Wednesday, December 11, 2013

dan sebenarnya jodohku


amacam tajuk??ada rasa nk click laju2 baca? atau lepas baca nanti ada rasa nak tampaq aku laju2???ekekkeeke..aku dapat idea ni masa kena paksa dengan opismate aku teman dia cari pelamin. ya lagi dua minggu nak kenduri kemarin baru terhegeh2 cari pelamin bagai.

ha itu la gedik nak buat suprise la konon, last minute baru nak prepare nah rasakan..kelam kabut. dah tu malu nak pi butik pengantin sorang-sorang. lepas tu ikut aku sampai depan pintu toilet ajak teman..agak-agak ar bila dah sampai depan pintu toilet punya merayu, aku pun cakap yalah-yalah tapi dengan syarat BAGI AKU MASUK TOILET DULU!!

masa aku langkah ja masuk butik pengantin tu aku cuba ingat balik berapa kali dah sebenarnya aku ni masuk butik pengantin??  1st time aku masuk butik  pengantin dengan cikgu mahfuzah. masa tu dia ajak teman survey-survey untuk wedding dia. siap ada entry pre wedding tu.excited bestfren nak kawen la katakan..

lepas tu giliran jieha buat aku masuk butik pengantin lagi. kali ni jadik drebar bawak dia pergi makeup. lama jugak la tgu makeup dia siap sampai habis aku khatam album baju pengantin, makeup pengantin, pelamin , meja makan dan jugak hiasan bilik tdoq. kiranya klu ada soalan exam pasal berapa harga pakej kedai pengantin kompom2 aku betul suma hahaha..


entah tak tau nak letak gambar apa.tak kan mak andam kot kan??


then dengan meinn. kawan baik masa sekolah atau sebenarnya kawan yang aku selalu tiru homework dia wakakaaka. so bila dia kawen aku balas balik la jasa dia bagi aku tiru homework dia dulu dengan temankan makeup sampai siap kuikui..tak lah, main-main ja. kawan baik namapun apala salahnya masuk butik pengantin lagi tgu dia dimakeup kan..sweet kan aku ;P


dan sekali lagi aku masuk butik pengantin bila mia decide nak kawen. ini bukan sekali rasanya tapi berkali2 aku turun naik butik pengantin dengan dia survey. bila dah dapat yg berkenan berkali jugak aku teman dia pi fitting sebelum aku jadik drebar dia untuk makeup hari nikah and kenduri.

next aku rasa dengan kak ina kot. survey baju pengantin untuk anak dia. bila aku pi dengan kak ina tanpa anak dia mula la aku jadik sasaran mak andam ingat aku yang beria nak kawen padahal aku teman ja pun macam selalu. tapi aku cool cakap oh tidak,tidak bukan saya!!

neh kawan aku sue duk tanya bila aku free nak ajak kuar cari baju nikah..erkkkkkkkk aku lagi..itu mujur epalejau duduk sabah klu tidak kompom pijak jugak aku butik pengantin dengan dia hahaha..dah tu acaner aku tak letak tajuk dan sebenarnya jodohku ..... mmg dengan butik pengantin even aku tak kawen-kawen pun wakakaka..



p/s :  pada yang nak komen aku plak bila maap aku tak leh jawab sbb aku tak punya jawapan untuk soalan dengan siap heh..

Saturday, December 7, 2013

blogger jemputan dua

tahun lepas aku ada buat satu entry blogger jemputan tajuknya. entry yang anak buah aku aliya taip pasal cerita dia buat burger. masa tu dia darjah satu. tahun ni aku bagi sekali lagi peluang dia kuar entry.


masuk darjah dua, dah up skill masak-masak dia wahhhh. kali ni dia nak share resepi ice cream bread. tak tau lak aku budak ni dah reti pakai mixer. selama ni aku ingat dia cakap ja lebih dia pandai buat kek pisang bagai. 


maklum la duduk sabah cuti sekolah panjang baru balik kampung. tapi tahun depan jadik org perak pulak. mak bapak dia dah dpt pindah balik sini. jangan heran la lepas ni sikit-sikit kuar entry blogger jemputan tiga, empat, lima dan seterusnya ekekekeke..


so moh tgk tatabahasa budak darjah dua. klu nak dibanding masa dia darjah satu aritu, kali ni aliya dah kenal and reti guna koma hahaha. aritu ramai komen mana koma la kan. kali ni bukan koma dengan titik2 dia terlebih pakai. fesbuk banyak sangat budak neh ishhh..



Roti aiskrim



bahan-bahan:

aiskrim 2 cawan,tepung naik sendiri 1 1 /2 cawan ........


cara-cara :

mula-mula cairkan aiskrim,selepas itu, masukkan aiskrim ke dalam bekas, kemudian masukkan 1 1/2 cawan tepung naik sendiri, putar sampai sebati,akhir sekali masukkan roti aiskrim kedalam oven selama 40 minit.



SELAMAT MENCUBA.....




p/s simple kan resepi??nak  original resepi sila masuk sini 

Wednesday, November 13, 2013

entry takdak arah namanya


waaaaaahhhhhhh dah november la..


tau apa yg hebat pasal november ?? 


aku tak update lagi entry!!!


tapi ada yg pedulik ka aku tak update???


muhahahaha


aku tak bz. cuma aku takdak cerita nak share mcm dulu. 
 
 
ya hidup aku berputar dengan rutin yg sama..


maybe aku patut join kawan2 aku jual baju online 
 
 
atau cadar 3D yg menduga iman itu...(ehem yun aku tolong promosi secara halus disitu)


atau juga sama2 meriahkan lagi jualan shaklee??


tak pun teruskan perangai sengal dengan amek gambaq poyo dan letak kat fesbuk untuk mengundang komen-komen tak puas hati kawan-kawan??


ya aku pilih yang last tu dan hasilnya adalah ini 




ni suma poyo. aku tak suka coklat pun. aku punya dua kotak kecik ja yg lain2 tu opismate aku punya. 

dua kotak kecik tu pun satu aku bagi kazen. satu lagi hahaha elok dlm peti ais tak bersentuh ;P


p/s mmg terserlah entry takdak arah dan aku sangat2 takdak idea kekekeke


Monday, October 7, 2013

mana satu???

petang tadi tertengok sikit love you mr arrogant. kejap tadi tertengok sikit fira ayuni. tak lama aritu kecoh cinta jannah. then klu ada yg perasan lagu  black tak kan berpisah tu ost drama jodoh itu milik kita.. perasan tak persamaan antara suma drama-drama neh??ngeh3..

trend drama becinta lepas kawen. aku tak tau apa pencentus kepada lahirnya drama-drama yang konon saling tak suka each other tapi terpaksa kawen dengan mcm-mcm alasan. yg bestnya jalan cerita dekat-dekat nak sama lepas tu siap buleh bersambung-sambung plak tu. 

habis satu drama sambung satu drama tapi motip jln cerita sama. aku meluat ang, ang meluat aku tapi lepas tu slowly jatuh cinta, bila dah jatuh cinta tiba-tiba datang halangan dan dugaan yang kemudiannya hepi ending hahaha. cliche sangat. 






tapi cliche-cliche pun orang tengok jugak. biasa la especially pempuan kan haahhaaha. aku cakap mewakili diri aku jugak. even tak la suma aku layan tapi klu tersangkut aku follow jugak. cuma bukan berderet-deret aku layan la. ada la satu dua dlm banyak-banyak tu wakakkakaka. selalunya ada org pengaruh aku tgk tak pun sbb nak tau asal drama tu meletop sangat.

pernah aku terbaca satu tweet. ada sorang budak laki tu tweet. lebih kurang camni la..dia ckp aritu zain setia hujung nyawa, lepas tu papa ehsan sekarang izaryl pulak apa pempuan nak sebenarnya??..nampak power tak power hero tu buat pempuan cayaq baik punya siap berangan nak kawen bagai even jln cerita sama ja suma..kahkah..

so aku nk tau dalam banyak, banyak, banyak dan banyak drama melayu style kawen dulu becinta kemudian ni kan mana satu yang hangpa rasa paling best? and hahaha hero manakah yang berjaya mencairkan hati anda??wahhhhhhh aku kah yang tulis ni??hahahaa..


p/s : ok soalan aku last tu budget ramai ja baca blog aku  neh kahkah and errr klu yg baca ni laki2 buleh pilih heroin mana paling cun kehkeh...


