Tuesday, September 25, 2012

gaya dedikasi


 it's raining cats and dogs. 




bukan nk poyo tapi  hujan turun lebat tadi.


last week masa kelas ada topik pasal idioms. ada dibagi contoh ni. 


aku konon buat lawak ngn bdk-bdk tu. yalah musim-musim hujan la katakan. 


aku cakap la petang kang klu hujan jangan cakap hujan lebat tapi cakap la it's raining cats and dogs!!


baru kamu apply ilmu dlm kelas.


cool kan???ada nampak gaya dedikasi tak kat situ??


ya rite aku tau itu soalan mintak penampaq hahaha


p/s : dedikasi la sangat..slide kelas esok tak belek lagi ngeeeeeee...

Saturday, September 22, 2012

mmg tak berani


ada berani naik roller coaster sambil menyanyi??? ko mampu??? 

running man jer kot mampu kuikui


jgn heran asal variety show korea lawak. sbb benda2 camni la kekeke

tak payah nyanyi pun aku tak sanggup naik. aku ni bila p theme park aku main benda yang level budak-budak ja. naik keta comei-comei pusing taman fantasy, naik keta api masuk rumah antu yang tak berapa nak seram, naik mini train or bumper car  dan benda-benda lain yang mmg dicipta khas untuk budak-budak. 


aku ok jer beli tiket mahal tapi naik benda ni hahahaha

dlm sejarah aku naik benda yg dicipta untuk org dewasa ada tiga ja. spinning orbit dengan dizzy izzy kat cosmo world. spinning  orbit tu masa aku naik rasa tak la ngeri sangat pun. buleh lagi la klu nak ajak aku naik. 

tapi menatang dizzy izzy tu harap aku nak naik lagi dah . mmg la tak ngeri tapi dah nama pun dizzy mmg aku pening naik dia. dah tu acener aku nak naik roller coasternya??? apa??? DNA mixer???kim salam jauh-jauh jalah ekekeke.
 
then sama la masa p genting pun. satu-satunya  yang aku main pirate ship. uih yang ni tak pusing sampai pening tapi rasa nk tecabut perut dgn jantung. makin lama makin tinggi. sakit ja perut mcm kena tekan. mmg klu pergi lagi aku rasa aku tak naik dah. biar la aku naik keta api msuk rumh antu yg konon seram tu hahaha. 


kredit utk tuan gambar tu..pinjam yer

tapi aku ni pantang ajak. ok jer klu nak pergi tempat-tempat camni. asal buleh kuar begumbira ngn kawan-kawan aku takdak hal.  jadik tukang amik gambar ampa tengah jerit main benda-benda alah tu pun takdak masalah. yg penting gambar aku kena ada hehehe


p/s : roller coaster pun aku buleh entry kehkeh..takdak benda  nk citer la tu :P

Wednesday, September 19, 2012

bila akak memuji


ok ni entry pasal najwa latip. eh najwa lagi, dah betukar jadik peminat ka??hahaha. biasa la bila up entry pasal najwa latip aku  kena bahasakan diri aku ni akak. baru la nampak jurang usia ekekeke.

dulu akak pernah cakap akak kureng sket ngn lagu adik najwa yg ada adegan gaduh-gaduh manja tarik camera tu. tapi tetap akak view video clipnya. kira mcm akak pun ada sumbang jugak la dekat jumlah view yg cecah juta-juta tu ;P

lepas tu adik najwa kuar plak ngn lagu kosong. pergh akak lupa terus akak pernah cakap akak xleh hadam lagu sebelom tu. akak siap ulang dengar ooo lagu kosong. kira lirik dia akak buleh hadam lagi la.
 
then tetiba meletup plak lagu kuatkan radio kuatkan radio anda!! adik sangat nampak cute masa menari dalam keta dengan sleeq. siap akak oder lagi lagu tu kat akak tahirah. dia mmg pandai bab2 download ni. akak tak pandai sbb tu akak oder jer haha. klu buleh ikat tepi mmg akak suruh akak tahirah bungkus ikat tepi hihi. 


akak puji adik najwa comei masa ni


dan sekarang akak harus cakap lagu-lagu adik najwa semakin matang bila adik kuar ngn lagu adamu. akak suka lagu tu. lirik kali  ni mmg akak puji. sangat membawak makna pada yang mendengar. melodi pun sedap. ha sudah ayat akak dah bunyik mcm juri juara lagu la plak. sama la kali ni pun akak oder dari akak tahirah jugak. tapi dia tak faham ikat tepi tu apa hahaha.






ok sudah2. merapu teruk aku mlm ni. penat aku nk bahasakan diri akak wakakaka. tahir pun dapat peluang guna nama penuh mlm ni. akak tahirah tu hahaha. bkn senang aku nak tulis nama penuh dia kat blog aku ni ngeeeeee..


p/s : campur ni baru 4 entry . rekod paling malas nk update rasanya kuikui

Thursday, September 6, 2012

indahnya merbok

aku selalu cerita pasal memori zaman belajar aku dulu2. then aku suka sangat mention nama kawan2 aku kat kebanyakan entry. seriously kebanyakan depa-depa adalah kawan-kawan aku masa diploma. dan sesungguhnya jugak zaman diploma adalah zaman best giler even kami tercampak dalam kebun getah kat merbok. 

