Wednesday, October 31, 2012

en todd

yeayyyyyy ole eh silap onde-onde dari bandung dah sampai muhahaha. excited bukak kotak. dah buka tengok isi dalam terus tersengih sambil garu kepala. hmm nak kenakan aku ke apa budak ni??nak tau epalejau belikan aku apa??tengok ni tadaaaaaaaaa!



en todd junior??hahaha


beg ngn key chain tu ok lagi tapi dekat kura-kura tu motifffff ???? nak ulang surprise housemates aku masa kat puncak dulu kah??hahaha. sengaja hadiahkan besday aku kura-kura comel sbb tau aku bukan jenis yang suka benda-benda cenggitu. 

dlm rumah tu aku jer takdak teddy bear, moo moo or menatang-menatang lain buat teman tdoq. serious aku tak berapa nak gemar. errr bantal pun tak lebih dari dua bijik. lebih aku rasa semak ngeh3..apatah lagi nak letak segala teddy bear atas katil aku tuh.

sangat bukan aku sehinggalah kejadian aku dihadiahkan sekor kura-kura kacak yang aku bagi nama en todd!!mmg malam itu dlm sejarah bila aku share katil dengan dia demi kawan-kawan. even esoknya aku kena gelak ngn miss lolliyana sbb bangun-bangun dia nampak kura-kura mata besaq tegolek elok punya sebelah aku. eleh gelak mcm dia tak terlibat ja dlm konspirasi mengenakan aku tuh.


en todd 2012. masih kacak even cengkerang dia dah tekoyak sket kuikui




sampai saat aku tulis entry ni pun aku tersengih lagi. tergelak ingat konspirasi mengenakan aku dengn beli en todd ni. even aku awkward gilerrrrrrr time tu nak letak atas katil tapi demi jaga hati kawan-kawan aku rela haha. tapi tak lama sangat pun aku bela en todd. kecomelan dia buat dia selalu kena kidnap ngn ate, chepah and epalejau. ha duduk la ngn depa aku ok ja ekekekeke. 

tapi bila dh habis belajar aku amek balik en todd. uih memori tuh. sampai sekarang ada cuma aku tak letak atas katil la. aku simpan elok-elok dlm plastik atas almari mmg aku tak buang. so bila epalejau belikan aku en todd junior ni aku terus cari balik en todd lama.

nak amek gambar punya pasal dan demi nk buktikan pada kawan2 yang hadiahkan aku en todd ni aku still simpan hadiah kome tau ekekeke. dan insyaAllah en todd junior ni pun akan aku simpan elok-elok jugak :)


p/s : terima kaseh had belikan aku siap pos dari sabah tu ;)

Thursday, October 25, 2012

soal kawen


salam aidiladha suma :)

1st aku nk cakap tima kaseh kat matlutfi sbb latest video dia buat aku ada idea nk update kehkeh. aku dh cakap kan aku takdak idea langsung skrg ni. bekobar click new post tp tak jadik2 jugak satu entry. acener??

so latest video pasal drama - drama sebelom kawen. serius sengal gilerrrrr especially part org kedah tak pandai sebut coklat. duk cekelat cekelat cekelat hahaha. kami org kedah ni tak dak istilah gula-gula ka sweet ka lolipop ka coklat ka semua kami bantai cekelat. jimat pekataan habaq ang!!





tapi benda yang bagi aku idea nk update bila aku baca description dia suruh dengar lagu alleyacats soal kawen. yep 1st time dengar dan mcm matlutfi cakap lagu tu bagus pada yang nak kawen and maybe pada yang  belom nak kawen mcm aku ;P





aku suka kat part orang kawen kita kawen. well, kawan2 aku kebanyakannya dah kawen. so bila kawan-kawan dah pakat kawen aku pun pakat pi kenduri depa. mkn free kot rugi la tak pi ;P. jadik bila pi kenduri sedara mara best fren aku suka sangat nak tanya aku bila pulak??jawapan boring aku kat depa "hmm tengok la" sambil tesengih muka tak bersalah muhahaha.

bila aku bagi jawapan boring tu kat depa mula la aku dapat  kata-kata motivasi free mcm doa banyak-banyak insyallah ada, duk tunggu apa lagi??, jangan tunggu lama-lama. itu biasa sangat. ibarat mcm masuk telinga kiri  kuar telinga kanan la heh.

cuma ada satu ja yang aku bekerut dahi sampai arini. ayat yang dibisikan ditelinga aku oleh seorang makcik tatkala pipi kami berlaga masa bersalam nak balik. dia cakap jgn putus asa pizah!!. adeh makcik, bila masa pulak  aku frust menonggeng sampai putus asa tak kawen-kawennya? elok ja aku makan kenyang tdoq lena . tak sesuai tak sesuai haih..

jujurnya dari hati nurani aku ni even kawan-kawan aku ramai dah kawen , aku rasa tak perlulah aku pun gelabah gedik nak kawen jugak.  tipu la klu aku cakap aku tak terasa busan bila online takdak sapa nk besembang mcm dulu, bila pizza or mcd kuar benda baru dah tak dak geng nak ajak try and maybe topik kami nak bersembang dah tak sama lagi dah. lama2 aku pun dah terbiasa dan tak berapa nak amek kisah sangat. ala running man kan ada nk tengok hahahaha. ngek!! yang penting bak lirik lagu ni klu sudah ada jodoh tunai saja keinginan. so peace ;)


p/s : mcm jadik panjang jugak entry ni hhaha..err ada bunyik2 serius tak??:P

Friday, October 19, 2012

om

"abang dapat laptop baru. om dapat laptop lama, yang takde hurup G tu" haahha serius aku rasa  mcm nk sekeh ja om bila dia cakap camtu. tapi ada ke benda yg dia cakap aku rasa tak mau sekeh???ekekkeke.