Sunday, October 6, 2013

kalau tak kerja


arini ahad!! so cuti. agak-agak nak buat apa??? 

hmmm kita buat wraps lah!! :)



 nak resepi?? 

resepi asal dari jieha 

isi ayam perap ngn garam, lada hitam & oregano. 

lepas tu panggang lah dengan mengunakan pemanggang ajaib!!

 then gaul dengan mayo + bawang 

wraps kena bakar sikit ikut arahan dekat plastik. kejap ja tak lama pun

then amek salad, tomato, ayam tadi letak atas wrap dan balut la ikut  suka. 

dekat plastik tu ada tunjuk cara balut. 

tapi mmg bila aku balut tak berapa nak cantik sangat la. 

mcm biasa alasan ngelat letak gambar kuikui


p/s : camna la klu tak keja?? ari-ari pk makan apa jalah agaknya ekekeke


Tuesday, September 24, 2013

books cafe


untuk entry ni aku harap aku pandai melukis sebenarnya. tapi itu tidak mungkin berlaku hahaha. jadik google images bersedia akan ku geledah gambar-gambar mu bebeh. kenapa nak kena pandai melukis??sbb bak kata tahir entry ni akan nampak comel klu ada sketch. ya, maybe :)

entry berangan mmg la nampak comel ja suma. aku berangan nak bukak cafe yang ala-ala sekret resepi tapi bukan la mcm sekret resepi sangat. cuma cafe yang cute dengan simple menu. dlm erti kata lain menu yang aku reti masak la.

wahhhhhh angan-angan tak kalah hahaha. nampak sangat nak bukak kedai makan yg menunya benda aku suka makan ja ngek!!so apa menu simple yang konon aku reti buat??? 

1st wraps. senang dan cepat tapi sedap. aku makan yang  jieha buat dan kemudian mintak resepi nak bawak masa jamuan kat opis. sejak tu aku dah mula berangan nak bukak cafe yg  ada menu wraps ni hehe..




then sandwich. klu nak ikut tak pernah la aku buat sandwich yang cengini rupanya. paling hebat pernah buat sandwich sardin dengan telur haha. tapi sejak aku duk melayan food network channel kat astro tu terberangan la pulak cafe aku kena ada menu camni kahkah..






lepas tu meatballs. masuk dlm list angan-angan lepas aku try buat resepi ala meatballs ikea aritu ekekekeke. cuma aku gigih nak try buat meatballs sendirik jalah. taknak guna yg frozen punya tuh..biasa la berangan nama pun ~




seterusnya spaghetti!! spaghetti adalah makanan bukan melayu pertama yang aku cuba masak tapi guna prego. stended ler haha. cuma sekarang bila dah selalu buat pandai la jugak ubah ikut sedap hati aku. yes lidah melayu so extra pedasss yeahhhh!!




potatoes wedges. entah tetiba ja wujud menu kentang dlm list aku. janji senang. kiranya cafe aku ni suma benda senang aku nak masak ja lah. mungkin sebab aku penah cuba kentang ala melayu style resepi kak siti opismate yang buleh tahan sedap jugak la :)





then sampai ke part yang aku tak minat nak masak tapi kena ada dlm menu. memandangkan aku tau tahir, minat bab-bab cookies and cakes ni so aku berangan nak lantik dia jadik partner aku yang keja dia selain kira duet kena kira berapa kilo tepung dan gula. buleh???hahaha



serius  sapa reti buat biskut german ni??aku nk makan!!


dan last sekali reka bentuk cafe idaman aku tu. bila masuk part ni lah yang buat aku harap aku pandai melukis. nampak klu dah buleh berangan??hahaha. aku dapat idea tu dari citer korea cuma aku tak ingat drama or music video. ala-ala books cafe. ada buku elok ja tersusun kat rak dlm cafe tu. well lebrian kan? ahaks..


letak lepas nad sebut haahaha..


p/s : sikit ja menu??habis klu byk  nampak sangat aku kuat berangan hahaha.gambar suma amek kat google ye  :)

Thursday, September 12, 2013

flower boy


masa duk scroll- scroll fesbuk aku terperasan gambar  song joong ki. gambar sebijik macam ni




 aku konpius sat, sejak bila plak aku fren ngn flower boy koreanya. but then aku sedar itu hanya ilusi. aku kawan dengan ticer yun bukan song joong ki. 

ok yun akhirnya aku tau ideal type ang camna.. jambu ye?? patut la sambil buat keja sambil dengar lagu adik najwa latip  ~ i m sorry i love u ~ gitewwwwwwww


p/s : ampun yun aku boring sangat kat opis neh..sekali sekala ang jadik mangsa kira halai la  kan hahahaha

Saturday, September 7, 2013

mari selamatkan blog

ya masa untuk selamatkan blog dari tak update dengan entry makanan. kali ni resepi dari queen of masak-masak jieha. aku baru ja bagi mama bella ni gelaran queen of masak-masak lepas try resepi carrot spring roll dia yg ya Allah sedap sangat. 

spring roll tu nama omputih tapi nama melayu dia apa lagi roti gulung karot la kahkah. sbb tak mau nampak mcm popia disebalik nama spring roll jieha cakap buleh jugak pakai roti gardenia. tp klu nak pakai kulit popia pun takdak masalah. dua-dua insyaAllah sedap!!

so bahan-bahannya simple. roti gardenia yg dilenyek-lenyek bagi nipis, isi ayam potong kecik-kecik, carrot lagi byk lagi best tapi make sure parut nipis memanjang, bawang merah dan bawang putih , rempah kari sikit, serbuk cili sikit untuk yg suka pedas, lada hitam sikit biasa la jieha masak apa pun mesti letak punya and garam. 

cara-cara tumis bawang sampai naik bau, masuk ayam, serbuk kari, cili, black pepper and garam. dah masak ayam tu masukkan carrot sampai agak-agak layu sikit. then amek roti yang dah elok punya kena lenyek tadi sudukan inti dan gulung. 

untuk makesure inti ayam tu tak terburai sila la lekatkan dengan telur. last step lepas dah habis gulung celup roti dlm telur  dan goreng. tak yah lama sangat sbb inti ayam tu mmg dah masak cuma nak garingkan roti tu sikit ja. 

akhir sekali sila potong dua  roti tu senget-senget dan picitkan cheezymayo or thousand island atas dia. masalahnya masa buat aku tadi thousand island dah tinggal botol. cheezymayo mmg tak pernah wujud dalam peti ais rumah aku. simple kan??tapi rasa sangat sedap so cuba la ;)



 

 p/s biar rupa buruk tapi rasa sedap..ayat kaber mcm selalu kuang2..

