Wednesday, December 19, 2012

entry ni panjang sbb cerita pasal makan

so menda aku nk update neh??dari tadi aku asyik backspace aja. cerita pasal jalan-jalan cari makan aku ngn tahir kat melaka jalah yer hahaha. entah apa kat kepala aku dengan tahir entah tetiba nak pi melaka mengacau jieha. naik bus ok haha. serius aku tak ingat bila last aku berjalan jauh naik bus. mmg aku malas benar naik bus klu nak ikut tu. tapi sbb plan nak drive sendirik kena kansel dan tiket train habis, bus jugak la jadik pilihan. habis jugak la plan nak merayap kl dulu T_T

ala melaka klu aku nk crita pasal tempat best kat sana pun mesti hampa dah malas nk baca kuikui. so cerita pasal makan jalah yer. mau taknya dari start sampai pagi jumaat tu jieha asyik suap aku dengan makanan aja. mula-mula nasik lemak kat kedai tepi jalan on the way nak pi rumah dia dari melaka central. nasik lemak weh mana buleh tak sedap. tapi serius sambal nasik lemak tu sangat sedap!! mcm biasa sedap sangat so tidak la sempat amek gambar =P

tengahari sikit jieha pesan selongkar ja peti ais dia masak apa yang patut buat alas perut sementara dia kena masuk opis separuh ari. aku ngan tahir masuk dapur?? hahaha mmg habis la suma herbs kat dapur dia tu. tapi serius dapur ngn peti ais jieha mcm pantri master chef. cuma yang tak berapa nk master chef tu aku ngan tahir jalah. so terhasil la nasik goreng campuran semua herba dan telor dadar spesel. 

habis spesel la tu konon

balik ja jieha dari opis diajaknya kami pi mydin. nak cari bahan buat dangai katanya. tau apa tu dangai??tak tau tempat lain panggil kuih ni nama apa tapi kami utara ni sebut dangai la. kuih  campuran tepung dan kelapa parut yg kemudian dibakar dalam acuan. tapi jieha takdak acuan digrill ajalah tepung tu dalam pan. sedap la jugak even masa buat tu sambil baca resepi kahkah. jieha ni mmg rajin bukan takat dangai dia buat siap buah melaka dengan cekodok labu sekali. serius 1st time aku dengar dan makan cekodok labu. apa rasa dia??tanya lagi mmg sedap la :)

dangai tak serupa bentuk original tapi rasa buleh tahan la

malam tu makan asam pedas. apa la erti pergi melaka klu tak makan asam pedas. mcm biasa lupa nak amek gambar ekekekkeke. terus terang cakap aku bukan peminat asam pedas tapi sebagai pelancong yg mai dari kedah , aku tetap cakap asam pedas hajjah mona sedap hingga menjilat sudu. dan esoknya bangun - bangun tdoq dah tersedia mee goreng hasil sentuhan chef jieha. mmg 5 stars la hotel ang jieha wakakkaka.

lunch aritu makan ayam penyet sbb aku yang nak makan. serius nak mengaku nih aku tak pernah makan ayam penyet.so bila jieha kecoh cakap pasal ayam penyet, itu mmg aim aku bila p melaka. padahal kedah ada ja restoran ayam penyet tapi gigih nak makan kat melaka jugak ngeee.tapi sebelom tu lepak jco belasah donut sorang 2 ketul. balik rumah petang sket jieha buat salad kentang dengan fruit salad. tetiba betukar dari jawa ke omputih erkkk!!

meleleh-leleh  makan
malam tu belasah beger bakar rawang kat mitc melaka. amek set bugermbira yg sedap jugak. esoknya sambung jadik minah salleh. jieha buat breakfast potato grill. klu tak sedap tahir tak belasah satu tray muhaha. then lunch. ni paling hebat aku rasa. lajak pi muar makan cari mee bandung muarrrrr. klu tadi tahir belasah satu tray yang ni dia tak angkat kepala terus haha. siap tolong habiskan aku punya lagi. so tau la camna rasa dia kan ngeh3


berbaloi turun muar mmg tak nyesal punyalah

balik tu singgah pasar malam. jieha duk sangat promote nasik kerabu makcik sorang tuh. malam tu dinner nasik kerabu. melaka ke western ke muar tetiba ubah selera kelantan hahaha. tapi takpa yg penting suma sedap2. dan esoknya celik-celik mata dah siap nasik goreng jieha masak. nak cakap apa lagi mmg i lap u  la jieha =D

penutup acara makan-makan sedap kat melaka sebelom balik pekena nasik arab sampai semput haha. nasik arab nama pun mmg kompom-kompom la banyak. siap mintak bantuan jieha habiskan. klu aku sumbat jugak mau tekuar balik. dan akhir sekali mcm yun pesan bila sampai melaka mesti dan pasti kena cuba coconut shake. dan bila aku cuba mmg aku rasa rugi datang melaka klu tak cuba coconut shake tuh. nikmat ooooooooo.

