Wednesday, May 30, 2012

habis perkataan kot


Tagging-tagging flirting-flirting Liking-liking poking-poking


errr dah habis perkataan kot  nak buat lirik sekarang ni kan??




makin kerap bekerut dahi sekarang dengan benda-benda mcm ni. 

tanda-tanda aku makin tua mungkin hahaha



p/s : matlutfi tak nak kuar video pasal lagu ni ke??:P 

Tuesday, May 29, 2012

nah hamek 15!!

bak kata uncle gedek buat entry panjang-panjang memang susah..tulis ja dua tiga baris ayat then letak gambar sendirik klu buleh. tapi memandangkan aku bukan dalam category comel apatah lagi berwajah pan asia aku rasa better aku letak gambar lain ja lah. 

so sebagai ganti aku letak gambar free gift yg aku dapat masa beli laptop aritu. 15 semuanya hahaha. aku tak tau orang lain pernah dapat banyak ni ke tak tapi untuk aku 1st time la. beli laptop dulu pon dapat free satu optical mouse. ingatkan apek tu main-main sebab nak suruh beli laptop kat  kedai dia. sekali dia bungkus plastik besar punya. nah hamek!!!




kipas kecik, keyboard protector, cooler, usb hub, cd holder, kabel internet, headphone, mouse, mousepad, computer mini vacuum, cd kosong, microphone, notebook computerlock, lcd screen cleaning, then pelekat untuk ikat wayer kot aku pon tak tau haha..klu campur beg  jadik 16 :D


p/s : alahai tetap ter-panjang jugak jadiknya entry ni..tak mampu jdk kreatif mcm uncle la hehe...

Monday, May 28, 2012

hmmmm...

hmm taip  padam  taip padam

asal entah tak dak idea la pulak  nak update

dulu tak dak idea  pun buleh lagi la nak merapu
 
tapi bila dah ada laptop baru ni idea tak mencurah-curah lak nak merapu



hahahahahahaha apa???nak kata aku poyo la tu..gelak guling-guling wakakkakakaka


p/s : dek sbb si putih kat atas tu aku kena serius menabung kembali lepas ni haih..

Wednesday, May 23, 2012

bai bai


soalan  aku dekat miss lolliyana petang tadi

thomas cup tahun mana paling tak best???

pantas dia jawab 

2012!!!

pergh terer giler dia jawab.



tak sempat panas punggung dah bungkus. tak mcm dulu-dulu. sempat  jugak buat kami2 bersorak dlm bilik tv ramai-ramai even lepas tu kalah. at least sempat la merasa ketaq before nak bai bai tu. agaknya malaysia kena belajar dengan jepun kot. k, bai ;P


p/s: camna, ok??sekali sekala update pasal sport??kihkih..

Tuesday, May 22, 2012

pengakuan aku feeling

aku nk buat pengakuan. sejak dua menjak ni aku ada tangkap feeling sikit.serius perasaan tu sangat menyentuh kalbu aku la. mmg rasa tu buleh buat aku tersengih sorang2. rasa mcm oh man bestnya dan ya Allah teringat-teringat ala rindu-rinduan gitu. 

ehem, ada unsur saspen tak intro??maap miss lolliyana ni bukan kisah sweet ala2 deena bahrin ok wakakaka. ingat epalejau jer buleh kuar entry saspen2???ni dia habaq hang kertas melekit punya suspen gediks haha. 

tak aku sekarang ni mmg tangkap feeling sikit la bila tgk budak-budak college aku masuk lebri bawak buku study sama-sama. lepas tu sambil salin notes sembang-sembang, gelak-gelak. lepas habis gelak budget mcm otak dah tepu hadap buku gerak satu geng pergi makan. cergas giler bab makan padahal masa dlm kelas mata klu buleh tu nak letak tongkat bagi tak tertutup. tp bila lecturer cakap class sambung next week terus mata segar mcm baru lepas mandi kat ayaq terjun.


ceria kan???berlakon jer semua tu. masing-masing muka tak tdo  buat video presentation kihkih

time makan nampak org pelik sket mula nk reka nickname pelik-pelik. mcm apa lagi perangai sekor2. hampeh tul! dah kenyang balik bilik melepak ngn rumate plak. bersembang lagi. assignment selagi esok tak dateline harap nk buat. tak tdo sampai subuh lepas tu mula la nak mengamuk printer buat hal tak leh nk print bagai. pagi-pagi tercongok depan pintu kedai printing tunggu kedai bukak nk binding assignment wakakaka.


aku tak puas hati tul tgk gambar ni. last klass masa diploma. aku ja takdak sbb ada dlm court jawab soalan org HEP tu "mengaku salah atau tidak tak hadir LDK??"aku pergi kot!!

mmg tetiba rasa wah bestnya zaman jadik student. teruk-teruk kelas ngn assigment banyak pon still ada time nak merapu ngn kawan-kawan. bestnya tak keja pon ada duet ptptn masuk. buleh gitu???kahkah..


p/s: seronok teringat jer.  nk sambung belajar balik tambah2 buat master lagi la tak :P
 

Sunday, May 20, 2012

oooo one direction..

jumaat lepas lunch kat pizza. dlm kurungan tak dak niat nk poyo cerita lunch makan kat pizza ok hahaha.. kak siti belanja dalam buat muka malu-malu unta tu telan tak hengat jugak ekekeke..

