Friday, December 2, 2011

kuliah master chef

lama dah skinz update pasal resepi tuna fettuccine cabonara kat blog dia. aku siap komen mintak resepi la konon. tapi hampes buatnya tidak. dah tu bila skinz ym tanya bila aku nak buat manjang ja jwb insyaAllah :P

biasa la malas hahaha. tapi sekarang musim kenduri. mak ayah mmg jrg makan kt umh klu siang2 tu. tinggal aku sorang2 ja kat rumah. jadik inilah masanya untuk aku sepahkan dapur.

tapi ni bukan bulan posa nk buat campak2 ramadhan. so kita tukar jadik kuliah master chef stickynote!! poyo tak habis ekekeke. original resepinya sat aku nk copy dari skinz punya blog haha. ceh tak leh copy. kena taip sendirik jugak la ni nampaknya.

ok bahan-bahannya macam berikot :

sebungkus fettuccine/spaghetti
3 sudu butter/majerin
1 labu bawang besar
1 tin susu cair+ 1 tin air
3 tuna in water kaler biru. chop2 guna garpu tak bagi beketul
1 tin preego herb and cheese yang kaler kuning tu
2 tin preego mushroom cream
1 tin cendawan nak sedap letak 2 tin
sedikit lada hitam

cara-caranya plak, tumiskan bawang dengan majerin sampai naek bau. then campak semua bahan-bahan tadi dan masak sampai mendidih dengan menggunakan api yang perlahan sahaja. skinz ckp jgn letak garam. klu melawan cakap chef tak sedap jadiknya. tp klu dh lidah tu jenis suka masin2 letak ja lah sikit. dia larang then dia jugak yg bagi permission ekekeke

itu original resepi. aku tak ikot betul2 pon sbb aku xsuka ikannn. skinz cakap tak pa klu tak guna tuna tu. buleh tukar pakai sosej. dan aku tak letak cendawan sbb tadaaaaaaaaa aku lupa nak beli haha. bila baca balik resepi masa nak buat baru perasan cendawan tak dak. naseb sosej tu yg jenis campur cendawan. consider cendawan sekali la.




ni ler rupa paras cabonara aku. mcm lain ja ngn skinz punya haha tapi rasa buleh tahan la. tak kan nk puji diri sendirik masak sedap kan ;P. so skinz tima kaseh untuk resepi dan aku dah tunaikan janji nak update bila dah buat resepi hang tu hehehe..


p/s: lepas makan tdoq..heaven tul weekend :))


9 comments:

  1. rupa paras xmenggiurkan la weh..hahaha.so aku kena rasa dulu br leh puji..kekekeee

    ReplyDelete
  2. miss lolliyana:
    hahaha aku tgk pon tak mengiurkan tp rasanya buleh la..sedap la jugak...tp aku ni semua benda sedap ja hahaha..tgk yg skinz punya mcm mengiurkan sungguh..hehe

    ReplyDelete
  3. ahahahaha...rupa paras x penting pizah...yang penting kesedapan dia tu...mengiurkan...ladzot wei!

    ReplyDelete
  4. chentamia:
    hahaha tgk miss lolliyana, chef sendirik cakap rupa paras tak penting yang LADZOT!!hahhhaaha..maseh yer skinz kikiki..

    ReplyDelete
  5. wahh!!!1 fizah dh start kelas masakan..heww

    ReplyDelete
  6. aku tak reti sungguh la masak-masak ni. sungguh! aku baca entry ko ni pun, masuk ja part senarai resipi, terus aku next!! haha ;)

    btw, aku first time dengar cabonara..apa lagi rasa. rupa pun taktau camana. so, takleh nak komen lebih2 la masakan ko ni..hehe..

    ReplyDelete
  7. minicopper:
    ni kes xfollow entry2 kami la ni..dh lama dah aih buat program masakan ahaks


    epalejau:
    ko buat cake mmg tiptop tp masak ko mcm allergic giler haha..ala cabonara tu spagetti jugak cuma kuahnya bukan yg pedas tu tp kuah cream mushroom..berlemak sket rasanya..ko g try kt pizza hehe

    ReplyDelete
  8. Allah! Lapar tiba-tiba..

    p/s: cik stickynote tak tengok Teukso couple ke? I dah addicted nih :P

    ReplyDelete
  9. miss labi:
    ahahhah lunch kang g mkn kt pizza :D

    p/s:mmg skrg duk tgu sabtu ja ni hahaha..addicted ooo :))

    ReplyDelete