sebagai konklusi trip  4 ari 3 malam kat melaka aku dengan tahir sangat enjoy, hepi dan sangat sangat sangat sangat sangat teharu dengan layanan jieha and fazrul. susah nak jumpa kawan mcm neh. seriously, trima kaseh banyak-banyak ;)


p/s : wahhhhh buleh tahan sweet maria elena kawen yer tetiba ngeeeeeeeee...

16 comments:

  1. mmmmmm... mesti berat hang dah naik 8 kelo..

    kehkehkehkehkehkeh

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahha ish tak berani terus nk timbang..ngeri nk bedepan kenyataan

      Delete
  2. waaaaaa.. nad rasa kenyang baca entri SN. OMG, makan je tanpa henti.. jeles jeles.. bahagia betul ada org pandai masak pastu asyik bagi paksa kita makan. hoi, xpaksa pun kita makan lah! haha. coconut shake klebang is super duper awesomeeee... terkenang sampai skrg.. haih bila nak jejak kaki ke melaka lg ni.

    mai la KL jumpa epal sekali.......

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg tak sangka trip p melaka ni diisi dengan acara makan secara marathon.kan shake tu mmg awesome..coolblog pun leh tewas ngn rasa dia hahaaha..

      itu la aritu plan nk singgah kl klu naik train tpi tiket habis..ni cuti pun dh habis acaner nak menempek sana huuu

      Delete
  3. tudia..non stop mkn.nak termuntah lak aku bc.patut la nmpk lain dah saiz hg..bak kata hadra..you're just easy to see..muhahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak temuntah ka jelessssssssssssss????
      wakakakakkaakakkkaka..ok la at least timbang gerak la jugak angka berat badan tu dari tak naik2 dri zaman anak remaja kan muhaahahaha..just easy to see ok what ahaks..

      Delete
  4. perghhh.....aku kenyang sampai arini kot...gara2 melantak tahap dewa nya kat melaka aritu.. heaven gila trip kali ni...terharu smpai menitik ayaq mata la dgn layanan yg superb...(over sgt tu) hahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku pecaya ang kenyang sampai arini sbb apa2 jieha suh ang perabih muhaahahaha..ha tu mula nk buat 2nd trip lak tu kekekeke..klu menitik ayaq mata pun ok ja sbb mmg teharu sangat2 la kan kat depa dua hihi

      Delete
  5. coconut shake sedaaappp!! aiskrim meleleh2... uwaaaa. sedappp..sedapp..

    bestkan melaka? tapi jalan satu hari pun dah xtau nak pusing mana. hahahaha..

    p/s: maria elena mmg suwit. Ok tetiba jugak. PANGGG!

    ReplyDelete
    Replies
    1. dap dap dap bak kata aqeef anak nani hahahaha..sbb xtau nak pusing mana yg pusing makan2 tak hengat tu kekekekeke..

      Delete
  6. hamboi makan diaa... mesti semput penimbang nak menimbang.. kah kah kah...

    Mee Bandung Muar... perghhh.. rasa nak balik kampung jer... kah kah kah

    ReplyDelete
    Replies
    1. silap2 penimbang tu nampak dari jauh mcm nak lari agaknya..tak sanggup nak timbang wakakkakakaa..ha apa lagi cuti panjang krismas ni buleh la balik muar hihihi

      Delete
  7. dangai tu cam menarik jee
    sat nak p tanya org penang sat. pedia dangai tu, hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha try la..sedap sbb ada kelapa muda parut manis2 gula gitu..

      Delete
  8. aku baca entry makan ang ni, aku plak rasa kenyang gila even xbekpes pun pagi ni. Siyesly ku smp mcm nak tkuaq balik sbb kenyang sgt dgn apa yg ang persembahkan. Sampai ati ang mkan byk mcm tu naaaa. Tak takot gemok ka? hahah

    Maria elena dh kawwen. Hafizah elena plak bila?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ai itu aku rasa aku telupa wrap salad ciken and kuih melayu tradisional..lepas update baru aku ingat hahahaha..gemok tu pk kemudian masa mkn tak ingat langsung wakakkakkka..

      maria elena ada bf ensem buleh ler kawen ;P

      Delete