Monday, April 23, 2012

begurau nama pon

kadang-kadang cara bebudak college aku ni begurau kelakar jugak.

masuk lebri tetiba bawak kuar keychain bentuk pistol kecik acu dekat aku sambil cakap 

'bak dua ringgit. baik akak bagi saya dua ringgit!!"

aku pon jawab

"dua ringgit ja nak"??


ada rasa nak penampar???hahaha..serius ni peel generasi terkini. tapi ok la bdk2 baru neh tak buat aku mengamuk mcm dulu2 dah..so miss lolliyana agak2 aku ada harapan nk dapat semula title paling cool tak??ekekeke..

p/s: asal aku rasa pakai new interface ni mcm menaip dlm microsoft word??:P

Wednesday, April 18, 2012

mujhse dosti karoge

ni aku malas nk tgk tv. kompom aku tak dak peluang nya nk tgk citer yang aku nk tgk. tambah2 bila akak ipar aku ada kat rumah neh. kompom2 la tak merasa nk tukar channel. vanila coklat aritu buleh terima lagi la tapi agak-agak ar tak kan citer ni pon aku nak kena rela tgk kot??







mujhse dosti karoge beb!! pecah rekod layan industan. mmg kena bahan la aku mlm ni dengan cikgu mahfuzah. cinta boleh dipupuk katanya. hahaha ya la tu takdak maknanya aku nk pupuk cinta nengok hindustan. cukup2 la aku pupuk cinta makan kat mamak husin nasik kandar depan opis tu ekekeke


p/s: ratu tgk hindustan
cik kak ni sebenarnya ;P

Sunday, April 15, 2012

top model???kini tidak lagi..

sejak aku kerja dan duduk ngn mak ayah selalu sangat aku kena tadah telinga dengan ayat-ayat camni tiap kali jumpa org yang lama tak jumpa.

pizahhhhhhhh!!awat hang nampak lain??
hang nampak gemok la..
oiiiiiiii bulat!!!


tapi aku mmg jenis rilek badak. selamba ja aku jawab sambil tersengih "biasa la duduk rumah sendirik mak masak sedap mmg kompom la gemok kihkih".. tapi ada sekali tu aku sengal jawab "ha ah gemok dah sekarang tapi segak sikit la dari dulu kan kan kan??" terus mak bestfren aku tu angguk tanpa rela haha. maap ler makcik lama tak jumpa skill sengal dah makin improve kuang3..

agak-agak ler dulu duduk kolej mmg la berat badan top model. uitm mmg suka buat kelas ngn kolej jauh2. senang budak2 dia bersenam agaknya. sekarang??jgn tanya la. keja aku mmg sah2 duduk jer 8 jam tapi makan tak hengat :D

dulu masa belajar ada gak jieha jadik komander kejut pagi2 paksa pergi jogging kt taman tasik. sekarang??harap johan kuak lentang atas katil ja la klu weekend tu ekekeke. dah tu camna tak hilang berat top modelnya..


motif gambar??heh ni gambar google tapi arini mak aku masak nasik beriani :D




p/s: ya jieha aku ingat nasehat hang jgn mkn byk nanti ssh nak turun..

Monday, April 9, 2012

kosong

dapat idea terus lepas dgr kawan aku cakap anak murid dia kata suara dia mcm najwa latif (taip sambil tahan gelak) kembang kempis la kawan aku sorang tu lepas dgrnya kan. tapi maybe betul la jugak. bdk2 selalunya tak reti menipu. mmg iklas lahir dari hati. kecuali adik tu silap dgr cover version jalah (gelak sambil tutup mulut)

sebut pasal najwa latif, finally ada jugak lagu dia yang buat aku ulang dgr haha. serius aku sebelom ni mmg tak berapa nk hadam lagu dia yang buat video clip berebut tutti frutti tuh. eh tak boleh hadam tapi video clip tau ada scene tutti frutti kahkah.

biasa la aku pon nk view jugak. tak boleh hadam bukan maksud tak suka najwa tu. dia ok jer comei ja pon. tapi dun wori dik lagu kosong tu akak dgr ok. mmg boleh hadam tak dak hal . lirik dia mmg best sesuai sangat untuk ditujukan pada org2 yg suka cari pasal especially yg kepoh tanya asal tak kawen2 lagi :P





p/s: akhirnya keputusan dh dibuat..beli laptop baru ngeh3..

