Friday, February 22, 2013

dateline punya pasal

kalau ditanya lebri sapa paling bersepah dan berterabur buku-bukunya sekarang, meh la aku yg angkat tangan laju-laju. aku sukarela ja mengaku sbb lebri aku mmg bersepah teruk sekarang heh..




semua ni gara-gara kejar dateline 1 march. cuba kira berapa hari lagi?? ya pandai!! tak sampai seminggu dah . sebab tu rak buku aku jadik mcm ni ngeeeeeee. ok lap peluh ~




aritu pergi HQ training belajar nak guna sistem baru. ada masa sebulan lebih kena key in balik suma buku-buku kat lebri. mula-mula aritu rilek-rilek lagi. key in main-main. sekali dapat emel dari emi, head lebrian kt HQ tanya progress dan dia ingatkan dateline. ok dia serius rupanya errrrrrrkkkkk

lepas tu mmg serius key in hahaha. tapi bila serius kejar dateline mmg aku abaikan dulu nak tampal sticker and label suma tuh. aku main sumbat ja dulu buku buku yg dh key in tu dekat rak. yang penting data suma buku ada dlm sistem sebelom 1hb. klu aku duk key in then tampal seketul-seketul mmg lambat ler jawabnya.




setakat petang tadi aku rasa progress aku dlm 80% kot. buku-buku IT ja yg tinggal. mmg aku rasa habis lemau. ari-ari scan 50 ke 60 buku pakai scanner mcm kat tesco ekkeke. mujur budak-budak kolej aku ni bukan jenis masuk lebri apatah lagi meminjam buku sangat. so takdak masalah sangat nak biar buku-buku tu tak bersusun elok. 

minggu depan harapnya dapat la aku habiskan buku-buku yang tinggal. tak sabar nk tampal label and susun buku-buku tu balik. sebenarnya aku pun buleh tahan rimas tengok buku beselerak. serius, tapi nak buat camna kena setel rekod data dulu fuhhh


p/s :  tapi idak la aku rajin nk stay sampai malam mcm lebrian penang buat..cukup time aku cabut la balik kuikui..

Saturday, February 16, 2013

hot tu wakakaka

nak merapu apa entah malam ni. cerita pasal madam kat kolej aku ni jalah. madam ni senior lecturer. umur baya makcik-makcik dah. aku  selalu gak bersembang dengan dia. klu aku tak tegur dia tegur aku. 

madam ni suka dipuji. aku pulak suka menyakat. bila dia pakai baju baru or tukar pesen rambut, dari jauh aku dah buat ayat wah madam cun la, madam nampak gorgeous!! ahahaha. dia pun apa lagi bukak cerita la husband dia beli bagai. dah aku plak kena melayan cerita dia adehhhh. hamek nak sangat menyakat orang tua tu.

bila bersembang dengan dia mmg kompom ar aku kena soalan bila big day aku. haih banyak kali jugak la dia tanya. yang tebaru masa ari valentine aritu. mulanya dia tanya aku sambut valentine kat mana ja pun. tapi aku jawab kami tak buleh sambut. terus dia cakap sbb aku single la tu wakakaka.

ingatkan dia nak berenti sampai situ tapi rupanya makin panjang. agaknya dah puas dengar alasan aku mengelat terus dia kata aku ni memilih sangat. dia tau aku banyak kawan lelaki cuma tak tau mana satu nak pilih. hamboih hot nya aku sampai tak tau mana satu nak pilih siap ramai bekenan tu wakakakkaka.

so dia suruh aku bagi kat dia tiga tarikh lahir jejaka yg konon membuatkan aku dlm dilema teruk nak pilih mana satu tu. dia nak buat analisa mana satu yang paling sesuai dengan aku ikut zodiak.  dun wori dia cakap, dia selalu buat perbandingan yg mmg tepat punya sbb dia kaji melalui pembacaan buku-buku. siap ada bukti org kawen  hasil analisa dia -_-"


entah tak tau nak letak gambar apa kihkih

aii madam ngeri campur seram plak aku dengarnya hahaha. kang aku cakap benda tu kurafat kang sampai valentine tahun depan belom tentu dia faham maksud kurafat tu apa. agak-agak aku nak tgu lagi kat situ???angkat kaki lari cabut la..tak larat aku nak melayan muhahaha..


