Saturday, May 25, 2013

mana lagi sedap???


nampak sama tak??




kopok lekor malaysia mari




dengan 




 
dukbokki korea mari 


kaler mcm sama..rupa pun mcm lebih kurang tapi rasa agak-agak mana lagi sedap???


kompom la kopok lekor sedappppppppppppppp!! tau sbb apa?? yalah aku mana pernah mkn dukbokki tu apatah lagi jejak korea..so camna nk tau dia rasa sedap ke tidak kuikui
 
 
 p/s : ini contoh gigih update even xdak idea :P


Thursday, May 23, 2013

" rumah baru kami yang kosong "


cuti sekolah dah mulaaaaa yeaaaaaaa!!! aku tumpang sorak jalah sbb bukan aku cuti pun ekekekekkeke..congratz yun and cikgu mahfuzah sbb dh habis maktab..dah jadik official cikgu omputih..habis la suma kawan2 jadik cikgu omputih, reunion pas ni mmg bawak kamus la aku nak spekang. tapi bukan aku nak lari pi korea ka klu depa buat reunion??ngelat ;P

so bila cuti sekolah deretan-deretan kenduri jugak akan sibuk berlangsung. bersusun kad kenduri, bertanda simpang siur jugak la kelender takut terlupa setengah. dlm ramai-ramai yang nak kawen tu termasuk la fairuz si geng sengal aku kat tempat keja. tapi dia dah berenti pun sebenarnya. rezeki nak kawen kot terus dapat better job. 

bila kawan nak kawen benda yang paling excited nak buat adalah belikan hadiah. selalunya collect duet ramai-ramai dengan niat nak beli hadiah mahal sikit, besar sikit or banyak sikit. ok banyak sikit ?? camna tu?hahahaha. 







nampak, nampak?? opis aku klu ada yang kawen tupperware wajib satu dulang punya. so ni kategori banyak sikit la kehkeh..rasanya ni paling banyak kot pernah kami beli. selalu beli satu yang harga mahal sikit dan nampak besar sikit. menda la aku duk ulang sikit, sikit neh banyak-banyak kali nya haih...

tapi sbb bekas opismate aku ni sengal letak status kat fesbuk berbunyik " rumah baru kami yang kosong " seolah-olah memberi hints kepada kami semua untuk cuba penuhkan rumah baru dia tu dengan hadiah-hadiah yang lebih banyak.

jadik pada sapa-sapa yg plan nak kawen lepas ni, dekat-dekat tarikh kenduri tu buleh la contohi status dia supaya kawan-kawan dpt membantu memenuhkan rumah baru anda yang kosong itu. ini adalah pesanan iklas dari hati seriously hmm..

mmg suma barang dapur kami beli kali ni. kira bahagian dapur dia tak kosong la lepas bukak hadiah kami tu nanti hahaha. ruang tamu mungkin kawan2 tempat keja baru or uni dia leh tolong penuhkan  wakakakaka..


p/s : dah kompom aku nak kawen nanti aku update yer..tak yah la nak lenguhkan tangan taip komen bila aku nk kawen nyer kahkah...

Monday, May 20, 2013

tak rasa comel ka??


kemas-kemas kotak kasut sekali jumpa kasut aneesa, aisya dengan anas 

tak rasa comel ka?? hihi




setahun sekali jumpa budak-budak neh..

padahal duduk dlm msia ja pun ekekekekekeke..



aliya , aneesa , aisya.. anas harap ler nk join geng pempuan amek gambar


gambar dia selalunya posing camni


atas meja kuih raya!!

raya pun kat sabah. xdak yang datang rumah depa selalunya.

tu pasal buleh panjat meja selamba cenggini kuikui



p/s : malas nk buat keja aku update blog..bos cuti la katakan kekekekekeke

Friday, May 17, 2013

suma pasal badak


malam bila entah tahir marah. kononnya aku tengah update blog tapi last2 aku tak jadik publish. penat tunggu katanya. so kali ni inshaAllah aku publish kot ekekekeke. idea selalu tersekat-sekat tak mcm dulu. sekarang ni ayat bunyik mcm skema badak ja. apa la salah badak sampai org kata dia skema?




cengini comel pun org kata skema hahaha. kesian la ang badak oii. ami asrap yg femes dengan gelaran badak berendam pun tak nampak gaya skema. ish mmg tak skema langsung la. idola monteng kelas aku dia dulu tuh. jadual berapa kali tuang kelas yg dia tampal kat dinding rumah sewa tu mmg epik habis la. tak jumpa lagi kawan aku legen tahap cengitu. pssss, uda aku bodek habis neh. share la untung jual jamu tu sket wakaakakaka.

tapi yang bestnya bila aku google gambar badak berendam yg kuar bukan gambar binatang badak berendam tapi kuih badak berendam. ada la sekeping dua gambar badak tu tengah syok mandi manda. yg lain suma badak kaler hijau berendam dalam santan. kena try ni buat. mcm sedap  ja tengok hahaha. nampak??nampak??balik balik entry makan jugak yg senang kuikui..


gambar amek dari periuktanah.blogspot.com


p/s : org lain ada update pasal badak??menampakkan sangat tuan punya blog ni sangat ngek hihi


Monday, May 13, 2013

bab makan paling senang nak diupdate

1st sekali nak tanya ada yang rindu or gigil tak sepanjang aku tak merapu kat sini??hahaha ya soalan mintak penampaq namanya tu. budget femes mcm uncle jonni, kak senduk or maria elena la tu padahal hmmmmm tak yah sebut la wakakakakaka

dah berejam aku hadap new post ni sebenarnya tapi idea tak mari-mari jugak. last-last aku cari gambar makanan jalah yer haha. janji ada 1 entry siap. kira buleh la dari takdak..


errr ada nampak mcm meatball ikea tak??




klu ada yes kira buleh tahan jugak la aku ni kan??hahaha..gigih ooo google resepi meatball ala ikea. serius aku guna keyword tu kat google. bersusun resepi kuar dan mcm biasa aku pilih yang paling senang la. 

paling senang tu apa lagi beli meatball dan fries yg segera tu jalah kihkih. then balik meatball tu grill dlm pemanggang ajaib. tolong la jangan buat muka pelik tanya apa tu pemanggang ajaib. benda tu ibarat kempen 1 rumah 1 komputer ja sekarang nih. mesti tiap2 rumah akan ada satu punyalah. mcm-mcm jenama lak tu. 

fries biasa goreng tapi kuah buat sendirik ok. aku ikut resepi  dan untuk percubaan kali pertama kira  jadik la.. cuma biasa la aku ada masalah ngn lada hitam. terlebih letak sbb tu kaler kuah aku terlebih gelap. klu tanya bab rasa hahaha mestila buleh tahan. nak cakap sedap giler or sebijik mcm ikea punya ish segan la. kang membawak pada riak pulak ekekekkekekeke..


p.s : cerita bulan 4 baru update bulan 5...buleh nampak tahap malas makin kronik sekarang neh hehe..