Thursday, April 5, 2012

sempoi ;)

best gak klu pandai melukis ni kan??sempoi apa update blog pakai lukisan. tapi tu la tak semua orang reti melukis. org yang tak reti melukis tu termasuk la aku hahaha. ingat kes org lidi aritu??google kot ngeh3..

aku dulu-dulu gila jugak dengan komik. pernah sekali assignment kena buat database. aku buat database komik. ingat lagi nama database tu @comic zone!! haha. habis semua gambar ngn sinopsis aku copy dari gempakstarz.

ya la time tu aku rajin beli graphic novel gempak neh. tapi yg ada kat aku skrg ni le.gardenie ja. lain-lain mcm team medical dragon semua tu ada kat cikgu mahfuzah. tak rajin nk bawak balik kedah. bagi dia jalah nak buat koleksi katanya.



ni ler komik yang ada watak oren, lemon, kiwi tu had


sbb tu rasa best ja bila jumpa blog2 mcm neh. nak buat sendiri harap ler kan haha. mmg tak mampu ler. buat garisan guna pembaris pon senget apatah lagi nak melukis kahkah. simpan niat jalah.




catatan uncle jonni. malu2 ayam gak masa dia komen ngn follow blog aku ni. rasa diri kecik terus hehe





stuff no one told me neh terperasan dari bloglist epalejau.





merah itu jambu ni tau dari blog uncle jonni. serius comei jer blog dia neh :D




conteng2 ni lak opismate aku duk promote. siap dh bawak kuar komik sendirik

ni sebahagian yg aku tau. rasanya banyak lagi kot blog2 yang pakai lukisan untuk bercerita. klu ada buleh la share link dekat sini ;))


p/s: aku mmg ada masalah typo..dah siap publish pon kdg2 xperasan hehe.. ni pon lom tentu perasan klu ada typo..sori ya ;P

Sunday, April 1, 2012

akihalu

giler ah internet aku. dah bayar pon kemut jugak. baek tak payah bayar terus klu camni gayanya. nk buka blog mau bejanggut tunggu. dah ler tgh busan teruk neh. rasa mcm xdak kawan dah sekarang. aku pon tak tau depa hilang p mananya. buat kawan2 walau di mana jua kalian berada all the best aku ucapkan ;)

tengah busan2 teruk ni baek aku layan pride. ha ah tu ja cd yang selamat tak terbang ke sabah. kira naseb baek la member aku tu tak kenal takuya kimura, klu tak kompom 2 tahun la halu satonaka tu teperap kt kunak kehkeh.





ni takuya kimura as halu satonaka dlm pride yer had ;P dlm pride ni dia belakon jadik player hoki ais. dlm citer ni halu tak control macho tapi sempoi. konon priority dia adalah hoki so tak leh nak bercinta sakan, main2 buleh la. sekali nah hang dlm main2 duk mengenakan si aki tu buleh lak terjatuh cinta sepenoh hati. tapi ego nak buat camna makan hati jalah. sapa suruh tak nak mengaku even aki tgu ja dia mengaku haihhh.






aki ni klu dlm drama melayu mmg perempuan melayu terakhir la. kuno halu pangei dia. habis suci la dlm byk2 pempuan yang halu jumpa. aki ni jenis setia. setia tgu boifren dia yg pergi belajar kt oversea tapi tak penah contact langsung. sbb tu halu ajak aki couple main2. bila boifren dia balik consider putus. masalahnya boifren aki ni betul2 balik. time tu plak aki dan halu dah suka each other. tapi halu ego tak mau mengaku and aki plak ingat halu mmg tak serius dan tak akan pernah serius. maka putus la cinta mereka.

hahaha ayat tak tahan. menda la aku update neh. well ni cerita aki dan halu kan so kompom la hepi ending. hero ngn heroin mesti la bedua bersatu mcm lagu forteen ekeke. camna dey all bersatu tu yang buat drama ni best sebenarnya.





pride bukan drama yang bercinta 24 jam. halu bukan watak yg romantik mcm seth dlm nora elena. dia jenis yang rilek, sempoi dan nakal dari luaran tapi dlm hati ada taman okeh haha. aki plak sangat innocent yg kemudian bila dicampur2 buatkan drama ni jadik sangat best. seriously!!


p/s: pride cd 1st aku beli pakai duet ptptn gara2 final episode aku tak buleh tgk sbb ada paper petang tu :D