p/s : pasni klu nak sakat dia aku pk byk kali ler kompom!!!:P

Tuesday, February 12, 2013

malas nak pikiaq tajuk

jujur aku  cakap lama tak tengok berita. sbb apa aku tak tengok berita tu aku rasa hampa buleh faham sendirik kot kenapa heh.. padahal dulu dari zaman sekolah mmg aku akan tengok dari kul 8 sampai kul 9. aku rasa habis terer la masa tu aku tau berita tempatan, luar negara sampai ke sukan. haih hiburan jgn cakap ler klu spm ada paper pasal hiburan kompom A++ muhahhahaa. 

tapi bila masuk U tak rajin la nak turun bilik tv tengok berita. eleh klu turun pun mcm org lain nk tengok berita. habis sangat ulang tgk AF hahaha. zaman aku study dulu Af tengah naik. aku ja tak rajin nk bersesak kat bilik tv semata-mata nak tengok mawi erkkkkkkkkkk...eh mawi ka zaman tu??ka dafi??hahhahahhahaa..

so aku gigih baca paper. ari-ari baca paper online. asal ada kelas dlm lab ha ligat tangan ni bukak suma paper yg ada online. sampai pernah sekali aku duduk meja paling depan pun aku buleh selamba curi-curi scroll down baca jugak. balik bilik mmg aku kena sound ngn cikgu mahfuzah. dia cakap ingat aku tak nampak ang buat apa tadi. depan prof kot mmg cari nahas ler ang..aku tersengih jalah. then aku cuba kawal diri bila masuk kelas dlm lab ngeeeee..suma tu habit ja habit..

jadik bila tahir tweet pasal masalah  berita sekarang selamba aku reply sbb tu aku dah berzaman tak tengok berita. stress ja klu tengok layan beautifulnara lagi best hahaha. ayat poyo tak beragak tapi sebenarnya baca blog hiburan bukan rasa terhibur sangat pun. geleng jugak kepala baca tapi dah nama pun blog hiburan yg aku gigih pi baca kenapa kan???kuikui..


aku copy roti kaya punya bkn apa nk buat contoh berita yer :P


p/s : nampak sangat ari2 bukak blog hiburan kuang2..

Friday, February 8, 2013

apalah erti kami berbanding dia tu

serius aku tak sangka. selama ni aku ingat persahabatan kami tu cukup utuh dan tak berbelah bagi. aku percaya nilai frenship tu dah mcm pepatah melayu ibarat isi dan kuku ataupun bagaikan aur dan tebing. rupanya tidak sama sekali. aku, aku  argh aku mcm tak pecaya  tapi tu la kenyataan yang aku dengan jieha kena telan. haihhhh aku menghela nafas tak percaya..ececece belagak ayat novel wakakkaa..

ok ok serius serius.balik pada cerita asal. aku tak la sampai sentap tapi aku speechless jugak ar bila tahir kantoi tadi. rupanya itu la sebabnya tahir berat hati nak kuar ari sabtu.. aku buleh terima klu dia bagi alasan lain tapi yang satu ni mmg aku bagai tak percaya. dia menidakkan nak kuar dengan kami hanya kerana arghhhhhhhhhhhh payah aku nak sebut kat sini.

oh selama ni dia simpan rahsia baik punya dari kami. tiga tahun kat merbok dulu dia simpan rapat-rapat rahsia ni. tak pernah sekali dia biar kami tau apatah lagi nak hidu walau seinci. hebat hebat sambil tepuk tangan ala ala movie hindustan. 

tapi sepandai-sepandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua. soalan dia nak jumpa ari sabtu ka??mmg buat dia teperangkap sendirik. alasan nak tengok citer hindustan mulanya buat aku tergelak  mcm tak percaya. tapi bila aku tertengok iklan promo panggung sabtu kat tv3 tadi telah membongkar segala rahsia.

ya mmg benar. rupanya nilai persahatan kami tak mampu menandingi ke power an  seorang lelaki bernama shah rukh khan. akhirnya rahsia yang di tutup rapat telah kantoi jua. kawan baik aku yang bernama tahirah ni yang konon admire AG coco sebenarnya adalah peminat shah rukh khan. sehinggakan dia berat hati nak kuar ari sabtu sbb tv3 nak tayang veer zara yang hero nya adalah seorang lelaki bernama shah rukh khan. ok gelak tutup mulut!!



