Sunday, June 23, 2013

" demi cinta ku pada mu "


1st, nak ajak jom ramai-ramai karok lagu search fantasia bulan madu dengan penuh perasaan seround!!muhahahhahaha






wakakkaka intro melebih-lebih plak la kan??? ada cerita la sampai aku ajak karok lagu rock kapak tetiba neh.  dah ready nak dengar??? semoga suma tak rasa nk hantuk kepala dekat meja lepas baca sbb aku hampir-hampir nak hantuk kepala jugak aritu..


jumaat lepas suma team operation melepak kat lebri sbb itu ja tempat yang ada meja besar untuk susun dan update students file prepare nak audit ari isnin. so klu ada ada students nak jumpa org admin mmg kena masuk lebri. 


tengah-tengah  kejar masa siapkan keja, tetiba ada sorang student pempuan ni masuk. dia cakap dia nak tangguh study. opismate aku yg handle kes-kes camni tanya la. kenapa nak tangguh?dia kata dia nak keja.. then budak tu sambung. saya tak mau guna duit mak saya. saya nak keja cari duet sendirik.  saya nak kawen dia tak bagi. saya protes!!!


ada rasa nak hantuk kepala?? hahahaha serius aku mcm nak hantuk kepala ja dengar dia cakap camtu. org lain siap ada yg tergelak, geleng kepala and ternganga pun ada. emosi budak umur 20 tahun. senang giler dia decide. mak tak bagi kawen, tak nak guna duet mak, tangguh belajar cari keja then tadaaaaaaaa ok done!! oh klu la kehidupan semudah itu dik oiii..


tapi cakap mak sendirik pun nekad tak mau dengar apatah lagi la cakap-cakap kami ni ha. last-last elok jer dia kuar dari lebri opismate aku tarik terus " demi cinta ku pada muuuuuuuu, ke mana saja kan ku bawa ..." wakakakkaka..


p/s : umur 20 tahun dah tak sabar nak kawen. akak lebrian ang ni rilek ja pun kahkah...

Wednesday, June 19, 2013

dia kena pandai matematik


berapa kali aku mention kat blog yg aku sangat bencik nombor??aku rasa banyak kali dah..sure yang baca blog aku ni menyampah ckp takdak menda lain ka budak ni nak cerita?? tapi layan jalah hoho..

kepala hotak aku jenis membaca even bukan rajin pun cuma bila time belajar antara subjek membaca dan mengira mmg membaca adalah feberet tapi mengira hmm....sbb tu sejarah xdak hal khatam tp matematik ?? ke laut la jadiknya..





jadik lebrian tak semestinya tak yah hadap nombor. yalah, benda apa kat dunia ni yang tak libatkan nombor pun kan..jadik lebrian hidup dia bukan setakat bergelumang dengan buku tapi bergelumang jugak dengan listing.

ya listing!! aku dengki bila mummy irfan, nama baru miss lolliyana, akhirnya sedar diri jugak kaakaka... ok sambung aku dengki bila dia tak yah hadap listing lagi dah. listing ni setahun berapa kali la kena update.

buku hilang 1 or buku tambah 1 pun ang kena update. dari 1001 ang kena edit jadik 1002..itu klu buku biasa belum campur ebooks yg cecah ratus ribu hahaha. edit bukan ubah angka ja tau. tapi  segala mak nenek dari depan sampai ke belakang kulit buku tu ada data seriously. 

bila dah selalu aku mention aku bencik nombor, aku bencik matematik, pernah la sekali aku cakap dekat mummy irfan. sapa nak jadik laki aku kena ada dua kriteria ja. satu dia kena pandai baca quran, satu lagi dia kena pandai matematik. senang nak ajar anak wakakakka...


p/s : itu ayat begurau masa stress hadap listing so uollss suma tak yah amek serius sangat la muhahaha..


