Saturday, January 26, 2013

budget tag :)

tengah-tengah busan ni teringin pulak nk jawab tag. dulu kemain masa baru2 buat blog ramai la kawan2 tag suruh jawab tag. aku pun gigih jawab satu-satu. lepas tu tag plak orang lain padahal yang baca blog tu kawan2 yg sama jugak. ang tag aku aku tag ang balik wakakakka. kesian tul. 

jadik memandangkan aku pun takdak menda nak buat malam ni aku rasa nak kuar entry pasal benda-benda aku tak minat. ala-ala tag soal sendirik dan jawab sendirik puas hati. but dun wori aku takkan suruh sapa-sapa sambut tag neh :D

senarai benda yang aku tak minat

1. aku tak minat makan coklat

2. aku tak minat nombor

3. dah tak minat nombor kompom2 matematik tak minat juga heeee.

4. aku tak minat baca novel. ni baru sedar :P

5. aku tak minat jadik lebrian sedangkan aku seorang lebrian. tapi sekarang aku redha. jadik lebrian lagi best dari cikgu kan epalejau??

6. aku tak minat makan epal merah


7.  aku tak minat makan mee. sbb tu aku tak mampu habiskan mee bandung muar aritu

8. maap aku tak minat yuna tapi adik najwa latip ok!! hikhik

9. aku tak minat nasik ayam tapi nasik arab feberet :D

10. aku tak minat pergi camping sbb tu rela masuk PBSM masa kt uitm

11. aku tak minat pakai heels / makeup heh.

12. aku tak minat makan ikan.misi makan ikan aku aritu dah lama stop kuikui

13. aku tak minat sangat update status kat fesbuk tapi tak segan silu merapu kat twitter ngeh3

14. oh baru teringat aku tak minat makan udang dan ketam tapi aku minat giler sotong dan kerang

15. aku tak minat nak buat vlog sbb tu aku buat2 cari webcam tak jumpa wakakakaka


ok sudah 15. kang klu aku senarai lebih berat kat benda makan jalah jadiknya hahaha. 15 ni pun mau pecah kepala pikiaq. ayat metafora dasat sangat kekekekekkee.


p/s : silap2 esok kuar tag benda yg aku minat plak ;P

Tuesday, January 22, 2013

habis sweet la tu???

asyik kuar entry pasal adik najwa latip pun tak best gak kan..sekali sekala tukar sasaran takdak hal kot. ni tadi masa aku duk tgu jam cukup nak balik aku layan youtube seround dua dulu. aku bukak lagu apa entah tapi dlm list tepi-tepi tu naik lagu ainan tasneem.

tak pernah-pernah aku rasa nak click lagu dia tapi tadi aku click laju-laju. asal?? ingat aku nak puji dia mcm aku puji adik najwa ka??maap-maap!! ainan tak leh kena puji lagi. banyak lagi dia kena belajar dengan adik najwa. tetap adik najwa no 1 di hati akak tau wakakakaka. 

aku click sbb nk tengok tudung bawal pelangi dia pakai ja pun ngeeeee.. tapi kemudian aku lupa niat aku tekan tu sbb  nak tengok tudung sbb video clip tu buat kat lebri. hamboih sakan depa becinta kat lebri. siap main tempek-tempek stickynote kat rak buku tuh.
 


suka sangat  becinta kat lebri. kemain study sama-sama sampai bersila dekat rak. aku dulu bersila kat rak cari buku buat research tau. sekarang aku bersila kat rak sbb kira balik buku nak audit MQA!! konon habis suwittttttttttt la bertentang mata celah-celah buku tu???cuba pi lebri uia harap nk dapat peluang camtu kuikui

-_-"

mujur takdak watak lebrian garang mcm aku muhahaha. mau aku panggil dua-dua suruh cabut balik suma stickynote. pandai-pandai tempek kat rak aku yer. suruh tampal call number ikut ukuran bagi sama  tinggi and sticker kaler2 ikut faculty  kat tiap2 buku tu kang baru tau. baru tau suwit ke tidak silap2 muntah hijau terus hahahaha. 