tau kenapa best kat merbok??kat merbok kami semua becampur. masa tu tak banyak kos pun. ada kos industrial design, public admin, banking, business admin, account, pre law and kos aku information management. tapi itu la yang buat memori merbok jadik memori indah kami :)


uitm merbok, kedah - gambar aku cilok kat fb jieha :P

then kami masa tu still dapat kolej. so bila duduk kolej kami berkongi bilik dengan roommate lain2 kos. dah tu toilet pun kami share. mmg komunikasi dengan lain-lain kos tu terjadik secara semula jadi. sbb tu bila tercampak kat lain2 kampus masa dgree, semua akan cakap benda yang sama. tak best mcm kat merbok. 

mcm aku masa orentasi aku sebilik ngn sha'a budak public admin. then habis orentasi aku duduk ngn anith budak account, emi budak bisnes, syanie budak pre law. dari shanie aku kenal mawar ngn ninie. lepas tu masa part 3 aku pindah bilik duduk plak ngn naim budak banking. dah kemudian duduk dengan naim sebelah plak bilik has. terus bilik aku jadik port has melepak.

then best fren aku kat merbok classmate aku jieha. jieha ni plak sebilik ngn tahir. tahir budak bisnes. depan bilik jieha bilik classmate tahir, cheda aka kekasih lama aku hahaha. serius ngek giler. masing2 suka melawak kasaq. dah tu sampai arini even cheda dah kawen dia still panggil aku kekasih lama dia ekekeke


edit biar nampak klasik sket baru memori haha

klu nak ikot ramai lagi. aku baek jugak ngn abby budak public admin and abby budak art. sorang org perlis sorang lagi org pahang. classmate merangkap best frens aku tak yah sebut la kan. miss lolliyana, cikgu mahfuzah, epalejau, udalolli, yun, skinz, chepah mmg selalu sangat jadik mangsa dlm entry2 aku ngeh3..

 klu nk betul2 ikut rantai frenship tu ada lagi yg tertinggal ni. tak tau nk kait camna lagi dah. kang pening lak org yang membacanya tu. klu ada yg tanya, contact ka sampai sekarang??cukup2 la aku cakap pakcik google awesome tak perlu la aku cakap fesbuk pun awesome wakakaka.


p/s : err entry kawan2 lagi..maap2! :D

Monday, September 3, 2012

oh my english!!


 ini oh my english versi aku 


4 file , 4 subjek , 4 kelas dgn student paling ramai T_T

bukan mr henry middleton from england tapi miss hafizah dari kedah jelapang padi oiii!!

mcm aritu kena jadik bidan terjun mengajar english sampai lecturer baru masuk. kuasa sorang staf bila bos serah teaching file tadi apa la sangat. angguk dan sambut teaching file tu jalah.

even dlm ati menjerit aku tak pandai mengajar lor. nak nak subjek english! cuba bagi sejarah kat aku kompom sengih sampai ke telinga. tapi tidak pada english sbb i sound stupid when i speak omputih!!


p/s : jgn ada lagi yg bagi contoh ayat i love you, i don't love you kat aku kali ni harap2 nya "-_-

Saturday, September 1, 2012

pakcik google awesome!!


pakcik google sangat hebat. dia sangat awesome pada aku. pakcik google telah berjaya membantu aku mengatasi masalah malas nk blender cili kering untuk masak bihun goreng haahaha. serius masa buka peti ais nak goreng bihun, cili blender yang selalunya dah blend siap2  habis.




aiyooooooo dah la nk cepat sbb chepah tetiba call nk datang beraya. rumah dia ngn rumah aku jauh mana sangat. paling worst masa tu sorang-sorang kat rumah. chef fatimah aka mak aku kuar la plak.

so bihun goreng tomyam laju ja muncul kat kepala aku. semua bahan2 yg  pakcik google tu cari ada. duduk kampung kan daun limau purut dengan serai tu belakang rumah ja. takdak hal la. pes tomyam pun ada stok dlm peti ais. semua complete la konon sehinggala masa nk menumis baru perasan pes tomyam tu eleh sikit la sangat . argh tak kira dh separuh jln tak kan tak jadik. belasah la jugak buat.

dalam keadaan ala-ala master chef tu aku berjaya jugak buat bihun goreng tomyam untuk pertama kali nya. even kurang rasa tomyam  tapi janji ada bau. ya la dh letak serai ngn daun limau mesti la ada bau tomyam. err budget master chef sbb duk terbayang chef zubir ulang cakap anda ada  30 minit saja lagi!!kan kejar masa siapkan sebelom chepah sampai kekekeke.

gambar chepah snap tapi sengaja dikaburkan utk menutup segala kelemahan yg ada kehkeh

bihun siap digoreng sebelom chepah sampai. siap ada dessert ooo agar-agar strawberry kehkeh. sempat beku sebelom chepah sampai jugak. jgn kagum sangat agar2 serbuk tu buat ikot arahan kat belakang paket  ja. dunia dh canggih, semua segera sekarang. cuma kena ada stok kat rumah. klu ada orang buat tekejut nak datang rumah tu semua mampu dihidangkan secara pantas kuikui. ditambah dengan ada nya pakcik google semua pasti tiada masalah. sebab tu aku cakap pakcik google sangat awesomeeeeeee!!hahaha


p/s : bihun goreng pun google??bihun goreng tomyam la klu yg biasa letak cili kering tu tau hehe