Thursday, December 20, 2012

apa yang powernya???


apa yang power sangat neskepe neh???




dah la dua ringgit, badan kurus. sedut berapa kali dah licin.


bukan elok untuk kesihatan pun klu amal selalu.


siap sanggup berjalan tengah panas pi kedai runcit cari dia lagi. 


jawapanya aku mengantuk terukkkkkkkkk masa kat opis. asal mengantuk cari neskepe. even nekad tak nak minum tapi kalau serangan mengantuk tu mai aku tewas. aku lupa neskepe ni tin dia kurus, harga dia dua ringgit, sedut berapa kali ja dah habis, dia tak baik untuk kesihatan dan demi dia aku sanggup menapak ke kedai runcit  -_-"


p/s : miss lolliyana lagi hantu neskepe dari aku. bila minum neskepe kompom teringat dia 

Wednesday, December 19, 2012

entry ni panjang sbb cerita pasal makan

so menda aku nk update neh??dari tadi aku asyik backspace aja. cerita pasal jalan-jalan cari makan aku ngn tahir kat melaka jalah yer hahaha. entah apa kat kepala aku dengan tahir entah tetiba nak pi melaka mengacau jieha. naik bus ok haha. serius aku tak ingat bila last aku berjalan jauh naik bus. mmg aku malas benar naik bus klu nak ikut tu. tapi sbb plan nak drive sendirik kena kansel dan tiket train habis, bus jugak la jadik pilihan. habis jugak la plan nak merayap kl dulu T_T

ala melaka klu aku nk crita pasal tempat best kat sana pun mesti hampa dah malas nk baca kuikui. so cerita pasal makan jalah yer. mau taknya dari start sampai pagi jumaat tu jieha asyik suap aku dengan makanan aja. mula-mula nasik lemak kat kedai tepi jalan on the way nak pi rumah dia dari melaka central. nasik lemak weh mana buleh tak sedap. tapi serius sambal nasik lemak tu sangat sedap!! mcm biasa sedap sangat so tidak la sempat amek gambar =P

tengahari sikit jieha pesan selongkar ja peti ais dia masak apa yang patut buat alas perut sementara dia kena masuk opis separuh ari. aku ngan tahir masuk dapur?? hahaha mmg habis la suma herbs kat dapur dia tu. tapi serius dapur ngn peti ais jieha mcm pantri master chef. cuma yang tak berapa nk master chef tu aku ngan tahir jalah. so terhasil la nasik goreng campuran semua herba dan telor dadar spesel. 

habis spesel la tu konon

balik ja jieha dari opis diajaknya kami pi mydin. nak cari bahan buat dangai katanya. tau apa tu dangai??tak tau tempat lain panggil kuih ni nama apa tapi kami utara ni sebut dangai la. kuih  campuran tepung dan kelapa parut yg kemudian dibakar dalam acuan. tapi jieha takdak acuan digrill ajalah tepung tu dalam pan. sedap la jugak even masa buat tu sambil baca resepi kahkah. jieha ni mmg rajin bukan takat dangai dia buat siap buah melaka dengan cekodok labu sekali. serius 1st time aku dengar dan makan cekodok labu. apa rasa dia??tanya lagi mmg sedap la :)

dangai tak serupa bentuk original tapi rasa buleh tahan la

malam tu makan asam pedas. apa la erti pergi melaka klu tak makan asam pedas. mcm biasa lupa nak amek gambar ekekekkeke. terus terang cakap aku bukan peminat asam pedas tapi sebagai pelancong yg mai dari kedah , aku tetap cakap asam pedas hajjah mona sedap hingga menjilat sudu. dan esoknya bangun - bangun tdoq dah tersedia mee goreng hasil sentuhan chef jieha. mmg 5 stars la hotel ang jieha wakakkaka.

lunch aritu makan ayam penyet sbb aku yang nak makan. serius nak mengaku nih aku tak pernah makan ayam penyet.so bila jieha kecoh cakap pasal ayam penyet, itu mmg aim aku bila p melaka. padahal kedah ada ja restoran ayam penyet tapi gigih nak makan kat melaka jugak ngeee.tapi sebelom tu lepak jco belasah donut sorang 2 ketul. balik rumah petang sket jieha buat salad kentang dengan fruit salad. tetiba betukar dari jawa ke omputih erkkk!!

meleleh-leleh  makan
malam tu belasah beger bakar rawang kat mitc melaka. amek set bugermbira yg sedap jugak. esoknya sambung jadik minah salleh. jieha buat breakfast potato grill. klu tak sedap tahir tak belasah satu tray muhaha. then lunch. ni paling hebat aku rasa. lajak pi muar makan cari mee bandung muarrrrr. klu tadi tahir belasah satu tray yang ni dia tak angkat kepala terus haha. siap tolong habiskan aku punya lagi. so tau la camna rasa dia kan ngeh3


berbaloi turun muar mmg tak nyesal punyalah

balik tu singgah pasar malam. jieha duk sangat promote nasik kerabu makcik sorang tuh. malam tu dinner nasik kerabu. melaka ke western ke muar tetiba ubah selera kelantan hahaha. tapi takpa yg penting suma sedap2. dan esoknya celik-celik mata dah siap nasik goreng jieha masak. nak cakap apa lagi mmg i lap u  la jieha =D

penutup acara makan-makan sedap kat melaka sebelom balik pekena nasik arab sampai semput haha. nasik arab nama pun mmg kompom-kompom la banyak. siap mintak bantuan jieha habiskan. klu aku sumbat jugak mau tekuar balik. dan akhir sekali mcm yun pesan bila sampai melaka mesti dan pasti kena cuba coconut shake. dan bila aku cuba mmg aku rasa rugi datang melaka klu tak cuba coconut shake tuh. nikmat ooooooooo.

sebagai konklusi trip  4 ari 3 malam kat melaka aku dengan tahir sangat enjoy, hepi dan sangat sangat sangat sangat sangat teharu dengan layanan jieha and fazrul. susah nak jumpa kawan mcm neh. seriously, trima kaseh banyak-banyak ;)


p/s : wahhhhh buleh tahan sweet maria elena kawen yer tetiba ngeeeeeeeee...