p/s : CEO nak turun senin depan buku tak bersusun lagi pun ;P

Sunday, January 20, 2013

ada jugak yang rindu

 
bila belek balik komen-komen or status-status kengkawan conteng kat wall, aku rasa macam.. macam mana entah. argh baca la dulu menda yg depa selalu drop kt dinding aku 
 

diela punya komen



ni mia





then cikgu mahfuzah




paling kerap chepah 


miss lolliyana kt blog



rasa mcm eh ada jugak orang rindu aku rupanya wakakakakakaakkkaaka


p/s : tunggu tahir cakap rindu plak hahahhhaha

Friday, January 18, 2013

bukan salah rak

jangan tekejut suma. aku follow crita setia hujung nyawa sekarang tau hahaha. makaseh metro sbb baik punya promo dlm paper sampai lepas aku baca tu terus gigih balik rumah menempek depan tv. then sangkut sampai sekarang. 

jadi bila p training kat kl tiga ari,  hotel tu takdak tv3, ada astro ja mmg aku sikit lagi nak meroyan. naseb baik pk benda tu belambak ja kat internet, tak payah nak meroyan teruk sangat la kan. konon la pk gitu tapi gigih jugak tanya receptionist mmg tak dapat ke tv3??hahhhahaha..bukan apa nk layan final merlin sekali jugak sebenarnya. sudahnya ersalina ke mana merlin pun takdak harapan. tabah jalah layan  si marsha mengedik dlm propaganza tu. 

dan biasala klu dah  dasar kurang penyabar ditambah perangai huduh suka nak tau ending nampak ja kedai buku terus aku cari novel setia sampai hujung nyawa. kedai tu pulak mmg terer. display depan pintu siap berdiskaun.




sampai bilik terus baca ending wakakakkaa. mcm diagak hepi ending. time balik tu dlm bas aku marathon baca. naik bas siang kan jarang aku nk tdo. oh ya company aku klu training setakat exec mcm aku harap nak layan naik kapai terbang. level manager jer dia sponsor naik flight. klu  nak merasa jugak naik flight disponsor apply branch sabah ngn sarawak takdak hal. 

sehari ja aku baca habis. tapi sikit pun aku tak rasa best haaha. mmg aku rasa aku ni bukan jiwa baca novel la. nak habiskan satu novel tu untuk tau jalan cerita mmg takdak masalah cuma nk feel lebih-lebih mcm orang lain baca mmg tak kot. then kompom sekali tu jalah aku bacanya. 

padan la novel best sellers yang aku beli aritu aku rasa tak best. bukan masalah novel tu tak best tapi masalah aku yang tak minat. bak kata tahir baru nak discover minat sendirik??tak suka bacaan statik tapi video bergerak rupanya then nak salah kan rak  tu menipu wakakakakka. 

oleh sbb itu tadi dengan selambanya aku jual novel tu kat opismate aku  hahahaa. bukan aku nk jual sangat dia yang nak beli. nak kasi awek dia katanya. puas dia cari kat popular kedah ni tak jumpa sekali aku jawab aku dah beli masa kat kl. orang dh beriya mintak nak beli aku on aja hahaha. biar la rugi 3 hengget dari rugi 18 hengget baca sekali ja ;P..

p/s : drama ngn novel tak sama sangat  pun.best lagi drama rasanya..

Friday, January 11, 2013

itu la aku

ada sapa-sapa sama perangai mcm aku??perangai huduh yang kadang-kadang orang tak suka???hahahha. perangai suka nk tau ending dulu bila tengok movie??tapi idak la aku tanya depan-depan orang yang tak tengok lagi sbb aku tau sure depa menyampah punya sbb depa suka element suprise. aku plak jenis tak penyabor. takdak hal tau ending dulu baru best muhahaaha. 

tapi even aku dah tau ending aku still leh tgk movie tu. tak kisah la camna endingnya pun aku buleh ja layan. selalunya benda ni aku buat time tengok crita korea yang banyak-banyak episode la. dulu masa zaman beli cd, elok sampai rumah ja aku terus bukak cd last dlm kotak tu muhahaha. biar la aku blur  janji ending aku dah tau. 

then zaman tgk online. sama jugak aku tengok dulu final episode. itu la klu drama yang dh lama upload la. tapi klu yang tengah tayang aku kena sabaq tunggu depa update tiap2 minggu. klu lambat kuar yang subtitle english, mula aku baca recap dulu. mmg dasar tak penyabar camtu la gigih. recap pun recap la kekeekkeke. janji aku dah tau apa jadik.


