Tuesday, March 27, 2012

ryan


cuba teka anak sapa ni??





cuba tgk dengan teliti dan fokus sekali. tak dapat teka? oh tak pa, tak pa. aku bagi clue naa. jgn risau aku tak bagi 1 jer, aku bagi 6 terus :))


clue yang pertama - bapak dia suka pink

clue yang ke 2- bapak dia kuat makan

clue yang ke 3 - bapak dia sengal tak hengat

clue yang ke 4 - bapak dia tak reti duduk diam

clue yang ke 5- bapak dia suka buat hidung kembang yg efeknya terpaksa diwarisi budak ni

clue yang ke 6 - oh bapak dia pernah merajuk nak putus kawan bila aku and the geng cakap tak jadik pergi kenduri dia kt pahang


klu clue ke 6 tu pon tak dapat tolong tak tau la. ni la ryan anak chemad. sapa yg follow blog aku rasanya kenal sangat la ngn dia. marah dia aku pangei anak dia ryan. mad salleh habis katanya. ah suka hati aku ler nk pangei apa pon. naseb ar :P





takde la, nama budak comel ni sebenarnya ahmad daniyal rayyan bin ahmad faizal. 1st baby chemad ngn jue. lahir 12 hb 3 aritu. hebat ryan ni dia kuar ikot tingkap tuh haha. aku pon tak tengok dia depan2 lagi sebenarnya. ni pon gambar cilok dekat fesbuk. tgu dia balik penang nanti baru nk p tengok. p tengok jalah yer chemad hadiah tu lom tentu lagi ada ke tak kihkih.

dapat masuk blog aku pon kira hadiah la tu. ingat senang aku nak kuar entry khas camni???anak2 buah aku ja dapat peluang glamerkan diri kt sini tau tak?hahaha. buat ryan semoga tak nakal mcm bapak dia udah ler dan harap2 dapat membesar dengn sehat dan kuat yehyeh!! :))


p/s: demand hadiah nk stroller yg ada side mirror bagai. mmg tak la nak dapat tu ekekeke

Monday, March 26, 2012

my generasi

aku tersengih tgk video ni ekekeke. kenangan masa sekolah dulu. paling rasa nk gelak guling2 tuh part tulis buku biodata. budak2 pempuan mesti ada sorang satu. well dulu tak dak fesbuk ok hahaha..





klu tak sama semua pun mesti ada satu yg sama jugak kan??tipu la tak pernah main lawan pemadam bendera2 tu!! kihkih


p/s: aku selalu gak sembunyik belakang kwn2 aku yg tinggi masa perhimpunan sbb xmo duduk depan :P


Thursday, March 22, 2012

king 2 hearts

agak-agak nad sempat ke tak jenguk blog ni yer???bukan apa nk udpate sket pasal boifren dia. ala boifren dia yang nama lee seungi tu ;P

maklumla baca sinopsis drama baru dia the king 2 hearts tu mak aih mcm best jer. ada potensi ni aku nk hadap balik citer korea. last sekali aku ketagih ngn citer korea pon city hunter rasanya. lepas tu mmg aku tak follow apa2 drama dah. ehem sampaikan ter up entry pasal drama melayu la kan ekekeke.





so far drama ni baru 1st episode tayang dekat korea. aku pon tak tengok lagi sebenarnya. ya la english subtitle tak kuar lagi celah mana nk tgknya. buleh la tengok tapi budget ada darah keturunan korea kot dlm badan sampai faham menda depa cakap hahaha. tapi recap dh kuar dah. buleh tahan la komen untuk 1st episode. kelakar sebenarnya tak serius pon mcm trailer. err tu ayat recap dramabeans ok :P

sinopsis tu buleh la kot google sendirik kehkeh. ala tekan ja kt google the king 2 hearts kompon bersusun naek punyalah. pilih ja nak baca mana 1 tapi kompom ayat masing2 sama ja. yala dh semua main copy paste jer ekekeke.

so ni trailer dia. aku nk letak ost drama ni tapi lom kuar lagipon kat youtube. so layan ja lah dulu trailer nya. gigih ni aku cari trailer yang ada english subtitle :D







p/s: agaknya nad kompom takkan tinggal satu episode pon kan drama ni. buah hati jadik hero tu ekekeke

Wednesday, March 21, 2012

berusaha!!

