Thursday, August 29, 2013

careless campoq cuai equal to loklaq

izinkan aku mengeluh dulu sebelum mula story..haihhhhhhhhhhh..sekali lagi haihhhhhhhhh...ok dah!!

aku mengeluh untuk perangai careless aku sebaik saja masuk opis tadi. careless dlm bahasa omputih. dalam bahasa kebangsaan cuai dan dalam bahasa kedah loklaqqqqqqqqqqqqq baq ang!!

dah jadik benda biasa bila sampai opis atas meja aku ada makanan. makanan tu buleh jadik mcm-mcm. dari jeruk pak ali sampai la ke cekodok jagung. klu benda tu tak dibungkus dlm plastik mesti diletak dlm tupperware. 

mcm tadi bila aku sampai kat meja, aku nampak ada tupperware putih bulat. ha aku tau ni mesti kak ina punya tupperware neh. apa lagi perasan nk tau apa dlm tupperware tu membuak-membuak. letak beg terus sambar tupperware tu. 

sekali arghhhhhhhh entah macam mana tupperware tu licin terlepas dari tangan berterabur jatuh atas carpet. mulut ternganga bila nampak nasik goreng tu tumpah huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!! rasa nak menanges. kak ina jarang bawak breakfast dari rumah sekali dia bawak sumanya musnah ditangan aku.


gambar hiasan..nasik goreng aku bagi tumpah lagi disaster sebenarnya..

aku pun pusing 360 darjah cari kak ina nak mintak ampun..rasa mcm nak melutut ala-ala cerita zaman maharaja cina dulu tapi kak ina kan baik. dia cakap tak apa tak sengaja kan. siap tak bagi aku  kuar belikan breakfast kat dia.

tapi agak-agar ar dah tumpahkan bekal orang kot. aku kuar jugak beli nasik goreng kampung telur mata lagi. sedap gak ar nasik goreng tu haha. nak buat camna kak ina suruh rasa ;P..lepas ni sebulan la kes loklaq aku jadik bahan kawan-kawan opis..haihhhhhhhhhhhhhhhh mengeluh lagi ..

p/s : sebenarnya ni kali kedua. kali pertama aku terlepas balang asam boi tumpah tinggal separuh. kak ina punya jugak time tu heh..

Tuesday, August 20, 2013

keplastikkan


ini bella. anak bestfren aku jieha :)




1st time aku melawat bella waktu dalam pantang. masa tu aku bagi alasan tak berani nak pegang dia sbb kecik lembut lagi hahaha.

then 2nd time aku jumpa dia ahad lepas. dah lepas pantang dlm sebulan lebih. tapi still aku tak berani nak pegang dia. kali ni aku takdak alasan selain dari terpaksa mengaku aku memang tak berani nak dukung ;P

aku buleh dukung budak kecik tapi bila dah besar sikit dalam 3 bulan camtu. dlm keadaan posisi budak tu dah keras untuk didukung mcm biasa bukan dlm keadaan mcm menadah tangan. eh betul ka ayat tu kahkah. 

so memandangkan aku sorang yg tak berani nak pegang baby, tahir cakap ok klu aku dukung dia belanja chatime. gigih kan?? tapi aku jawab hmmmmmm tak apa la aku beli sendirik wakakakkakaa. 

 tapi sebenarnya sebelum tahir cakap camtu jieha dah paksa aku dukung. alasan dia dah lenguh tangan. so dia suruh aku tadah tangan then dia letak bella atas riba aku. 

nak kata lama tu sempat la dia amek gambar yg kemudian bila diupload dlm fesbuk nampak sangat keplastikkan bak kata yun hahaha.. nak tengok??dah nama pun plastik aku pun naik sengan nak letak kat sini. so tak payah la kuikui. 

tapi tahir, chatime aku kira ok. belanja tetap belanja yer ;)



p/s : aku dah makin malas bukak blog sekarang ~