om or omar budak demok dlm keluarga iskandar. bijak sebenarnya tp pemalas gilerrrrrr sbb tu selalu turun kelas sampai mummy ngn ayah dia tensen. sangat taksub dengan angry bird and cita-cita dia nak jadik pakguard T_T




dek sbb selalu turun kelas dia rasa dia bodoh sampai tepk dia anak angkat gara-gara tak pandai mcm abg dia sal. padahal yg anak angkatnya si sal or salehudin. sengal om bila  dapat tau sal yg anak angkat. sal kunci diri dlm bilik tak nak kuar even mcm2 parent dia pujuk.

masa ni la om cakap "klu abg anak angkat abg buleh kawen dgn malin!!"siap buat suara manja malin, kazen depa yg konon tetiba datang nak pujuk sal. "abg, keluar la, ni malin ni. malin rindu sgt kat abg, kuar la" serius rasa nk penampar om time ni haha. tunggu lagi, sepantas kilat sal buka pintu kuar ekekeke.


om tgh pura2 jadik malin

uih hebat ang om. habis dialog ang  aku ingat neh hahaha. tak pernah pernah  aku ingat script drama melayu. lirik lagu pun aku tak berapa rajin nak ingat sekali dialog sengal om, baik punya ingat muhaha. adeh habis la mesti rindu om merapu ar pasni kuikui. 

sempoi tul keluarga iskandar. mcm tak berlakon ja, nampak real. tu pasal tak sedar eh dah episode 15, tuptup lor habis. pada yang tak tengok sila la layan kat youtube. aku yg  bukan spesis tgk drama melayu online pun gigih hadap youtube tgk episode-episode yang tertinggal hehe


p/s : hadap new entry berejam pun lom tentu siap satu entry...idea tak mencurah2 mcm dulu 

Thursday, October 11, 2012

ala saja-saja ja tu


mula-mula sekali aku nak bagitau ini namanya ole-ole ya




dan ini pulak onde-onde namanya





  aku tau ja beza dua benda ni. saja-saja ja aku komen bawak balik onde-onde dari indon tu. begurau nama pun. kata kawan-kawan..
 

 


ayat cover ayat cover hahahaha


p/s : serius tak perasan..lari tutup muka malu kui3..

Tuesday, October 2, 2012

lupa daratan


hampir-hampir nak kena luku ngn tahir bila dia cakap dia nk minum chatime tapi aku tanya pedia tu??? biasa la org kampung tak kenal sangat benda-benda camni muhahaha. mcm kes coolblog dulu. tak ingat?? ekekekeke. cuba cakap mcm yg dalam video unfold tu aku tau la. cuma aku tak perasan lak ayaq tu nama dia chatime. ooo chatime nama dia rupanya hmm..


pengaruh chatime gara2 unfold 


ok tak pa kita try. tahir order latte regular. aku yg tak berapa nak kenal chatime oder passion fruit LARGE!!



yg masam2 tu mmg feberet aku la. .tahir taste omputih , latte tuuuu  ;P


lupa daratan kan???stended!! hhahahhaa



p/s : gambar konon nk buat  entry ala2 travelog . tapi lepas tu suma gambar merapu jer lebih kihkih


Monday, October 1, 2012

awet muda sungguh!!

balik kerja tadi aku bukak tv. dlm kul 7 camtu. aku jarang bukak tv time ni selalunya. bukan nak habaq kata baguih sangat tak tengok tv waktu tu tapi kang klu aku sangkut ngn drama akasia tu mula aku nk semayang magrib kul 8 kuikui. sbb tu jgn duk mula tgk.

jadik dek sbb aku tak mau terjebak dan tersangkut dengan drama slot akasia aku tukar channel tv8. kuar plak drama cina hong kong. aku rasa kan last aku layan citer cina hong kong ni zaman duduk merbok kot. tu pun sbb ada geng nk turun lepak bilik tv. tapi tak dasat mcm zaman sekolah la.

mau taknya zaman sekolah duduk rumah. intenet zaman tu pun pakai dial up ja. slow tapi mahai gila. jadik tv adalah segala raja bentuk hiburan even masa tu ada tv1 sampai tv8 ja. tu pun dah hbs enjoy tgk tv. skrg even ada astro kadang-kadang aku habis tekan gak channel tp tak dak pun yg aku bekenan nak tgk. 

masa tu ang habaq  mai channel mana yg ada crita cina mesti aku layan. dari crita pakai baju perang segala dinasti sampai ke pakai baju pilot hensem bergaya kehkeh. uih tu tak masuk lagi genre febret  aku dulu mesti la crita polis-polis neh.


gambar lama so jgn cakap "camni bergaya "??? hahahha


kira gerak khas tu mmg tak mampu nk lawan detektif hong kong punyalah. bijak tangkas bergaya dan kacak. maap ac mizal ketinggian mu tak mampu memikat hati ku untuk  menonton gerak khas. apa, roda-roda kuala lumpur?? oh buat-buat tak dengaq hahaha.

tapi tadi lepas aku tertengok drama hong kong kat tv8 tu aku terperasan dan tepikiaq satu benda. kenapa aku rasa dan nampak pelakon drama hong kong ni sama ja dari zaman aku sekolah dulu???mcm tak tukar ja pun hahaha. biar betik aku dah habis sekolah bertahun kot tp pelakon drama ni duk menten orang tu jugak??wah awet muda sungguh. botox ker??????ekekekkeke


klu tgk poster ni tak berapa nk clear. cer try tgk kat 8tv sok hahaha


p/s : tenet slow..nk tunggu load gambaq pun bejanggut tunggu