Saturday, March 30, 2013

peach cobbler aka bengkang aku

pernah makan peach cobbler?? aku tak penah makan dan tak pernah tengok. tapi aku pernah la dengar sbb aku pernah baca novel 5 tahun 5 bulan. ala dulu kan giler sat ngn novel hlovate. jadik petang tadi busan  tau nak buat apa aku amek la novel tu saja-saja belek. nak baca balik mmg tak ler kehkeh. 

biasa la klu dah belek tu mesti tgk page belakang punya. so teperasan la satu page tu dia tulis dari dapur hlovate. dia bagi  resepi camna nk buat peach cobbler. aku tak ingat sangat dah jalan cerita 5 thn 5 bulan ni tapi rasanya hero yg heroin panggil along serbia tu suka sangat la makan peach cobbler.  




mcm tak susah sangat nak buat. sebab tu aku ehem semangat lepas asar tadi pergi supermarket cari bahan-bahan nak try buat kehkeh. gigih kan?? tak pernah makan tak pernah rasa tapi semangat nak buat hahaha. 
 
simple jer bahan-bahan dia. kena ada tepung gandum, peach dlm tin, soda bikarbonat, gula, butter/majerin,susu dan serbuk kayu manis. serbuk kayu manis tu aku tak letak pun. then suma bahan-bahan tu campur kecuali butter yg kena cairkan dulu sebelum buleh campur. lepas tu bakar sampai perang. sila google untuk resepi penuh sbb aku malas nk taip hihi.
 
biasa la aku buat sebelom google. ikut resepi dekat belakang buku tu ja, jadik mmg tak berapa nk segak la rupa peach cobbler aku tuh. sekali tengok mcm kuih bengkang pun ada wakakaka. dari segi rasa dia agak sedap cuma manis giler. lepas ni klu nak gigih buat lagi mmg gula kena kurangkan. baru buleh makan dengan ais krim vanila mcm ni ngeeee...






p/s jangan cuba nak banding peach cobbler aku dengan yang mad salleh ni buat. mmg jauh api dari panggang ler jawabnya wakakakakaka.


Thursday, March 28, 2013

segak mcm fazura

tahun lepas aku pernah masuk watson. bediri tegak depan rak facial foam sbb aku tak tau nak tukar pakai apa pulak. aku tak pernah perasan aku dah pakai nano white tu dari zaman degree sampai la kawan aku tegur. so bila dia tegur baru aku mcm ya lah lamanya aku setia ngn nano white tu. nak tukar la.

bila nak tukar itu la yg buat aku bediri lama depan rak. tengah pk nak pakai  jenama apa plak la kali ni. sbb tu aku setia ja ngn apa yg tengah guna sbb malas nk belek lama-lama hehe. jadik bila dah tegak bediri depan rak tu tetiba dengar suara dari tepi. 

" nak facial foam ke? you pakai apa??" sebenarnya kan aku tak berapa gemar sangat promoter duk buat ramah tamah masa aku tengah fokus nak pilih. tapi tak sempat aku nk jawab dia dah sambung balik " kulit you dah cantik .." aku baru nak angkat kening sebelah sebelom dia sambung " tapi kering. pakai la nutox!!  aku pun "hmmm tak pa la " sambil sambar nano white yg konon aku tak nak pakai dah tu kikikiki...

kemarin aku masuk guardian. sekali lagi aku teringat aku lama sangat setia dengan nano white. nak tukar la, cuba yg lain plak. sekali lagi jugak aku bediri tegak depan rak tu. dan sekali lagi suara promoter  sayup-sayup muncul dari tepi. 

" nak cari apa??facial foam??you pakai nutox la"..kali ni aku tak sambar nano white tapi aku pecaya dengan kata-kata dia yg kononnya pakai nutox ni mesti rasa syokkkk punya. pandai la ang amoi woih bejaya jugak pengaruh aku beli nutox. tak pasal-pasal aku rasa segak mcm fazura bila sekali sekala  tengok cermin wakakakakka. ok itu merapu jgn layan baiiii ~



p/s : syok kat mana entahnya la.aku rasa sama ja pun kehkeh..