Thursday, August 29, 2013

careless campoq cuai equal to loklaq

izinkan aku mengeluh dulu sebelum mula story..haihhhhhhhhhhh..sekali lagi haihhhhhhhhh...ok dah!!

aku mengeluh untuk perangai careless aku sebaik saja masuk opis tadi. careless dlm bahasa omputih. dalam bahasa kebangsaan cuai dan dalam bahasa kedah loklaqqqqqqqqqqqqq baq ang!!

dah jadik benda biasa bila sampai opis atas meja aku ada makanan. makanan tu buleh jadik mcm-mcm. dari jeruk pak ali sampai la ke cekodok jagung. klu benda tu tak dibungkus dlm plastik mesti diletak dlm tupperware. 

mcm tadi bila aku sampai kat meja, aku nampak ada tupperware putih bulat. ha aku tau ni mesti kak ina punya tupperware neh. apa lagi perasan nk tau apa dlm tupperware tu membuak-membuak. letak beg terus sambar tupperware tu. 

sekali arghhhhhhhh entah macam mana tupperware tu licin terlepas dari tangan berterabur jatuh atas carpet. mulut ternganga bila nampak nasik goreng tu tumpah huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!! rasa nak menanges. kak ina jarang bawak breakfast dari rumah sekali dia bawak sumanya musnah ditangan aku.


gambar hiasan..nasik goreng aku bagi tumpah lagi disaster sebenarnya..

aku pun pusing 360 darjah cari kak ina nak mintak ampun..rasa mcm nak melutut ala-ala cerita zaman maharaja cina dulu tapi kak ina kan baik. dia cakap tak apa tak sengaja kan. siap tak bagi aku  kuar belikan breakfast kat dia.

tapi agak-agar ar dah tumpahkan bekal orang kot. aku kuar jugak beli nasik goreng kampung telur mata lagi. sedap gak ar nasik goreng tu haha. nak buat camna kak ina suruh rasa ;P..lepas ni sebulan la kes loklaq aku jadik bahan kawan-kawan opis..haihhhhhhhhhhhhhhhh mengeluh lagi ..

p/s : sebenarnya ni kali kedua. kali pertama aku terlepas balang asam boi tumpah tinggal separuh. kak ina punya jugak time tu heh..

Tuesday, August 20, 2013

keplastikkan


ini bella. anak bestfren aku jieha :)




1st time aku melawat bella waktu dalam pantang. masa tu aku bagi alasan tak berani nak pegang dia sbb kecik lembut lagi hahaha.

then 2nd time aku jumpa dia ahad lepas. dah lepas pantang dlm sebulan lebih. tapi still aku tak berani nak pegang dia. kali ni aku takdak alasan selain dari terpaksa mengaku aku memang tak berani nak dukung ;P

aku buleh dukung budak kecik tapi bila dah besar sikit dalam 3 bulan camtu. dlm keadaan posisi budak tu dah keras untuk didukung mcm biasa bukan dlm keadaan mcm menadah tangan. eh betul ka ayat tu kahkah. 

so memandangkan aku sorang yg tak berani nak pegang baby, tahir cakap ok klu aku dukung dia belanja chatime. gigih kan?? tapi aku jawab hmmmmmm tak apa la aku beli sendirik wakakakkakaa. 

 tapi sebenarnya sebelum tahir cakap camtu jieha dah paksa aku dukung. alasan dia dah lenguh tangan. so dia suruh aku tadah tangan then dia letak bella atas riba aku. 

nak kata lama tu sempat la dia amek gambar yg kemudian bila diupload dlm fesbuk nampak sangat keplastikkan bak kata yun hahaha.. nak tengok??dah nama pun plastik aku pun naik sengan nak letak kat sini. so tak payah la kuikui. 

tapi tahir, chatime aku kira ok. belanja tetap belanja yer ;)



p/s : aku dah makin malas bukak blog sekarang ~
 

Wednesday, July 31, 2013

TomSup

hiiiiiiiii suma..rindu entry campak-campak ramadhan aku??hahaha ngek beriya sakan nak buat tengok-tengok sekali ja update. bukan tak campak tapi malas nk amek gambar. maklum la hp pun tak canggeh. lain la mummy irfan and the geng. suma geng kerajaan ngn GLC bebeh ahaks..

tapi semalam aku rajin sikit amek gambar sbb aku rasa ini masakan yang paling hebat sekali pernah aku campak serius. hebat tu bukan apa dia antara tomyam tak tomyam sup tak sup. bila mkn rasa tu mcm nak sampai ke tomyam dah tapi kemudian tetiba eh mcm nak sampai ke sup la pulak. entah aku pun konpius sebenarnya errrrrr..

terjadiknya tomsup ayam aku ni bila tak tau dah nak masak apa dengan ayam. jadik pk punya pk ok buat tomyam lah. bulan posa ni tak makan lagi tomyam. masalahnya pes tomyam xdak la plak. teringat resepi akak opismate yg tak guna pes langsung bila buat tomyam just blend tomato then campak cili padi and  perah ja asam limau. 

so aku pun blend la tomato tapi biasa la aku mmg suka buat ikut suka hati aku. kak tu cakap blend tomato ja tapi aku belasah blend tomato, bawang merah, bawang putih dengan cili padi. so jgn heran asal jadik hijau sikit kuah tomsup aku tuh hahahaa.

lepas tu aku tuang ja dalam periuk campak ayam dan tambah ayaq. aku biar ja dia mendidih sebelum aku masukkan bunga kobis dengan bawang besar. tau asal dia tak rasa tomyam??sbb aku tak perah pun limau. yalah mana nak cari limau time dekat2 nk bukak posanya.  tapi aku gigih mintak daun limau purut kat rumah makcik sebelah. sejarah pokok limau tu mmg daun lebat tp berbuahnya tidak so dapat daun jalah.

ayam malas nak potong kecik :D


dan rasanya buleh la..dia ok cuma mcm aku cakap tadi la dah hampir  nak ke rasa tomyam tapi then  u turn jadik sup pedas wakakkkkaa..ok dah entry campak-campak ramadhan lepas ni menjelang ari raya insyaAllah, insyaAllah akan ada entry tajuk tunjuk-tunjuk kuih raya plak ekekekekke..


p/s : hepi belated besday ibu irfan..terpaksa la wish kat sini sbb tak dapat nak wasaapppp - wasaaap yo!! ;P

Friday, July 19, 2013

pustakawan borek pelajar rintik


biasa sangat orang dengar bapak borek anak rintik. tak pun like father like son. tapi pernah dengar pustakawan borek pelajar rintik or like librarian like student??? klu tak pernah dengar meh aku nak tunjuk contoh..

ni entry aku tahun lepas. aku guna buku aku belajar dulu buat lapik laptop. buku  sendirik dan dekat rumah sendirik. dari duk berhabuk dlm almari berguna jugak buat lapik laptop kuikui.


poyo baru beli wallpaper pun tak tukaq..sekarang dh tukaq k

ini pulak kejadian dekat library kemarin. kantoi satu grup students senyap-senyap dlm discussion room. aku nampak budak-budak tu belek buku dekat rak.  ingat nak baca rupanya hampehhhhhh perangai aku dekat rumah tu depa buat.




aku tak marah cuma perli ja "awat tak amek buku database??tebal sikit!!" hahaha..agaknya depa pun pk dari berhabuk dekat rak takdak sapa pinjam baik depa buat lapik laptop..berguna la jugak wakakakaka..


p/s : libary and librarian?? lama sangat aku tak eja camtu..suka sangat nak rosakkan bahasa :P

Saturday, July 13, 2013

campak - campak ramadhan 2013


salam ramadhan suma!! tahun ni aku nak buat balik aku punya rancangan masak-masak yang tak berapa nak glamer tu..apa lagi campak - campak ramadhan ler. ada yang ingat lagi tak??hahaha 2012 aku tak buat tapi aku merapu masa 2011..itu pun dua entry ja kot heh..

so episode pertama aku campak - campak kemudian jadik samosa. hebat tak hebat tak??hahahahha.. klu ibu irfan terharu onde-onde dia menjadik aku pun rasa nak menangeh bila berjaya bentuk samosa. bila teringat kes karipap  yang tak berapa berjaya  nak pintal aritu mmg samosa ni satu kejayaan la  muhhahahaha..