sambil-sambil tgu order sampai tu pizza pasang lagu grup one direction. tajuk entah aku tak tau la plak haha. terus aku cakap kat opismate aku. agak-agak klu kita muda remaja lagi kita gila tak ngn budak-budak ni??terus kena sembur ngn dia hoiiiiiiiii ayat mcm kita ni tua sangat!!


betul ka ni bdk2 one direction tu??aku main google jer hahaha

dah serius aku tak tau budak2 ni wujud. terperasan pon masa baca paper metro bila entah yang tulis pasal budak2 ni kena kejar ngn fans pempuan. ooo ada kumpulan nama one direction rupanya hahaha. mujur la ada metro. dlm sensasi tajuk muka depan tu terselit jugak berita hiburan yang aku terbaca kihkih.

p/s: nampak tak ketiadaan idea untuk mengupdate disitu??one direction pon one direction la..janji siap satu entry wakaka

Thursday, May 10, 2012

untungla

untung la ada awek cun kat seberang jln.tu dialog untuk laki2.  klu yg pempuan2??? untung la ada mamat ensem kat seberang jln kuikui. ready semua ready aku dah mula nk kuar entry merapu neh. bunyik mcm entry2 sebelom ni tak pernah merapu ja ngeh3


ramai dah kot tgk MV spider tapi bagaimana ni??ala buat2  ja la tak perasan video ni lebih kurang video clip taylor swift dgn short film signs tu hahaha. ibarat mcm  filem-filem or drama la. tak ke semua lebih kurang jer jln citanyer. citer korea pon lebih kurang citer melayu. kawen kontrak, kawen paksa, cinta terhalang apa lagi???lebih kurang sama la tu :D






rasanya ni 2nd video clip lagu melayu yg aku up entry. yg 1st dulu sapa lagi mesti la jiran aku ana rafali ahahaha. sengal kot tahir cop aku jiran ana gara-gara aku post video clip tolong ingatkan aku tu. ok apa video clip spider ni simple dan lawak. aku gelak kot tgk tam jadik skema. lepas tu kat scene opismate dia  yg sama jugak gigih nk chat pakai kertas ngn pempuan bangunan sebelah tu wakakaka.


satu lagi sbb bukan apa. aku nk citer meja aku pun sebelah cermin jugak. tam tingkap aku dinding cermin terus. tapi aku tak untung la. mmg sebelah tu dinding cermin tp tak hadap pejabat sebelah apatah lagi mamat ensem. aku hadap paking keta. cuma yang untung klu nampak ja pakcik majlis bandaran nak saman, sempat la aku lari dekat dia cakap wooop pakcik wooop saya ada kupon ni tapi lupa letak ekekeke


p.s: siap dah satu entry merapu so moh la tdo hehe..

Monday, May 7, 2012

feberet sekarang


 feberet drama aku sekarang :))




even aku selalunya dpt tgk setengah jam ja klu ari senin tu sbb clash ngn 30 minit ust don (feberet mak aku) tapi aku kompom akan terpacak depan tv bila ulangan ari jumaat.. bila clash camni tak bising lak astro suka ulang-ulang drama la kan kihkih..
 


jgn tanya watak mana aku suka. nik best, murad best dan paling best tanya lagi mesti la



hahaha dah nama pun hero. spot yg baju pakai biru tu ngeh3. aku suka betul beto ni belakon dari geng surau aritu lagi. rilek ja cara dia tapi ada style lah!!


p/s: benda paling aku lemah adalah letak tajuk entry..selalu stuck haih..

Sunday, May 6, 2012

terlebih gigih

gigih tak nak makan ayam then gigih jugak nk cuba makan filet of fish. nah hang 1st gigit ok lagi. tak kena lagi kat ikan tuh. baru kena roti dia. lepas tu gigit lagi. kali ni dah kena kat ikan. dah rasa semacam. bukan tak pernah cuba makan. pernah ja sekali masa sekolah rendah dulu mmg tak tertelan tapi  sekarang ingat dah sedap kot. maklum la nak belajar makan ikan kan.


nampak mcm sedap kan??


takpa try lagi. letak sos bagi byk2. so gigit dan gigit. dah tinggal separuh tu aku cakap kat member aku "tak boleh telan lagi dah"..gelak sakan dia then cakap "aku dah cakap kan tadi?? tapi degil nak jugak order " sambil gigit doublecheese burger dia dgn riak muka melebih2 bagi nampak sedap giler. hampesssss!!


p/s: tu pon jgn pernah tegerak hati nk order alaskan fish burger time member ajak mkn kfc..filet pon xlepas ekekekeke..

Thursday, May 3, 2012

1.9 liter


arini dengan bangganya aku turun dari keta berjalan masuk opis dengan bawak bekas ayaq neh..




kehkeh 1.9 liter ok. misi menentang selesema namanya. dua ari aku telan ubat tak hilang jugak selesema ni. suara jgn kata najwa latip ala2 selena gomez dah neh wakakaka

" I, I love you like a love song, baby
 I, I love you like a love song, baby
   I, I love you like a love song, baby " 


p/s: ehem miss lolliyana, aku tak mc ok kali neh :P