Monday, March 18, 2013

party tupperware plak dah

aku kategori pempuan yang tak gila make up, tak gila kasut, tak gila handbag, tak gila peplum tapi aku gila tupperware hahahaa. ini serius bukan main-main ok. tak tau la benda ni jadik sbb pengaruh pesekitaran or mmg aku senang jatuh cinta dengan tupperware. alahai ayat mcm apa lagi kuang2.

yala suasana bekerja aku dengan akak-akak so depa ni rajin belek katalog. katalog avon, katalog cosway, katalog kasut,  katalog pinggan mangkuk, katalog tesco kahkah. dlm banyak-banyak katalog tu mmg avon aku tak minat sangat nak belek ler kohkoh. lagi best tgk katalog tesco buleh jamu mata tgk makanan. 


ni tak tau country mana..aku punya kaler kuning

tapi tupperware punya katalog tak payah hulur aku sendirik like page kat fesbuk. kekal dan sentiasa update gituuuuuuuu ahahhha. so untung la kawan2 yg kawen klu aku jadik pengarah projek beli hadiah. kompom aku cadang beli tupperware. ala klu aku usul nak beli hadiah apa mesti suma jawab ikut la, apa pun xpa kami setuju ja. baik aku tak payah tanya, beli jer  terus.

jadik mereka-mereka seperti miss lolliyana, jieha, chemad, shanti, usop adalah mereka2 yg tergolong dlm golongan bertuah dapat hadiah tupperware mahai. chemad extra hadiah new born kat ahmad rayyan tu pun set botol susu tupperware tau. tu pun ada hati nak pau aku beli baju gap kat anak dia. kim slm sket!!

sebijik camni chemad dapat aritu

kat rumah aku ni mmg ada satu almari letak tupperware. bila sekali sekala akak-akak aku balik mesti depa tanya mak aku sapa yg rajin duk beli tupperware neh? mak aku jawab pizah ler..kembang semangkuk  baq ang hahaha. tapi bukan la suma aku beli. aku beli ikut harga aku mampu ler. beli time sales dapat la murah sikit. tapi sekali beli mmg rasa puas hati sangat..senyum lebar buleh dapat tupperware syok ooooo muhahhha. 


p/s : xdak benda nak cerita, layan jalah kisah party tupperware aku neh haahahahaa

Saturday, March 16, 2013

semakin hari semakin malas


aritu berterabur dekat rak. ni beterabur atas meja plak. misi key in buku dlm sistem kejar dateline dah setel. sekarang ni misi tampal label and sticker baru kat suma buku-buku tu. nampak mcm best la kan main gunting, gam, sticker kaler-kaler tapi sebenarnya tak larat dah nak hadap haha. itu yang lari pi update blog cari pasal dengan uda and chemad aritu tuh kihkih.


buku graphic, buku IT , buku bisnes suma dah bercampur2


bila ari-ari buat benda yang sama dlm tiga bulan ni secara berturut-turut mmg camni la jadiknya. tak larat dah nk tengok..mujur tak muntah hijau ja lagi. serius dulu 50 buah buku sehari sekarang nak cakap 20 buku sehari pun aku tak berdaya. 

kira pujuk hati la 20 buku tu pun. cakap kat diri sendirik selagi tak siap keja lain tak jalan. masalahnya yang bersentuh tu sikit sangat yang tak bersentuh tu banyak giler. acaner tuh??bertabah jalah kuikui..



masa ni busan tahap gaban..serius tak leh hadap buku dah erkkkkkkk


p/s : tak tau la bila nak habis..makin ari makin malas ada la hadap benda neh :P

Thursday, March 14, 2013

dengan kawan-kawan pun nak berkira


uda cakap 2 juta setahun dia nak claim kat aku sbb publish entry guna gambar anak dia.  ah sori sket dia patutnya bagi komisen sbb aku publish gambar asrap update blog jual jamu.  jual jamu untung juta-juta tapi dengan kawan-kawan pun nak bekira..aku bagi free iklan kot kt blog aku.




ni sorang lagi. belum reti bediri nak jugak update blog. tau la blog papa dia  tu tahap gua kelam punya sawang dah. eh gua ada sawang ka??hahahaha..tgk muka ryan ni aku tau dah dia update apa..update jual skybox la tu..ni aunty tolong promote cakap kat papa tu komisen kasi aunty sket..jgn berkira sangat dengan kawan-kawan..






p/s : habis tak larat hadap  label buku,  update blog cari pasal lak haahahahhaa

Sunday, March 10, 2013

bukan jejari halus

kepandaian manusia tu tak sama kan. berbeza-beza. setengah tu punya bakat dan jari jemari yang sangat menjadik. ya lah pandai menjahit, pandai buat kek, pandai buat gubahan , pandai menulis dan pandai mcm-mcm la. aku selalu pk aku pandai apa, sbb apa yg aku buat suma tak jadik hahaha. kadang-kadang aku rasa aku ni pandai main tenet ja kot :P

tapi kadang-kadang semangat aku tu buleh tahan jugak kental. bila aku rasa aku nak buat sesuatu aku akan cuba buat even resultnya nanti tu klu buleh dinilai dari A sampai E aku mungkin berada dikedudukan C, D atau maybe E terus.