 


karipap uli pakai tepung ini kulit dia guna kulit popia ja pun. resepi original aku ambik dlm page buku resepi. sejak like page tu kemain bersemangat nak try resepi-resepi dlm tu. cuma bila nama pun campak-campak idak la aku follow sebijik mcm resepi kehkeh.

camna nak ikut sebijik-bijik resepi. dah  jenis main redah pi supermarket cari kulit popia lepas baca sekali ja resepi. lepas tu budget suma bahan ada dlm peti ais. balik rumah google balik nah ada la yang tak cukup. sbb tu jadik campak-campak samosa nyer ..

aku main campak ja daging, kentang, rempah daging, lada hitam , oregano , bawang besar bawang putih, garam dengan gula. suma  aku potong kecik-kecik ja tak ikut langsung arahan resepi suruh blender. mmg main campak sungguh apa yg ada dlm peti ais untuk inti. sbb tu oregano tertiba ja termasuk sekali kahkah.

memang melawan tok guru tapi sedap jugak la hahhahaha. cuma pada aku lecehnya bila nak potong kulit popia tu ke tiga bahagian dan kemudian sambung bagi panjang. bab balut takdak masalah sangat lebih kurang balut ketupat daun palas. klu rasa rajin buleh ikut original resepi tapi klu rasa mls buleh ikut resepi campak-campak aku. selamat mencuba!!


p/s : kena buat campak-campak ramadhan klu tak mmg blog ni sepi tak update ler jawabnya kuikui

Wednesday, July 3, 2013

sapa yang kantoi sebenarnya???

petang tadi kat lebri aku ternampak satu student lelaki, berbadan sedap dan tinggi tengah hadap pc. aku tau dah bukan buat assignment ka apa tu kompom fesbukk. kolej aku ni baik tak block fesbuk, twitter or youtube. tengok dan buat jalah nak buat apa pun. tak dak hal punya. 

aku selagi depa tak bising yang buat aku hilang sabar aku biar ja. klu dh mcm bazaar ramadhan punya bising baru la aku  up sikit pitching tone suara. dalam aku duk usung buku-buku baru yang HQ antar tu aku lalu belakang dia yg tengah hadap pc. mak aihhhhhhhhhhhhhhhh kaki aku brake mengejut terus tetiba hahaha. 

tau pasai apa aku brake mengejut??wakakakaka sbb aku nak jerit " kamu tengok hello baby girls generation??"!!!!! dan2 kepala dia pusing hadap aku terkejut tapi tak leh buat apa cuma tersengih-sengih jalah haahahhaha..


dia kenal suma kot siap ckp mana 1 buat plastik surgery

mentol lampu nakal menyakat menyala terus haahaha. tak pernah - pernah aku bersembang dengan budak tu tetiba aku buleh buat ramah buleh. dia pun suci gila menjawab. apa lagi  makin banyak la soalan aku temuramah kahkah

soalan no 1 : kamu suka girls generation???
dia jawab : suka gak la 

soalan no 2 : kamu paling suka sapa??yoona???
dia jawab : haah yoona hehehe..

soalan no 3 : kenapa kamu suka yoona??
dia jawab : sbb dia cantek dan tak buat plastik surgery 

aku wahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh tau tu hahahahaha...ok, ok next soaalan 

soalan no 4 : ooo yoonaa tu mana 1?? saya tengok depa tu muka nak sama ja..cuba google saya nak tengok 
dia jawab : ini yoona ini yuri. muka depa mmg nak sama

soalan no 5 : habis yang mana paling banyak bedah ??
dia jawab  : Tiffany paling banyak..( then dia tunjuk yg lain2 tapi aku tak ingat nama )

soalan no 6 : dalam ramai-ramai ni mana yang cantek even tak make up??
dia jawab : yoona dengan seohyun la..

 soalan no 7 : SNSD tu apa maksudnya ( sbb dia taip snsd masa nk google gambar tadi)
dia jawab tapi aku tak dpt tangkap menda hahahaha..

soalan no 8 : kamu mmg minat kpop la..sapa lagi yang kamu suka?
dia jawab : kara bla bla ( aku tak ingat dah haahahaha )

soalan 9 : kamu tengok apa lagi selain hello baby? yongseo layan tak??
dia jawab : tau tapi saya tak tengok..eh akak pun minat jugak ka??
aku : errr eh tak la..tau sikit2 ja.tertengok dulu-dulu tapi tak kenal pun..
 
then aku stop tanya soalan sambung balik buat keja ahahahahaa..tak pasal - pasal kantoi aku layan yongseo  hahaha. itu zaman 2010 ka 2011 punya. tak sengaja terjebak lepas nampak kat youtube wakkaakaka. tapi serius aku kenal seohyun sorang ja time tu dan tak amek pedulik yg lain-lain..


p/s :  aku bukan peminat kpop!! cuma terjebak dengan variety show korea ja tp bukan hello baby girls generation ok haahaha

Sunday, June 23, 2013

" demi cinta ku pada mu "


1st, nak ajak jom ramai-ramai karok lagu search fantasia bulan madu dengan penuh perasaan seround!!muhahahhahaha






wakakkaka intro melebih-lebih plak la kan??? ada cerita la sampai aku ajak karok lagu rock kapak tetiba neh.  dah ready nak dengar??? semoga suma tak rasa nk hantuk kepala dekat meja lepas baca sbb aku hampir-hampir nak hantuk kepala jugak aritu..


jumaat lepas suma team operation melepak kat lebri sbb itu ja tempat yang ada meja besar untuk susun dan update students file prepare nak audit ari isnin. so klu ada ada students nak jumpa org admin mmg kena masuk lebri. 


tengah-tengah  kejar masa siapkan keja, tetiba ada sorang student pempuan ni masuk. dia cakap dia nak tangguh study. opismate aku yg handle kes-kes camni tanya la. kenapa nak tangguh?dia kata dia nak keja.. then budak tu sambung. saya tak mau guna duit mak saya. saya nak keja cari duet sendirik.  saya nak kawen dia tak bagi. saya protes!!!


ada rasa nak hantuk kepala?? hahahaha serius aku mcm nak hantuk kepala ja dengar dia cakap camtu. org lain siap ada yg tergelak, geleng kepala and ternganga pun ada. emosi budak umur 20 tahun. senang giler dia decide. mak tak bagi kawen, tak nak guna duet mak, tangguh belajar cari keja then tadaaaaaaaa ok done!! oh klu la kehidupan semudah itu dik oiii..


tapi cakap mak sendirik pun nekad tak mau dengar apatah lagi la cakap-cakap kami ni ha. last-last elok jer dia kuar dari lebri opismate aku tarik terus " demi cinta ku pada muuuuuuuu, ke mana saja kan ku bawa ..." wakakakkaka..


p/s : umur 20 tahun dah tak sabar nak kawen. akak lebrian ang ni rilek ja pun kahkah...