Saturday, June 15, 2013

" everyone has a story to tell "

ok aku baru habis menelaah buku omputih tajuk one hundred names. tuan punya buku tu cik tahirah pesan lepas habis baca sila la buat review sket. mak aihhhh buat review tuh summary masa spm dulu pun fail manjang aku neh haahahaha. tapi demi kawan aku cuba la. eden torai!!

aku amek masa 2 minggu untuk habiskan sampaikan mak aku kata aiii baca buku ni nak belajaq balik ka?? sebelom aku laju2 angkat buku tu tunjuk dan cakap errr buku cerita mak. nampak sangat aku tak pernah pegang buku secara bersungguh-sungguh sejak habis study dulu muhaaha. 2 minggu beb rekod tu :P

so apa yang menarik sangat dengan one hundred names neh??? satu, authornya adalah cecelia ahern. bila sebut cecelia novel-novel dia mmg laku punyalah kat dunia neh. dan salah sorang peminatnya adalah tahir. aku??pernah beli satu ps i love u sbb tahir pengaruh, then had hadiahkan where rainbows end. dua-dua amek sebulan lebih untuk habiskan kahkah. 



mcm senget ja gambar hahaah biar la malas dh nak google yg lain

air muka aku yg ceria dan gembira berubah terus lepas tahir bawak kuar buku ni dari beg dia. size dia bukan size novel kot tapi rilek ja tahir cakap ala tak tebal mana pun. balik rumah  lepas baca page 7 baru meresap sikit ke dlm jiwa menda yg cecelia tu nak cerita sebenarnya. 

bila meresap ke dalam jiwa aku faham jugak la kenapa tahir ckp novel ni memberi inspirasi kepada pembaca. wah ayat review benar ja gayanya haha. kisah camna sorang reporter, kitty logan, yang masa depannya sebagai wartawan hampir musnah dek sbb dia buat silap  untuk satu rancangan tv sampai disaman dan dibencik ramai orang.

tapi kemudian dia jumpa balik diri dia bila bos yang dia anggap idol dan antara orang yang tak blame dia langsung atas mistake yg dia buat meninggal dunia tapi tinggalkan satu list nama 100 orang tanpa clue siapa dan camna nk cari.

50 dari 100 nama


dlm masa dua minggu dia kena cari sapa dan kenapa depa ada dlm senarai tu. dari 100 dia berjaya jumpa 6 orang. mula-mula dia tak nampak apa yang menarik pasal 6 orang tu dan 6 orang tu jugak tak rasa depa hebat dan menarik untuk ditebiu. paling best mereka-mereka itu tidak kenal langsung sapa bos kitty.

rupanya mereka adalah nama-nama yg secara random dipilih dari telephone directory untuk ditebiu oleh bos kitty atas alasan "everyone has a story to tell". maksudnya setiap satu dari manusia didunia ni ada cerita masing-masing yang maybe diri sendirik rasa tak menarik tapi sebenarnya hebat dan mampu memberi inspirasi pada orang lain. 

dan sememangnya enam orang itu ada kisah yg sangat awesome dan klu kita rasa kita ni ada masalah, susah,berat sangat dugaan dan cabaran tapi klu kita dengar cerita orang lain maybe kita sedar masalah dan life kita tak la worst sangat pun sebenarnya. dan cara camna depa handle itu la yang bagi inspirasi pada readers. ok done reviewwwwwww lepas ni tak mau dah update panjang2 hahaahaha..


p/s :  klu jumpa  ejaan salah dan ayat beterabur, biasa la aku mana pernah tak salah eja dan typo bila update ekekekekke


Friday, June 7, 2013

kedekut atau berjimat??

bawak bekal kedekut atau berjimat??itu tajuk depan majalah apa entah..aku tak ingat sbb ternampak masa lalu depan kedai runcit. tengok sekilas pandang ja pun. ish sampai hati cakap orang bawak bekal tu kedekut. tak patut tul. 

cuba selidik apa masalah org yg bawak bekal tu??mungkin dia betul-betul nak berjimat sbb nak bayar hutang parking ka kan??acaner??dah la hutang parking dia tu banyak gila sbb tak pernah letak kupon. ish ish.

then maybe org tu keta dia pernah kena kunci tayar dengan majlis bandaran. bukan sikit dia kena kuar duet bayar untuk bukak balik tayar tuh. klu tak bayar bermalam la keta tu dekat parking depan opis. tak sadis ka??sbb tu dia start bawak bekal sbb  gaji dia bulan tu habis gitu jer sedekah kat bandaran.

dan lepas tu plak kawan merangkap geng makan dia suma pakat berenti sbb dapat keja-keja hebat. habis la tekapai-kapai nak pergi makan dengan sapa time lunch. kebetulan pulak geng mkn yg ada jenis berdiet. suma amek herbalife. habis tak kan depa makan nasik segengam dia pun nk makan nasik segengam jugak??mana tahan!!