so bila aku makan karipap sedap yg opismate bawak, aku terus bercita-cita nak buat karipap mcm tu even aku tak pernah uli apa-apa kuih pun. ya semangat kan?? berbekalkan semangat itu lah aku pagi-pagi ahad dah tercongok dekat tesco beli tepung, kentang dan marjerin. 

balik rumah tunggu akak ipar aku bersedia utk perturunkan ilmu buat karipap. melihatkan kepada semangat aku dia pun bersemangat mengajar aku dari masak inti sampai la ke uli tepung. nampak mudah di stage ini. masih dibawah kawalan takdak hal. 

namun  apa yg  jadik lepas tu suma berbalik kepada soal bakat dan jari jemari yang berjiwa halus. jemari suka main tenet mcm aku ni mmg takdak harapan nak pintal karipap wakakakaka. sampai satu tahap kak ipar aku cakap "ang guna acuan la senang".. nampak tak?? nampak tak?? ayat jaga hati kak ipar aku??? rela bagi idea lain dari luah isi hati yang sebenar kahkah




ni akak ipar aku punya hasil tangan..nak tengok aku punya?? bukan aku tak mau upload tapi tetiba tenet jadik slow  masa nk upload gambar karipap yang aku  pintal tuh. so memandangkan jam pun dah lewat aku malas la nk tgu gambar tu loading. lagipun esok keja kena tdo awal..lain kali la yer upload :P


p/s : uda, aku rasa badi ayat takdak harapan rumate kesygan aku tu lekat sampai arini la hahahahaa

Friday, March 8, 2013

bukan kenan tapi idola

aku rasa suma yg lama ikut cerita merapu aku dekat blog ni tau sangat perangai aku yg suka tdo lewat sampai kwn-kwn cakap aku burung antu ngn vampire. tu dulu la zaman muda-muda. sekarang aku tak lewat sangat dah pun tdo. aku pun reti mengantuk awal. faktor usia mungkin :P

tapi masa zaman aku tdo lewat dulu kwn2 pun aku pesen tdo lewat jugak. ingat aku duduk saja menghadap tenet tu sorang-sorang??tak jadik klu sorang ja hadap. aku ni buleh tahan murni jugak sebenarnya. 

contoh yer contoh. epalejau dari zaman maktab klu dia tak siap asemen dia tak bagi aku tdo. dia suruh aku dengar dia meroyan kat skype. dah habis maktab jadik cikgu pun still nak bersembang ngn aku konon nak elak dia tdo buat RPH segala dia tuh. 

kemudian tahir jgn cakap la mcm2 isu kami buleh bincang. dari benda lagho sampai masalah serius or isu negara pun leh jadik topik. tu lom kira aku oder lagu dari dia siap suruh download lagi. dah mcm dj radio dah dia. ala lagipun dia selalu gelak bangga tenet dia laju tak mcm tenet aku. ciskes tul. 

miss lolliyana lagi la. dari zaman dia bujang sampai dah kawen siap pregnant tetap nk tumpang sekali skype ngn aku sampai tengah-tengah malam. lepas tu sekarang bila baby irfan dia kuar, tak nak tdo selagi tak pukul 1-2 pagi mula la stress ibunya esok nak bangun awal pergi keja pulak hahaha.  


ni la irfan. gambar aku cilok blog mak dia :P

bila jadik camtu, tau dek kwn-kwn mula la aku dikatakan jadik penyebabnya. irfan tu kenan aku suka tdo lewat sbb berskype ngn ibu dia dulu. aiiiiiiiiiii aku plak jadik sebab??? tak aci tul. ni yang aku mula nk nyanyi lagu aku yang bersalah neh..

sekarang irfan dah pandai tengok pororo kartun korea. ipin upin dia tak nak layan. ibu dia cakap ini semua kenan aku jugak. suka tengok korea. apa ni irfan???nak buat aunty jadik idola ka???malu-malu unta tau aunty kamu pilih aunty jadik idola wakkkakakakaka. 


p/s : orang lain jangan jeles. irfan pilih aku jadik idola sbb aku hati suci dan murni sebenarnya kahkah..

