Sunday, August 26, 2012

seminggu berhari raya

ha puas masing-masing cuti seminggu beraya???puas melantak ketupat lemang rendang bagai???esok rasakan masuk opis semula muhahahhhaahhaha. ok itu aku gelak kat diri sendirik sebenarnya.malas giler  nk masuk keja balik neh.

so apa yg best raya??biasa la raya pertama ngn kedua aku duduk rumah ajer. maklum la bibik basuh pinggan dan cawan tersohor nama pun. mmg tiap2 thn aku jalah calon pilihan pegang jawatan tu. haih tak apa-tak apa aku pun ok ja ngn jawatan tu. lagi best sbb aku malas nk kuar rumah kuikui..

gigih letak gambar basuh pinggan hahahaa

pada aku raya ni yang bestnya ada tiga benda ja. 1st tanya lagi cuti la hahaha. campur gedik amek ari jumaat before raya tu mmg cukup 10 ari cuti. tapi kan aku ingat aku ja lama cuti. sekali ada kawan aku cuti sampai ari medeka. cer kira berapa ari dia cuti???ah lambat meh aku gtau ja terus 14 ari ok. nak tau sapa orang tu??cik nurul alkailani or nama glamer dia ngn kawan2 chepah hihi. baru ingat  nk belagak cuti panjang sekali dia balas sampai medeka tak jadik terus. 

lepas tu yg bestnya raya ni sbb akak abang ngn anak-anak buah semua balik yehaaaaaaaa. mmg kecoh rumah tapi best giler dapat jumpa budak-budak tu. then kawan-kawan yang duduk jauh pun dapat jugak jumpa sebab balik cuti. ala kawan-kawan yang konon duduk senegeri pun tunggu raya jugak nk jumpa la kan hahaha. tak gitu tahir??ekekekeke. patutnya kuar entry khas tajuk beraya bersama kekasih lama ni wakakaka. wait insyaAllah coming soon :)

yang nombor tiga best and aku rasa semua akan setuju ngn aku mesti la pasal makannnnnnnnn!!hahaha. giler heaven time raya ni bila citer pasal makan. sebut ja apa yang takdak??mmg semua sedap-sedap lah. yang paling aku suka mesti la ketupat dengan serunding. tapi makan banyak sangat ketupat daun palas ni mula la mata tu tak larat nk bukak sbb mengantuk . tapi sedap punya pasal aku belasah jugak cukup-cukup ngeeeeeee



p/s : tunggu acik update blog.tak sbar ni :P

Wednesday, August 15, 2012

balik raya dulu-dulu

camna bila hati dah kat kampung badan jer tinggal kat kampus lagi. camna bila hadap buku dan assignment pun tak masuk kepala dah. camna bila mulut tak habis2 asyik menyanyi lagu balik kampung dan camna bila tiket bas dah beli sekali lecturer cakap ok kita ada test malam tu???ada rasa nk pengsan???kuikui

well ini kisah benar ok.  pengalaman masa belajar kat shah alam dulu. aku, cikgu mahfuzah ngn ainun. kami bertiga dah siap beli tiket awal2 nk balik kampung raya. semangat sbb tiap2 sem manjang kami balik lambat. mana tak nya tiket awal habis or assignment kena submit before balik raya. 

tapi padahnya bila bejaya beli tiket awal lecturer plak buat lawak yg tak lawak. malam kami nk balik tu dia buat test. bus kul 10, test kul 8-10. pergi jumpa cakap ngn dia pasal tiket dah beli pun dia tak kisah. dia nak buat jugak malam tu. buleh dia cakap kamu naek la bus lompat - lompat huuuuu.

dah tu camna???gamble la apa lagi. pukul 8 pergi jwb test  bawak beg balik kampung siap2 hahaha. then jawab pun mcm tak jawab ja. ala paper database klu duduk dua jam pun lom tentu buleh jawabnya erkkkk. 


gigih cari kat google  relationship hahaha

rasanya cukup sejam ja kot jawab aku pandang ainun, dia pndang cikgu mahfuzah. masing-masing faham signal yang diantar. masing-masing serentak bangun angkat kertas. elok ja kami bangun tu satu kelas tengok kami baik punya. agaknya dlm kepala depa uih terer giler  wakakakkaak. ala rilek la mcm fhm sangat database tu. many to many, one to many kuikui.

nak gerak dari puncak perdana ke seksyen 17 tu jauh gak la. mujur la ada zahid tak amek subjek tu. mintak tolong dia antar pergi stesen bas. klu tgu rapid mau terlepas bas rasanya. nasib  baik jugak la tu test ja bukan final exam ke apa kan. then result jgn tanya la aku mmg sem lepas tu tukar minor terus. tak amek dah subjek sistem. cukup-cukup makan ja aku lepas ngeh3.

sekarang ni duduk kampung sendirik tak payah pk tiket bus lagi dah. sehari sebelom raya pun buleh lagi kerja klu nak tu. tapi harap la kan sama ja cuti awal mcm org duduk jauh hahaha. apapun selamat hari raya maaf zahir batin semua !! mintak maap klu ada entry dan komen tercari pasal or tersengal dalam blog ni  ;P


mcm biasa pinjam google :D

p/s : tapi miss lolliyana cakap lepas kami kuar tu orang lain ramai ja antr jugak sbb lebih kurang jer tak leh jawab hahahaha

