Tuesday, April 30, 2013

drama ciptaan sendirik

aritu citer drama org kan??arini nak cerita drama sendirik plak. tajuk pun tak susah aku nk buat kali ni. tapi bukan drama romantis ala-ala winter sonata mcm aritu. genre drama aku lebih pada tragic. so aku bagi tajuk trajedi pagi 30 april. dah nama pun drama , mmg panjang sikit la entry kali ni.

mcm biasa aku bangun pagi malas-malas bersiap, breakfast nasik goreng suma then kuar pi keja. masa drive tu pk nak singgah la gerai-gerai jual nasik lemak. bertahun keja hari-hari lalu tak pernah rasa nk berenti singgah beli nasik lemak tepi jalan tu. arini teringat dah bergaji so nak belanja la kak cleaner ngn kawan dua tiga orang. 

nampak ja gerai akak jual nasik lemak tu terus bagi signal berenti. dah berenti nampak akak tu senyum aku pun amek purse bawak kuar duet siap-siap. mmg plan nk bawak kuar duet ja purse suma tu tak nak bawak kuar. nasik lemak akak tu dah siap berbalut jadik aku pk kejap jalah so tak tutup la enjin ketanya. terus kuar dan tutup pintu. 

dah tutup pintu aku terus jln kat akak tu tapi tak sempat  nak sampai akak tu tanya eh pintu terkunci ka tu??aku blur-blur lagi sbb ya lah aku mana cabut kunci so camna nk tekan alarm nya kan. tapi bila aku pusing nah hang mmg pintu keta aku terlock gulppppp! tangan terus capai pintu dan serius mmg tekunci. oh sangat manisssssssss.

ok tersengih dan tecegat kat situ. aku tak pk camna nk bukak pintu tapi aku mencari jawapan kenapa dan mcm mana pintu tu buleh tekunci sendirik??aku naik kelisa ja kot bukan keta canggeh-canggeh pun sampai nak telock sendiriknya. pelik tak pelik tak??

dlm duk memikir tu ada pakcik ni berenti nak beli nasik lemak. tunggu lagi mintak tolong dia tengok la kot2 buleh bukak. even ada dawai tapi tak berjaya jugak bukak. dia pun tak leh nak stay lama sbb ada meeting kul 9. ya pakcik ada meeting kul 9 saya plak masuk opis kul 9 dan time tu dah pukul 8.35 pagi muhahhaha gelak stress 

sambung berdiri tepi keta tak tau nak buat apa. serius then akak jual nasik lemak tu cakap cuba la telefon rumah suruh antar kunci spare. ya la kan tepon rumah tapi tepon dlm keta. perfect sangat perfect. kan tadi bawak kuar duet jer. 

tanya akak jual nasik lemak tu ada phone tak nk pinjam. dia hulur tapi nak tepon rumah camna?aku set no mak ayah aku pakai speed dial. terus terasa diri ni mcm anak derhaka sbb tak hafal no hp mak ayah. insaf diri anak derhaka pun tak guna dah time tuh. padan muka jalah. 

still pegang hp sambil kepala ligat pk no tepon sapa yang aku ingat. satu ja nombor yang aku rasa aku ingat even aku tak pasti sebenarnya. mmg aku gamble tekan dengan harapan tu betul no phone abang aku. yes dia angkat tapi baru sempat aku cakap sapa aku tetiba tuttttttttttttttttt putussssssss!!rupanya kredit akak tu ada berapa sen ja pun T_T

stuck lagi stuck lagi. dia cek kedit dia ada berapa sen dan cukup kot nak antar sms. aku msg abang aku suh dia call balik. lama jugak la tunggu akhirnya abang aku kol balik. aku nak suruh dia kol ayah aku ja pun suruh antar kunci. akhirnya tepat pukul 9 ayah aku sampai antar kunci. aku ingat dia nak bebel tapi cool jer dia hulur kunci dan suruh pergi keja even aku cakap nak EL jer sbb dah pukul 9.

aku pun taat dengar cakap ayah aku dan sampai opis kul 9.30. nak p thumb  kena lalu bilik bos kecik dan bos besar mmg clear sangat la lambat kan.sebelom thumb sempat bisik ngn it exec lewat  ni nak kena thumb jugak ka dia bisik balik thumb ja nanti aku edit kuang2..

last sekali bila sama-sama pk dengan opismate aku banyak teori kuar camna pintu tu leh terlock sendiriknya. satu maybe sebelom kuar tertekan brek atau pun tertekan lock dekat pintu. mmg klu tertekan salah satu tu habis suma lock la. tingkap lak suma rapat mmg naseb aku la arini. satu lagi teori, depa cakap dlm keta aku ada hantu duk main lock2..eeeeeeeeeeee takutnya takutnya. yalah takut la sangat..

p/s  : entry ni tak beserta gambar sbb tenet slow gaban!