Monday, December 10, 2012

syokkkkkkkkkkk oooo


aktiviti waktu malam aku sekarang lepas balik keja. pertahankan kejuaran snap, donkey, old maid and happy family muhahaha. ada sapa-sapa berani celen???


snap

old maid

donkey

ikutkan anak buah aku ada kad happy family ja. tapi aku tengok naik lunyai kad tu, aku pun borong la snap, donkey dengan old maid tu kat popular. ala 8 kupang satu. sekali sekala budak-budak tu balik cuti sekolah apa la sangat 8 kupang. dalam kurungan aku yang beriya lebih kekekekkkee. syok ooo lama tak main benda ni. last main aku rasa masa sekolah rendah. zaman hingus meleleh hahaaha. 


p/s : moga takdak yg lari p popular cari happy family lepas baca entry ni ;P

Thursday, December 6, 2012

satu lagi kisah dogeng

cinta halal. satu lagi kisah dogengggggggggg yang hanya akan terjadik didalam drama hahaha. hero perfect. heroin hmmmm tak berapa nk ayu perangai tapi last2 hero bekenan jugak.





dalam dunia realiti ada hero nak awek perangai mcm ismi tu???selamba giler mengaku suka bos. siap ngorat depan-depan plak tuh haha. sempoi giler. feberet scene aku masa ismi baling tudung tupperware kuih. mmg epik!!

buleh tahan lawak la drama ni sampai habis la aku tengok masa tunjuk kat tv3 aritu. then masa kak ina tgk kt youtube aku join sekaki tgk jugak hahaha. ala sementara tunggu nak pukul 6. bos pun cuti habiskan annual leave jadik anak-anak buah yang dah clear annual leave buat la apa yang patut kat opis kuang2..


p/s : dah makin banyak drama melayu aku tengok sekarang..sila tepuk sket :D

Wednesday, December 5, 2012

blogger jemputan

mula-mula nak cakap entry ni bukan aku yang tulis tapi anak buah aku aliya yang tulis. dia nk tulis panjang-panjang katanya. so ampa layan jalah, bagi peluang. anggap jalah dia blogger jemputan :)


Chef Marina and Aliya
Aliya dan umi membuat beger special

bahan-bahan :
carrot salad kubis sos mayonis daging bawang tomato planta dan roti

cara-cara :
sapukan planta pada roti.bakar roti dan bakar daging.Letak daging di atas roti.letak salad di atas daging selepas itu letak tomato bawang kubis sos dan mayonis.

TERIMA KASIH  




asalnya aku nk update pasal dia jadik chef tadi.. tapi bila dia nampak aku letak gambar ni terus dia nak tulis sendirik. aliya anak buah aku yang duduk sabah. baru darjah satu. hobi dia suka memasak and dia nak jadik chef bila besar nanti. pengaruh masterchef sangat dia neh. lepas masak gigih nak buat plating bagai padahal orang lain tunggu siap ja nak ngap beger tu kekekkkee. oh chef marina itu ummi dia ya.


p/s : segala struktur ayat mmg aliya create sendirik :D

Tuesday, December 4, 2012

untuk yang menunggu Vlog ku

memandangkan ramai sangat yang nak tgk aku buat vlog aku pun tak sampai hati la klu tak menunaikan hasrat kawan-kawan tu. so aku pun tekadkan semangat untuk rakam video sendirik dan upload kat youtube. ya la sampai bedarah2 hidung yun punya merayu , tak sampai hati lak aku tak buat. haih ssh jadik org lembut hati neh. jadik demi kawan-kawan aku rela nekad dan pasti. bak kata org jepun gambateh!!


camni punya rayuan aku tak gamak nk kata tidak


so aku pun prepare la serba sket. ehhhh nak masuk youtube uollsss kena la prepare sbb apa silap-silap tecalon shouts award. buleh jumpa retis kpop kelassssssssss berangan muhahaha. mula-mula sekali aku cari shawl yang lebih kurang mcm gambar maria elena yang aku post sebelom ni. kebetulan la sangat mmg aku ada shawl yg lebih kurang mcm tu cuma kaler ja lain. haih mujur sungguh.

aku pun apa lagi lilit sakan shawl even tak pandai. dah berpeluh lilit aku pun praktis la cakap depan cermin. bila dah rasa puas hati aku pun on laptop. tunggu sat dia loading. dah habis loading aku pun kemain excited nak on webcam. tetiba aku kaget depan laptop. klu ada yang pk  aku nebes nk record video sendirik ampa mmg salah. aku sebenarnya kan hahaha tak tau nk on webcam kt laptop aku neh. seriously aku tak tau.

tolong la jangan buat muka tak percaya. aku cakap betul. so aku pun kansel la nak buat vlog aku yang petama. kiraya mmg aku tak buat dah la kot sbb tak reti kan nk on webcam. kat mana entah nak tekan. susah tul la pakai asus ni. buat laptop sampai org cari webcam tak jumpa. 


gambar guna balik enry aritu kuikui

apapun aku nak tegaskan kat sini ini suma salah asus bukan salah aku. aku dh beriya tp punat webcam aku tak jumpa. terus kena kansel ish ish ish. maap ya suma aku tak bermaksud tapi asus yang memaksa. harap suma faham la ya :)


p/s : jgn la bekerut dahi tak pecaya, kisah benar ni