Wednesday, June 19, 2013

dia kena pandai matematik


berapa kali aku mention kat blog yg aku sangat bencik nombor??aku rasa banyak kali dah..sure yang baca blog aku ni menyampah ckp takdak menda lain ka budak ni nak cerita?? tapi layan jalah hoho..

kepala hotak aku jenis membaca even bukan rajin pun cuma bila time belajar antara subjek membaca dan mengira mmg membaca adalah feberet tapi mengira hmm....sbb tu sejarah xdak hal khatam tp matematik ?? ke laut la jadiknya..





jadik lebrian tak semestinya tak yah hadap nombor. yalah, benda apa kat dunia ni yang tak libatkan nombor pun kan..jadik lebrian hidup dia bukan setakat bergelumang dengan buku tapi bergelumang jugak dengan listing.

ya listing!! aku dengki bila mummy irfan, nama baru miss lolliyana, akhirnya sedar diri jugak kaakaka... ok sambung aku dengki bila dia tak yah hadap listing lagi dah. listing ni setahun berapa kali la kena update.

buku hilang 1 or buku tambah 1 pun ang kena update. dari 1001 ang kena edit jadik 1002..itu klu buku biasa belum campur ebooks yg cecah ratus ribu hahaha. edit bukan ubah angka ja tau. tapi  segala mak nenek dari depan sampai ke belakang kulit buku tu ada data seriously. 

bila dah selalu aku mention aku bencik nombor, aku bencik matematik, pernah la sekali aku cakap dekat mummy irfan. sapa nak jadik laki aku kena ada dua kriteria ja. satu dia kena pandai baca quran, satu lagi dia kena pandai matematik. senang nak ajar anak wakakakka...


p/s : itu ayat begurau masa stress hadap listing so uollss suma tak yah amek serius sangat la muhahaha..


Saturday, June 15, 2013

" everyone has a story to tell "

ok aku baru habis menelaah buku omputih tajuk one hundred names. tuan punya buku tu cik tahirah pesan lepas habis baca sila la buat review sket. mak aihhhh buat review tuh summary masa spm dulu pun fail manjang aku neh haahahaha. tapi demi kawan aku cuba la. eden torai!!

aku amek masa 2 minggu untuk habiskan sampaikan mak aku kata aiii baca buku ni nak belajaq balik ka?? sebelom aku laju2 angkat buku tu tunjuk dan cakap errr buku cerita mak. nampak sangat aku tak pernah pegang buku secara bersungguh-sungguh sejak habis study dulu muhaaha. 2 minggu beb rekod tu :P

so apa yang menarik sangat dengan one hundred names neh??? satu, authornya adalah cecelia ahern. bila sebut cecelia novel-novel dia mmg laku punyalah kat dunia neh. dan salah sorang peminatnya adalah tahir. aku??pernah beli satu ps i love u sbb tahir pengaruh, then had hadiahkan where rainbows end. dua-dua amek sebulan lebih untuk habiskan kahkah. 



mcm senget ja gambar hahaah biar la malas dh nak google yg lain

air muka aku yg ceria dan gembira berubah terus lepas tahir bawak kuar buku ni dari beg dia. size dia bukan size novel kot tapi rilek ja tahir cakap ala tak tebal mana pun. balik rumah  lepas baca page 7 baru meresap sikit ke dlm jiwa menda yg cecelia tu nak cerita sebenarnya. 

bila meresap ke dalam jiwa aku faham jugak la kenapa tahir ckp novel ni memberi inspirasi kepada pembaca. wah ayat review benar ja gayanya haha. kisah camna sorang reporter, kitty logan, yang masa depannya sebagai wartawan hampir musnah dek sbb dia buat silap  untuk satu rancangan tv sampai disaman dan dibencik ramai orang.

tapi kemudian dia jumpa balik diri dia bila bos yang dia anggap idol dan antara orang yang tak blame dia langsung atas mistake yg dia buat meninggal dunia tapi tinggalkan satu list nama 100 orang tanpa clue siapa dan camna nk cari.

50 dari 100 nama


dlm masa dua minggu dia kena cari sapa dan kenapa depa ada dlm senarai tu. dari 100 dia berjaya jumpa 6 orang. mula-mula dia tak nampak apa yang menarik pasal 6 orang tu dan 6 orang tu jugak tak rasa depa hebat dan menarik untuk ditebiu. paling best mereka-mereka itu tidak kenal langsung sapa bos kitty.

rupanya mereka adalah nama-nama yg secara random dipilih dari telephone directory untuk ditebiu oleh bos kitty atas alasan "everyone has a story to tell". maksudnya setiap satu dari manusia didunia ni ada cerita masing-masing yang maybe diri sendirik rasa tak menarik tapi sebenarnya hebat dan mampu memberi inspirasi pada orang lain. 

dan sememangnya enam orang itu ada kisah yg sangat awesome dan klu kita rasa kita ni ada masalah, susah,berat sangat dugaan dan cabaran tapi klu kita dengar cerita orang lain maybe kita sedar masalah dan life kita tak la worst sangat pun sebenarnya. dan cara camna depa handle itu la yang bagi inspirasi pada readers. ok done reviewwwwwww lepas ni tak mau dah update panjang2 hahaahaha..


p/s :  klu jumpa  ejaan salah dan ayat beterabur, biasa la aku mana pernah tak salah eja dan typo bila update ekekekekke


Friday, June 7, 2013

kedekut atau berjimat??

bawak bekal kedekut atau berjimat??itu tajuk depan majalah apa entah..aku tak ingat sbb ternampak masa lalu depan kedai runcit. tengok sekilas pandang ja pun. ish sampai hati cakap orang bawak bekal tu kedekut. tak patut tul. 

cuba selidik apa masalah org yg bawak bekal tu??mungkin dia betul-betul nak berjimat sbb nak bayar hutang parking ka kan??acaner??dah la hutang parking dia tu banyak gila sbb tak pernah letak kupon. ish ish.

then maybe org tu keta dia pernah kena kunci tayar dengan majlis bandaran. bukan sikit dia kena kuar duet bayar untuk bukak balik tayar tuh. klu tak bayar bermalam la keta tu dekat parking depan opis. tak sadis ka??sbb tu dia start bawak bekal sbb  gaji dia bulan tu habis gitu jer sedekah kat bandaran.

dan lepas tu plak kawan merangkap geng makan dia suma pakat berenti sbb dapat keja-keja hebat. habis la tekapai-kapai nak pergi makan dengan sapa time lunch. kebetulan pulak geng mkn yg ada jenis berdiet. suma amek herbalife. habis tak kan depa makan nasik segengam dia pun nk makan nasik segengam jugak??mana tahan!!

logik tak??? logik tak??logik kan??ahahahahahaha itu la alasan kenapa aku bawak bekal. bukan dari day 1 pun aku bawak bekal pergi keja tu. semuanya lepas benda-benda kat atas tu jadik. lepas kena kunci tayar tu berenti jap bawak bekal.

tapi sampai plak surat-surat saman yg lama-lama. bukan tak pernah letak kupon langsung cuma bila dah lama keja ramai yg nasihat abaikan jalah saman-saman tu. sekali nah hambek sampai 2013 ni aku duk byr lagi sbb tetiba bandaran tu buat plak rajin antar surat sampai rumah. 

ditambah kawan yg tetiba nak berdiet amek herbalife. klu ikut depa aku kurus sama la tapi aku suka makan. larat nak mkn sayur dengan protein ja hari-hari?? tapi aku support ja usaha depa tuh. cuma aku tak rasa aku perlu diet yg strict  camtu lagi kot setakat ni. i guess so ;P

ala lunchbox aku tu apa sangatnya. bukan gempak kari ayam bagai. apa yg mak aku masak untuk breakfast itu la aku bawak pun. nasik goreng pun nasik goreng la. nasik lemak pun aku ok aja. kdg2 nasik minyak or nasik putih dengan ayam masak merah. klu dah busan nasik, bihun goreng or mee sanggul pun buleh..