berejam tgu uplod demi ang tahir oii ngeh3

p/s : dah kantoi tu kantoi la xyah dalih2 lagi dah muhahahaha..tak marah kan aku cerita kat sini ekekke

Monday, February 4, 2013

tersangkut jugak

baiklah malam ni takdak entry pasal makanan sebagai tanda sokongan kepada bakal pengantin kita saudari acik yang tengah berdiet menjelang ari bahagia dia tak berapa ari lagi ekekekeke. go acik gambateh!! :) jadik aku telah selongkar document aku cari bahan lain untuk dimerapukan. 

oleh yg demikian aku telah terjumpa gambar anak buah masa cuti sekolah bulan 12 aritu. asalnya aku amek gambar depa ni nak update tapi aku tak update pun atas sbb aku ek masa tu. maklum la banyak idea lain nak merapu. ni tgh takdak menda nk merapu baru korek balik yg lama-lama punya kuikui. 





perasan tak depa tengah tengok apa tu??depa ni selalunya bersatu hati main game, tengok bola or layan movie transfomers dan mengutuk aku tengok cerita korea. serius!! tapi ada satu malam tu depa duk bising-bising aku tengok running man. keja tgk korea depa kata. lepas tu depa pelik aku gelak sorang-sorang. 

tau apa jadik lepas tu???ahhaahhaaha seperti yang dapat disaksikan melalui gambar ni terserlah depa pun tersangkut dengan running man jugak. konon nak try tengok menda yang aku duk suka sangat sampai gelak sorang-sorang. sekali nah hang aku dapat seat belakang terus. depa baik punya duduk depan.

siap tanya lagi website apa aku duk tengok online. tapi harap aku nak gitau even depa janji tengok time weekend saja. sudahnya sampai depa balik shah alam aku tak gitau pun ekekkkkkkkee. aku tak mau depa terjebak mcm aku. biar aku sorang terjebak sudah. otak depa banyak lagi nak guna baca buku sekolah. murni kan aku?? ;P
 
 
p/s : minat running man tak semestinya minat kpop! percaya lah :P

Sunday, February 3, 2013

kfc lagi

aku mmg tak leh start update pasal makanan. lepas tu mula la entry aku akan bersambung-sambung pasal makanan hikhik. aku rasa mcm dah jadik duta tak rasmi kfc plak haha. lepas krushers aku promosi zinger double down dan sekarang tiba masanya untuk golden wrap ciken!! (tokei kfc  mohon bagi komisen sket sbb promosi produk anda wakakakkaaka)




aku tak kan update klu tak sedap. tak tau la asal makanan tu pedas mesti aku cakap sedap giler-giler punyalah. maklumlah lidah melayu mana reti makan makanan tak pedas ngeh3. klu dari rasa pedas tu mmg kfc tak menipu la. 

mmg sangat pedas ayam ni. rasanya dia perap ngn pepper kot sbb terasa sangat pepper bila makan. cuma dari segi size iklan dengan yg real mmg tak penah sama. kecik sket jer tapi still kenyang takdak masalah. jadik sila la cuba :)


p/s : jgn risau jieha aku ingat pesan ang jgn mkn kfc selalu,MSG banyak..mkn ni pun sbb nk try ja :P

Saturday, February 2, 2013

entry tajuk buat dadih pun nak cerita


semangat buat dadih arini. tapi dadih kos rendah aku panggil ngeh3. sbb aku tak beli bekas kecik2 yang selalu orang isi dadih tu. aku selongkar habis almari cawan mak aku. cari cawan dengan gelas yg kecik-kecik termasuk cawan air zamzam. jimat!!



cuba belek gambar apa kat cawan kecik2 tu kuikui


ala setakat dadih beli tepung dekat tesco tu tak payah la kot aku tulis resepi kat sini muhaha. mmg ikut arahan sebijik-sebijik kat paket dia. aku pakai serbuk dadih mcm kat bawah ni. hanya tambah susu cair, air dan gula. takdak masalah pasti jadik mcm yg jual kat kedai dan inshaAllah sedap hingga menjilat sudu ;)




p/s : dadih pun dadih la janji siap satu entry ;P