Wednesday, March 6, 2013

pencen korea

pagi tadi aku dengan belagaknya cakap kat tahir zaman tengok citer korea aku dah berlalu. aku fokus drama melayu sekarang. buktinya??? ersalina tak tinggal satu episode ooo. p training tak dapat tv3??ah takdak hal!!balik ja kedah cari internet terus. aii tak ingat kes beli novel sbb tak leh tgk punya pasal??tak cukup gigih lagi camtu??

klu sapa-sapa ada niat nk komen eleh tgk citer melayu pun suma drama cinta-cinta ja, sila backspace komen tu. dah drama melayu semua cerita cinta-cinta. cuba list kat aku drama apa yang tak bercintanya???jawab??jawab??

agak-agak ar tak kan SPY M pun aku nk kena tgk kot hahaha..tapi hanya padaMU bukan cerita cinta sangat pun kan?. ok per citer tu dh mcm cinta hantu. buleh tahan suspen gak la kecuali part adwiyah tu belakon keras semacam errrrrrr..





lepas tu aku tertengok promo tv9 drama bunga merah punya. mcm best. aku terus follow.  yalah-yalah aku mengaku ni drama cinta-cinta. eh cinta ka??budak-budak kecik mana reti bencinta kan??ok ayat cover sbb baru sampai part merah dengan bunga ngn time kecik-kecik ekekkkekee.

nampak tak??? nampak tak???  tiga drama melayu aku layan serentak dan bersambung-sambung disitu. tu suma bukti ooo aku fokus drama melayu . serius beb tak ingat drama korea apa last aku tengok. running man bukan drama. tu pun dah berapa episode aku tak tengok. oh cakap jalah tak tengok running man sbb tenet kat rumah ni cap ayam -_-"

tapi itu kisah pagi tadi. tahir kena bahan ngn aku sbb layan citer korea tajuk I miss you. tengok tajuk pun tau dah genre apa. kisah malam ni plak aku yg dibahankan. pencen layan korea konon. gedik lagi pi tweet tengah layan IRIS II mmg kena balik la kuikui. dah tertengok dan terbest nak buat camna hahaha.. tapi ehem IRIS genre action yer tahir ahaks..






p/s : aku lagi tua dari uncle jonni rupanya..datuk dan nenek tu hampeh hahaha..


Sunday, March 3, 2013

limaugedang yg sekerat jalan

aritu aku ada kodek blog baru. tapi tak siap pun. aku letak nama dia limaugedang hahaha. tetiba ja dapat idea nak letak nama tu kekekekkee. konon aku buat blog tu just eksperimen la nk explore apa yang patut. maklum la ada orang nak bayar aku buat blog. serius tak tipu. buat blog nak jual baju online.



cantek mcm sedap tapi pahitttttt tak hengat limau gedang neh ~


biasa la org bisnes ni depa nak senang, malas nk kodek  bagai. nak nak yang tak berapa nk tau pasal blog. pada kita yg ada blog tu sure rasa tidak la susah sangat pun nak buat blog tapi pada depa yang sibuk malaih aih nak kodek. 

tapi masalahnya dia suruh aku yang mmg tak berapa rajin nak kodek haha. ingat blog aku ni aku yg kemaskan?? mula-mula aku  buat dulu mmg basic semata-semata. then epalejau tolong aku edit layout supaya nampak kemas. 

dia la yg buat button followers, letak jam then menda lagi entah. harap aku ada blog archive jalah kihkih. yalah aku bukan serius pun nak ada blog time tu. tak sangka lak aku buleh menten stickynote ni sampai sekarang :P

cuma aku rajin ubah banner ja. tu pun ada la 2 kali kot aku buat. pernah aku ubah skin blog sekali tu pun mmg ditentang habis. tak kena ngn aku katanya. semua nk aku menten simple plain putih ja. then ada  la aku ubah sikit-sikit fonts and kaler suma tu. tapi tak banyak pun berubah.

so bila aku dh semangat kodek bagai org tu tak datang-datang pun jumpa aku bagi material suma. aritu dia kol jer tanya buleh buat tak?? bila aku cakap ok, aik tak datang-datang la pulak. agaknya dia dah jumpa link blogger kot dan baru sedar ala buat blog ni senang ja. rugi ja bayar even aku tak letak pun harga  lagi hahaha. adeh baru berangan nak buat duet lebih kuang-kuang..tapi tak apa la bukan rezeki :)


p/s : Pray for Sabah amin ~