belajar tu tak senang kan??tak kisah ler belajar apa pon mesti ada satu tahap kita rasa susah. tapi sesusah mana pon satu-satu benda tu klu kita berusaha sure boleh berjaya. klu tak, tak dak la peribahasa usaha tangga kejayaan dan bersusah-susah dahulu bersenang-bersenang kemudian - biasa la ayat pengaruh masuk sekolah balik tadi :D -

oleh sebab itu aku akan menabahkan hati aku untuk belajar. even susah dan payah tapi kena jugak berusaha. lagipun aku dh cukup besaq kot. klu buat perangai ngada2 tu mmg layak kena penampaq laju2 ja.

so far dah dekat sebulan aku belajar. aku belajar apa???dun wori aku lom tebuka hati nk buat master wakakaka. aku belajar makan ikan hahaha dan kurangkan makan ayam even akak aku perli sambil gelak2 "ai baru nak sedar ayam tu tak bagus makan selalu ker??"





p/s: entry ikan ngn ayam pulak. tak dak benda sangat la tuh nk update heh..

Tuesday, March 20, 2012

back to school

nebes ni nebes. nebes gilerr tak hengat dah neh. mmg malam ni tdo kompom tak lena. esok nak masuk sekolah balik. serius masuk sekolah balik. arghhhhhhhhh nebesssssss ni camna nak buat!!

tensen oooo esok spm kuar. pagi2 dah nk kena jejak kaki kat sekolah. tekanan giler aku rasa mlm ni. hati mmg tak tenang dah ni. seriously ;"(





mana nk tenang nya. berapi ja hati nak kena langkah masuk sama-sama budak spm amek result. depa debar amek result aku panas hati tepacak edar flyers. hahaha kecoh nebes mcm aku yg tunggu result. aku tunggu budak2 amek result ja sebenarnya.

tapi tu la yang malas giler tu. sorang2 tepacak bagi flyers. aku ni nampak ja sengal tak hengat dalam blog tapi realitinya aku pemalu ;P mau tak malu sorang2 kot lain la klu ada geng tak la malu sangat jadiknya kan??

apa pon aku doa adik2 esok semua akan dapat result2 yang cemerlang especially sekolah yang aku kena pergi esok neh. fhm2 ler asal aku harap bdk2 sekolah tu semua score ;P harap-harap jgn ada yang nages. bukan apa takot aku sekali emosi nanges sama kang ahahaha. ceh gediks!!so adik-adik tahun 1994 gudluckkkkkk!!:))


p/s: bdk2 tahun 1994 pon dah 18 thn kita yang 80an ni ??hahaha

Monday, March 19, 2012

dua tahun sudah baa

bila opismate aku tanya

"ada cd fullhouse tak??nak pinjam"

aku pon dengan yakin jawab

"ada, dekat sabah. dah dua tahun kawan aku pinjam tak pulang2 balik pon ahahaha"





sapa kawan aku duduk sabah tu tau sendirik la kot. esok lusa klu dia baca entry ni, insyaAllah dia komen la tu wakakaka.

bukan fullhouse ja, habis semua cd aku dia angkut balik sabah. dah dua tahun bawak balik tapi entah dia tengok ke tidak tu. rasa mcm tak kot. sibuk ja manjang katanyer la kan ekekeke

naseb baek la cd ja , 5 tahun pon tak kisah sangat dia nak pinjam hahaha. yalah aku pon dah tak larat nk khatam cd-cd tu. cd-cd zaman remaja dulu. tu pon tak ingat dh berapa kali rasanya ulang tgk hihihi. biasa la dulu fanatik. sekarang ni mana ada dah layan cd. layan online terus muahahaha.


p/s: tgk online pon klu laptop tak tepadam la kan???;P

Saturday, March 10, 2012

dah sedar diri

lepas tgk video matluthfi yang baru tu terus aku rasa betul jugak. artis tu somebody yang buat art. sebab tu nama depa artis. aku art apa sangat la kan sampai nk perasan diri tu artis. nk lukis org lidi pon google.


mmg betul la kata matluthfi tu. aku dh sedar diri. so, kawan-kawan lepas ni tak payah dah nk muntah2 ejau bila aku perasan aku retis. lepas ni aku tak kan sesekali cakap aku retis sebab aku CELEBRITY!! wakakakkakaa







p/s: hahaha aku main2 jalah. sapa la aku nk budget celebrity ekekkeke

Friday, March 9, 2012

meraikan kebebasan

ni gambar keadaan tak berapa lama lepas panel-panel MQA blah balik. terus bentang paper kat pantri makan garam belacan dengan pelam muda. tapi bukan kami geng-geng pempuan yang jadik kepala. tengok sendirik ja lah sapa kepalanya..




