Monday, November 26, 2012

tak rela

anak-anak buah aku gelak sakan tengok master chef especially part izyan. sebabnya depa kata muka izyan tu mcm aku. aku kerut dahi tanya kat mana samanya??depa jawab sama la sambil gelak. aku mmg  tak rasa sama langsung. 

pelik aku part mana yg depa nampak sama tu. asal izyan kuar ja depa gelak. hamboih suka sangat. tapi seriously kat mana yang samanya?braces??aku tak pakai pun even teringin jugak kadang2 ahhhhaa. tapi harap la aku akan pakai. takdaknya  aku rela nak  sakit pakai gigi besi tuh. 



tang mana yg samanya??? kaler kulit pun kompom2 tak sama dah..aku kulit ala beyonce kot kuikui

 
izyan ok la. aku layan jalah klu nak jugak depa kata sama. tapi bila uda buat onar kt wall aku cakap muka aku sama mcm maria elena, itu tak buleh. mmg tak logik dan tak tercapai dek akal. mcm nk pitam depan laptop haha. sangat tak sesuai uda. tak sesuai sambil geleng kepala.

aku rasa dah sampai masa ang pakai spek la uda.  dekat mana yg kami samanya??mcm aku cakap tadi kaler kulit aku ala-ala beyonce dah kekeke. klu ada 1% pun persamaan tobat aku nak ngaku sama hahaha. maria elena = fizah elena?? tidak tidak!!aku tak rela wakakka.


habis cari yg konon iras2 aku..ngek ja uda mmg tak sama langsung wakakkkaka


p/s : update time tenet slow giler mmg best!!

Thursday, November 15, 2012

popcorn + konpius


ada sapa-sapa yang gila kan popcorn mcm aku??? tetiba plak sedar aku suka makan popcorn. gigih beli popcorn GSC even tak tengok movie kuikui. beli paling besar lak tu. puas hati sampai ke petang duk kunyah benda tu jer heh.





 stended aku akan kuar entry tak dak motif camni bila aku dlm keadaan busan tahap gaban. aku sampai konpius  dengan hari dlm minggu ni. rasa mcm dah sabtu tetiba rasa mcm ahad sbb esoknya kena keja hahaha. tak pun mcm aku tgh bawak keta jln sket jumpa traffic lite merah lepas tu hijau then stop merah balik. hmmm..apapun selamat bekerja and selamat berhujung minggu jugak eh??


p/s : srius tak dak motip entry aku neh -_-"

Saturday, November 10, 2012

nak kawen ni!!

arini kawan baik aku miaanis kawen ;). akhirnya tecapai jugak hasrat dia nak kawen tarikh lawa  hihi. 101112. jodoh pertemuan kat tangan tuhan. sapa sangka kawan sekolah rendah yg duduk kampung sebelah tu lah sebenarnya jodoh yang tertulis. dulu beriya nak kawen orang jauh sekali Allah bagi orang dekat sangat haahah. power tak power doa ibu nak menantu orang dekat ekekeke. 

so arini akad nikah gambar takdak lagi sbb aku tak bawak camera. hp mmg tak canggih so harap la nk ada camera lawa. jadik aku rasa tunggu jalah gambaq official photographer. tapi hujan lebat sangat siap angin kuat, tak dapat la nk amek gambar outdoor. aku pun tak dapat la amek gambar berebut sambut bunga tangan dia mcm selalu buat tiap kali kawan aku kawen hahaha.



gambar guna balik entry dulu..gigih nk letak gambar berebut bunga jugak tu kuikui

cuma arini ada kenangan masa kami on the way nak pergi makeup. biasa la aku jadik drebar bila kawan kawen . actually kami dah lewat. janji ngn mak andam tu kul 12.30 tapi gerak dari rumah dia kul 1. dah tu kat masjid kena ada dlm kul 2.30 sbb tok imam nak nikah around kul 3 camtu hmm.

jadiknya aku sebagai drebar mmg kena speed sket la kan. masa tekan minyak tu ada plak polis buat roadblock. dari jauh dah nampak so slowkan  la keta. aku ingat selalu polis ni dia tak tahan keta. yang jadik mangsa kena tahan moto. tapi elok ja moto-moto depan aku tu lepas. aku plak yang dia tahan.