Saturday, April 27, 2013

siap ada drama lagi

eh lama kan aku tak bukak crita pasal budak2 kolej aku??tadi duk merapu-merapu dengan epalejau tekuar la cerita  pasal bf. epalejau cakap impossible la dia nk jumpa bf org kedah klu dapat sabahan pun jadik la. itu pun klu ada la, tak mengharap pun..sedih kan dengar??hahahahaha..

bunyik tu mcm susah sangat la nk dapat bf. so aku pun bukak la cerita pasal budak - budak kolej aku. mana tak nya hampir semua budak-budak tu ada bf. yg best depa tak becinta sesama depa ok. kelassssss kan??

lebri aku tu kecik ja. bila budak-budak tu masuk bawak laptop mesti wallpaper gambar bedua dengan bf. ala gambar yg pegang hp sedirik kepala betemu kepala tuh. aku bukan niat nak sekodeng pun sebenarnya apatah lagi jadik mami jarum tapi dah aku ternampak nak buat camna kihkih..


biasa la aku mmg suka letak gambar contoh  muhahaha


dah aku cakap camtu epalejau laju-laju pintas dia yg memilih so padan la susah nk ada bf. aku pun laju-laju cakap, tak depa mmg terer. depa mmg pandai memilih bf. depa pilih bf yg ada keta. biasa sangat aku tengok bf depa antar or amek naik pesona, vios, CAMRY, savvy apa lagi??dah tu muka bf masing-masing pun buleh tahan segak begaya baq ang..

dinding lebri aku cermin besar ya. cermin yang menghadap parking keta sbb tu aku selalu nampak apa jadik kat luar tu. jgn ingat aku saja2 rajin nk jadik akak nara plak. meja aku plak betul-betul tepi cermin tuh. dah tu acaner tak nampak dunia luar nya. 

pernah la sekali aku nampak drama. ada budak ni mmg hari-hari  datang kelas bf antar balik kelas bf jemput. uih keta bf dia jgn tanya la. tukar-tukar aku tengok. sampai tepk gak aku bf dia tu keja jual keta kot wakakakaka. otak jahat biasa ler. 

aritu hujan lebat giler. ada vios berenti betul-betul depan lebri elok hadap meja aku lak tu. aku pun tak tersengaja tertoleh ke luar time tu. dah biasa tengok depa kan so tak kisah la. sekali bf dia turun bukakkan pintu dan payungkan dia sampai ke bawah bumbung. reaksi aku time tu??tunggu lagi terus waaaaaaaaaaaaaaaaaah!!nyaris-nyaris aku nak nyanyi lagu winter sonata nasib baik tak tau lirik kahkah..

tak tau lagu winter sonata gambar pun jadik ler

 
p/s : gambar suma aku main rembat mana kuar dulu sbb internet aku sangat slow

Saturday, April 20, 2013

banana phone


apa barang pakai iphone..


budak ni pakai banana phone!! ko ade???kahkah







pada yang tak dak banana phone mcm bdk cio neh tapi nak cuba-cuba nyanyi lagu banana phone nah aku aku bagi lirik .. selamat mencuba :)






p/s : entah-entah org dah lama tengok video neh..aku ja baru nak tengok kuang2..


Wednesday, April 17, 2013

entry ka karangan pmr neh???

aku tak reti melukis. itu suma sedia maklum. org lidi pun google takdak hal punya. tapi aku suka menconteng. pantang ada pen mesti aku cari apa-apa kertas yg buleh diconteng. sbb tu bila cikgu mahfuzah tengok buku nota aku masa study dulu dia kata ni bukan buku nota tapi buku conteng!!
 
apa barang nota cantek-cantek tak berconteng. berconteng tah apa-apa tu la baru namanya study. hasilnya result exam pun  mcm contengan tu gak la wakakaka. tapi alhamdulillah habis jugak belajarnya :)

tapi kadang-kadang perangai suka menconteng or bak kata org kedah contiang tu buleh makan diri sebenarnya. mcm kejadian senin lepas. elok lepas bos aku hulur katalog , aku pun belek-belek then terus aku conteng. hobi la katakan. di mana ada pen disitu ada kertas untuk aku conteng sekurang-kurangnya sign nama sendirik mcm sign autograph. itu wajib haha.

duk tengah syok contiang tetiba bos aku muncul lagi sekali. dia cakap ha nak beli tak?? aku pun hah??beli apa?? dia jawab tu kupon tu??erkkkkkkkkkk aku dah siap sign autograph kot. selain kena marah sebakul free-free dengan bos, aku jugak kena hadap akak salesgirl yg tengah tunggu klu tak kutip balik kupon mesti kutip duet. hukaloh bos cakap la terang-terang suruh tengok-tengok nanti dia nk kutip balik T_T

serius aku ingat tu katalog biasa. rupanya tu katalog yg ada kupon. kat belakang sekali ada harga untuk satu buku katalog tu. dlm katalog tu ada kupon diskaun benda-benda mcm aiskrim, pusat kecantikan, workshop kereta. ngek kot diskaun singgit dua ja pun tapi ang kena bayar 39.90. dah la tengah-tengah bulan. habis lari budget  aku nak mkn kepsi kpop!!

dah mcm kerepek ubi pedas aku tgk...sedap ke??


dalam aku duk melompat-lompat nyesal conteng tetiba ada penyelamat. ada opismate yg nak beli kupon tu. dia ajak share sorang separuh.  argh rasa nk peluk cium dia kat situ jugak. at least tak banyak sangat aku rugi even rugi la jugak sbb aku tak minat langsung dengan produk - produk tu. lepas byr aku siap cakap kat opismate aku tuh. hamek la suma dan terima kaseh selamatkan saya depan-depan akak salesgirl tu kehkeh.

p/s : aku rasa mcm aku karang karangan bahasa melayu pmr..busannya baca kihkih..

Monday, April 8, 2013

kenapa kecik sangat???


kenapa nutrigen  kecik sangat?? tak dan nak kira berapa kali sedut dah habis. dah la sedap. mana puas minum satu, kena minum lima baru puas hati!!



sebab tu nutrigen ni dibuat untuk budak-budak. lagi mau tanya la kan kuikui

sikit - sikit mula memahami asal anak buah aku kecoh bila tengok vitagen , solivite or nutrigen depa hilang satu aku amek wakakakkaakakaka...


p/s : lama pk ini jer aku mampu update????pi  tdoq la hahahaha