serius, mamat dua orang ni yg jadik kepala hehe

meraikan kebebasan namanya. ya la dua ari orang MQA tu ada semua jadik skema. pakai pon kemas2 belaka, datang pon awal la kan hahaha. elok ja depa balik nah hang belasah buat kenduri terus wakakaka. back to normal, merapu ja masing2 ekekekeke

p/s: bebas la setahun.thn depan datang lagi T_T

Wednesday, March 7, 2012

5 lawan 1

1st, ok aku tak reti lukis wakakaka. ni semua gambar org lidi aku amek dari google. then edit sket jadik mcm kat bawah ni. tapi ni bukan gambar budget perasan retis popular kena tebiu dgn wartawan ok. tapi mcm ni la situasi kena tebiu ngn MQA tadi.




tapi sekali tgk ada gak gaya retis kena tebiu ni kuikui


5 lawan 1. aku kat tengah2. 360 darjah aku berpusing tadi. depa elok punya buat bulatan mcm nk main baling bola time PJ kt sekolah dulu2. cuak jgn cakap ler. nak gugur jantung kot rasa tapi muka try menten cool habis la KONON!!

haihhhh jgn tanya menda aku jwb sbb aku rasa aku tak sempat pk pon. aku main redah jer jawab tadi wakakakaka. tak kisah ler janji yg kali ni dah lepas ^_^


p/s: motif aku letak no kat panel2 tu sbb panel no 1 tu mengerikan. seriussssss!!

Sunday, March 4, 2012

ini yang dikatakan gigih

kredit habis sbb begayut tu normal. tapi klu habis besembang pasal drama melayu, itu apakahhhhhh??hahaha ok ini kisah benar yang terjadik antara aku dan epalejau. benda buleh setel dekat fesbuk or skype tapi gigih bergayut ;P

tak tau camna buleh terbuka topik pasal drama melayu. seriously sampai ke saat aku tulis entry ni pon aku still tak ingat mcm mana kami boleh bersembang pasal drama melayu. yang pasti benda ni start ngn drama bicara hati dan vanilla coklat.





aku cakap aku dh berenti tgk bicara hati sbb dah letih tgk dia begerak pelahan sangat. then aku cakap aku sekarang layan vanilla coklat. haha tak pecaya???betul aku tgk vanila coklat even ada sekali tu aku guling2 rebut dengan akak ipar aku. dia nk tgk vanilla coklat tapi aku nk tgk bicara hati.

hasil gulingan aku tak berjaya menagih simpati dia untuk tukar channel. iya-iya ja aku telan kfc laju-laju bila mia ajak aku teman dia makan kfc mlm tu. alih2 sampai umh kak ipar aku baik punya layan vanilla coklat.





klu nak cakap pasal vanilla coklat aku pernah tgk 5 minit ja masa 1st episode. serius aku rasa meluat giler tgk si amir tu asal jumpa pempuan jer bagi coklat. then aku tak pernah tgk sampai la mlm gulingan memohon simpati aku tu gagal. magiknya aku rasa best ler plak drama tuh haha dan kebetulan aku dh start tensen bicara hati duk pusing benda yang sama haih.

tapi epalejau cakap dia tetap akan layan bicara hati sbb dia rasa pelakon citer tu lagi hidup dari pelakon vanila coklat yang nampak fake even drama tu sebenarnya best la jugak. tak mcm bicara hati pelakon2nya yg mmg sesuai dengan tiap2 watak. then kami siap buat conclusion kenapa peminat vanilla coklat lagi ramai dari bicara hati. sebabnya tak semua org ada astro. hebatkan topik kami???hebat menda??? gigihhhhhh kekekekeke

eh tu lom kami setuju yang sekarang byk drama melayu yg best2. hahaha siap senarai satu-satu. tak leh blah nora elena pon masuk dalam senarai youuuu. nak tau kenapa??sbb kami rasa citer tu dalam drama buleh la. realitinya tak akan ada lelaki seromantik dan setabah seth punyalah hehe..





p/s: rajin layan drama melayu skrg sbb laptop aku selalu tepadam bila layan drama korea. laptop lama mana larat layan video HD ;P