tak sempat bukak tingkap aku dah jerit dalam keta  nak kawen ni!! laju ja aku cakap camtu budget dia tak dengar la. tapi agaknya dia faham kot gerak mulut aku hahaha. dah tu clear sangat nampak dila tengah pegang bunga tangan mia. mia lak tangan merah berinai  kehkeh. terus dia suruh jalan tak jadik nak tahan :D

bedekah gelak kami lepas dia suruh jalan. rasanya dia pun nampak kami pakat gelak hahahaa. tapi srius la mmg nak kawen pun. siap lewat kot. tapi alhamdulillah sampai serentak ngn rombongan lelaki ngn famly mia. elok ikot belakang keta depa mcm konon bekonvoi sekali nak masuk masjid padahal pecut tak hengat hihi. hujan pun turun lepas ijab kabul. hujan rahmat kata mama mia :). so congratz to mia and zaff. semoga kasih sayang kekal sampai ke syurga aminnn. 

p/s : bila mia kawen ni takdak la kawan melepak kfc mlm2 nanti 

Tuesday, November 6, 2012

dah faham kenapa


wah sedap rupanya suara bf epalejau ni. padan la dia suka sangat kat mamat tu. tak heran la ratus-ratus episode pun dia gigih jugak tunggu. ooo dah faham kenapa.





hahaha tak habis merapu dari pagi tadi. tapi serius sedap ar suara si apa ah..sat aku nk copy nama dia dulu. ha si randy pangalila. dah banyak kali cerita pasal dia pun tetap tak ingat nama dia apatah lagi nak eja kuikui. 

pada yang nk cakap baru tau ke suara dia sedap???ya aku baru  nk tau..baru dengaq mlm ni lagu dia.. 1st time dengaq. tu pun tenampak kat youtube kihkih..


p/s : nad si randy ni la la bf epal tu ;P

Monday, November 5, 2012

cari semangat


selalu letak video petronas raya posa ja kan. sekali sekala layan video deepavali petronas ok kot. semangat 1 malaysia nama pun 






bersemangat terus kan lepas tengok??? ok aku merapu kehkeh.



tengah cari semangat nak perabih marking midterm paper students sebenarnya neh. dari minggu lepas  lepas tak habis-habis lagi  -_-"



even maybe tak byk mcm ticer epal tp cemuih  jugak nak cek satu2


p/s : dengar2 HQ dah approved lecturer baru tapi tak tau bila dia nak masuk


Friday, November 2, 2012

sedap hingga menjilat kaki

tiap kali mcd kuar produk baru mmg gediks ja kaki nk try. kfc lak payah sket rasa nak cuba. so bila mcd kuar ngn samurai beger beriya sakan nak cuba. baca plak status adik aku kat fesbuk dinner ngn sakura katanya. bila aku tanya sedap ka??dia jawab sedap sampai menjilat kaki. ya aku tau sengal lagi sengaja bunyiknya.

ini tak buleh jadik terus skype tahir. tapi biasa la nama ja duduk satu negeri tapi cuti ari  lain-lain. mmg tunggu sampai cuti hari raya haji baru dapat jumpa. so melangkah mcd tu dengan harapan ada lagi samurai beger tu. dan yes ada!! excited beratur even ramai orang. tapi masa beratur dua-dua cakap gigih kita ni kat rumah punya banyak daging korban nk jugak makan daging samurai ekekkeekeke.

masa tengah makan dua-dua asyik menambah sos ja hahaha. dah nama pun tekak org melayu sos manis jepun tu mmg tak berapa nak kena la. conclusion nya ayat sedap hingga menjilat kaki adik aku tu mmg konspirasi melebih-lebih nak menunjuk kat aku sahaja. tak mengambar kesedapannya sangat pun.


maybe sedap cuma tekak aku ngn tahir tak berapa nk serasi kot

dah tu kemarin kak ina ajak mkn kfc. kak ina opismate aku ni peminat ayam kentaki. aku lak tak berapa nk minat kfc kecuali krusher lemon fresh fizz. suka sangat la kan sampai rela tanam daun pudina konon senang bila-bila nak minum buleh buat sendirik kat rumah. beli lemon ngn sprite ja tapi hampeh tak naik pun aku tanam. teknik salah mungkin heh.

so kak ina mcm biasa oder snack plate. aku yg mmg akan blur tiap kali bediri depan kaunter kfc tu nampak gambar zinger double down. pernah baca ada yang kata sedap ada yang kata tak berapa sedap tapi tak apa la try la sekali kot sedap ka kan.


ahhhhhhh meleleh ayaq lioq..sedap gilerrrrrr hahaha

bila dah try terus rasa wah ni baru betul-betul menjilat kaki hahaha. serius sedap giler double down neh. sbb ayam tu ada rasa pedas sikit-sikit kot. klu ada yang ajak kuar makan kfc arini kompom aku order lagi haha. teringat keluarga iskandar mak jah komen status abang long bila dia upload gambar nasik lemak "nafsu syaitan tu long" ekekekkee..tapi ah sedapppp!!


p/s : arini mia ajak kuar.. peminat kfc ajak kuar adakah kami akan singgah ke kfc??kuikui