klu gini punya lunch box sebelom subuh dah kena bangun hahaha


p/s : mungkin kdg2 bukan isu kedekut or jimat tp bersih dan terjamin patut jadik tajuk artikel :)

Saturday, May 25, 2013

mana lagi sedap???


nampak sama tak??




kopok lekor malaysia mari




dengan 




 
dukbokki korea mari 


kaler mcm sama..rupa pun mcm lebih kurang tapi rasa agak-agak mana lagi sedap???


kompom la kopok lekor sedappppppppppppppp!! tau sbb apa?? yalah aku mana pernah mkn dukbokki tu apatah lagi jejak korea..so camna nk tau dia rasa sedap ke tidak kuikui
 
 
 p/s : ini contoh gigih update even xdak idea :P


Thursday, May 23, 2013

" rumah baru kami yang kosong "


cuti sekolah dah mulaaaaa yeaaaaaaa!!! aku tumpang sorak jalah sbb bukan aku cuti pun ekekekekkeke..congratz yun and cikgu mahfuzah sbb dh habis maktab..dah jadik official cikgu omputih..habis la suma kawan2 jadik cikgu omputih, reunion pas ni mmg bawak kamus la aku nak spekang. tapi bukan aku nak lari pi korea ka klu depa buat reunion??ngelat ;P

so bila cuti sekolah deretan-deretan kenduri jugak akan sibuk berlangsung. bersusun kad kenduri, bertanda simpang siur jugak la kelender takut terlupa setengah. dlm ramai-ramai yang nak kawen tu termasuk la fairuz si geng sengal aku kat tempat keja. tapi dia dah berenti pun sebenarnya. rezeki nak kawen kot terus dapat better job. 

bila kawan nak kawen benda yang paling excited nak buat adalah belikan hadiah. selalunya collect duet ramai-ramai dengan niat nak beli hadiah mahal sikit, besar sikit or banyak sikit. ok banyak sikit ?? camna tu?hahahaha. 







nampak, nampak?? opis aku klu ada yang kawen tupperware wajib satu dulang punya. so ni kategori banyak sikit la kehkeh..rasanya ni paling banyak kot pernah kami beli. selalu beli satu yang harga mahal sikit dan nampak besar sikit. menda la aku duk ulang sikit, sikit neh banyak-banyak kali nya haih...

tapi sbb bekas opismate aku ni sengal letak status kat fesbuk berbunyik " rumah baru kami yang kosong " seolah-olah memberi hints kepada kami semua untuk cuba penuhkan rumah baru dia tu dengan hadiah-hadiah yang lebih banyak.

jadik pada sapa-sapa yg plan nak kawen lepas ni, dekat-dekat tarikh kenduri tu buleh la contohi status dia supaya kawan-kawan dpt membantu memenuhkan rumah baru anda yang kosong itu. ini adalah pesanan iklas dari hati seriously hmm..

mmg suma barang dapur kami beli kali ni. kira bahagian dapur dia tak kosong la lepas bukak hadiah kami tu nanti hahaha. ruang tamu mungkin kawan2 tempat keja baru or uni dia leh tolong penuhkan  wakakakaka..


p/s : dah kompom aku nak kawen nanti aku update yer..tak yah la nak lenguhkan tangan taip komen bila aku nk kawen nyer kahkah...

Monday, May 20, 2013

tak rasa comel ka??


kemas-kemas kotak kasut sekali jumpa kasut aneesa, aisya dengan anas 

tak rasa comel ka?? hihi




setahun sekali jumpa budak-budak neh..

padahal duduk dlm msia ja pun ekekekekekeke..



aliya , aneesa , aisya.. anas harap ler nk join geng pempuan amek gambar


gambar dia selalunya posing camni


atas meja kuih raya!!

raya pun kat sabah. xdak yang datang rumah depa selalunya.

tu pasal buleh panjat meja selamba cenggini kuikui



p/s : malas nk buat keja aku update blog..bos cuti la katakan kekekekekeke

Friday, May 17, 2013

suma pasal badak


malam bila entah tahir marah. kononnya aku tengah update blog tapi last2 aku tak jadik publish. penat tunggu katanya. so kali ni inshaAllah aku publish kot ekekekeke. idea selalu tersekat-sekat tak mcm dulu. sekarang ni ayat bunyik mcm skema badak ja. apa la salah badak sampai org kata dia skema?




cengini comel pun org kata skema hahaha. kesian la ang badak oii. ami asrap yg femes dengan gelaran badak berendam pun tak nampak gaya skema. ish mmg tak skema langsung la. idola monteng kelas aku dia dulu tuh. jadual berapa kali tuang kelas yg dia tampal kat dinding rumah sewa tu mmg epik habis la. tak jumpa lagi kawan aku legen tahap cengitu. pssss, uda aku bodek habis neh. share la untung jual jamu tu sket wakaakakaka.

tapi yang bestnya bila aku google gambar badak berendam yg kuar bukan gambar binatang badak berendam tapi kuih badak berendam. ada la sekeping dua gambar badak tu tengah syok mandi manda. yg lain suma badak kaler hijau berendam dalam santan. kena try ni buat. mcm sedap  ja tengok hahaha. nampak??nampak??balik balik entry makan jugak yg senang kuikui..


gambar amek dari periuktanah.blogspot.com


p/s : org lain ada update pasal badak??menampakkan sangat tuan punya blog ni sangat ngek hihi


Monday, May 13, 2013

bab makan paling senang nak diupdate

1st sekali nak tanya ada yang rindu or gigil tak sepanjang aku tak merapu kat sini??hahaha ya soalan mintak penampaq namanya tu. budget femes mcm uncle jonni, kak senduk or maria elena la tu padahal hmmmmm tak yah sebut la wakakakakaka

dah berejam aku hadap new post ni sebenarnya tapi idea tak mari-mari jugak. last-last aku cari gambar makanan jalah yer haha. janji ada 1 entry siap. kira buleh la dari takdak..


errr ada nampak mcm meatball ikea tak??




klu ada yes kira buleh tahan jugak la aku ni kan??hahaha..gigih ooo google resepi meatball ala ikea. serius aku guna keyword tu kat google. bersusun resepi kuar dan mcm biasa aku pilih yang paling senang la. 

paling senang tu apa lagi beli meatball dan fries yg segera tu jalah kihkih. then balik meatball tu grill dlm pemanggang ajaib. tolong la jangan buat muka pelik tanya apa tu pemanggang ajaib. benda tu ibarat kempen 1 rumah 1 komputer ja sekarang nih. mesti tiap2 rumah akan ada satu punyalah. mcm-mcm jenama lak tu. 

fries biasa goreng tapi kuah buat sendirik ok. aku ikut resepi  dan untuk percubaan kali pertama kira  jadik la.. cuma biasa la aku ada masalah ngn lada hitam. terlebih letak sbb tu kaler kuah aku terlebih gelap. klu tanya bab rasa hahaha mestila buleh tahan. nak cakap sedap giler or sebijik mcm ikea punya ish segan la. kang membawak pada riak pulak ekekekkekekeke..


p.s : cerita bulan 4 baru update bulan 5...buleh nampak tahap malas makin kronik sekarang neh hehe..