Tuesday, August 14, 2012

bukan sesiapa


bila aku dah habis idea nk buat apa dengan internet aku akan masuk blog bukan sesiapa even dia jarang update. bukan aku repeat baca entry dia tapi aku masuk dengan tujuan murni. berbelas kasihan kepada haiwan. sbb tu aku selalu masuk bagi ikan-ikan cik mirakuru makan hahaha. semoga selepas entry ni kuar cik mirakuru akan lebih  bersemangat dan selalu update blog dia  supaya aku ada bahan bacaan untuk dibaca ketika waktu senggang  ekekekekkee





p/s : mood raya tapi asal bos bagi keja pelik2 ni  haih

Friday, August 10, 2012

menjelang ari raya

aku cakap kat pakcik guard tadi 


" pakcik pasang kuat sangat ni lagu raya. takut ganggu budak-budak nak study " 


sambil aku cakap tu sambil aku tgk kat budak-budak. budak-budak tu pun tengok ja aku. lepas tu aku tanya 


 " ka kamu semua pun nk dengar lagu raya??? "


depa sengih lebar sambil angguk ramai-ramai 


haha aku pun tersengih. tak jadik nk tutup tapi biar ja youtube tu play semua lagu raya.


lepas tu mula la dengar backup singer nyanyi sama. kehkeh budak-budak tu nyanyi ikut lagu yang tengah pasang tu sambil konon study. mujur masa lagu aisyah pulanglah takdak yang jatuh ayaq mata kuikui


sabar ya dik rabu depan dah buleh mula cuti yer :)




p/s : see tak caya lagi aku dh makin cool ngn bdk2 kolej aku tau ngeh3..


Thursday, August 9, 2012

huuuuuuuu



tolong la jangan buat iklan sedih camni

 
leleh oooo tgk huuuuu

thumbs up la bernas sampai msg dan buat org sebak nengoknya



p/s : bronze pandelela tetap kebanggaan msia yeah!!. 

Tuesday, August 7, 2012

bila aliya dapat kasut tumit tinggi


caption aliya kat gambar ni dlm fesbuk

"  teka kasut sapa??? "



giler posing nak tunjuk kat aku gambar kasut dia


suka la tu dapat kasut tumit tinggi. semangat nak raya sakan.
 

tu lom kira dia call suruh aku on skype nak tunjuk baju raya dia. 


 budak darjah satu. layan jalah dia poyo. 


mau tak poyo  tahun ni kena raya kat sabah. hujung tahun cuti sekolah panjang baru balik sini ekekeke


p/s : tolak aliya, aisya, anas dgn aneesa tak balik raya mau jimat banyak duet raya aku tahun ni kuikui

Sunday, August 5, 2012

murtabak hussain

ok entry pasal makan lagi kuikui. tu ja modal aku bulan-bulan posa ni nampaknya. klu tak pasal benda makan mmg tak berupdate la blog aku nampak gayanya hahaha. tapi entry ni klu terbaca dek cikgu mahfuzah dengan yun mmg habis la aku jadik bahan ekekeke. 

aku rasa sampai la masanya aku bocor rahsia kot. aritu depa tanya aku tak pi beratur sama ka beli nasik kandaq hussain ni??maklum la aku ngn mamak ni klu tak kena paksa ngn kwn2 aku payah sket nk melangkah masuk. tapi aritu aku cool ja jawab biar la rahsia. padahal sebenarnya kan hahahaha aku beratur weh muhahaha.
 

ini bukan gambar google ni gambar snap sendirik :P

tapi idak la aku beratur panjang nak beli nasik kandaq yg dirindu yun kat melaka nun. aku beratur nak bayar duet murtabak ayam ngn daging ja pun. tu pun sbb nk try sedap sangat ka. mau tak nya bila aku cakap aku tak suka makan murtabak sbb byk bawang terus opismate aku promote murtabak hussain. muka masing-masing buat konfiden cakap murtabak hussain mmg sedap punyalah.  sure tak kan jumpa bawang. mmg gigit jumpa daging or ayam lebih dari bawang. 


cuba zoom jumpa bawang tak???

aku pun yaka??jadik demi nk membuktikan yang murtabak hussain tu mmg sedap dan tak jumpa bawang tu aku beratur sama tu. betul ni aku mmg tapau kat hussain tu sbb nk test ja. bukan minat sangat pun. percaya la ni mmg betul bukan ayat cover. tolong la jangan buat muka tak pecaya. betul la aku beli sbb  nk test ja :D

pada yang nak tau mmg sedap gilerrrrrrr ke murtabak hussain ni yang aku buleh cakap ok la. sbb aku mmg tak minat sangat murtabak. tapi klu nak dibanding dengan murtabak biasa dekat bazar ramadhan tu  kompom hussain menang la. mmg kuantiti bawang tu tak banyak sangat or maybe tenggelam dek daging or ayam. sbb tu harga dia 4 hingget sekeping. klu kt bazar ramadhan area kedah ni dua ringgit ja selalu. sbb tu jumpa bawang ja lebih dari isi kot.


p/s : ni awal posa punya cerita tp sekarang baru rajin nk update. dari miss lolliyana belom bersalin sampai dah kuar pun baby  boy dia hahaha. congratz babe!! :)