi. aku tak ikot betul2 pon sbb aku xsuka ikannn. skinz cakap tak pa klu tak guna tuna tu. buleh tukar pakai sosej. dan aku tak letak cendawan sbb tadaaaaaaaaa aku lupa nak beli haha. bila baca balik resepi masa nak buat baru perasan cendawan tak dak. naseb sosej tu yg jenis campur cendawan. consider cendawan sekali la.




ni ler rupa paras cabonara aku. mcm lain ja ngn skinz punya haha tapi rasa buleh tahan la. tak kan nk puji diri sendirik masak sedap kan ;P. so skinz tima kaseh untuk resepi dan aku dah tunaikan janji nak update bila dah buat resepi hang tu hehehe..


p/s: lepas makan tdoq..heaven tul weekend :))


Thursday, December 1, 2011

nampak bezanya???


aku dapat idea ni secara tak sengaja lepas tertengok nama kawan2 aku dlm group. nampak depa punya profile picture. ni gambar2 setakat pukul 12.30 malam . maap yer copy tak mintak izin dulu ekekeke. cuba tgk profile picture depa then bandingkan ngn profile picture aku ngeh3


ni profile picture miss lolliyana. wah pengantin baru gitu hehe..



ni lak profile picture cikgu mahfuzah. tak mo kalah letak gambar kawen jugak kihkih



diela comel pon letak gambar dia kawen :))





hamboi2 jieha saling menjeling disitu nampak hahaha





then yg bujang2 punya geng. aii nun praktis ka muhaha



tak letak dewi posing punya profile picture tak lengkap entry ni ekekeke



ni tahir punya. amek gambar dgn retis tuh wakakaka



dan ni plak profile picture aku. spongebob pakai baju harimau melaya!!




so ada nampak bezanya???hahaha


p/s: camna la ada org buleh cakap jgn putus asa dekat aku. tgk profile picture ar. tak sesuai kot sambil sambung angkat kening hahaha