logik tak??? logik tak??logik kan??ahahahahahaha itu la alasan kenapa aku bawak bekal. bukan dari day 1 pun aku bawak bekal pergi keja tu. semuanya lepas benda-benda kat atas tu jadik. lepas kena kunci tayar tu berenti jap bawak bekal.

tapi sampai plak surat-surat saman yg lama-lama. bukan tak pernah letak kupon langsung cuma bila dah lama keja ramai yg nasihat abaikan jalah saman-saman tu. sekali nah hambek sampai 2013 ni aku duk byr lagi sbb tetiba bandaran tu buat plak rajin antar surat sampai rumah. 

ditambah kawan yg tetiba nak berdiet amek herbalife. klu ikut depa aku kurus sama la tapi aku suka makan. larat nak mkn sayur dengan protein ja hari-hari?? tapi aku support ja usaha depa tuh. cuma aku tak rasa aku perlu diet yg strict  camtu lagi kot setakat ni. i guess so ;P

ala lunchbox aku tu apa sangatnya. bukan gempak kari ayam bagai. apa yg mak aku masak untuk breakfast itu la aku bawak pun. nasik goreng pun nasik goreng la. nasik lemak pun aku ok aja. kdg2 nasik minyak or nasik putih dengan ayam masak merah. klu dah busan nasik, bihun goreng or mee sanggul pun buleh..


klu gini punya lunch box sebelom subuh dah kena bangun hahaha


p/s : mungkin kdg2 bukan isu kedekut or jimat tp bersih dan terjamin patut jadik tajuk artikel :)

Tuesday, June 4, 2013

antara gusi dan pipi ada gigi

haih nak update menda entah??kang jadik entry takdak arah lagi mcm kopok lekor aritu kuikui..so sekarang tengah menderita sakit gusi. bukan ulcer tapi bengkak di gusi hujung sekali. gejala ni byk kali jadik sebenarnya. mula-mula ingat ulcer tapi rupa mcm tak ulcer. tu pun gigih tak mau  jumpa dentist  kehkeh.

tapi ahad lepas ada satu semangat nak pi jumpa dentist. nak tau apa masalah sebenarnya. sbb ada member cakap dia dulu camtu jugak jadik, sekali bila cek mmg gigi bermasalah so kena cabut. kira aku aritu mmg serah diri kat doktor la. haipppppp doktor pempuan ok. doktor amirah nama dia. 

masuk ja bilik doktor tu tanya kenapa. aku cakap la gusi aku selalu sakit kat tempat yg sama. then dia suruh baring bukak mulut. argh itu adalah penyebab kenapa aku malas nk pergi jumpa dentist. segannnn habis hahahaha. bila dia tengok ja terus dia cakap "oh".. oh??dh mcm lagu girls generation ja bunyik oh oh oh..eh tau, kata tak minat kpop!!wkakakakkaaka..

then dia sambung explain. dia kata gigi aku yg kat hujung tu tak sama. senget tu pasal aku selalu tergigit pipi. bukan masalah gusi or gigi aku. gigi takdak masalah. cuma masalah struktur gigi dan pipi. gigi yg tak sama atas dengan bawah bila aku mkn tu yang buat tergigit gusinya. 

aku bukan fhm sangat dia explain tu maybe doktor gee buleh tolong explain kot nanti hahaha..cuma bila dia cakap gigi tergigit pipi terus aku cakap gemok sangat kot. isi terlebih dekat pipi sampai gigi pun buleh tergigit. tu bahasa kasar, dlm bahasa comel pipi tembam sangat ekekekkekke.apa?nak muntah hijau??sila2 kuikui

tapi doktor cakap dia tak buleh buat apa-apa. cuma buleh bagi ubat sapu jalah. siap mention ubat sapu yang tak pedih ahahaha..at least aku dh dapat jawapan kenapa gusi aku dekat belah kanan tu selalu bengkak dan sakit ya amat mcm sekarang neh adehhhhh...


p/s : alang-alang dah tersebut girls generation tadi letak pi la mv depa..semoga ankle jonni klu dia terbaca entry ini tidak akan terjebak mcm dia terjebak dengan running man muhahaha...