Tuesday, April 30, 2013

drama ciptaan sendirik

aritu citer drama org kan??arini nak cerita drama sendirik plak. tajuk pun tak susah aku nk buat kali ni. tapi bukan drama romantis ala-ala winter sonata mcm aritu. genre drama aku lebih pada tragic. so aku bagi tajuk trajedi pagi 30 april. dah nama pun drama , mmg panjang sikit la entry kali ni.

mcm biasa aku bangun pagi malas-malas bersiap, breakfast nasik goreng suma then kuar pi keja. masa drive tu pk nak singgah la gerai-gerai jual nasik lemak. bertahun keja hari-hari lalu tak pernah rasa nk berenti singgah beli nasik lemak tepi jalan tu. arini teringat dah bergaji so nak belanja la kak cleaner ngn kawan dua tiga orang. 

nampak ja gerai akak jual nasik lemak tu terus bagi signal berenti. dah berenti nampak akak tu senyum aku pun amek purse bawak kuar duet siap-siap. mmg plan nk bawak kuar duet ja purse suma tu tak nak bawak kuar. nasik lemak akak tu dah siap berbalut jadik aku pk kejap jalah so tak tutup la enjin ketanya. terus kuar dan tutup pintu. 

dah tutup pintu aku terus jln kat akak tu tapi tak sempat  nak sampai akak tu tanya eh pintu terkunci ka tu??aku blur-blur lagi sbb ya lah aku mana cabut kunci so camna nk tekan alarm nya kan. tapi bila aku pusing nah hang mmg pintu keta aku terlock gulppppp! tangan terus capai pintu dan serius mmg tekunci. oh sangat manisssssssss.

ok tersengih dan tecegat kat situ. aku tak pk camna nk bukak pintu tapi aku mencari jawapan kenapa dan mcm mana pintu tu buleh tekunci sendirik??aku naik kelisa ja kot bukan keta canggeh-canggeh pun sampai nak telock sendiriknya. pelik tak pelik tak??

dlm duk memikir tu ada pakcik ni berenti nak beli nasik lemak. tunggu lagi mintak tolong dia tengok la kot2 buleh bukak. even ada dawai tapi tak berjaya jugak bukak. dia pun tak leh nak stay lama sbb ada meeting kul 9. ya pakcik ada meeting kul 9 saya plak masuk opis kul 9 dan time tu dah pukul 8.35 pagi muhahhaha gelak stress 

sambung berdiri tepi keta tak tau nak buat apa. serius then akak jual nasik lemak tu cakap cuba la telefon rumah suruh antar kunci spare. ya la kan tepon rumah tapi tepon dlm keta. perfect sangat perfect. kan tadi bawak kuar duet jer. 

tanya akak jual nasik lemak tu ada phone tak nk pinjam. dia hulur tapi nak tepon rumah camna?aku set no mak ayah aku pakai speed dial. terus terasa diri ni mcm anak derhaka sbb tak hafal no hp mak ayah. insaf diri anak derhaka pun tak guna dah time tuh. padan muka jalah. 

still pegang hp sambil kepala ligat pk no tepon sapa yang aku ingat. satu ja nombor yang aku rasa aku ingat even aku tak pasti sebenarnya. mmg aku gamble tekan dengan harapan tu betul no phone abang aku. yes dia angkat tapi baru sempat aku cakap sapa aku tetiba tuttttttttttttttttt putussssssss!!rupanya kredit akak tu ada berapa sen ja pun T_T

stuck lagi stuck lagi. dia cek kedit dia ada berapa sen dan cukup kot nak antar sms. aku msg abang aku suh dia call balik. lama jugak la tunggu akhirnya abang aku kol balik. aku nak suruh dia kol ayah aku ja pun suruh antar kunci. akhirnya tepat pukul 9 ayah aku sampai antar kunci. aku ingat dia nak bebel tapi cool jer dia hulur kunci dan suruh pergi keja even aku cakap nak EL jer sbb dah pukul 9.

aku pun taat dengar cakap ayah aku dan sampai opis kul 9.30. nak p thumb  kena lalu bilik bos kecik dan bos besar mmg clear sangat la lambat kan.sebelom thumb sempat bisik ngn it exec lewat  ni nak kena thumb jugak ka dia bisik balik thumb ja nanti aku edit kuang2..

last sekali bila sama-sama pk dengan opismate aku banyak teori kuar camna pintu tu leh terlock sendiriknya. satu maybe sebelom kuar tertekan brek atau pun tertekan lock dekat pintu. mmg klu tertekan salah satu tu habis suma lock la. tingkap lak suma rapat mmg naseb aku la arini. satu lagi teori, depa cakap dlm keta aku ada hantu duk main lock2..eeeeeeeeeeee takutnya takutnya. yalah takut la sangat..

p/s  : entry ni tak beserta gambar sbb tenet slow gaban!

Saturday, April 27, 2013

siap ada drama lagi

eh lama kan aku tak bukak crita pasal budak2 kolej aku??tadi duk merapu-merapu dengan epalejau tekuar la cerita  pasal bf. epalejau cakap impossible la dia nk jumpa bf org kedah klu dapat sabahan pun jadik la. itu pun klu ada la, tak mengharap pun..sedih kan dengar??hahahahaha..

bunyik tu mcm susah sangat la nk dapat bf. so aku pun bukak la cerita pasal budak - budak kolej aku. mana tak nya hampir semua budak-budak tu ada bf. yg best depa tak becinta sesama depa ok. kelassssss kan??

lebri aku tu kecik ja. bila budak-budak tu masuk bawak laptop mesti wallpaper gambar bedua dengan bf. ala gambar yg pegang hp sedirik kepala betemu kepala tuh. aku bukan niat nak sekodeng pun sebenarnya apatah lagi jadik mami jarum tapi dah aku ternampak nak buat camna kihkih..


biasa la aku mmg suka letak gambar contoh  muhahaha


dah aku cakap camtu epalejau laju-laju pintas dia yg memilih so padan la susah nk ada bf. aku pun laju-laju cakap, tak depa mmg terer. depa mmg pandai memilih bf. depa pilih bf yg ada keta. biasa sangat aku tengok bf depa antar or amek naik pesona, vios, CAMRY, savvy apa lagi??dah tu muka bf masing-masing pun buleh tahan segak begaya baq ang..

dinding lebri aku cermin besar ya. cermin yang menghadap parking keta sbb tu aku selalu nampak apa jadik kat luar tu. jgn ingat aku saja2 rajin nk jadik akak nara plak. meja aku plak betul-betul tepi cermin tuh. dah tu acaner tak nampak dunia luar nya. 

pernah la sekali aku nampak drama. ada budak ni mmg hari-hari  datang kelas bf antar balik kelas bf jemput. uih keta bf dia jgn tanya la. tukar-tukar aku tengok. sampai tepk gak aku bf dia tu keja jual keta kot wakakakaka. otak jahat biasa ler. 

aritu hujan lebat giler. ada vios berenti betul-betul depan lebri elok hadap meja aku lak tu. aku pun tak tersengaja tertoleh ke luar time tu. dah biasa tengok depa kan so tak kisah la. sekali bf dia turun bukakkan pintu dan payungkan dia sampai ke bawah bumbung. reaksi aku time tu??tunggu lagi terus waaaaaaaaaaaaaaaaaah!!nyaris-nyaris aku nak nyanyi lagu winter sonata nasib baik tak tau lirik kahkah..

tak tau lagu winter sonata gambar pun jadik ler

 
p/s : gambar suma aku main rembat mana kuar dulu sbb internet aku sangat slow

Saturday, April 20, 2013

banana phone


apa barang pakai iphone..


budak ni pakai banana phone!! ko ade???kahkah







pada yang tak dak banana phone mcm bdk cio neh tapi nak cuba-cuba nyanyi lagu banana phone nah aku aku bagi lirik .. selamat mencuba :)






p/s : entah-entah org dah lama tengok video neh..aku ja baru nak tengok kuang2..