dramabeans tempat aku baca recap sbb dia sangat pantas update

errr novel pun satu hal. aku pun pelik asal aku jadik gitu. kompom aku baca last page dulu. tapi novel tu jarang la aku baca sbb bukan feberet sangat pun. tapi klu sekali baca camtu la, last page dulu la aku belek. tapi buku-buku pelajaran aku ikot peraturan. baca ikot bab dari depan. masih dijalan yang benar ;P

latest perangai huduh ni aku buat masa layan movie the odd life of  timothy green kt rumah jieha. tak berapa lama dia start aku dah mula tanya jieha apa jadik kat ending. tapi jieha hati kental. tak makan pujuk or tak layan mulut bising aku. dia suruh duduk tunggu sampai habis.



nak tak nak hadap la sampai habis. tapi movie ni mmg best. cuma aku ngn tahir rasa tak best sbb depa dapat anak angkat pempuan masa kat ending tu. ala tak sama la mcm timothy kuikui.


p/s : 2013 tak tau asal aku tak dak modal langsung nak merapu 

Sunday, January 6, 2013

satu entry banyak cerita

hai suma!!lama kan aku tak merapu kat blog. tunggu aku merapu kat fesbuk mmg tak la kecuali jieha sabotaj letak gambar aku yang megundang pentas khas untuk kawan2 membahan aku cukup2 cesssss!!ini update dari opis..msuk pagi ni aku aim nk update blog dulu. benda lain ah pedulik wkakakaka. mana nk cari pekerja cam aku??

so reason kenapa aku lama tak merapu kat blog adalah kerana aku takdak modal nak merapu. sikit pun takdak. aku serik dah nk review drama melayu cinta2 kat blog kang kena bahan lagi. nak buat entry ciri-cri laki idaman lagi aku tak berani..itu klu  kena bahan mmg tertiarap terus aku rasa..eee ngeri-ngeri.

semalam masa aku duk google tetiba berukband aku berenti berkelip. selalu intenet putus pun still dia berkelip-kelip mcm lampu ultraman mintak tolong connect balik. siap kuar msg no device habaq ang. aku pun cabut letak balik cabut letak balik. tetap no device. jadik automtatiknya dlm kepala aku berukband yg banyak berjasa dan kadang-kadang kena bebel ngn aku sbb slow tu dah tamat riwayat.




penyebab dia tamat riwayat tu berpunca dari aku jugak. aku yang bengkokkan dia sbb tak cabut dulu tapi terus sumbat laptop dlm beg dgn dia lekat kat situ. bila aku bukak beg tengok adeh dan bengkok ibarat mcm patah riuk jugak la. cuma semangat dia kuat nak bertahan sampai masuk tahun baru atau dlm erti kata lain masa aku sengkek giler!




ha masuk bulan 1 aku sengkek teruk gak la. konon nk cover balik duet yang habis masa tgk penguin kat langkawi ngn borong fridge magnet masa kat melaka. tapi terlupa kena renew road tax ngn insurance 2hb aritu. so bagus la dia rosak time-time neh. time duet tinggal cukup-cukup nak isi minyak pi keja hahahahaa. gelak stress!!

ha tersebut pasal langkawi aku lupa nak cerita. aku masuk kedai mesra petronas cari gardenia. bila tak nampak gardenia aku muka yakin tanya adik-adik petronas tu dik gardenia takdak ka??depa serentak jawab LANGKAWI takdak gardenia kak!!terus aku oh xdak ka??sambil berlalu kuar dengan muka malu kuang2..

memandangkan kat malaysia ni yang tak pakai smartphone tu tinggal aku sorang ja rasanya, jadik bila beruk aku tak leh nk connect internet aku stress tak dapat tweet aizat ensemmmmmmm smlm. oh ya 1st time aku nampak aizat ensem wakakakaka. 
 

 
 
dan bila aku tak hadap internet, rasanya malam-malam aku akan diisi dengan menonton drama melayu. nak buat camna takdak pilihan lain ekekekekekekekeke.


p/s : suma buleh mula bet berapa ari aku tahan tak hadap internet mlm2