Wednesday, April 17, 2013

entry ka karangan pmr neh???

aku tak reti melukis. itu suma sedia maklum. org lidi pun google takdak hal punya. tapi aku suka menconteng. pantang ada pen mesti aku cari apa-apa kertas yg buleh diconteng. sbb tu bila cikgu mahfuzah tengok buku nota aku masa study dulu dia kata ni bukan buku nota tapi buku conteng!!
 
apa barang nota cantek-cantek tak berconteng. berconteng tah apa-apa tu la baru namanya study. hasilnya result exam pun  mcm contengan tu gak la wakakaka. tapi alhamdulillah habis jugak belajarnya :)

tapi kadang-kadang perangai suka menconteng or bak kata org kedah contiang tu buleh makan diri sebenarnya. mcm kejadian senin lepas. elok lepas bos aku hulur katalog , aku pun belek-belek then terus aku conteng. hobi la katakan. di mana ada pen disitu ada kertas untuk aku conteng sekurang-kurangnya sign nama sendirik mcm sign autograph. itu wajib haha.

duk tengah syok contiang tetiba bos aku muncul lagi sekali. dia cakap ha nak beli tak?? aku pun hah??beli apa?? dia jawab tu kupon tu??erkkkkkkkkkk aku dah siap sign autograph kot. selain kena marah sebakul free-free dengan bos, aku jugak kena hadap akak salesgirl yg tengah tunggu klu tak kutip balik kupon mesti kutip duet. hukaloh bos cakap la terang-terang suruh tengok-tengok nanti dia nk kutip balik T_T

serius aku ingat tu katalog biasa. rupanya tu katalog yg ada kupon. kat belakang sekali ada harga untuk satu buku katalog tu. dlm katalog tu ada kupon diskaun benda-benda mcm aiskrim, pusat kecantikan, workshop kereta. ngek kot diskaun singgit dua ja pun tapi ang kena bayar 39.90. dah la tengah-tengah bulan. habis lari budget  aku nak mkn kepsi kpop!!

dah mcm kerepek ubi pedas aku tgk...sedap ke??


dalam aku duk melompat-lompat nyesal conteng tetiba ada penyelamat. ada opismate yg nak beli kupon tu. dia ajak share sorang separuh.  argh rasa nk peluk cium dia kat situ jugak. at least tak banyak sangat aku rugi even rugi la jugak sbb aku tak minat langsung dengan produk - produk tu. lepas byr aku siap cakap kat opismate aku tuh. hamek la suma dan terima kaseh selamatkan saya depan-depan akak salesgirl tu kehkeh.

p/s : aku rasa mcm aku karang karangan bahasa melayu pmr..busannya baca kihkih..

Monday, April 8, 2013

kenapa kecik sangat???


kenapa nutrigen  kecik sangat?? tak dan nak kira berapa kali sedut dah habis. dah la sedap. mana puas minum satu, kena minum lima baru puas hati!!



sebab tu nutrigen ni dibuat untuk budak-budak. lagi mau tanya la kan kuikui

sikit - sikit mula memahami asal anak buah aku kecoh bila tengok vitagen , solivite or nutrigen depa hilang satu aku amek wakakakkaakakaka...


p/s : lama pk ini jer aku mampu update????pi  tdoq la hahahaha

Saturday, March 30, 2013

peach cobbler aka bengkang aku

pernah makan peach cobbler?? aku tak penah makan dan tak pernah tengok. tapi aku pernah la dengar sbb aku pernah baca novel 5 tahun 5 bulan. ala dulu kan giler sat ngn novel hlovate. jadik petang tadi busan  tau nak buat apa aku amek la novel tu saja-saja belek. nak baca balik mmg tak ler kehkeh. 

biasa la klu dah belek tu mesti tgk page belakang punya. so teperasan la satu page tu dia tulis dari dapur hlovate. dia bagi  resepi camna nk buat peach cobbler. aku tak ingat sangat dah jalan cerita 5 thn 5 bulan ni tapi rasanya hero yg heroin panggil along serbia tu suka sangat la makan peach cobbler.  




mcm tak susah sangat nak buat. sebab tu aku ehem semangat lepas asar tadi pergi supermarket cari bahan-bahan nak try buat kehkeh. gigih kan?? tak pernah makan tak pernah rasa tapi semangat nak buat hahaha. 
 
simple jer bahan-bahan dia. kena ada tepung gandum, peach dlm tin, soda bikarbonat, gula, butter/majerin,susu dan serbuk kayu manis. serbuk kayu manis tu aku tak letak pun. then suma bahan-bahan tu campur kecuali butter yg kena cairkan dulu sebelum buleh campur. lepas tu bakar sampai perang. sila google untuk resepi penuh sbb aku malas nk taip hihi.
 
biasa la aku buat sebelom google. ikut resepi dekat belakang buku tu ja, jadik mmg tak berapa nk segak la rupa peach cobbler aku tuh. sekali tengok mcm kuih bengkang pun ada wakakaka. dari segi rasa dia agak sedap cuma manis giler. lepas ni klu nak gigih buat lagi mmg gula kena kurangkan. baru buleh makan dengan ais krim vanila mcm ni ngeeee...






p/s jangan cuba nak banding peach cobbler aku dengan yang mad salleh ni buat. mmg jauh api dari panggang ler jawabnya wakakakakaka.


Thursday, March 28, 2013

segak mcm fazura

tahun lepas aku pernah masuk watson. bediri tegak depan rak facial foam sbb aku tak tau nak tukar pakai apa pulak. aku tak pernah perasan aku dah pakai nano white tu dari zaman degree sampai la kawan aku tegur. so bila dia tegur baru aku mcm ya lah lamanya aku setia ngn nano white tu. nak tukar la.

bila nak tukar itu la yg buat aku bediri lama depan rak. tengah pk nak pakai  jenama apa plak la kali ni. sbb tu aku setia ja ngn apa yg tengah guna sbb malas nk belek lama-lama hehe. jadik bila dah tegak bediri depan rak tu tetiba dengar suara dari tepi. 

" nak facial foam ke? you pakai apa??" sebenarnya kan aku tak berapa gemar sangat promoter duk buat ramah tamah masa aku tengah fokus nak pilih. tapi tak sempat aku nk jawab dia dah sambung balik " kulit you dah cantik .." aku baru nak angkat kening sebelah sebelom dia sambung " tapi kering. pakai la nutox!!  aku pun "hmmm tak pa la " sambil sambar nano white yg konon aku tak nak pakai dah tu kikikiki...

kemarin aku masuk guardian. sekali lagi aku teringat aku lama sangat setia dengan nano white. nak tukar la, cuba yg lain plak. sekali lagi jugak aku bediri tegak depan rak tu. dan sekali lagi suara promoter  sayup-sayup muncul dari tepi. 

" nak cari apa??facial foam??you pakai nutox la"..kali ni aku tak sambar nano white tapi aku pecaya dengan kata-kata dia yg kononnya pakai nutox ni mesti rasa syokkkk punya. pandai la ang amoi woih bejaya jugak pengaruh aku beli nutox. tak pasal-pasal aku rasa segak mcm fazura bila sekali sekala  tengok cermin wakakakakka. ok itu merapu jgn layan baiiii ~



p/s : syok kat mana entahnya la.aku rasa sama ja pun kehkeh..